Showing posts with label 3R. Show all posts
Showing posts with label 3R. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

The babies

 Walaupun pregnancy ke-4 ni tak dirancang, tapi debaran dan rasa excited tu memang tetap akan ada, anak kannn rezeki, datang pun dari ilham kasih sayang dan cinta, tidak dapat tidak, mestilah happy kan kan?!
 
1st movement baby dah mula dirasa sejak usia kandungan sekitar 14minggu, sekarang ni dah 22minggu, memang lebih ligat lagi dia bergerak. Boleh rasa berkocak2 perut ni dibuatnya, kadang2 senak dan sedikit kurang selesa. Biasanya pergerakan baby jadi lebih agresif bila dah malam. Selalu jugak kacau2 dia, especially bila rasa dia mula bergerak slowly, mama akan tepuk dan tekan bahagian bawah perut, nanti dia akan bagi feedback dengan bergerak lebih kuat. Cuma mungkin sebab saiz yang masih kecil, tindakbalas baby tak boleh rasa dengan jelas bila disentuh dengan tapak tangan, more to rasa dari dalam saja. Selalu jugak cuba letak tapak tangan kat bahagian2 tertentu tu tapi kurang "power" lagi tendangannya, prektis banyak2 yer baby, besar cepat2 nanti boleh bagi ayah, onichan-tachi dan onechan pulak tengok dan rasa, tak sabar nak tengok reaksi depa, hihi...
 
 
Ini Rafiqh Tsuyoshi, lahir 5hari lewat dari due date, pada 5 disember 2007, melalui pembedahan c-sect. Berat ketika lahir 3.61kg...
 
 
 
 
Ini Raziqh Takeshi. Lahir sehari awal dari due date, pada 30 julai 2009. Alhamdulillah proses bersalin yang sangat smooth, diizinkan Allah untuk merasai bersalin normal. Berat dia 3.3kg...
 
 
 
 
Ini Raisha Misaki. Lahir lebih kurang 3minggu lebih awal dari due date, pada 16 september 2011, punyalah awal tak sabaq2 dia nak keluaq. Berat ketika lahir 3.0 kg. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk bersalin normal lagi tapi proses kelahirannya ya Allah, buatkan mama serik nak pregnant dan bersalin lagi...
 
 
 
..........

Tuesday, September 27, 2011

My precious 3R

Kadang2 rasa macam tak percaya yang sekarang kami dah ada 3 orang anak, haha. Bukannya rasa macam ramai ka hapa ka, tapi entah, mungkin perasaan ni biasa kot bagi menyambut kehadiran orang baru ni, tengah nak sesuaikan diri dengan suasana kesibukan melayan 3 budak...

Syukur alhamdulillah Allah perkenankan doa kami untuk dapatkan baby girl kali ni. Sebenarnya sejak dari awal kehamilan lagi I tak berani sangat nak terlalu mengharap, hati ni memang kuat nak sangattt baby girl, dan kami sendiri dah cuba berusaha dengan pelbagai petua yang kononnya boleh bantu untuk dapatkan baby girl, tapi tetap yakinkan hati bahawa segala2nya adalah ketentuan Allah, kalau Dia nak bagi boy lagi, tetap kena bersyukur kan?! Apapun, tawakkal je laa, selain doa yang tak putus2 dan nazar yang dah pasang awal2. Sebelum pergi Holland tu ada jumpa gynae for routine check up, masa tu baby dah 20minggu so minta doc scan nak tengok gender, doc kata tak nampak pun 'bird' so besar kemungkinan ianya girl. Seronok je dengar but still tak boleh terlalu yakin, sebabnya masih ada possibility untuk tiba2 jadi boy, tu pasal kami diamkan saja. Then masa kat Holland langsung tak pi check up, balik dari Holland pregnancy dah masuk 30minggu, again pergi scan nak tengok gender. Kali ni doc kata dari kedudukannya yang tak 'tersembunyi' tu memang obviously my baby is a girl. Lepas tu baru laa start shopping barang baby and of course segala-malanya in pink, I loike, haha...

Kot ada yang bertanya apa yang best sangat bila dapat baby girl ni yer? Ermmm takdak apa pun kot, cumanya bagi kami ni, ianya lebih kepada rasa kesempurnaan sebuah keluarga. Yer lah, ada anak lelaki dan ada anak perempuan, lengkap laa. Kalau ada rezeki lagi, nak laa seorang lagi gegirl kan, tapi kalau Allah nak bagi ramaiiii lagi pun ok jugak, hak3(gatai!)...

Oklah, bercerita tentang Rafiqh dan Raziqh, both dah besar dah. Makin nakal, makin banyak cakap, makin banyak kerenah, aduhhh makin memeningkan kepala. Takpa laa, budak tengah nak membesar kan, memang gitu laa gamaknya. Masa preggy hari tu memang terasa stress jugaklah melayan depa, hangin tak habis2 tapi sekarang ni dah rasa terkawal sikit emosi ni. Sebolehnya sekarang tengah berusaha keras untuk kontrol diri takmau jerit2 tengking2 depa sangat, takmau cepat sangat tangan ni membabap dll, try nak jadi cool mama lah konon, hihi, errr so far ok laa, nampak jugak potensi kejayaan untuk berlagak cool tu, tapi kadang2 tu hancuss, memang tak dapat tidak, terpaksa jugak jadi tarzan dan naik hantu, perghhh sabaq2 *urut dada*...

Sejak Raisha lahir, penerimaan 2R adalah sangat baik. Sayang amat kat si adik, sampai semua orang pun naik rimas tengok depa. Pantang tengok Raisha, mesti nak kiss2, nak pegang2, nak belek2 and etc etc. Raisha pun naik meluat dah kot, nak tidur pun tak senang, nak menyusu pun tak selesa, pengacau sungguh 2 abang ni, especially si Raziqh lah. Harapnya cepat laa depa jemu, moga2 tak kacau dah si adik tu, senang sikit dia nak membesar...