Sunday, January 29, 2012
Rafiqh onichan & Raziqh onichan
Dah besar dah 2 heroes mama ni. Setiap hari adalah hari yang mencabar untuk hadapi kerenah depa. Especially buat masa sekarang yang mana they still have no specific daily schedule. Selama hampir setahun melepak di Malaysia, hati ni sebenarnya perit nak terima kenyataan bahawa hakikatnya I dah gagal dalam mendidik anak2 ni. Setahun yang dirasakan bagaikan terabai, terpaksalah dipujuk2 hati ini, atas segala sesuatu yang terjadi, hikmahnya pasti tersembunyi kan?!
Sedih sebenarnya nak tinggalkan bumi Jepun ni tapi pada masa yang sama bila fikirkan kehidupan baru di Malaysia nanti, rasa teruja lah pulak, hehe. Setiap hari dok gebang dengan 3R, mama galak bercerita ala2 kisah 'dongeng' gitu, membayangkan alangkah bestnya life baru kita nanti, hahaha, ternganga2 anak haku dengaq mak depa ni dok kelentong, kuang3. Dalam minda depa dah dipasakkan imej rumah kami yang besaq(read: besaq sikit laa dari rumah 5 kangkang kera ni), ada bilik khas untuk dibuat 'tadika', ada ruang untuk dibuat playground, kat luar rumah nak letak pool, perghhhh syiok laa depa. Lepas tu tiap2 hari cerita nanti Rafiqh onichan dan Raziqh onichan kena pi sekolah, mama hantar naik car, nanti petang mama jemput. Raisha duk rumah je, teman mama yang kononnya akan bekerja dari rumah saja. Ecceh, kuat beno berangan! Tapi takpa, gasaklah, asalkan budak2 ni suka, layan~~~
Rafiqh sekarang dah big boy dah, banyak benda dah boleh buat sendiri, makan sendiri, mandi sendiri, pakai baju sendiri, bersiap sendiri, bla3,complete! Alhamdulillah, so far so good, pembesarannya nampak makin matang. Dah boleh harap untuk tolong mama mengurus adik2 jugak. Kalau tengah mood baik, dia behave sangat2 tapi bila mai mood nak nakal, huihhh sabaq ja laa, rasa macam nak tercabut jantung ni menahan panahan amarah. Selalunya time mama busy nak buat kerja dia laa yang tolong buaikan Raisha, boleh laa nak harap tolong mengasuh adik. So insyaAllah tahun ni dia akan mula bersekolah, mama tak sabar sangat nak hantar dia pi sekolah, nak tengok dia bergaul dan dapat formal education...
Raziqh pun dah big boy, bercakap memang terer, kalah Rafiqh! Ada saja akal nak pekena orang, mulut becok macam murai, ishhh anak sapa la ni?! Perwatakannya pun berbeza sangat dengan Rafiqh, Rafiqh ni cool sikit, tak pandai bergaduh dan banyak beralah. Tapi Raziqh ni brutal, walaupun sangat peramah tapi kalau tak kena gaya dia jugak pemarah, nak2 kalau ada orang buli dia atau onichan-nya, wohohoho pantang woo! Kalau orang baik dengan dia, dia sebenarnya seorang yang penyayang dan manja, tapi kalau buat hal dengan dia, hah siap laa, tak kira sapa, mesti lawan, mahu jadi panglima yer kamu?!
Walaupun dah 2 tahun lebih, dia tak start lagi potty training, hari tu kat Malaysia mama yang kurang bersedia, due to ada baby kecik dan duk menumpang rumah orang, susah nak potty train budak, tapi sekarang kat Nihong pulak tengah winter, soo not suitable and comfortable for potty training. Makanya tunggulah hingga kita settle down kat rumah sendiri nanti yer, insyaAllah mama yakin Raziqh tak akan ambil masa yang lama untuk mahir, sekarang pun dah pandai habaq bila nak pee and poo. Raziqh ni pun kalau boleh tahun ni nak hantar pi sekolah, duk rumah buat mama pening ja, baik hang pi bagi pening cikgu kat sekolah, hahaha, boleh gitu?! Harap2 ada laa sekolah mau terima budak 3 tahun potpet2 ni...
