Saturday, July 2, 2011
Info tentang kecantikan di blog SakuraBoutique...
Dalam dok tak sehat tu sempat jugaklah siapkan 1 artikel kat blog SakuraBoutique, alhamdulillah. Since ramai customers dan kenalan yang suka tanya itu ini tentang isu kecantikan ni(dah nama pun penjual kosmetik kan, depa ingat hang terer laa, kuang3), insyaAllah mulai sekarang I akan menulis artikel penjagaan wajah secara berperingkat. Sambil2 tu boleh explain lebih lanjut tentang produk SK-II kan, senang nak relate produk ni untuk apa, produk tu untuk apa, harapnya ia akan lebih memudahkan customers untuk faham dan buat pilihan...
Untuk kali ni, I mulakan dengan artikel bertajuk Komedo(blackheads/whiteheads). Siapa yang ada masalah blackhead/whitehead angkat tangan?! Mesti ramai kan, persoalan masalah blackhead/whitehead ni sangatlah kerap ditanyakan. Ramai yang tahu mereka alami masalah ni tapi tak ramai yang tahu apa puncanya dan bagaimana nak atasinya. So guys, feel free to visit my blog and read the article, mana tau boleh membantu serba-sikit kan...
Thursday, December 9, 2010
Q&A regarding SK-II
Q1. Produk2 SK2 ni sesuai untuk kulit yang macammana?
A - Unlike most of produk kecantikan yang ada di pasaran, produk2 SK2 tidak mempunyai pengkhususan terhadap sebarang jenis kulit. Dalam erti kata lain, semua jenis kulit samada berminyak atau kering adalah sesuai dan boleh menggunakan barangan dari SK2.
Q2. Apakah produk asas SK2?
A - Ada 5 produk asas SK2, pertamanya make-up remover iaitu 'facial treatment cleansing gel/oil', kemudiannya pencuci muka iaitu 'facial treatment cleanser'. Yang ketiga ialah 'facial treatment clear lotion' berfungsi untuk membuang sel2 mati dan kekotoran pada wajah. Keempat ialah miracle water SK2 iaitu 'facial treatment essence' dan akhir sekali pelembap/moisturizer anti-aging iaitu 'skin signature'.
Q3. Boleh tak kalau nak pakai FT cleanser saja tanpa FT cleansing gel/oil?
A - Boleh, hanya jika anda tidak mengenakan make-up. Ini kerana FT cleanser sahaja tidak memadai untuk menghilangkan kesan bahan make-up secara menyeluruh hingga ke dalam pori2 wajah. Langkah paling awal dalam membersihkan wajah ialah membuang semua lapisan make-up yang menutupi wajah sebelum membersihnya dengan cleanser. Tapi boleh je kalau ganti FT cleansing gel/oil ni dengan make up remover lainnya.
Q4. Boleh tak kalau kulit bermasalah seperti jerawat dll menggunakan produk2 SK2?
A - Boleh, malah amat digalakkan. Before ni ada beberapa orang yang bagitau I bahawa kulit berjerawat tak disarankan untuk guna produk SK2 so I dah tanya kat beauty consultant SK2, katanya boleh. Produk2 SK2 akan mengembalikan kulit wajah kita ke kondisi paling 'sihat' dengan mengawal jumlah minyak dan kelembapan di tahap paling optimum sebagaimana yang diperlukan oleh kulit.
Q5. Boleh tak kalau nak pakai 1 produk saja, contohnya miracle water ie. FT essence?
A- Kalau tanya consultant SK2 sah2 dia kata tak boleh, haha, tapi secara peribadi I rasa tak salah pun(wahhh pepandai ja hang, hehe).
Kalau ada sebarang pertanyaan lainnya silalah tanya, takmau beli pun takpa, I don't mind, setakat mana yang I boleh jawab I akan jawab...
Oh ya, ada yang tanya I dah pakai ker SK2 ni, the answer is YES, and I loike, hihi. Tunggu ya nanti muka saya dah jelita saya bagi reviews, entah tahun bila la tu gamaknya nak jadi jelita, hak2...
