Showing posts with label New life. Show all posts
Showing posts with label New life. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Happy new year!

Wahhh lamanya tak berblog, rindu amat! Susah nak cari masa untuk kembali aktif berblog, so many things happened lately, kalau nak tulis semua memang tak sempat nak cerita. Blog ni dah lama tak dijengah, kesian kat dia, diabaikan, huhu. Bukanlah langsung tak ada masa tapi kalau dah jengah tu nanti hati rasa bagai ditarik2 diseru2 untuk update, ecceh over!!! Tapi dek taktau nak update cerita apa, tu yang langsung tak jengah2, haa baguih dok ada kan?!

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 aje, thanks for kawan2 yang selalu bertanya khabar blog ni. Uishhh idak ler saya akan tutup blog ni, I'm so sure tak lama lagi I'll be back on track, update tiap2 hari sampai pembaca naik jemu pulak. Tapi bila nak back to track tu tak boleh nak janji, maybe in 1 or 2 months lagi kot insyaAllah...

Ops, rasanya tak terlambat lagi nak wish selamat tahun baru 2012 buat semua viewers ourLoveStory. Semoga tahun ni membawa seribu rahmat dan barakah buat kita semua. Dalam apa jua perkara dan bidang yang bakal dilalui, all the best, gambarou ne!!!

Alkisahnya kami dah pun selamat balik Nihong pada 1 jan 2012 hari tu, kiranya dah dekat sebulan dah laa kat bumi sakura ni. Kepulangan kami ni tak lama, cuma nak kemas2 dan terus balik for good ke Malaysia. Keputusan untuk balik ni agak drastik, memang pada mulanya langsung tak plan nak balik seawal ni tapi mungkin Allah dah tetapkan rezeki kami ada di negara tanah air sendiri, so lepas mempertimbangkan segala pros and cons, we decided to start our new life in Malaysia...

Makanya sekarang dok kalut sibuk mengemas laa ni. Belum tau lagi fix date bila nak balik Malaysia, maybe around mid feb insyaAllah. Doakan laa ye segalanya berjalan baik, moga segala urusan kami Allah permudahkan...

Oklah, takat ni je dulu, nanti update lagi...

Tuesday, March 22, 2011

Alhamdulillah part 3 - Adik 2R !!!

InsyaAllah tak lama lagi Rafiqh akan dapat adik lagi dan Raziqh bakal naik pangkat jadi onichan...

Kalau ikut EDD(estimate due date) yang gynae bagi insyaAllah baby akan lahir pada 3 oktober nanti, about a month after eid fitri. Sekarang usia kandungan dah 13minggu, another 27weeks to go insyaAllah...

I did the UPT(urine pregnancy test) on 4th feb, about a week before going back to Malaysia. Not really sure dah preggy atau belum that time sebab my period was not stable a month before. Tapi buat jugak sebab I was not feeling well, mabuk2 gitu. Tapi hati dah mengharap laa sebab kami dah tak on family planning dah since 2 months before tu. Bila tengok positif, happy sangat of course. The next day terus pi check kat klinik untuk confirmation. Alhamdulillah, nampak dah baby masa tu, I was already 6weeks pregnant...



Rasanya dah terjawablah persoalan kenapa laa I tak update blog ni agak lama kan. Aah morning sickness! Adehhh kali ni memang agak hebat compared to my previous pregnancies, morning sickness datang sejak usia kandungan 5minggu, sangatlah awal, getting worse day to day sampai sekarang tak habis2 lagi. Kalau laa duk kat Nihong masa mabuk2 ni, sure dah turun 5kg++dah kot, tapi sebab sekarang duk kat Malaysia, ohhh syurga! Turun 2kg aje, hihi. Makan tak ada problem, boleh laa telan, cuma lepas makan tu muntah balik laa. Alhamdulillah perancangan Allah adalah yang terbaik. Pregnant dalam cuti2 ni sangatlah best!

So guys, sehingga morning sickness ni tamat, mungkin blog ni akan terabai laa. I actually trying to sit in front of this laptop kerap2 dan lama2 tapi tak tahan laa, mood tarak. Apapun, tolong doakan kandungan kali ni berjalan lancar dan selamat semuanya...

Friday, February 4, 2011

Alhamdulillah part 2 - Jom2 balik Malaysia!

MyLove dari dulu2 lagi selalu cakap kalau dia dapat tukar kerja, dia nak balik rest kat Malaysia dalam sebulan sebelum mulakan kerja baru. Nak refresh badan dan minda katanya, mencari semangat baru sebelum kembali bertungkus-lumus membina kerjaya, alhamdulillah diberi kesempatan ini untuk dia balik berehat lama(tak lama mana pun kot, 2minggu je pun, hihi)...

Finally visa yang ditunggu2 dah pun siap, ambil masa 2minggu lebih jugaklah, sedikit lewat due to ada dokumen yang tang part nama tu tak lengkap, so depa takmau proses, minta dihantar balik pulak, aiseh banyak songeh betul laa imigresen ni, cincai2 tak boleh ka?! Apapun, alhamdulillah semuanya dah settle, dapat panjangkan tempoh untuk 3tahun lagi kot(tak pi ambil pun lagi, isnin ni baru nak pi), lega aih...