Seronok jugak layan perangai depa berdua ni, macam2 aksi, macam2 ragam, cumanya sebab depa ni ligat sangat macam peluru sesat, mak depa sentiasa pancit, penat rupanya nak besarkan budak2 ni, stress jiwa ni dok menjerit2. Kadang2 tu bila dah tak larat sangat nak memekik, lantakkan saja depa nak buat apa, sambil mengulit si Raisha ni mama dok laa perhati depa, nak tergelaklah pulak, instead of marah dan geram, rasa terhibur dengan gelagat2 pelik budak2 ni, alahaiiii, mama ni negatif sangat agaknya, asyik nak melenting saja, sepatutnya mama banyak bagi ruang untuk hangpa berkuntau, bertomoi, berlari tunggang-terbalik, main dan main dan main, memang itu pun fitrah kanak2 kan, hmmm...
Sunday, July 24, 2011
Random pictures
Antara gambar2 yang diambil sepanjang kat sini...
Raziqh dulu tak suka makan benda2 masam, tapi kebelakangan ni sangat suka. Seronok tengok dia makan, muka berkerut2 pun sungguh2 telan jugak. Gambar bawah ni dia tengah makan cherry...
Ni lah jadinya bila mama atau ayah tinggal laptop/ipad sekejap, terus tukar hak milik jadi depa punya. Tapi sebab I memang tak biar my laptop depa guna so sampai sekarang tak payah nak berebut2 dengan depa lagi. Kalau depa kacau pun, sat2 saja, lepas tu tinggal. Tapi ipad ni tak boleh buat apa, sebab si ayah dah install games and learning app dalam tu, so depa dah claimed tu depa punya, haha, ampeh!
Gambar kat bawah ni mama tinggal laptop tu sat saja atas sofa nak pi dapur, tengok2 eh dia dah angkat buh atas high chair dia, ewwah bergaya kemain lagi hang noo...
Budak2 memang kreatif kan? Macam2 benda depa boleh buat jadi mainan. Kerusi2 kat rumah ni depa susun buat train laa, kereta laa, lepas tu buh anak2 patung tu jadi penumpang, ambil tali pinggang ayah depa buat seat-belt, haha, layan~~~ Ni kat bawah ni depa buat panggung wayang, 1st class hokey, duk barisan paling depan sekali, kalau boleh nak tembus skrin tu terus. Tu ok lagi tu, kadang2 excited sangat tengok kartun, depa panjant naik atas tu, tapi memang kena piap laa kan, keh3...
Ni pulak excited tengok orang swimming atau naik boat kat tasik belakang rumah ni. Almost setiap petang kalau cuaca baik akan ada orang mandi, memancing dan naik boat sekitar tasik ni. Budak2 ni jakun, menjerit2 seronok tengok depa tu, depa tu pulak siap lambai2 lagi kat depa ni, haha, baguih2! Rafiqh kalau tengok orang berenang mesti ajak mama "mama, jom laa swimming!", ecewwah mama memang laa gaya jalan dah macam peguin tapi berenang tak jadi peguin laa, masuk2 terus tenggelam tak timbul2, haha tak reti!
Wednesday, July 6, 2011
Sembang2 anak-beranak
Paling best melayan Raziqh bersembang, kemain lagi pakcik kecik ni kalau dah sembang tu tangan kiri kanan semua gawang rata, siap mimik2 muka macam2 gaya, intonasi suara pun ada tinggi rendah, bisik2 semua cukup syarat, mana laa hang dapat, nak kata tiru Rafiqh, Rafiqh tak gitu pun, hihi...
