Thursday, November 19, 2009

Entry kami...

Peringatan 1: Entry ni meleret panjang berjela, kalau takmau buang masa sia2, toksah baca!
Peringatan 2: Dalam kamus oghang Kedah, "kami" tu adalah kata penganti diri untuk SAYA, harap maklum!

Semalam kami tak post entry, petang tu ada laa makcik2 kepoh ni message kat ym:
1: "oit hari ni takde entry baru ker?"
me: "takdak, ceq malaih, hahaha"

2: "salam fith, tido ker? apsal blog sunyi jer?"
me: "banyak laa hang punya tido, sibuk arr, hahaha"

Hiiiii kepochi betul laa, kot kalau seminggu blog kami tak update memang patut padan laa nak tanya, ni baru sekeghat haghi ja pun, cet! Eh tapi, kami bukan malaih tau, bukan sibuk pun, hehe takdak ilham nak megheben, lagipun dok layan drama laa...


Drama

Selain drama Nur Kasih, kami suka jugak tengok drama Tari Tirana tu, lawak nak tergelak! Haa lagi satu la ni dok tengok Cinta Balqis. Tapi petang semalam taktau lagu mana boleh tertengok cerekarama Tunjang Saa'dah, hagham tak best langsung! Pi laa tengok kalau tak percaya. Nasib baik kami tak dok melangut depan laptop ni, kami gheling2 dari jauh ja, sambil2 buat kheja sambil tengok. Hampeh buang karan sungguh, sungguh2 tak beghapa nak lojik!


Tak lojik

Heghan sungguh laa, awat laa drama/filem oghang melayu ni selalu tak masuk akai, tak munasabah langsung! Habaq mai sat, sapa laa yang bah-ngang sangat tu, producer ka, pengarah ka, penulis skrip ka, pelakon ka? Hadoi, kot ya pun nak buat drama cikai2 low-budget low-cost, toksah laa buat drama low-quality. Depa2 ni tak buat homework ka research ka sebelum buat drama/filem? Selalu macam tu tau, macam boh-doh ja memperkotak-katikkan penonton, kalau malaih nak pikiaq jalan ceghita yang baguih dan kesinambungan plot yang tersusun rapi, baik laa hangpa pi buat kartun, senang! Tak lojik pun takpa, takdak sapa nak pertikaikan, takdak sapa nak kutuk! Apa hangpa ingat hat dok tengok tv tu tak sekolah ka? Eeeiii menyampah sungguh, ghasa macam nak ja pi jumpa oghang2 tv ni nak habaq kat depa sughuh baiki mutu drama melayu. Betoi kata kawan kami dulu2, dia kata kalau nak tengok drama melayu, kena tengok dengan hati dan minda yang kosong, tak boleh pikiaq lebih2 satgi kita boleh jadi macam oghang terencat akai, hahaha. Haaa ni satgi ada laa yang kata "kalau hang pandai sangat, hang pi laa buat drama sendiri", "cet, apa kejadahnya haku nak buat drama, baik haku pakai duit tu buka restoran juai burger", muahahaha...


Chicken teriyaki style burger

Wow wiii semalam kan kami buat burger, mai nak melayoq kat hangpa mai. Ni kali kedua buat, 1st time dulu masa alang mai sini hujung tahun lepaih, perghhh gila punya lama. Masa 1st time buat tu kami dok mabuk2(bukan mabuk minum aghak tau, ada satgi yang nak kena luku ni), hagham tak sedap mana pun burger tu, bukan takat ghoti ja buat sendiri, daging burger tu pun homemade tau, "ya ampunnn kesian alang, mai sini angah tak masak sangat pun, ni Raziqh laa punya pasai, hehe". Tapi semalam ok laa, myLove kata sedap, boleh buat tiap2 haghi dia kata, huish melampau sungguh...

Daging burger takdak, dacing cincang ada tapi malaih nak godek, pikiaq punya pikiaq last2 pakai ayam ja laa, peghap ayam cara teriyaki laa kengkononnya. Turns out not bad laa, sedap jugak! Senang pun senang, tibai ja buh apa yang ada kat dapoq nun.

Ni resepi roti burger, macam biasa cilok kat myResepi: http://www.myresipi.com/top/detail/1956

Untuk ayam pulak, pakai ayam boneless, hiris2 permukaan isi dan cucuk2 pakai garfu nak bagi bahan peghap cepat meghesap masuk. Kami lumoq rempah masala, minyak bijan, sos bbq, rosemarry, garam, gula, halia+bawang putih ghacik haluih. Bakaq pun boleh, panggang pun boleh, goreng pun boleh. Sebab nak lekaih, kami goreng ala2 bakaq, buh minyak zaitun sikit ja ataih kuali, lepaih tu buh ayam, api kecik ja tau, satgi kalu hanguih makan aghang laa jawabnya!

Kami makan sampai 2biji, lapaq sangat sebab tak lunch, tapi lepaih tu kenyang sangat sampai tak dinner. Sebelum tidoq kami makan ghoti, soq(=sahur) siap2 haghi ni nak posa...

Puasa

Haghi ni baru haghi ke-4 posa, patutnya ada 5haghi ja lagi nak kena bayaq tapi baghu2 ni pi nazaq lagi, hambik hang, suka sangat nazaq2! Bayaq jangan tak bayaq!!!