Saturday, December 4, 2010
SK-II basic/essential care






Secara amnya kita memerlukan produk2 ini bagi membina asas kulit yang menawan. Selain dari produk2 yang I explain kat atas tu, SK2 ada keluarkan pelbagai jenis produk lainnya bersesuaian dengan masalah2 yang dihadapi oleh pengguna. Dalam entry akan datang insyaAllah I akan tulis beberapa Q&A yang sering ditanya oleh orang ramai berkenaan barangan SK2...
Wednesday, November 3, 2010
Kenapa trial set?!
Lepas buat entry tentang SK2 ni ramai lah pulak kawan2 yang minta survey-kan harga certain SK2 products bagi botol2 yang besar. InsyaAllah nanti dah siap list-nya I update ya. Mana tau kot2 murah ker kan, so boleh laa kalau ada yang nak minta I belikan. Tapi kalau tak salah, mahal jugak sebenarnya kat sini pun. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai dan terlibat secara langsung dalam penggunaan produk ini di sini(ayat berita), kalau botol2 besar tu mahal, kena beli botol kecik2(bukan trial set ye, tu kecik sangat) baru untung, haa memang betul pun, bila tengok2 tu beli botol besar 120ml dengan botol kecik2 20ml x 6, murah lagi yang 20ml x 6 tu...
Sebenar2nya takdak niat pun nak jadi dealer-tak-rasmi SK2 ni, saja suka2 ja. Nak promote lebih2 pun tak boleh, bukannya I pakai lagi pun, hehe. So, kepada sapa2 yang tunggu2 my review tu, haha taktau laa bila nak bagi review, tahun depan lah kot, arrr buleh? hihiks. Tapi nanti kot2 dah pakai tetiba bertukar jadi jelita ka, semestinya akan di-promote kaw2 punya, hohoho, tu pun kalau jelita laa, kalau ye, kalau!
Honestly I memang jenis 'buta'-kosmetik, walaupun suka untuk kelihatan cantik(well, perempuan mana laa yang tak suka cantik kan, habaq mai tengok) tapi sejujurnya tak pandai mana pun bab make-up atau penjagaan diri ni. Most likely I ni jenis ikut mood, kalau bab cuci muka dan tempek moisturizer tu memang acara wajiblah, kalau keluar rumah mesti pakai at least foundation, compact powder dan lipbalm, make-up pulak tenyeh time nak dating, pi majlis atau keluar jalan lama2 je laa. So far tak banyak pun 'benda' yang pernah dicuba, macam I kata dalam entry lepas2, ni 2nd product yang nak di-test, tu pun cuak2 berbulan2 dok pikiaq tak habis lagi...
Tu pasal laa I ketengahkan set2 percubaan ni dulu, selepas pening kepala tengok mak-datuk punyalah banyak produknya, juling mata nak memilih. Fokus utama adalah untuk pengguna2 yang baru nak cuba2, kira macam buat skin test laa, nak tengok dulu sesuai ka tak. Nanti dah confirm sesuai baru laa beli botol2 besar. Dari apa yang I tengok, trial set Malaysia barang2nya tak banyak, selalunya dalam 3-4benda ja 1 pakej. Kat Jepun ni pulak mak aih, kalau boleh semua dia nak hentam buh dalam 1 paket tu. Kalau rajin + duit berkepuk memang no hal laa, try banyak2 lepas tu nanti beli banyak2 jugak. Tapi kalau takat I ni, buat membazir duit je kot, beli 2-3benda dah lebih dari cukup. Sebab dah beli, nanti pakai je semua2 then decide nak beli yang mana, mainly cuma nak cleanser dan moisturizer je, dan 'air magik'nya lah, hihi...
Buat sapa2 yang minat nak test, beli laa trial set dulu, taklah rugi in case tak sesuai pun kan. Kulit kita mana sama dengan orang lain, so tak boleh nak main ikut2, ada orang sesuai sangat, ada jugak yang kata tak best. Kalau berminat, boleh order sebelum sabtu ni yer untuk 1st batch order, kumpul order ramai2 so that boleh cut down price lagi. Nanti2 kalau ada sapa2 nak order lagi pun boleh, anytime...
Friday, October 29, 2010
SK2 oh SK2 !