Kebelakangan ni ayah depa selalu balik lambat, Raziqh tidur awal so tak jumpa ayah. Paginya sebab dia bangun awal, sempat laa jumpa ayah before ayah pi kerja. Pagi tadi bangun tidur dia terus layan tv, bila nampak ayahnya keluar bilik terus terkam minta didokong, sambil tu sakan laa buka cerita yang ayahnya hagham langsung tak faham, mama faham tapi malas nak translate so sengih sorang2. Tiba2 dia panggil Rafiqh yang masih tidur dalam bilik...
Raziqh:"oni-tang, oni-tang, ni ngok, ayah tang!"(onichan, onichan, ni tengok, ayah datang!)
Mama:"bukan da-tang laa, ba-lik!"...
kah3 dia nak habaq kata ayah balik, tapi sebab selalu sangat sebut word datang, confuse sudah!
Setiap hari antara topik 'perbincangan' kami ialah tentang baby yang bakal lahir. We're in process nak mengubah panggilan 'adik' kepada 'onichan' kat Raziqh tapi both 2R dah confuse lah pulak. Bagi depa, onichan tu mesti Rafiqh, hah pulak, dah tu Raziqh nak panggil apa? Takkan sebut adik lagi kot, no no no.
Mama: Ni Rafiqh oni-chan! *tepuk dada Rafiqh*
Ni Raziqh oni-chan! *tepuk dada Raziqh*
Ni ba-by, a-dik! *tepuk perut*
Raziqh: Arr, ni A-jik oni-tang a-dik! *tepuk dada sendiri*
hahaha nak jugak buh title 'adik' tu kat hujung2, ampeh!
Bab berleter pun boleh tahan jugak, especially time Rafiqh buat salah. Cepat je mulut tu cakap "dok bek2, satgi mama ubit haa"(duduk baik2, sat lagi mama cubit haaa), hahaha, hadoiii penat mama gelak...
Wednesday, June 22, 2011
I love baby!!!
Melihatkan aksi2 Raziqh terhadap baby ni, please tell me, adakah I patut rasa happy atau risau?! I'm confused! hahaha...
Both my 2R memang sejak azalinya sukakan budak2, they love babies, that's good, right?! Apparently they have totally different reactions/characters towards baby, yang sorang tu cool and steady, suka tengok but he hardly touch the baby, ala2 nihongjin(=japanese) gitu, "no body contact!". Alah, dia kecik2 dulu pun tak suka orang sentuh dia, so habis2 berkenan pun ditenung2, dikelih2 dan tak berganjak dari duk depan baby tu. On the other hand, yang sorang ni pulak humak aih, agak brutal sikit cara dia approach. Dia macam geram semacam je tengok baby, kalau ada peluang memang akan dipicit2 dipenyet2 pipi budak itu, hish sabaq ja laa...
Gambar kat atas diambil ketika kami di London, baby kak Ita, Fayyish namanya, baru 7bulan tapi montel amat, comel! Rasanya lagi berat dari Raziqh kot, berketul2 badannya, semangat sungguh. Masa sampai kat rumah tu baby tak ada lagi, 2R dihulurkan mainan oleh abang dan kakak2 baby so masa baby datang depa dok ralit main, tak laa kacau baby. Tapi bila dah lama, dah sedar ada baby, habis laa kena kacau, Raziqh laa si pengacau itu, tak senang duduk baby dibuatnya, sampai meraung baby tu bila tengok dia datang dekat, haha haru!
So far tak pernah lagi ada aksi2 lain yang lebih mendebarkan, kiranya paling dashyat pun dia penyet2 pipi sajalah, taktau laa nanti2 macammana kan, cuma kena elakkan dari dia tengok apa orang buat kat baby, risau dia ikut buat...
Tapi kan, dalam dok berkenan2 kat baby tu jelesnya tetap ada, yang ni paling tak tahan. Dia tak suka kalau I dukung baby lain, nampak laa muka jeles tu, lagi laa mama suka mengusik, hihi. Hah, macammana laa keadaannya nanti bila si adik ni lahir, apa agaknya reaksi dia kan?! Sekarang ni kalau tanya mana baby, dia akan tepuk2 my big tummy. Kalau tanya baby buat apa, dia jawab "baby tidur". Tanya lagi, Raziqh nak onna no ko ka otoko no ko?(=baby girl or boy?), dia jawab "baby kokok", hahaha kokok pun kokok lah, mama tak faham yang mana Raziqh nak...
