Thursday, October 22, 2009

Visa dan apple pie

Sepatutnya hari ni kami kena pi imegresen Ube untuk ambil visa Raziqh. Cepat sungguh siap, seminggu je, alhamdulillah, permohonan kali ni tak banyak songeh macam yang selalu kami kena sebelum2 ni, cuma masa nak pi buat tu ada laa sedikit kekecohan berlaku, ada ker patut pakcik imegresen tu cakap, "pertukaran visa dari temporary visitor ke dependent visa tak boleh buat"(dia cakap bahasa jepun laa yer), dah laa cara cakap tu penuh nada yang menjengkelkan, perghhh rasa nak je maki tapi sabar2. Dia silap orang laa kalau nak berlagak lebih2, myLove yang tak puas hati terus bertengkar dengan pakcik kerek tu, tiba2 I pulak yang rasa cuak kang buatnya pakcik tu sampai sudah tak bagi apply pertukaran visa tu haa, naya wei... Sudahnya I pulak yang kena berlakon pura2 menjadi orang tengah, hahaha, padahal dalam hati ni sakit laa jugak. Awat laa pegawai imegresen sini poyo2 sangat, mentang2 laa sini kampung tak ramai foreigners, banyak pulak songeh depa, kekwat sungguh! Dah pungpang2 bercakap, I pun bagitau pakcik tu yang I baru je call ofis diorang semalam tanya hal tu, then I cakap laa why not pakcik call tanya, muahahaha... Sebenarnya benda ni dah pernah jadi masa Rafiqh dulu. Lepas dia dah tanya pejabat besar baru ler terhegeh2 nak bagi borang suruh isi. Sebab myLove dah malas nak cakap dengan pakcik tu, I laa yang kena deal dengan dia, ces!

Jadinya khamis lepas pegawai imegresen dah call bagitau visa dah diluluskan, boleh datang ambil dah. Tapi memandangkan myLove sibuk sangat kat ofis sekarang ni, tak dapat laa dia nak cuti. Kena tunggu 2minggu lagi laa baru boleh pi ambil, huhu...

Time2 macam ni terfikir jugak betapa baiknya kalau ada kereta(read:kereta untuk saya boleh pandu yer). Tapi bila fikir2 balik, ada kereta pun tak guna jugak, sebabnya I memang tak mampu nak bawa 2budak ni sorang2, unless ada helper. Dulu masa Rafiqh besar Raziqh sekarang ni, setiap kali ada urusan rasmi I akan pergi sendiri bawa dia naik teksi. Bila dia dah besar sikit kami pergi naik bas. Bukan sekali dua tau, berpuluh2 kali naik turun bas, sangat enjoy walaupun penat nak mampuih kena berjalan kaki jauh bebeno sambil kendong Rafiqh! Tapi sekarang ni tak payah mimpi dah laa... MyLove memang tengah berkira2 nak beli sebijik lagi kereta untuk kegunaan I, beli 2nd hand yang cikai2 je, takat nak pakai kat sini. Sebabnya kalau boleh tahun depan nak hantar Rafiqh ke sekolah so kalau tak ada kereta memang tak boleh laa dia bersekolah. Apapun, nak kena tengok budget jugaklah, buat masa sekarang belum jumpa yang sesuai lagi...

Ok2, habis dah cerita tu, mai kita tengok makanan laa pulak...

Sejak pregnant-kan Raziqh sampai laa sekarang ni, I jadi suka makan benda2 manis. Dulu2 tak suka, I lebih prefer benda2 pedas, tapi sekarang selera sudah lain maa... Minggu ni baru sekali mem-baking, nafsu nak makan tu ada cuma bahan2 je limited. Rumah ni dah tak ada telur so tak boleh laa nak buat biskut ker kek ker apam ker roti ker hapa ker. Selalunya kalau nak pesan beli apa2 boleh je nak sms myLove minta dia belikan lepas balik kerja tapi sekarang ni dok asyik balik tengah2 malam, takkan nak suruh dia singgah supermarket lagi kot, kesian laa kat dia kan.

