Showing posts with label Nursing cover. Show all posts
Showing posts with label Nursing cover. Show all posts

Saturday, January 9, 2010

Breastfeeding in public

Semua gambar entry ni dicilok dari yahoo_images

What's wrong with 'nursing in public'?!
I just can't understand why some mommies should feel nervous, worry, afraid, shy or whatnot to breastfeed(bf) their baby out in public. 'Masalah' ni bukan takat bangsa melayu ja terjebak but nursing in public is tends to be controversial to everyone in this world! Lets talk about this topic dalam skop yang lebih kecil, lets focus on our culture...

I heard that some of us getting the negative comments and nasty looks when breastfeeding in public. Kasihan kan? Nak bagi anak susu pun orang mengata. Mungkinlah ramai yang memandang negatif perbuatan menyusu anak di khalayak ni sebab nampak macam tak senonoh. Oh please lah! Apa yang tak senonohnya bila seorang ibu memberi makan anaknya dari susu yang tercipta khas untuk bayi tu oleh Allah? Yang paling penting, ibu tu tak laa bodoh-piang nak tayang semuanya, sah2 laa dia cover kan. Ada yang kata "ish walaupun dah tutup nanti tetap jugak orang yang tengok tu fikir bukan2", hadoi laa cik jijah oii, lantak pi laa dia nak fikir apa pun, kalau semua benda yang orang fikir tu kita nak ambilkira, nak menapak satu langkah pun kita takkan mampu, dok laa tang situ tak maju2! Orang2 yang suka komen dan pandang sinis tu lagilah 40ribu juta kali bangang, dari hangpa sibuk2 kutuk ibu yang menyusu anak, baik hangpa pi kutuk pi sound perempuan2 seksi tak-tentu-hala-punca tu! Akai ada ka?! Oh adaaa tapi buh tang kepala lutut, ermmm patut laa... Ok2, pi dok main jauh2, shuh shuhhh...

Memanglah kita ada pilihan, boleh ja nak bagi susu ibu through bottle feeding tapi I guess ramai ibu yang rasa benda ni leceh. I ni fulltime housewife yang 100% direct feeding my baby, 1 of reasons why I love bf is because I don't have to bring segala-mak-nenek perkakas susu baby bila outing, so apakehalnya sebab nak jaga 'mulut' dan 'pandangan' orang I nak kena menyusahkan diri sendiri. Lagipun I tak rasa ibu2 bekerja yang buat ebm(express breastmilk) kat baby depa tu pun akan bawa those ebm everytime outing, betul tak?

I tak pernah rasa malu nak menyusu anak kat public. Masa Rafiqh kecil2 dulu, I only used shawl and brooch to cover my boobs. I've nursed him pretty much everywhere, kat hospital/ofis kerajaan, dalam kereta/bas/train/kapal terbang, dalam supermarket, kat taman, kat bus-stop/train station/airport, kat dewan, kat majlis2, kat mana2 sajalah! I simply bf him anywhere anytime he wished to have his milk. Only after I got pregnant to Raziqh, I've sewn my own nursing cover and I'm so proud to use it. Alhamdulillah so far selama dok menyusu ni baik kat Malaysia mahupun kat Jepun, I tak pernah lagi dengar orang komen negatif(depan I laa) atau menerima pandangan sinis orang, kalau takat pandangan pelik sebab pakai nursing cover tu biasalah!

I tak kesah pun menyusu baby sambil berdiri dan berjalan. Yup, menyusu sambil shopping pun pernah, letak anak dalam sling then cover with nursing cover, haa simple kan? Pernah sekali tu keluar shopping dengan my sis-alang kat Jusco, sebab kesuntukan masa dan banyak lagi barang nak shopping so I decided to bf him sambil membeli-belah, seriously ramai sungguh orang tengok, mesti depa fikir minah ni mereng ka hapa pakai apron dalam shopping complex, haha. Bila tanya alang, "angah nampak pelik ka?" Alang kata "aah, maybe sebab orang taktau angah dok nyusu kot, tak nampak Raziqh pun", both of us gelak2, owh patut laa, then I keluarkan kaki Raziqh, barulah ada makcik2 tegur "dok nyusu ker?", hehe...