Sejak balik dari rumah baby Fayyish hari tu, Raziqh dapat 1 perangai baru. Dia suka sangat sebut "tatatatata", hadoiii ni kes dapat dari baby laa ni. Baby tu sebut dia pun ikut sebut. Nak jadi baby balik ek?! Ada potensi ni nanti si adik lahir, apa si adik buat dia pun ikut buat, haiyaaa Raziqh oh Raziqh...
Tuesday, June 21, 2011
Jikoshoukai Takeshi-kun
Soalan wajib mama2R akan tanya berkali2 saban hari ialah tentang nama, umur dan apa2 yang berkaitan dengan 2R kat 2R, suka dengar depa main jawab2. Adat budak2 laa kan, bukan reti jemu menjawab, tapi ikut mood jugaklah, time rajin tu berjela2 depa jawab, time pemalaih baloq liat tu, hagham sepatah takmau cakap, cet!
Mama : Onamaewa? (=siapa nama?) *mama tepuk dada dia*
Raziqh : Ajik A~shi (Raziqh Takeshi) *sambil tepuk dada sendiri*
Mama : Nansai? (=berapa umur?)
Raziqh : 2sai (=2tahun) *sambil jari cuba dibengkok2 nak buat peace*
Bla3 yang tu 2 saja betul2 boleh jawab, yang lain kalau tanya, ikut dan dia ja nak jawab, suka2 hati kelentong orang...
Tadi tanya macam biasa, bila sampai tang umur...
Mama : Kimi nansai? (=awak umur berapa?)
Raziqh : Kuuusaiii (=busuk), yucks! Adik yak!(berak!)
Hampeh, lain yang mama tanya, lain hang jawab...
Turn dia pulak bertanya...
Raziqh : OMamaewa? (bukan oNamaewa yer, hahaha)
Mama tak payah jawab, nanti dia tepuk dada mama sambil jawab "Maaaamaaa"...
I always think you're soo cute, hiks...
Kenderaan masa depan my 2R
Rafiqh : Mama, tu lori2! *excited*
Mama : Aah lori besaq kan?!
Rafiqh : Nanti onichan besar, onichan nak beli densya(=train) gadang2(bunyi densya). Ookiii takaiii!(=besarrr tinggiiii)...
Mama : Owh okey, beli shinkansen jugak, hayaiii(=lajuuu). Raziqh pulak nak beli apa?
Raziqh : kouki(hikouki = kapal terbang)...
Fuyyooo, tinggi jugak impian budak umur 2tahun ni, mama terkagum...
Friday, January 7, 2011
Anak2 cinta hati
Hari ni rasa macam takdak buat apa sangat pun tapi terkocoh2 jugak menyiapkan kerja. Mungkin sebab kalau bukan musim sejuk house chores semuanya bermula pukul 7pagi sebaik myLove pi kerja tapi sekarang ni pukul 9 baru 'jalan', hehe. Sebelum2 ni lepas myLove pi ja kerja anak2 akan terus mandi, sarapan dan layan rancangan kanak2 sampai pukul 9. I pulak akan settle-kan basuh-sidai kain baju, mandi dan kemas dapur. Lepas tu boleh laa nak buat kuih ka, hadap laptop ka hapa ka. Tapi la ni lepas myLove pi kerja selalunya I terperap dalam bilik melayan anak2 dan sarapan sampai la pukul 9, baru terhegeh2 mandikan depa dan 'lepas' depa berkeliaran dalam rumah sementara mak depa baru tergedik2 nak settle-kan kerja rumah, time tu nak buat serba-serbi, sedar2 ja dah tengahari. Petang time Raziqh tidur baru sibuk nak buat kuih lah hapa lah memang laa rasa kelam-kelibut semacam kan, serupa lipas kudung pun ya jugak. Cuba dah start bekerja awal macam dulu2 tapi tak boleh laa, sejuk sangat, tak tahan nak duk dapur awal pagi. Ok2, cerita pasal hari ni, pagi tadi buat inti popia, petang lepas Raziqh tidur balut popia goreng banyak2 untuk frozen dan minum petang hari ni. Sempat jugak menebar roti canai untuk breakfast pagi esok, siap buat kari daging cincang dah pun. Malaih aih nak bangun awai2 bersejuk2 kat dapur menggodek roti canai dan kuah kari, baik buat siap2, esok just goreng bagi masak, kuah tu perhangat ja, senang!
