Wednesday, November 24, 2010

Biskut raya haji...

Entry yang dah basi, tapi nak publish jugak sebab nak letak resepi2 baru untuk rujukan masa akan datang. Start buat biskut untuk raya haji ni sejak hari jumaat, 4hari sebelum raya. Macam biasa mula dengan choc chips cookies dulu, biskut wajib buat setiap kali raya. Buat 1 adunan saja, so dapat laa 2balang kecik ni. Resepi biskut ni dah ada kat list ye...



Kemudiannya hari ahad buat biskut oat, ni 1st time cuba buat sebab stok quaker oat tengah banyak sekarang ni. Resepi ambil dari myResepi, terima kasih buat tuan empunya resepi rrozie17. Plan asal nak salut atau lorekkan biskut ni dengan chocolate tapi atas sebab2 kesihatan dan kekangan masa, tak terbuat pun, makanya biskut ni togel je laa. Tapi takpa, rasanya sedap, lemak2 manis, sangat gebu!


Bahan2:
200 gm oat - kisar halus
100 gm gula halus (I pakai 80gm saja)
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi - dicairkan (I letak 160ml minyak sarada)
secubit garam

kuning telur - untuk hiasan
kepingan oat - untuk hiasan

Cara2:
- gaulkan semua bahan kering
- masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh membentuk doh
- canaikan dan terap, sapukan kuning telur dan tabur kepingan oat
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 10minit saja)


Hari isnin buat samperit, pakai resepi biasa dok guna. Selasa pulak buat biskut kacang/mazola, pun guna resepi lama jugak. Ok cukuplah tu, 4jenis saja yang sempat digodek untuk raya kali ni. Ikutkan hati ni lepas raya tu nak la buat sejenis dua lagi, bolehlah bawa banyak sikit untuk majlis jamuan raya tapi dah sebab tak sihat, cukup2 laa tu. Bawa2 laa menyimpan semangat tu, tunggu nanti tahun depan pulak laa, kot kalau nak pulun buat biskut raya lagi, hehe...



Oh ye, selasa sehari sebelum raya tu jugak ada buat kek oren, kan hari tu cakap saki-baki oren yang bergolek2 tu nak buat kek, haa jadi pun kek oren. Cilok resepi kat myResepi jugak, credit to junjs11.


Bahan2:
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (I tambah sendiri)
1/2 sudu teh garam (I tak letak)
175 gm butter
175 gm gula halus (I letak 150gm saja)
3 biji telur
2 sudu besar freshmilk
1-2 sudu kecil parutan kulit lemon (I tak letak)
jus dari 1 biji oren (I guna 3biji limau saiz kecil)

Cara2:
- ayak tepung, baking powder, soda dan garam
- pukul butter bersama gula hingga kembang
- masukkan telur satu persatu
- masukkan tepung, parutan kulit lemon, freshmilk dan jus oren, pukul sebati
- bakar pada suhu 180darjah selama 30-60minit (bergantung pada oven)


Kek dan biskut2 ni sempat diagih2 kepada jiran tetangga serba sikit dan dibawa ke majlis solat sunat hari raya pagi rabu tu. Cerita sambutan raya nanti I tulis dalam entry akan datang yer...

4 comments:

amir said...

serius biskut raya kakfith buat sedap dan meletop kebabom.haha.saya pulun makan time solat raya dgn jamuan raya sabtu lepas.kalau kakfith buat meniaga biskut raya,boleh la kami pi 'tunjuk2'.hehe

Fith said...

amir,
haha pandai laa.takdak aih nak biz biskut raya,bukan pandai pun buat,huduh semacam lg.nanti kot ada biz kuih raya,haa kakfith hantaq katalog na,jgn tak tunjuk pulak,hahaha...

Unaizah said...

Nanti if balik Malaysia for good, meh jadi jiran akak ye. Boleh le akak tumpang merasa kuih-kuih and dishes yg Fith buat hahahaha.

Fith said...

kak unaizah,
oh beres.nanti nak balik fith pi survey umah area umah akak ye,hehe.tp fith bukan pandai pun masak,hihi