SK2 kalau kat nihong ni memang top laa, antara brand yang mahal, kalau tengok duta2nya waduhhh cantik2, memang depa tak make-up sangat pun, natural beauty gitu! (pepandai ja, mana hang tau?! Eh tau laa, ceq tengok kat tv! hahaha)...
Dulu2 my mom selalu cakap tak payah tempek apa2 lah kat muka tu, nanti merosakkan kulit saja, benda2 kosmetik ni banyak bahan kimia. Mak cuma galakkan pakai bedak nyonya, bedak sejuk dan guna petua2 lama saja untuk rawat wajah. Uish mana boleh lagu tu mak, mak takpa laa, kulit mulus tak ada masalah jerawat dll, bla3 potpet2 kemain lagi berhujah dengan mak. Eh tapi sungguh, kulit mak elok cantik, tapi I ni tak warisi kulit wajahnya, my sis-ateh je yang dapat gen kulit mak. Kalaulah kulit I tak ada masalah, takdak aih nak bersusah payah jaga sangat, maybe just maintain sikit2 saja kan. Tapi rasanya untuk zaman sekarang ni kalau keluar rumah muka togel je memang tak boleh laa, sebab kita mendedahkan kulit kita kepada pancaran cahaya matahari dan sinar uv yang merosakkan sel2 kulit, ada risiko barah jugak. Bumi sekarang dah banyak sangat pencemaran, nak taknak kita memerlukan 'pelindung' wajah, badan tak perlu sangat laa sebab kita kan tutup aurat, hehe. Haa jangan taktau, mak sekarang pun dah pandai dah pakai produk2 kecantikan ni, walaupun mak tu sokmo2 nak short-cut, kalau boleh mak nak pakai 1benda ja yang merangkumi semua penjagaan, haha, tapi masalahnya takdak laa produk gitu mak oiii. Hari tu mak beriya2 suruh I tukar pakai SK2, mak pun berminat sebenarnya, beriya mak suruh ateh pi survey nak beli lah konon, tapi rasanya sampai sekarang ni pun tak beli2 lagi, sebab harganya mahal sangat. Salesgirl tu pun satu hal jugak, mentang2 nak promote barang dia bantai suruh beli set besaq2 yang harga dekat RM500 tu, mustahil laa my mom yang tak berapa suka berbelanja ke arah kecantikan ni tiba2 nak longgok duit sebanyak tu sekaligus kan, memang tak ah! Agak2 laa nak promote pun, jual laa set sample dulu, kalau memang produk tu bagus, sure orang mai beli lagi kan?! Gelojoh bebenor!
Bila dah terbeli SK2 ni, berkobar2 semangat nak menerai, so sekarang tengah pulun nak perabih barang2 AG2000 tu dulu, la ni dalam versi membazir lah ni, ish3. Mana boleh campur2 kan, sat lagi tak 'nampak' laa hasilnya, hakhakhak poyo!
I beli trial set je dulu, ambil pakej yang paling basic. Ada banyak pakej ditawarkan tapi I berkenan 2 ni je, both package ni barang2nya sama je cuma 2nd package tu ada extra tang mask, bila kira2 kosnya I decided ambil 2nd package...

Monday, October 25, 2010
Pening memilih,yang mana satu?!
Before kahwin dulu I guna produk lekeh2 saja, takat beli kat kedai runcit, pakai pun ikut suka hati, time rasa nak pakai, pakai, time malas, tak pakai, dulu mana ada duit nak beli yang best2 kan, lagipun zaman remaja dulu since form 1 hingga form 5 sekolah semua girls, so tak berapa ambil pot sangat bab2 penjagaan wajah ni, make up jauh sekali *alasan*. Futhermore, my mom sendiri memang tak ambil kisah jugak, bertambah2 laa cetek ilmu ni, hihi. Basically masa tu banyak guna produk johnson&johnson dan fair&lovely lah. Tapi bila dah nak kahwin tu, kan kena beli barang kosmetik untuk dibuat hantaran so ter-beli produk AG2000 atas saranan mak dan adik2. Awal2 tu takut jugak membazir, ye laa, bukan murah, beratus2 ringgit sebotol, kang beli2 tak sesuai ka hapa ka, kan ker rugi je kan, tapi gamble ja beli sebab dah terpaksa. Sebenarnya sebelum beli AG2000 ni I dah pernah beli 1 produk Malaysia, mahal laa jugak, konon nak 'repair' wajah bagi cun laa before nak jadi raja sehari tu tapi hampeh, produk tu tak sesuai dengan I, habis mengelupas kulit muka, buang duit ja, sebab tu rasa curiga sikit bila kena beli yang lain, huhu...