Kat bawah ni gambar2 2R, bukan latest pic pun, ni sebulan lepas punya...
Wednesday, January 5, 2011
Rafiqh dan Raziqh
Raziqh dah big boy dah, Rafiqh dulu umur ni tengah tunggu si adik lahir tapi Raziqh belum ada rezeki nak jadi abang lagi, hehe. Raziqh ni walaupun umur dah setahun 5bulan tapi masih macam baby2 lagi, muka dan saiz badan pun macam baby, perangai tu apatah lagi, sangatlah manja meleweh2, kadang2 mama suka, kadang2 mama geram, grrr. Tapi dalam dok kata baby2 tu pun nakalnya ya Rabbi, volume mak depa dah naik 2kali ganda dah la ni. Punyalah panjang akai, setaraf dah dengan onichan, kadang2 lagi terer meligat dari si abang. Tapi tu lah, nakal2 pun tak sampai hati la pulak nak marah dan cubit, semuanya gara2 dok rasa macam dia tu kecik lagi, tu yang dia naik tocang tu kot ek, hmmm, tak boleh jadi ni...
Raziqh pun dah makin pandai bercakap, banyak dak words yang dia boleh sebut, mama suke! Tekun mama ajar dia menyebut setiap hari, suka dengar dia ulang sebut. So far, dia dah boleh sebut "itai(=sakit), abunai(=bahaya), samui(=sejuk), atsui(=panas), oishi(=sedap)", yang simple2 macam mama, kakak, ayah, ball, bird, wan2(=anjing) tu dah lama pandai sebut...
Raziqh semakin obses dengan bola, celik2 mata ja cari ball. Kalau jumpa buku mesti selak2 cari gambar ball, kecik tara mana pun dia boleh nampak. Kalau tengok tv ada gambar ball, menjerit2 suka. Pendek kata dia memang tak boleh nampak benda bulat atau bujur langsung, semuanya disangka ball, telur ka belon ka bawang pun ball jugak. Ayahnya kata dia ni kalau nampak bola terus naik syeikh, teruja habis. Ya la kan, anak sapa lah tu, dah ayahnya pun gila bola, anaknya pun sama naik laa...
Bab makan malas nak cerita, selera bertambah2 tapi badan tak naik2 pun, tak padan dengan jumlah makanan yang dok telan tu. Dia pantang tengok orang pegang foods, siap ligan tak menyempat2 suruh suap dia makan setiap kali tengok mama tadah pinggan. Kalau nak bagi dia makan tak payah panggil2 pun, dia mai sendiri. Macam budak2 lain jugak kadang2 tu nak main dan nak makan tu sama banyak, so dia mai nganga lepas tu dia pi sambung main, tapi yang bestnya I tak perlu ikut bontot dia untuk bagi makan, dia sendiri akan mai sendiri, so boleh laa mama suap dia makan sambil2 buat kerja lain seperti memasak...
InsyaAllah esok Raziqh akan mula ke hoikuen(=nursery). Sama macam Rafiqh jugak, hantar sekali je seminggu. Ada sebab kenapa kami nak hantar dia ke hoikuen, nanti2 cerita dalam entry lain. Tak sabar nak tengok reaksi dia, beg semua dah ready, agak2 dia nangis tak mama tinggalkan dia esok? hihi. Sejak minggu lepas tiap2 hari ulang pesan kat Raziqh yang mama akan hantar pi 'sekolah', main puas2, behave dan takmau nangis. Dengan Rafiqh pun pesan jugak, suruh dia jaga Raziqh dan main baik2...