Nazar

Dolu2 masa kami sekolah menengah dulu kan, ustaz kami kata tak baik woo nazaq2 ni. Dia kata macam kita persendakan Allah, sebab kalu kita tak dapat apa kita nak, kita tak posa. Kita posa bila Allah bagi apa yang kita nak tu ja. Hish ustaz ni, boleh pulak lagu tu? Nazaq ni bidaah ka? Pasaipa pulak hagham-kan amalan yang halal. Takmau laa komen banyak2, kami bukan alim pun nak bagi hujah, selagi takdak dalil atau fatwa haghamkan nazaq ni kami buat ja laa...


Buat

Hahaha pagi tadi kami kelam-kelibut buat breakfast ngan bento, padan muka sapa sughuh bangun lambat. Ya Rabbi, taktau pasaipa boleh terlambat, sedaq2 tengok jam dah 6.29pagi, gelabah tak hingat, cuak2, lamaaa dah tak pernah jadi ni, hahaha lawak laa pulak! Nasib baik encik suami dan pi kheja macam besa, kalu dak, haghuih kena mintak cuti, kehkehkeh...

Nak kata semalam tidoq lambat, dak pun, pukoi 10lebih dah megheloh dah. Nak kata budak2 ni meghagam pun dak jugak, sedap ja tidoq semalam walaupun depa dua ni dok selsema, hahaha.


Selsema

Rafiqh selsema sejak isnin minggu lepaih lagi, ni pasai ikut kami turun gotong-ghoyong pagi ahad tu laa. Sejuk ka jangkit ngan oghang ka taktau laa, tau2 ja isnin tu dah beghayaq hidung. haghi ghabu baghu pi klinik sebab selasa tu hujan. Dia ada demam ngan batuk sikit, 2haghi lepaih tu elok sehat dah tapi selsema tak habih2 lagi, khamis lepaih mak depa pulak selsema, nasib baik laa sehaghi ja. Selasa baghu ni adik pulak selsema, petang tu teghuih pi klinik, doc kata selsema sikit ja, bagi laa ubat tapi Raziqh tak kelapaq pun nak makan, ubat tu manis tapi dia luah2 jugak, pandai2! Rafiqh macam besa laa, baguih punya dok ada, sikit pun tak heghan bab makan ubat, siap mai tadah nganga mulut lagi ada laa, senang, tak gaduh nak pelekoh...

Rafiqh dan Raziqh
Ni time onichan baik ni, ecewah, siap pegang2 tangan tu. Satgi dah cemuih satgi, haa mula laa acara lepuk-melepuk...

Cemuih=jemu
La ni dah makin sejuk dah, keluaq sidai baju pun terketaq2. Bila sejuk2 ni mula laa malaih nak masuk dapoq, haihhh... Syoknya laa kalu boleh dok melengkaq tidoq bawah selimut, hihi... Oh ya, esok dah jumaat, lusa dah weekends, isnin pun cuti jugak, uish best kan kalu boleh pi jalan2, dok congok ja dalam ghumah ni bosan aih, dah laa weekdays pun terpeghap, weekends pun terpeghap lagi, apa kes, yer dak?! hehe...
Haa dah laa, nak pi kelebek resepi, taktau nak masak apa haghi ni...

8 comments:

Ina said...

hehe ni qada blk la ni ek smlm xberblog. skali idea dtg mencurah2 ek. sedapnya tgk burger tu. sblm ihsan lahir seminggu skali mesti wat burger. burger tuna la ayam la apa la. skrg ni malas je. burger pn guna yg bli kt baticrom. roti je wat sndiri hehe

Fith said...

Ina,
amboi aih tiap2 minggu buat burger,hebat2!burger tuna tu camne ina?ajar laa,hehe.
fith pun ingat pasni nak beli burger kat baticrom tu jugak laa,buat roti je,senang.dah laa hubby request nak makan kerap,huhu...

chiput said...

sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt2 bile fith buat entry gune loghat kedah? perak? utara? whatever la. feeling die tu lain skit;)

ojasamid said...

waaaa..ambek. bermacam2 sub-topik, siap `speaking` lg tu. tersengih2 akak baca :p

oishisou nye burger tuh fith. harus dicuba ni. selama hr nih tak pernah tergerak nk buat roti burger sendiri, asik pakai roti putih biasa. sok kalau order baticrom bleh pakat buat burger ramai2 neh. haha.

Fith said...

Chiput,
hehe,ada yg komplen kata tak paham,haha...

Fith said...

Kak Oja,
jom2 pakat buat.fith hari ni pun buat burger lg.roti resepi yg ni mudah n sedap.boleh ratah gitu je,sbb pakai freshmilk kot ek.ii ne klau ada daging burger,ish nak kena order jugak ni...

Anonymous said...

sori ek... nak komen pasal nazar tu...
pasal ustaz beri hujah tu... saya rasa bukan dia cakap haram... tapi maksud dia lebih dalam lagi.... jgn tafsir singkat... sbb islam nih dalam tapi mudah... peace!!!

link hujah nazar dari mazhab yg berbeza2:

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=4990.html

http://iqgreen.blogspot.com/2009/09/kambing-sempurnakan-nazar.html

http://majlismudzakaroh.multiply.com/journal/item/59

http://myfikrah.wan-gv2.com/

Fith said...

Any,
thanks 4 the links...
aah mmg dia tak haramkan tp dia menentang bab nazar.tp takper,byk hujah n pendapat dlm hal2 camni kan...btw,thanks again!