Jadinya sejak lepas kahwin sampai laa sekarang ni I memang setia dengan AG2000, dah lebih 5tahun dah, alhamdulillah sangat sesuai, I pun memang makan supplement dari company yang sama ie gamat healin tu, so memang rasa best laa produk2nya. Nak2 pulak hasil kajian ke atas produk2 tu dibuat di Jepun ni, lebih menambah keyakinan diri terhadap kebaikan produk2nya. Call me fanatic or what, tapi I memang lebih percaya dan yakin dengan produk kecantikan Jepun compare to Malaysia. Kat Malaysia memang banyak jugak produk2 kecantikan ni, yang artis2 macam Dato' Siti lah, Erra Fazira lah etc etc punya produk pun berlambak kan, tapi betul ka depa tu pakai their own product ek? Macam was2 gitu, hehe. Back to the story, hah dah kalau suka sangat produk AG2000 tu, apasal out of sudden nak tukar pulak kan?! Hmmm, ni lah masalahnya. All this while I beli melalui my mom's friend tapi sekarang she's no longer an agent, susah pulak tu nak cari ajen kat Ipoh tu, malas nak kacau my mom or my sis untuk cari2 so I thought better beralih je laa. Boleh je nak beli kat internet, ramai je dealer-nya tapi dah termakan 'hasutan' supaya try produk2 Jepun pulak, tu pasal laa dok mencari2 ni, hihi...
Kalau produk2 kosmetik untuk make up tu I tak cerewet sangat, any brand would do, belasah ja campur2 even though I know it's better to stick to 1 brand only to get the best result, but who cares, right?! As long as I rasa okey, tibai je laa. But when it comes to skin care product I memang agak cerewet. Kalau boleh nak pakai 1 brand je, starting with the cleansing, the moisturizer, the foundation, the facial treatment bla3, semua nak brand yang sama. Rasanya semua brand ada keluarkan basic set yang lengkap semua yang I nak, cuma nak pilih brand tu pulaklah sampai naik juling...
Sebenar-benarnya hati ni dah berkenan sangat nak pakai SK2, ecceh perasan kaya, padahal produk tu mahai nak mampuih! Maklumlah umur pun dah nak masuk 30-an kan, SK2 memang pilihan yang baik laa tapi bila tengok2 produknya, setakat I usha2 kat yahoo shopping ni macam tak lengkap ja produknya, ka I yang tak reti translate in japanese ek? Dok tengok web rasmi in english, tapi dok belek katalog jepun memang blur lah, hadoiii. Dan lagi kalau pakai SK2 ni memang jenuh nak 'maintain' poket, haha, mahainyaaa ya ampun! Pulak tu even though I ni fulltime housewife, I duk rumah pun touch up jugak muka, haa jenuh. Tapi ok laa kot ek, bukan nak beli setiap bulan pun, macam sekarang ni 3bulan++ sekali ja membeli, I pun bukan pakai full set *ayat sedapkan hati* hahaha...
Selain SK2, produk apa lagi yang best?! Ada sebulan lebih lagi nak mencari ni, saki-baki AG2000 ni dah nak habis dah, cari2 jangan tak cari...
Sunday, September 26, 2010
Lipstick,lip balm,lip gloss,lip liner - mana pilihan anda?!
Ini antara koleksi lipstick, lip balm dan lip gloss yang sempat dicapai(dalam box make up), lip liner lupa pulak nak letak sama. Selebihnya benda2 ni ada kat merata2 - dalam handbag, dalam kereta, dalam bilik tidur, di sinki cuci muka dan sebagainya. Sebelum nak cerita lebih detail, jom kenali dulu apakah benda2 ni secara kasar/rambang...