Cerita pasal Rafiqh pulak, macam biasalah kadang2 baik kadang2 nakal. Kalau dulu dia sorang je kuat buat bising tapi sekarang dah ada geng, kuat sungguh bergurau melawak dan berkuntau, perghhh semput mak depa. Cakap makin petah, kadang2 tu geram nak tutup mulut dia, haha, penat mama dengar onichan potpet2. Menyakat adik pun makin menjadi2, suka usik bagi Raziqh nangis, kadang2 tu rasa lawak laa jugak, tapi selalunya rasa nak marah laa...
Gambar baru depa ada dalam laptop lagi satu, nantilah upload...
Thursday, December 2, 2010
Onichan wa dare?!
Saikin(=lately) mama suka sangat panggil Raziqh "onichan(=abang)", eh2 bukan sebab dia dah nak jadi abang ye, tapi sebab mama saja nak sakat si Rafiqh, hehe. Suka bangkang cakap dia sebab nanti last2 dia akan pening2 confuse nak terus tegakkan kebenaran, tapi kadang2 mama yang naik pening taktau nak putar apa dah, hahaha...
Bila panggil Raziqh onichan, sah2 Raziqh buat derk ja kan, Rafiqh yang akan berpaling, bila tengok mama panggil onichan berkali2 tapi tak pandang kat dia, dia akan datang berdiri betul2 depan muka mama sambil tepuk dada dan cakap "mama, ni onichan!"...
Mama : eh tak laa, ni laa onichan (sambil tepuk2 bahu Raziqh)
Rafiqh : chigau, chigau! kore wa adik, onichan wa onichan(=salah, salah! ni adik, ni onichan) (tepuk dada sendiri)
Mama : heeee hontou ka?(=eh ye ke?), mama rasa yang ni laa onichan
Rafiqh : chigau yo! kore wa baby, akachan, chiccai akachan(=salah la! ni baby, baby, baby kecik)
Mama : eh tak laa, mana ada baby dah, ni big boy dah ni, kan Raziqh kan? Raziqh onichan deshou?(=kan?). Rafiqh 1 bang me no onichan, Raziqh 2 bang me no onichan, futari tomo onichan dayo(=Rafiqh abang no. 1, Raziqh abang no. 2, dua2 pun abang). Akachan mou inai ne(=dah takdak baby dah kan)...
Rafiqh dah pening, muka berkerut2 berfikir...
Rafiqh : iya, dame. Boku wa onichan!(=tak, tak boleh. Saya abang!)
Terus blah pi main, marah sungguh kalau nak bagi title onichan kat Raziqh, haha. Bagi dia onichan tu dia sorang je kot. Tapi sekarang, bila dah banyak2 kali dok explain konsep abang no. 1 no. 2 tu nantoka dia macam nak boleh terima dah. La ni kalau kata Raziqh tu onichan, dan-dan tu dia ngaku dia tu adik pulak, kuang3, apakah?!
Sunday, November 28, 2010
Adik,kemas!
Tuesday, November 9, 2010
Tsuyoshi & Takeshi
Takeshi-kun turned 1year 3months old 10days ago...
Gambar 2minggu lepas, masa join Scout Jamboree punya program...
Tu je kot, next, pasal Raziqh Takeshi pulak...
Dah pandai pee kat toilet, so sekarang bila mandikan atau salin diaper dia, boleh suruh dia pee kat toilet. Maybe in another few months boleh start potty training kot...
Bila diajak mengira, dia cuma tau sebut ten saja, orang baru sebut one, two, dia dah jerit tennn! Langkau habis!
Ermmm tu je yang terlintas setakat ni, nanti2 laa update lagi...
Tuesday, October 26, 2010
Onichan nangis,adik babap mama! dush2!
