Friday, August 20, 2010
Masam manis ramadhan
Bulan2 puasa ni pun syok jugak melayan drama yang ditayangkan sempena ramadhan, selalunya drama/telemovie tu semua mesti best2. Ingat lagi dulu masa kecik2 ada drama Rumah Kedai, petang2 sementara tunggu nak buka puasa tu layan drama ni laa, selain tu suka jugak tengok slot2 resepi buat kuih raya dan jejak rasul...
Dan kalau nak tau, nama Rafiqh ni pun kami ambil sempena drama bulan puasa iaitu Diari Ramadhan Rafique, haha, ni bukan kerja mama hokey, ni ayah 2R punya idea. Berkenan sangat kat watak tu gamaknya, sampaikan dulu2 kohai2 sini suka nyanyi lagu diari ramadhan rafique tu kat rafiqh, hahaha mengong!
Tahun ni ada 1 drama yang best, eh 2 sebenarnya. Slot Samarinda Syurgamu Ramadhan dan Masam manis ramadhan, dua2 pun best, I tengok kat web tv3. Masam manis ramadhan tu baru episod ke-3, kisah cerita berkisar pada kehidupan sebuah keluarga, Sheila Rusly sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak2nya dengan bekerja sebagai tukang masak katering. Suka tengok watak budak lelaki Syafiq tu yang subhanallah pasti semua ibu impikan anak seperti dia kan, setiap kali tengok wataknya selalu hati ni berdoa moga2 anak2 mama pun nanti sebaik Syafiq, amin. Sheila Rusly digambarkan sebagai ibu yang solehah, sangat soft-spoken, benar2 penyabar, tersentuh hati ni tengok peribadinya, ya Allah bila laa haku nak jadi macam tu, huhu. Memang kalau boleh nak jadi ibu yang se-cool dia dalam mengendalikan kerenah anak2. Tapi entahlah, memang belum cukup penyabar lagi kot diri ni untuk selalu bersikap tenang dengan perangai anak2. Sapa2 yang takdak kerja(macam saya) haa boleh laa layan drama2 ni, hiks...
Ada 1 drama lagi dok tengok, Epilog syurga cinta, adehhh nak kutuk sikit boleh? Hapa punya cerita laa, banyak gila part tak lojik, sakit jugak kepala ni tengok, so rasanya semalam adalah episod last kot, lepas2 ni takmau tengok dah, macam hapa entah jalan cerita. Ramai kata cerita tu best sebab ada budak Mia tu ja, entah, I tak minat laa pulak, cute memanglah cute tapi takat cute ja berlakon tak reti nak buat hapa, hahaha. Ramai lagi budak tak berapa comel tapi berlakon tip top, I bukan nak tengok budak comel(kat rumah ni pun dah ada 2budak comel tak larat dah nak tengok, hak2), I nak tengok budak pandai berlakon. Wahhh statement satgi ada pulak mai hentam ni, hentamlah labu, tak kesah pun...
Ok, enough babbling for this morning...
Monday, June 14, 2010
Telemovie oh telemovie
Telemovie yang I tengok tu tajuknya 'Dunia batinku' dan 'Jiwa kacau'. Dua2 best!
Dunia batinku berkisar tentang kisah hidup sebuah keluarga miskin, kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan 3orang anak dan menjaga ibu mertuanya yang sakit. Ia memaparkan pergolakan perasaan seorang ibu yang cuba untuk pikul tanggungjawab tanpa mahu menyusahkan anak2nya, dan pada masa yang sama pergolakan emosi si anak yang nak tolong ringankan beban ibunya. Setelah kematian si ibu, tautan kasih adik-beradik pulak diuji dek kemiskinan. Lakonan pelakon2 budak dalam drama ni mantap, real sungguh sampai menusuk hati ni, terusik emosi dibuatnya, termenangis jugaklah beberapa kali, hehehe.
Jiwa kacau pulak berkisar tentang kehidupan seorang pemuda yang di awal kehidupannya adalah anak yang baik, seorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik tapi disebabkan salah memilih kawan dan tak kuat dengan 'cabaran' dia terjebak dengan dadah. Cerita ni bagus kalau dikupas terperinci pada golongan remaja. Teringat masa kecik2 dulu mak selalu pesan supaya pandai pilih kawan dan jangan mudah termakan dengan cabaran. Cabaran ni ada 2, yang baik dan yang tak baik, remaja2 ni kan pantang dicabar, tak fikir dah benda tu elok ka tak, asal kena cabar ja terus nak sahut, akhirnya ia memusnahkan diri sendiri. Sebenarnya ramai remaja yang terpedaya dengan rokok dan dadah ni semua bermula dengan suka2-saja-nak-cuba atau 'menyahut cabaran' teman sebaya laa.
