Monday, October 11, 2010

Puding cocktail berkuah dan lempuk durian


Untuk jamuan semalam buat puding cocktail berkuah ni. Pakai resepi mak, kecik2 dulu(sampai sekarang pun) mak suka buat puding ni, sedap! Resepi puding ni I dah ubah sikit, kalau mak buat, mak tak letak pun tepung kastard so kuahnya cair gitu, tapi I suka yang pekat2 sikit so letak tepung kastard...

Bahan2:
1 liter susu segar
200-500 ml air (bergantung kepada kepekatan yang disukai, I letak 200ml saja)
1 biji telur
1 cawan gula (tambah lagi jika nak manis)
3 sudu besar tepung kastard

1 tin buah cocktail
agar2 *option*

Cara2:
- campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
- panaskan periuk tadi dengan api sederhana, kacau selalu supaya tak hangit/berkerak kat bahagian bawah
- bila dah mendidih dan dah tak rasa bertepung, tutup api dan tunggu suam2, masukkan dalam bekas dan sejukkan sebelum simpan dalam fridge
- toskan buah cocktail, masukkan dalam kuah dan simpan dalam fridge. Boleh hidangkan dengan agar2 jugak...


Semalam dapat roti jala, taktau nak makan dengan apa, jadinya pagi tadi buat kuah lempuk durian. Hari ni public holiday kat sini tapi myLove pi kerja, ada projek nak kena siapkan. Kalau dia ada, boleh laa buat kari ayam, breakfast roti jala dan kari ayam tapi dah sebab dia takdak, malas laa nak berkari2 pagi2 ni. Buka peti ais selongkar lempuk, potong2 rendam sekejap, lepas tu masak, nyum2! Kalau kat utara kami makan roti jala dengan lempuk durian, uishhh best woo! Lempuk pun tinggal 2ketul saja lagi, kena simpan ni, kot2 termengidam pulak nanti, nak gagau tang mana pulak kan, hehe...



Bahan2:
lempuk durian
air
gula
garam
santan

Cara2:
- potong lempuk sederhana besar dan rendam dalam air panas
- bila dah agak lembut, masak atas api sederhana, masukkan gula dan garam
- akhir sekali masukkan santan, adjust rasa, siap!

2 comments:

Heartilyina said...

favorite kami adik beradik juga puding tu. tapi lain sket. kami panggil puding custard kot sbb kuahnya mmg dibuat custard. puding plak slalunya my mom buat milo or nescafe. rasa custard campur rasa tawar n pahit coklat or nescafe. huish sedap. tp kiter pemalas betul nk buat. sudahnya terbuang saja stok tepung custard ku haha

Fith said...

ina,
uish takleh nak bayang resepi ina tu,mcm tak pernah tgk dan makan tp mcm best je.
klau kitorg kat sini,tepung kastard tu laa jd rebutan.juniors pun suka buat kastard jagung so selalu laa dok iklan tanya sapa ada tepung kastard,haha,lawak pulak.