Oh tapi... Ketiadaan telur bukan penghalang untuk tidak menjamah makanan manis yer, hihi. Dok tengok blog Ina-mamaIhsan http://thelittlesecret.wordpress.com/, teringin pulak nak makan apple pie, padahal sebelum2 ni tak pernah terliur pun, memang tak suka pun, duk tak duk semalam gatai pulak nak makan. Ni kes epal bersepah dalam peti ais laa ni. Godek2 resepinya, untuk pastry dah sah2 laa kena pakai telur tapi takpe, tiru cara Ina buat pastry guna resepi karipap, hahaha. Alkisahnya pagi tadi buat laa inti pie tu, then campak2 bahan untuk pastry ke dalam breadmaker, canai2, terap2, taaaraaa siap! Konon2 nak bagi lebih sedap, pandai2 je ubah resepi pastry tu, I tambah oat, susu dan freshmilk. Ops kali ni I buh resepi main agak2 je yer sebab tadi ada yang sukat ada yang main campak je... All I can say, hasilnya sedap laa pada tekak I ni...

Sebelum buat pastry tu tadi I dok tengok resepi2 kat myResepi. Barulah I tau rupanya selain bakar, pie ni pun kita boleh goreng. Terasa nak try laa jugak macammana rasanya pie goreng, so buat 2jenis, 5biji pie bakar dan 2biji pie goreng... I lebih suka yang goreng, sedap sangat, gebuuuu... Rafiqh pun suka yang goreng, yummy...

Inilah menu berbuka puasa untuk hari ni... Hari ni hari ke-8 berpuasa, ada 1hari lagi untuk ganti dan 9hari lagi untuk nazar, perghhh banyak lagi tu...

Untuk inti:
1 biji epal - dibuang kulit dan dipotong kecil
sedikit kismis
gula
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air

Caranya:
- masak gula hingga keperangan, masukkan epal dan kismis, kacau rata
- kemudian masukkan tepung jagung tadi dan masak hingga kering

Untuk pastry:
50 gm marjerin
40 ml air
40 ml freshmilk
200 gm tepung gandum
oat
susu tepung
garam

- uli hingga jadi doh

Next, buat macam pie biasalah... Cuba laa, nyum2...

7 comments:

aisha said...

uishh...manyak sungguh n3 fith..ape pun seonot membace. tapi kdg2 tu tak sempat gak..hihi.wahh dah ade fb..nnti nak add la...hihi

Ina said...

Hihi sedap kan apple pie? Kiter guna recipe pastry karipap Fith tula. Kalau goreng mmg lagi sedap. Tp kiter malas tu ler bakar je. Buat 1 big pan terus hihi. Tp ni nk share pastry pie yg sblm ni slalu kiter guna. Siap tips skali. Bg kiter mmg sedap la recipe ni. Crusty ala2 pie yg slalu kiter jmpa kt kedai tu n recipe ni xguna telur pun. http://the-little-secret.blogspot.com/2007/02/it-is-snowing-little-outside_01.html

Fith said...

Aisha,
haha tuh laa pasal,dah blk sini aktif blk mem-blog.
haa add laa yer...

Fith said...

Ina,
dah terjangkit ngan ina pulak,jd suka apple pie ni.dulu selalu baca ina rajin dok buat,tu yg teringin tu.
btw,thanks...nanti2 fith cuba,mmg ada niat nak buat lg ni sbb hubby kata sedap,hihi...

Lady Caca said...

beli la integra.. 30man aje.. syaken smpai mac 2011.. hu hu hu

Lady Caca said...
This comment has been removed by the author.
Fith said...

Lady caca,
mak aih integra ka?!ish bila anak dah dua ni prefer family car laa,hehe...btw thanks for the suggestion