Drama ni olahan ceritanya ialah dari Mawi, penerbitnya Mawi, lagu utamanya nyanyian Mawi, Mawi pun berlakon jugak walaupun hanya sekadar watak tempelan, hehe, takpa saya suke, best2! Oh ok, saya memang minat Mawi, dulu before dia kahwin minat banyakkk, la ni minat sikit ja, apakah?! Secara keseluruhan cerita ni ok laa, dialog yang lojik, bersahaja dan lawak, watak2 yang berkesan, mesej yang sampai pada penonton. Ada laa sikit2 plot yang agak ngokngek tapi biasa laa tu, mana nak cari drama yang sempurna macam Nur Kasih, hehe. Cuma tak syok tang ending-nya, sad ending. Mungkin mesej kat situ depa nak habaq once terjebak dengan dadah, sekuat mana pun keazaman nak jadi baik dan kembali ke pangkal jalan hakikatnya jalan yang ditempuh sangatlah payah. Tengok drama ni pun saya nangis, sedih bila fikirkan anak yang dididik dengan baik pada awal usia remajanya tiba2 berubah, tak boleh nak bayangkan, huhu.
Dah lama tak tengok cerita melayu yang 'bagus', dulu cerekarama best2 laa jugak tapi sekarang huh! Pelik kan kenapa susah sangat nak buat drama yang berkualiti sedangkan dalam dunia ni ada berbilion2 manusia dengan setiap orang ada kisah hidup tersendiri, maknanya ada berbilion2 jalan cerita yang boleh dibuat drama kan kan...
Tuesday, February 16, 2010
Ulasan filem
Public holiday khamis lepas kami tengok movie ni, myLove yang tolong download-kan. Kalau nak harapkan I, jawabnya tak tengoklah, sebab I memang blur tak reti bab2 download ni, selalu tengok kat web rasmi tv3/tv9, takpun kat youTube. MyLove ni pulak jarang amat nak tengok cerita2 melayu, tak kesahlah drama ka filem ka, so kalau drama memang I layan sorang2, tak pernah tengok dengan dia, cuma kalau ada filem2 melayu yang 'meletup' kat Malaysia dan orang kata best baru laa I cakap kat dia suruh cari dan download-kan. Kalau tak, memang dok ngadap cerita mat saleh ja laa tiap2 minggu... 
Filem ni memang best tahap gaban!
Masa balik bersalin lastyear, I ada pinjam novel2 ni dari my sis-alang tapi sayangnya tak sempat pun nak baca. Lepas beberapa bulan dah balik sini alang bagitau yang movie dah keluar so I pun tengoklah 'ketika cinta bertasbih 1', memang best sangat sampaikan tertunggu2 yang 2 pulak keluar. 2minggu lepas baru berpeluang tengok yang 2 ni. Menitis jugaklah airmata ni, syahdu sungguh! Tabik spring kat penulis novel ni, cerita2 beliau memang superb! Sangatlah pandai menggarap kisah, mesej2 yang cuba disampaikan pun masuk dan menusuk ke dalam hati, betapa soal jodoh tu benar2 di tangan Allah...
Selain dari kekuatan yang ada pada jalan cerita tu sendiri, pemilihan lagu2 untuk diselitkan dalam filem ni pun memang best sangat2, ni laa tarikan yang ada pada lagu2 indonesia kan, sekali dengar pun dah boleh buat orang suka/jatuh cinta. Bagi I laa kan, secara peribadi I berpendapat yang lagu2 dari indon ni kualiti irama dan liriknya jauh sangat berbeza dengan lagu2 kita, mereka terlalu bagus! Ok, untuk filem ni I bagi 10bintang errr boleh?!
Saturday, November 28, 2009
Habis dah...
Drama Nur Kasih lah! huhu *sobsobsob*
hahaha mengong!
Kalau ada 10bintang, I akan bagi straight 10bintang kat drama ni, marvelous!!!
Walaupun I ni bukanlah sesiapa yang layak beri komen or even secebis pandangan pun tentang hal ehwal seni ni, tapi sebagai penonton I rasa tak salah kan untuk "menilai"?! Drama ni antara drama terbaik yang I pernah tengok - hasil garapan jalan cerita yang menarik, plot yang tersusun cantik, not to forget the scene of panorama kampung yang indah permai, pelakon2 yang mantap, watak2 yang lojik, karektor sikap dan sifat manusia yang lumrah dan mengikut fitrah, starting yang bagus dengan ending yang sangat baik, everything seems perfect!
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni kan? Oh sebenarnya banyak je drama2 kat Malaysia yang penuh pengajaran, cumanya hanya bagi orang yang "berfikir" dan "menilai" saja yang akan menyuluh peribadi sendiri, kan? Moga kita menjadi orang yang tak buta mata hatinya... I paling tersentuh pada part akhir drama ni yang mana bagi sapa2 yang ikuti drama ni since 1st episode mesti tengok kaki si Adam tu tersangkut pada tanah masa dia dan Aidil berjalan ke arah ayah depa tu kan, kat part akhir tu dia berjaya menarik kakinya keluar dari tanah melepasi halangan untuk menuju ke "syurga", syahdunya...
Owh Tuhan, moga aku dan anak2ku tak tergolong dari kalangan yang kakinya dirantai dosa2 hingga tak membutuhkan kami memijak indahnya firdausiMu...
Apapun, jutaan tahniah buat krew drama ni, memang superb! Tabik spring lah!!!

