Sunday, January 10, 2010

Lastweek

Minggu lepas agak kurang mood memasak sebab tak larat+anak2 meragam+sendiri pun kurang sihat...

Hari isnin buat orange yogurt cream. Resepi diambil dari myResepi.
Kalau ikut resepi asal, kena guna orange juice tapi disebabkan kat rumah ni tak ada, so I bland buah limau sebiji dengan sedikit air. Limau tu pulak sangatlah manis so I kurangkan gula, letak separuh dari sukatan asal. Sedap, masam2 manis, ala2 kombinasi yogurt and ice cream, best! Rafiqh pun suka(apa laa yang dia tak suka kan, semua suka, hihi), kebetulan pulak masa tu dia pun kurang sihat, kurang selera nak makan, bila bagi yogurt cream ni laju je dia telan...

Bahan2:
100 ml jus minuman oren
250 gm plain yogurt
60 gm gula halus
2 sudu besar air panas
1 1/2 sudu kecil gelatin
100 ml fresh cream/whip cream

Cara2:
- masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau hingga gelatin cair, masukkan ke dalam jus oren
- campurkan yogurt dan gula halus dan masukkan ke dalam adunan jus oren tadi
- masukkan cream, kacau sebati
- masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam fridge 3-4jam

Hari rabu buat choco mousse brownies ni, untuk brownies tu pakai 1 adunan penuh tapi untuk mousse tu I cuma buat half ja, sebab apa? sebab whip cream cuma ada 100ml(baki buat yogurt cream). Dah tak sabar2 nak makan, mousse tu belum cukup beku lagi I dah potong, haha, tengoklah hasil gambar tu, cair lagi, hohoho. Sedapnyaaa time sejuk2 dan selera makan kurang ni dapat pulak jamah kek 'aiskrim', walla!
Petang khamis tu sebab ada tamu nak datang rumah, my juniors-Fizah dan Dena, I cuma buat banana yogurt muffin dan keledek goreng. Banana yogurt muffin ni fail sebenarnya, hihi. Adunan butter dan gula tu dipukul tak cukup kembang, so agak padat sikit muffin ni, huhu. Lain kali nak try buat lagi...

Jumaat tu pagi2 dah buat vanila choc chips muffin ni, sebabnya nak bagi kat junior-Nas yang tolong temankan I dan anak2 ke shiyakushou(=pejabat daerah).
Petang tu rasa malas nak makan nasi dah untuk dinner so sms myLove tanya dia boleh tak kalau I buat bihun goreng saja, dia kata ok, so for the first time I tried masak bihun goreng singapore ni. Ermmm not bad laa, tak pedas kan, Rafiqh pun makan banyak. Goreng jugak ayam berempah, yummy! Petang tu obachan jiran sini bagi my favourite-potato sarada lagi, perghhh heaven! Banyak jugaklah dia bagi kali ni, alhamdulillah, memang sedap sangat potato sarada dia tu...

6 comments:

zura said...

makan.., makan.. dan makan lagie..! camner nak diet nie..? ehehehhee

Fith said...

zura,
hahaha,tuh laa pasal.
makan tak hingat tapi sibuk gak nak diet kan,takpa2,lps hbs musim sejuk ni baru nak timbang,kita tgk brp naik,hahaha,bahaya2!

dyana said...

ish2 kak fith ni rajin sungguh la masak..terliuq abih aih:D

Fith said...

alah tak rajin aih,bukan sedap pun,hehehe.
kekka nak sambung insei dah keluar ker?

dyana said...

kak fith,
nasib baik la k.fith tanya pasai result tu..kalau dak ntah sampai bila entry tu terpendam xpublish2 hehe

Fith said...

hehe tuh laa,lama dah tunggu,sibuk ek,takper2.