Friday, November 5, 2010

Masak2 hari ini

Minggu ni isnin dan selasa tak keluar ke mana, sebab myLove pakai stream. Rabu tu keluar beli barang dapur sikit dan semalam keluar untuk settle-kan semua urusan, penat! Jadinya hari ni memang niat nak bermalas-malasan kat rumah. Walaupun patutnya keluar hantar parcel tapi dek kerana mood nak memasak tu lebih, so parcel tangguh next week lah. Bukanlah hari2 lain tak memasak, masak macam biasa jugak, minum petang semalam buat mee goreng, tapi hari ni ada banyak sikit menu yang nak disediakan, tu yang takmau keluar tu...

Pagi tadi pukul 6 lebih dah mula sukat bahan2 buat donat dan biar breadmaker yang uli. Settle je uli terus terap2 dan biarkan beberapa jam sebelum goreng. Dah 4kali buat donat tapi tak berapa nak 'naik' dohnya, mungkin sebab yis kot, jumaat lepas buat pau pun tak cun, hari tu buat roti puri pun kempes, yis lama agaknya, nasib baik tinggal sikit ja lagi, kalau nak buang pun taklah ralat sangat. Nanti nak test buat pakai yis baru pulak, tengok jadi ka tak...

Donat kecik2 yang huduh tu adalah hasil tangan Rafiqh ye...


Settle buat donat beralih ke kek pulak. Terliur tengok moist chocolate cake kat rumah Murni. Tengok cara2nya tu senang amat, bahan2 pun simple saja, semua dah ada dalam rumah so apalagi godek jangan tak godek. Pukul 9 siap bakar, dapat 1 loyang besar letak topping, 1 loyang kecik tak letak apa2 topping. Tak sempat nak sejuk lagi dah potong bagi budak 2orang ni makan, depa ni kalau nampak mama bakar kek terus tak sabar2 nak makan. Sedap laa kot breakfast kek panas2...

Siap ber-topping, yummeh!

Bahan2:
2 biji telur
2 cawan gula (as usual, I kurangkan sukatan, letak 1 1/2 je)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
1 sudu teh garam (I letak 1/2 je)
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung
1 cawan susu
1 cawan bancuhan kopi(sukatan kopi ikut suka - I letak 1 sudu besar kopi dalam 1/2 cawan air panas)
1 cawan minyak

Cara2:
- panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
- putar gula dan telur hingga kembang
- masukkan esen vanila, baking powder, baking soda, garam dan serbuk koko, pukul sekejap
- masukkan tepung dan susu, pukul lagi
- masukkan bancuhan kopi, pukul lagi
- masukkan minyak dan pukul hingga sebati
- masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180darjah dalam 30minit atau hingga masak
*tips dari pemilik resepi : loyang tu jangan terlalu besar, letak adunan dalam separuh loyang je, supaya hasil kek cantik...

Bahan2 topping:
2 sudu besar butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu
1/2 cawan gula

Cara buat topping:
- campur semua bahan dalam periuk kecil dan kacau atas api yang kecil non-stop
- kacau hingga pekat, boleh kurangkan/tambahkan susu untuk adjust kepekatan
- bila dah sebati tutup api dan sejukkan sekejap, sapu atas kek dan masukkan dalam freezer sekejap. I letak kat fridge je.

rupa kek selepas dipotong, lembut gebu, sebab I kurangkan gula so tak manis sangat but still tak pahit pun, sedap! 2R sangat suka, thanks for the recipe...


Tengahari lepas siapkan lunch, sementara tunggu nasi dan ikan sejuk, goreng donat untuk frozen-kan. Baki yang huduh2 tu goreng untuk oyatsu(=snack) 2R. Pukul 3 budak berdua ni makan donat cicah coklat, coklat tu baki buat kek, suka laa depa dapat main celup2...



Petangnya buat roti goreng, pakai inti karipap yang tak habis2 lagi dalam fridge, at last berjaya perabih inti tu. 5biji yang besar adalah inti kari ayam manakala 5biji yang kecil tu inti sri kaya untuk 2R. Goreng 2biji besar dan 2biji kecil untuk minum petang, selebihnya halfcook untuk frozen. Siap buat minum petang, terus masak lauk-pauk dinner. Penat seharian pulun masak...

9 comments:

Elah said...

Ii ne donut...elah dh lama x buat sbb termissplaced buku resepi breadmaker.Dr aritu lg cari tp x jumpa2 so x nk cari,biar dia muncul sendiri heheh.

Fith said...

laa kesiannya,meh nak bg resepi meh,hehe,nanti kempunan pulak

IDA said...

fith,skrg ni sbb sejuk kot..sbb tu kalau buat benda2 yg guna yis ni lambat nk naik kalau nk bandungkan masa summer haritu :-)

Anonymous said...

fith...i doo lovee baking!!!even kt msia la ni pon..satu balik khas alat2 n tepung baking...hehe..kt nihon dulu..kalau selain natsu...if nak peram donut..kena masuk oven..setkan suhu 40darjah..insyaALLAH kembang elok..sbb bila aki..fuyu suma ni..paham2 la..yis terbantut kembangnya..just my 2cent opinion(dulu pon dapat petua dr nihonjin)...syoknyaa tgk mommy 2r ni baking..bak sket!!!
-mommy izzdanish

Fith said...

ida,
mgkn jugak kot,tp fith biasa buat pagi2 then goreng petang2,kira lama sungguh2 biar.dan biasanya kalau tak naik sgt pun masa biar tu,masa goreng sure kembang kan,ni tak kembang pun,huhu.nanti tgk yis baru camne rupanya,hehe...

mommy izzdanish,
aah klau ikut buku bm mmg suh pakai oven je penaik kuih,selalu gak buat camtu,senang kan?jimat masa,dlm sejam dah boleh goreng,hihi.tp ni mmg sbb yis kot,b4 ni cam ok je,yis ni bertahun dah,haha...
btw,thanks

Unaizah said...

Cutenya donut cicah coklat ala ala fondue utk 2R tu. Laparla pulak baca pasal makanan dlm entry ni hihihi.

Fith said...

kak unaizah,
hehe budak2 ni klau buat donat biasa mkn elok je,dah buat gini diorg main je lebih.lapar ye?org dlm pantang mmg senang lapar kan...

kew_chop said...

terliur sudah tgk food kat sini..
kita sekarang kalo nak penaikkan roti or donut or apa2 yg pakai yis, kita panaskan oven jap dlm 80 darjah pastu offkan. dah off letak adunan tadi dlm setengah jam gitu kena wrap sikitla takut keras pulak kulit luar. kalo tak suhu luar memang tak naikla sebab dapur kita takde heater memang sejuk beku, huhu..

Fith said...

murni,
fith kat dapur ni mmg panas,sbb heater pasang keseluruhan,hehe.
takpa,nanti test dgn yis baru pastu tgk hasilnya.yis yg salah ka tuan yg buat tu salah,hahaha