Lipstick adalah pewarna bibir, ia mempunyai banyak pilihan warna, considered as make up...
Lip balm berfungsi sebagai pelembap bibir. It has ingredient to soothe, protect, moisturize and heal lips. Usually has no colour but some of them have some shimmer and a light tint, they also come in variety of scents and flavors. Turut digunakan sebagai 'alas' atau 'perata' lip cosmetics, dipakai sebelum mengenakan lipstick atau lip gloss. Lip balm is the best for natural lip, sekaligus melembab dan merawat bibir...
Lip gloss adalah penyerlah bibir, menampakkan bibir kelihatan lebih berkilau, menyerlah, juicier and somewhat bigger. Boleh diratakan ianya semata untuk mendapatkan bibir yang kelihatan lebih natural tetapi standout at the same time, atau boleh di-apply atas rataan lipstick...
Lip liner selalunya digunakan sebelum meratakan lipstick atau lip gloss, used to define the shape of lip and to prevent lipstick or gloss from leaking off lip...
I'm using lip liner, lipstick and lip gloss only for majlis2 atau bila keluar dinner, sometimes pakai untuk dating with myLove juga. Selepas pakai lip liner, sebelum letak lipstick or lip gloss kat bibir I'll surely apply vaseline first, lepas tu baru decide nak pakai lipstick dan lip gloss sahaja atau nak combine both. But actually most of the times I prefer lip balm most, more natural and simple. Lip balm ni pakai sehari berkali2, asal rasa nak pakai boleh terus tenyeh, that's why menatang ni bersepah merata2. Lip balm harganya pun lebih murah, boleh beli banyak2 buat koleksi. Kalau keluar ke majlis atau ke mana2, lepas makan atau selepas tempoh masa yang lama biasanya lipstick dan lip gloss akan pudar atau hilang, so time ni tenyeh lip balm ja senang. Lip balm jugak boleh ditenyeh ketika sedang memandu dan lampu isyarat merah, haha, gerenti tak berlemuih punya walaupun tak tengok cermin. Acu tenyeh lipstick without mirror, hoho horror!
Anda pula bagaimana? Yang mana pilihan anda?!
Sunday, February 21, 2010
黒酢ダイエット
Taktau laa kat negara lain macammana kan tapi kat jepun ni memang ada macam2 jenis diet, ada banana-diet, ada soba(=mee)-diet, ada tomato-diet, huish banyak sangatlah nak senarai semua, memang gila2 punyalah sampaikan kadang2 tu kalau tengah boom satu2 jenis diet tu boleh jadi hot topic sungguh. Zaman jadi student dulu antara topik yang dok melagha menyembang buang masa dengan kawan2 japanese adalah bab diet ni ler, kehkehkeh lawak pulak bila diingat2...
Sebenarnya kurosu-diet ni dah lama wujud dah, tapi baru sekarang I tergedik2 nak cuba. Ni pun myLove yang beriya promote suruh beli, ingatkan dia nak minum sama tapi tengok2 I ja dok balun sorang2, mujur laa sedap, kalau dak, haghuih(harus) dah buat mandi dah laa, hahaha. Oh kurosu ni pun bagus untuk dicampur dalam air dan dibuat rendam kaki/badan, boleh melancarkan peredaran darah datte...
Sekarang ni kat pasaran ada beratus2 jenis produk kurosu, didatangkan dalam pelbagai flavors and colors, kalau nak beli yang pure tu errr mungkin tak sanggup kot nak telan, masam yang hamat, yucks! And of course quite pricy lah jugak, tapi kalau yang dah 'diubah2' tu murah saja dan nampak lebih sedap...
Sedikit info regarding kurosu - Kurosu is made from rice, barley and sometimes brown rice and fermented in a ceramic pot for 3 to 6months, frequently as long as a year. It is rich in citric acid, vitamins and minerals. Besides for diet purpose, it was suggested that kurosu is good for preventing hypertension and recovering from fatigue. Some of the known health benefits of black vinegar include blood thinning, lowered blood pressure, improved blood circulation, lowered cholesterol and improved energy levels. Women drink it as a cosmeceutical product...