Walaupun dunia sekarang ni dah makin prihatin dengan 'natural parenting' dimana kat kebanyakan airport, shopping complex yada2 dah disediakan "baby room" yang provide nursing room, tapi tetap tak semua tempat ada. Kalau takat supermarket kecik2 biasanya tak ada, kat restaurant pun tak ada, so takkan nak biar anak melalak lapar then suruh dia sabar tunggu balik rumah baru nak nyusu pulak kan?! Buatlah apa saja untuk menyusukan si anak, kalau ada budget lebih bolehlah beli nursing cover, sangatlah memudahkan! Straight to the point, I nak promote nursing cover(nc) ja sebenarnya, hakhakhak, tapi mukhadimahnya punyalah melalut panjang berjela! Eh 'promote' here tak bermakna yang I ada jual nc hokey, cuma nak maklumkan kat ibu/bakal ibu yang mungkin berasa was2 atau serba-salah nak menyusu kat public, kini kita dah ada alternatif untuk itu...

Ada kawan2 tanya, "tak lemas ka baby duk dalam tu?", jawapannya "Oh tidak!". NC yang dijual di pasaran pastinya ada part ala2 dawai lembut(sorry I taktau term-nya) kat bahagian atas kain tu, so ianya membentuk separa bulatan bila kita pakai dimana ianya membuka ruang udara di situ, kita pun boleh intai wajah baby, in fact baby pun boleh kerling2 mama-nya while nursing(macam dalam gambar kat bawah ni), sooo cute, no?!

Bagi yang duk di Malaysia, banyak ja online shop yang jual nc ni, salah satunya ialah KedaiChomel. Bagi yang duk kat Jepun ni pulak, boleh survey kat yahooshopping @ yahooauction etc.

Go go breastfeeding!!!

Saturday, May 9, 2009

Handmade Nursing Cover

Berbulan yang lalu, masa tengah merayap kat 100yen shop, I terpandang seleksi kain yang comel2. Masa dok belek2 tu hati ni terdetik kata ish kalau buat nursing cover ni mesti comel. Dan alkisahnya terbeli laa sehelai kain, hehehe...

Balik rumah terus google cari web yang ajar cara2 nak buat nursing cover, study ala kadar then terus potong kain. Ni web-nya, kot2 ada mana2 ibu nak try buat sendiri...
http://www.blisstree.com/breastfeeding123/free-pattern-to-sew-your-own-nursing-cover/

Untuk dapatkan hasil yang cantik, dalam hati I dok berkira2 nak pinjam mesin jahit my junior, so pinjam laa dari dia. Mulanya ingatkan senang sangatlah nak gunapakai mesin jahit ni, dok fikir yang bila dapat boleh terus tekan jahit ja, hahaha, rupanya nak kena pasang dulu laa hapa laa, siap kena study dulu pakai cd, mak aih susah jugak. Maklum laa kan I ni kan buta-mesin jahit, memang lembap betul nak faham. Tambah pulak ni 1st time pegang mesin jahit, hish lagi laa... Tapi dek semangat yang cekal, belajar laa jugak. Jenuh berperang dengan Rafiqh, dia pun sibuk sama. Hadoi tensyen jugaklah, part nak pasang benang2 tu saja dah berjam2, last2 ambil mesin tu simpan ja dalam bilik. Dok laa terperap berminggu2, sampai myLove pun dah sibuk2 tanya, bila laa nak siap menda alah tu kan, hahaha. Last2 ambil keputusan jahit pakai tangan sajalah! Haa hambik kau, 2hari je dah siap, hampeh je...


Taraaa, inilah rupa my nursing cover...




Nak kata cun tu sah2 laa tak kan, tapi boleh laa setakat nak cover my boobs nanti masa nursing baby. Masa nyusu Rafiqh dulu selalu guna shawl saja, ermm actually the idea of using shawl as nursing cover is not bad at all, tapi bagi I ni I rasa susah sikit nak pakai dan guna bila time nak berdiri dan berjalan, kalau setakat duduk memang no hal... Tu yang nak sangat2 NC ni, hihi... Oh sebenarnya tak siap sepenuhnya pun lagi NC ni, merata2 I cari D-ring tapi tak jumpa. Hari tu jumpa tapi ianya plastik laa pulak, rasa tak yakin boleh pakai ke tak, so tak beli. Nanti balik beli kat Malaysia laa, lagipun bukan nak pakai sekarang kan...