Bila visa dah siap, boleh laa beli tiket balik Malaysia. MyLove dah survey sejak seminggu dua yang lalu. InsyaAllah kami akan balik pada khamis 10hb ni, flight dari Kansai Airport naik MAS. Penat dan tensyen sungguh semalam mencari tiket. Nasib baik jugaklah hantar 2R pi hoikuen(=nursery) semalam, bolehlah mama tumpu kepada pencarian tiket, kalau depa ada, memang double triple laa stress mama, nak cakap phone pun tak senang...

Mula2 kami plan kali ni nak balik dari Fukuoka Airport, nak naik Singapore Airlines, takdak dah flight MAS dari Fukuoka. Tak kesah pun kena transit sat, sebab nak elak long journey nak ke Kansai nun, amat2 penat nak travel dari Ube ke Osaka. Tapi melilau cari tiket tak jumpa2. Full book dah semua flight yang berkaitan dengan negara2 orang mata sepet ni, Korea ka China ka Vietnam ka semua2 habis! Taktau la pulak seluruh dunia menyambut chinese new year, hahaha bengong sungguh, ingatkan cina Malaysia ja celebrate minggu ni, haa tuh dia, sampai tara tu punya taktau, patut laa semua tiket not available. Dah penat call sana call sini, last2 decided untuk tengok flight MAS kat Kansai sajalah. Yang tiket murah2 semua dah habis, yang mahal je ada. MyLove dah nak balik sangat2 dah, so beli je laa mana yang ada. Alhamdulillah urusan tiket pun dah settle, esok lusa sampai la kot tiketnya, yeay!

Kami akan ke Osaka rabu malam dengan shinkansen, bermalam di hotel. Esok paginya baru ke airport. Cara ni taklah penat sangat. Bila dah ada anak2 ni, memang kena consider depa je laa. Teringin jugak nak naik feri dari sini terus ke Osaka tapi feri jalan pukul 5.30petang, myLove pulak sampai rabu tu dok kerja lagi, memang tak sempat laa nak ligan feri tu. Takpa, maybe next time boleh try naik feri pulak...

Seronoknya nak balik Malaysia, dah setahun lebih tak balik, rindu kat abah mak abanglong&family dan adik2, rindu nak jumpa saudara-mara dan kawan2 jugak. So far takdak specific plan lagi nak pi mana nanti, ikut je laa myLove punya planning, dia yang nak bercuti kan, cuma ada beberapa tempat nak ajak dia bawa the kids pergi, just for fun. Moga2 cuti kali ni ayah 2R boleh spend banyak quality time with the kids, as he'll be far away from us in a month insyaAllah, the kids surely will be missing him so much. Kalau kat nihong ni asyik kerja3, balik rumah dok hadap laptop tak habis2, so balik Malaysia ni nanti guna laa peluang yang ada untuk family pulak kan, hehe...

Tuesday, February 1, 2011

Alhamdulillah part 1 - Berhenti kerja & kerja baru !

Haa mai nak reveal satu persatu 'rahsia' yang ditulis dalam entry lama dulu tu, hehe. Banyak part-nya tu, so buka cerita satu2 lah yer...

MyLove semalam dah officially berhenti dari company tempat dia bekerja selama ni, dah hantar dah surat perletakan jawatan. Walaupun aksi 'tarik-tali' pujuk-memujuk masih ada tapi dia dah bulat hati nak berhenti. Setelah hampir 6tahun berkhidmat kat situ, at last mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas mendapat tawaran yang insyaAllah lebih baik untuk masa depan family kami...

Selepas ni, bermula 1/3 nanti insyaAllah myLove akan masuk company baru. Kali ni betul2 berubah angin, cari pengalaman baru dengan bekerja bukan lagi dengan nihongjin(=orang jepun), tetapi dengan mat saleh lah pulak. Of course cara bekerja, sistem dll semuanya akan berbeza dengan apa yang dilalui sebelum ni. Company ni berpusat di Holland, tapi idak ler kami pindah pi sana, kami still duk Jepun lagi sebab myLove akan bekerja menjaga branch kat sini iaitu di Shimonoseki...

Bertitik-tolak dari pertukaran kerja inilah kami nak balik Malaysia untuk bercuti. InsyaAllah kali ni nak balik lama, I dan anak2 laa yang bercuti lama, myLove tak kot, sebab awal bulan 3 dah mula masuk company baru, kena pi kenshuu(=training) pulak. Tarikh bila nak balik tu belum tau lagi, sekitar minggu depan mungkin, hopefully visa siap by this week. Ok, cerita nak balik Malaysia ni sambung entry lain lah yer...

Moga2 kerjaya myLove makin bertambah maju dan menyerlah dalam company baru ni nanti. Semoga bertambah2 rahmat dan keberkahan untuk keluarga kami. Awal 2011 telah membuka lembaran yang baik, alhamdulillah...