Raziqh sekarang dah makin 'brutal', dibelasahnya si Rafiqh bila depa bergaduh, haha, lawak pulak bila tengok. Nak tergelak tapi terpaksa ditahan2 dan mama pun buat gaya lagi brutal untuk leraikan pergaduhan depa yang biasanya hanyalah disebabkan oleh perebutan toys...
Walaupun hampir setiap hari kheja dok bergaduh saja tapi Raziqh sayang sangat Rafiqh rupanya. Selalu kalau tanya Rafiqh "onichan sayang adik tak?", Rafiqh akan jawab "ermmm sayanggg" sambil usap2 adik. Tapi acu tanya Raziqh "adik sayang onichan tak?", hahaha ibaratnya tanya tongkoi kayu, buat bodo saja laa, agaknya dia tak faham lagi kot ek, errr ya ka, kalau tanya benda lain, boleh ja dia response, musykil2!
Tapi dalam dok gaduh2, hang tibai aku-aku tibai hang tu, masing2 saling mempertahankan seama sendiri bila salah sorang kena marah/pukul atau menangis. Rafiqh tu tak payah cakap lah, sejak dulu sampai sekarang pun kalau mama pelekoh adik nak pakaikan pampers dan baju, dia masih marahkan mama, kalau mama paksa adik gosok gigi, dia mai serang cubit2 mama, kalau mama marah adik, dia selamba badak mai tampar mama. Agaknay sebab dok tengok si Rafiqh rajin backing dia, jadinya sekarang Raziqh pun dah pandai nak backing Rafiqh...
La ni kalau si Rafiqh menangis yang takdak kena-mengena dengan dia(read: bukan salah dia), mama laa jadi sasaran nak kena marah. Beberapa hari lepas seperti biasanya waktu mama solat zuhur dan tadarus, depa 2beradik akan melawak sakan laa dalam bilik yang sama. Mama dah susun bantal2, tilam2 dan selimut2 bagi tinggi, so depa panjat dan terjun, memang macam ni gamaknya cara budak lelaki main kot ek. Panjat-terjun-panjat-terjun gelak kukek2, sambil2 tu depa wrestling jugak. Terjun punya terjun entah macammana Rafiqh jatuh dan menangis, mama bolayan saja, lantak pi hangpa laa, hangpa yang gatai sangat, larang takmau dengaq! Raziqh tengok Rafiqh nangis, muka dah cebek2, bila tengok mama buat derk dia pun mai ketuk kepala mama dengan botol vicks, ewah2 tak pasai2 mama pulak yang kena. Macam tu laa selalu2, terhibur jugak tengok keletah depa ni...
Tapi kan, mama rasa saikin(=lately) mama makin garang, huhu. Menyiga ja memanjang, gomen ne(=sori ye) anak2, mama marah dan mama babap sebab hangpa dua selalu takmau dengar cakap mama. Suara mama garang macam petir berdentum kan? Bukan sebab mama ni suka sangat nak marah2 pekik2 tengking2 tapi sebab mama takmau angkat tangan, mama marah tu untuk gertak2, so please lah anak2, tolonglah takut, hangpa ni mama puaih marah dah hangpa boleh gelak2 terhege2 lagi, macammana laa mama tak hangin, huh!
Cause the truth is I really love you both more than anything else, more than myself. Gambarou ne, semoga keluarga kita sentiasa bahagia, gembira dan ceria. Gambarou ne...
Tuesday, October 5, 2010
2tahun 10bulan dan 1tahun 2bulan
Cerita pasal Rafiqh lah dulu...
- Dah makin pandai bercakap, boleh laa nak buat kawan layan sembang time bosan, haha.
- Sangat ghairah bila dapat peluang tolong mama buat kerja. Baru umur 2tahun 10bulan tapi dah pun ada tugasan sendiri, tolong switch off semua suis(tv, kipas, cooler, air-cleaner dll) dan tutup tingkap/sliding door bila nak outing, tolong berhidang makanan(angkat foods dari dapur ke ruang tamu), tolong angkat pinggan mangkuk kosong ke dapur, tolong mama kutip kain baju di ampaian, selalunya dia akan datang minta nak tolong, so I akan pass-kan baju2 tu kat dia dan dia akan letak atas kerusi, happy laa bila dapat 'buat kerja'.