Lastweek we bought this kurosu in blueberry&cassis(blackcurrant) flavor, saja nak test. The taste for me not too bad, sedap laa jugak, mungkin sebab I pilih blueberry&cassis yang sedia maklum memang masam2 so masa nak minum tu taklah rasa pelik pun. Ada jugak perisa banana, apple and etc., yang tu taktau laa kan macammana rasanya. Cara nak amalkan diet ni pun agak mudah, cuma perlu minum 30ml saja 1-3kali sehari, bila2 pun takpa.
Hah, jangan pulak ada yang gatai2 nak tanya 'kesannya' hokey, baru minum tak sampai seminggu mana boleh komen. Lagipun bukannya tujuan nak diet sangat pun, saja ja nak cuba, hohoho *cover2*...
Wednesday, January 27, 2010
Bagaimana untuk kelihatan anggun di rumah?
Duhai ibu2 surirumahtangga-sepenuh-masa, tidakkah persoalan di atas menjadi sebahagian dari dilema anda?
Jika YA, mari kita berdiskusi, mari cari solusi, ecceh...
Jika TIDAK, sudilah kiranya berikan tips sebarang dua buat panduan saya, hiks...
Perempuan mana yang tak suka kelihatan cantik, bukankah cantik menawan itu naluri fitrah setiap wanita?!
Setiap hari, sudah ku aromakan rambutku wangi2, ku sikat rapi2, ku dandan teliti...
Tapi tak sampai 30minit rambutku dah serabai macam pontianak, gara2 si Rafiqh yang terlebih rajin, suka sangat bagi service saloon percuma biarpun tak dipinta. Takpun gara2 si Raziqh yang suka tarik2 rambutku tanda bergurau-senda...
Setiap hari, sudah ku pakai baju yang cantik2, selesa dan seksi(di mata suami)...
Tapi belum sempat melaram hingga ke petang, baju2ku kotor dek tumpahan susu dan adakalanya najis si anak, baju2ku comot dek kerja memasak dan mengemas, baju2ku basah dek ulang keluar-masuk tandas...
Setiap hari, sudah ku sembur perfume pelbagai jenama bersilih-ganti, biar harum mewangi...
Tapi sekejap saja mampu bertahan, kemudiannya akan kembali masam dengan bau susu, berbau keringat dan peluh...
Setiap hari, sudah ku cuba luangkan masa menyolek diri, agar anggun berseri2...
Tapi baru 2minit berdiri menghadap cermin, pelbagai tugasan rumah mula diproses minda, itu ini tak buat lagi, tak termasuk suara anak2 memanggil minta dilayan, akhirnya ku terus berlalu tanpa sempat berbedak pun lagi...
Haaa tuh dia intro-nya...
Selama bergelar isteri, I tak pernah tanya myLove pandangannya tentang penampilan I di rumah, tak pernah ambil tau pun apa yang dia fikirkan. It's not that I tak prihatin, cumanya sejak bergelar ibu ni most of the times I dah cuba bergaya, tidaklah cantik ala model-modelan tapi sekurang2nya tidaklah hodoh macam nenek kebayan. Setidak2nya bagi sedaplah mata yang memandang...
Antara tips yang I dapat bagi memudahkan penjagaan keterampilan di rumah ialah:
1. pendekkan potongan rambut - taklah kontot macam lelaki kan, paras bahu pun dah memadai, itu pun kalau suami tak kesahlah tapi kalau dapat suami cerewet nak bini rambut panjang mengurai, hah nasib laa kan. Orang lain mungkin tak rasa sukar kot bab ni tapi I memang selalu kesuntukan masa nak belek rambut...
2. pakai pakaian yang disukai suami - kalau suami suka tengok isteri pakai kaftan(baju kelawar), haa pakai ja laa, seksi hapa. Dulu ada orang cakap "hish pakai kaftan ni selekeh", laa dah kalau hentam kaftan siang malam memang arr selekeh, agak2 laa kan, haiyaa...
3. perbanyakkan koleksi pakaian rumah - jangan asyik bantai kain batik + t-shirt saja, ada masanya pakai laa skirt, seluar, maxi dan baju kurung(errrr???)...
4. berbedak - kalau tak sempat nak make-up cun-melecun pun, cukuplah dengan hanya berbedak...
5. kerap mandi dan tukar pakaian - bab ni no hal, memang I suka mandi dan suka menyalin baju, hehehe...
Tips lain, anyone???
Thursday, December 24, 2009
Anda mempunyai masalah perut buncit???
Dak aih, ceq bukan nak juai produk kecantikan tau, jamu ka makjun ka ubat2 pun tak!!!
Rasanya laa kan, kat dalam dunia ni takdak sorang pun ibu yang mengandung, tup2 lepas bersalin perut terus kempis. Kot kalau ada pun, segelintir yang tak payah susah2 buat apapun, perut depa terus kembali kempis sepertimana before pregnant, tapi mungkin tak ramai laa kot ibu2 yang bernasib baik sedemikian kan?! Rata2 habis ja pantang, mesti concern dengan perubahan bentuk badan masing2, lepas tu ikut haluan sendiri laa kan, ada yang concern then buat sesuatu, ada jugak yang concern tapi buat tak tahu, hihi...
Lepas bersalinkan Rafiqh dulu, I dok terlantar atas katil tu lebih dari 24jam, due to ubat bius yang hanya hilang selepas 24jam. Lepas dah habis kesan ubat bius tu barulah I boleh bangun berjalan pi toilet nak mandi. Masa tu punya laa terkejut beruk tengok perut sendiri, serius woo sangatlah menakutkan, mengelebeh, buncit macam tengah pregnant 6bulan dan menggerutu, eeeiii huduh sungguh, huhu. Masa tu tak terfikir langsung yang buncit yang amat ketara tu hanyalah sementara, so ada laa terasa sedih sikit. Tapi dari sehari ke sehari, kulit di bahagian perut tu semakin tegang menjadikan kegelebehan tu hilang dan buncit pun berkurang, fuhhh legaaa. Disebabkan bersalin c-sect, I tak boleh laa nak berbengkung dan bertungku di atas perut, mengurut pun bidan tak usik langsung kawasan perut so proses nak kempiskan balik tu memang agak memakan masa. Sebelum bersalin tu I dah siap2 beli bengkung correcter leesa formula tapi lepas dah balik sini hampir 2bulan lepas bersalin tu baru laa pakai, tu pun pakai 2kali ja, then gave up sebab rasa tak best dan susah, hahaha padahal sendiri yang ngokngek tak reti pakai, hish! Sendiri yang mengong tapi ada hati nak kutuk bengkung tu tak best... Bengkung ni ada tali yang panjang berjela, kena lilit2, I tengok kat internet ja cara nak pakai, tu yang blur tak reti tu, huhu. Dah sebab bengkung tak jalan, cuba pulak pakai barut biasa yang corset tu, yang ni pun tak konsisten, ya laa kan, takat dok kat rumah ja, jadi malas nak pakai. Dulu time study rajin laa pakai sebab setiap hari keluar pi kelas...
Pulun2 senaman nak bagi perut kempis, kira ok laa before pregnant-kan Raziqh banyak dah baju2 kebaya boleh pakai balik. Lepas bersalinkan Raziqh, disebabkan berurut, bertunku dan berbarut dengan sempurna, kejap ja perut dah kempis. Memang ketara amatlah, hanya dalam tempoh 2minggu saja I dah dapat kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha. Bersalin kali ni baru guna bengkung correcter leesa formula tu sebaiknya, bidan tukang urut tu ajarkan cara berbengkung dan kemudiannya mak atau kaklong tolong pakaikan. Tak lama lepas tu kaklong ajar cara nak pakai sendiri sambil berdiri so bila dah pandai pakai sendiri dengan kemas, I pakai sendiri hingga habis tempoh berpantang. Thank you so much my dear sil-kaklong, jasamu dikenang, hehe... Sebelum berbengkung tu kena sapu kapur yang dicampur air perahan limau nipis, menurut orang2 tua 2bahan tu panas so pecahlah lemak2 yang ada kat bahagian yang disapu...