- Hobi terkini ialah melipat kain baju, pantang nampak kain mesti dilipatnya. Good point is ada masanya lipatan dia sangat kemas dan tersusun cantik. Not so good point is baju2 yang mama dah siap lipat pun dia buka dan lipat balik, adehhh, terlebih rajin pun susah jugak.
- Love pretend play, seronok tengok dia main sorang2 masa Raziqh tidur, nanti boleh dengar dia bercerita cakap sorang2 dengan 'binatang2'nya atau kereta2nya, atau pegang keitaidenwa(=handphone) sambil tiru gaya ayah mama bercakap, ambil buku cerita bergambar dan 'cipta' watak2 baru dan sebagainya...
- belum lagi berjaya sepenuhnya dengan potty-training, though he already wearing potty-pants at home, should blame me on this matter haihhh, but I really hope he can pee/poo in toilet before he reaches 3 insyaAllah...
Selain potty-training, ada 1 lagi yang cuba dilatih iaitu bagi dan jawab salam(dengan orang luar) dan bersalam bila orang mai rumah atau pi rumah orang tanpa disuruh. Sekarang ni kalau dengan kami dia mau laa bagi-jawab salam tapi dengan orang luar dia malu2(malu tak bertempat). Salam pulak kalau tak suruh memang tak jalan laa, nak kena suruh atau bila orang hulur tangan baru dia buat, huh!
Cerita pasal Raziqh pulak...
Huishhh si kecik ni banyak benda boleh nak cerita, geram sungguh2 dengan dia, tiap2 hari 7juta kali kena gomoi. Haluih kecik tapi ligatnya subhanallah, sapa2 tengok pun geram! La ni takdak aih nak berjalan dah, menonong berlari, gopoh betul atur langkah, dah tu kerja tersadung jatuh tergolek2 terguling2 laa jawabnya. Tapi takpa, dia tak nangis, good2!
- Suka sakat orang, dah pandai dah nak permainkan orang. Bila orang tengok tv, selamba badak ja dia pi off tv tu, sambil gelak2 jeling2 suruh orang marah dia. Awal2 dulu dok larang laa jugak, la ni malaih dah nak layan, lantak pi hang laa, nak on off ka hapa ka, makin dilarang makin menjadi2, baik buat derk ja, sat lagi dia penat dia stop sendiri...
- Bukan takat tv ja, sliding door pun dia buat main jugak, time orang tutup dia pi buka, time orang buka dia gatai pi tutup. Rajin terlebih...
- Menyakat Rafiqh pun dia pandai, suka ambil barang Rafiqh dan bawa lari, dia siap panggil Rafiqh lagi suruh Rafiqh ligan dia, haha, haru aih budak ni...
- Dah pandai sebut ayah, mama dan nak, tapi onichan dia dok panggil "atta" situ jugak. Tak larat nak ajar dah, hehe...
- Sangat suka berkawan, mulut tu bising bila jumpa ramai budak2, sungguh bergaya nak berkomunikasi. Selalunya bila pi sekolah Rafiqh, Raziqh akan teruja nak main dengan kawan2 Rafiqh, Rafiqh lah yang akan jadi tukang translate memperkenalkan adiknya kat kawan2 malah kat senseitachi(=cikgu2) jugak. Tiap2 minggu dia akan bagitau semua orang nama adiknya, alalalala bangga sangat ada adik ek. Oh nama baru Raziqh Takeshi selain shi-kun ialah take-chan, keh3...
- Lately Raziqh sangat sukakan baby, kalau pi jalan mana2 dia akan terkam stroller untuk tengok baby dalam stroller tu, oh soo cute! Mama yang cair, hiks...
Mama really love both of you my little heroes!!!