Sebelum bersalin hari tu ada terfikir nak beli bengkung khas untuk ibu yang c-sect, dipanggil bengkung moden yang dah disahkan oleh ahli perubatan bahawa bengkung ni boleh digunapakai oleh ibu2 khususnya bagi yang bersalin secara pembedahan untuk dipakai seawal sejurus selepas bersalin. Masa tu terfikir kot2 kena bedah lagi so untuk pastikan kali ni berbengkung sempurna, nak laa beli bengkung ni. Tapi fikir punya fikir, lepas consider harga dll I buat keputusan untuk tunggu bersalin dululah. Honestly kalau harganya sekitar RM100 ja mungkin I terus ja beli tapi bila tengok the price RM200++ rasa tak berbaloi pulak kot kalau I tak guna pun nanti. Berminat tu memang berminat sebabnya dulu2 sebelum beranak memang I suka pakai corset dan bengkung ni memang style corset ja. Bengkung ala2 corset ni memang sesuai dipakai bila outing, selain berfungsi mengempiskan perut, boleh jugak dijadikan "tube" untuk cover bahagian badan bila nak breastfeed(bf) baby, part ni memang ibu2 yang bf selak2 baju mesti suka, as for me I selalu pilih baju2 berbutang bila outing, tak suka nak selak2, hehehe...
Lepas berpantang hari tu, konon2nya nak sambung berbengkunglah bila dah balik sini, hahaha hagham takpun! Beriya bawa balik bengkung tu, kalau tau tak berbengkung, baik tinggal ja kat rumah mak. Malas dah nak berbengkung tu bukannya sebab perut dah cun habis, hahaha dak2, tolong jangan perasan yer mama2R, sebenarnya dah tak berkeinginan nak berbengkung tu sebab malas nak kontrol jalan duduk dll, lagipun dah boleh pakai baju2, seluar dan skirt pada kadar yang memuaskan hati, rasanya cukuplah kot. Sekarang ni cuma perlukan senaman sikit2 dan jaga itu ini, dah memadai laa rasanya...
Ada sesiapa yang ada petua atau cara lain tak macammana nak kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha selain dari berbengkung?!
Wednesday, December 16, 2009
Postpartum hair loss
In the 1st few months after giving birth, many new moms are surprised to find themselves shedding more hair than usual. No need to panic, it's perfectly normal! InsyaAllah takkan botak lah, in fact slowly our hair should be back to normal by our baby's 1st birthday!
Normally, 85 to 95% of our hair is growing while the other 5 to 15% is in a resting stage. After the resting period, this hair falls out, selalunya rambut ni gugur ketika kita sikat rambut atau mandi/shampoo, dan rambut2 ni akan diganti dengan rambut2 yang baru... An average woman shed about 100 hairs a day, tuh dia, banyak kan?!
During pregnancy, increased levels of estrogen prolong the growing stage, there are fewer hairs in resting stage so that berkuranglah rambut kita yang gugur. That's why ibu2 hamil selalu rasa rambutnya lebih lebat dan cantik ketika pregnant berbanding ketika tak pregnant, ada yang sangka rambutnya tumbuh lebat tapi yang sebenarnya rambut yang gugur tu yang berkurang...
After giving birth, estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Makanya berguguranlah rambut itu saban hari, huhu. Tapi takpa, this unusual shedding will taper off and our hair will be back to its pre-pregnancy thickness in about 6 to 12months after give birth...
Nothing we can do to stop our hair from falling out, but a short-cut-hairstyle can be easier for us to take care of. Luckily I went to cut my hair short since I was pregnant, walaupun kalau ikut pantang-larang orang tua tak boleh potong rambut masa hamil, takut nanti tali pusat baby putus lah hapa lah, but I can't stand the long hair any longer. Plus I don't believe on such that pantang and mak pun tak tegah, so I headed to hair-saloon and got my hair cut, puas hati dapat potong pendek, siap cuci dan massage bagai, cost me only RM12, murah nak mampuih! This is my 1st time potong pendek rambut lepas kahwin, myLove suka so next time nak maintain pendek saja. Bila ada anak kecik ni, masa untuk belai2 rambut dah tak ada dah... Tambah pulak dengan gugur2 ni, naik rimas tengok rambut penuh berterabur merata2...


