Showing posts with label Parcel. Show all posts
Showing posts with label Parcel. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Omiyage!

Omiyage = souvenir

Khamis lepas barang2 yang mak kirim 2minggu sebelum raya hari tu dah pun sampai. Suka tak terkira sebab memang tertunggu2, tak sabar nak tengok omiyage yang abah mak belikan dari UK, termasuklah hadiah2 dari my sis-alang...

Dah alang2 nak pos, mak memang akan pastikan yang muatan kotak ni capai maximum punya limit ie 20kgs, hambik hang posmen, jenuh nak kena angkat ke tingkat 5, kesiannn...


Orang yang paling happy semestinya 2R lah! Rafiqh kata "hadiah!", hihi. Macam2 ada, makanan, buku, mainan, pakaian, handbag dan macam2 lah. Thank you tok abah, tok ma, maklong jugak, maklang dan paksu!

Biskut merrie banyak tak hingat, boleh laa mama nak buat kek batik lepas ni...

Monday, July 26, 2010

Parcel yiiihaaaaa!!!

Antara perkara yang paling menyeronokkan bagi kami yang hidup di perantauan ni ialah ketika menerima parcel nun dari Malaysia, betul tak?! Tak tergambarlah seronoknya, biarpun yang sebenor2nya barang2 tu diri sendiri yang kirim orang belikan, tapi tetaplah rasa macam dapat hadiah, hehehe. Jadi laa, buat pengubat rindu kan...

Alhamdulillah, 3kotak besar gedabak yang mak abah kirim lebih sebulan yang lalu dah pun selamat tiba semalam. Mak dan ateh pos kotak2 ni pada 15jun so starting 15julai lepas I dah tertunggu2 dah benda2 ni sampai. Kiranya lewat 10hari laa, memang selalunya barang2 yang dipos pakai kapal laut ni mengambil masa sekitar 3minggu hingga 3bulan untuk sampai. Setakat ni paling lambat pun tak cecah 2bulan, tu yang prefer pakai kapal laut tu. Nak2 pulak harga postage yang jauh lagi murah, untuk maksimum limit 20kg ni bayaran postage tak sampai RM100 pun, haa murah kan kan?!

2budak kecik ni laa paling happy mengirai barang, hamboi2 sakan sungguh. Mula2 depa punggah bawa keluar serba mak neka yang ada, lepas tu tengah2 mak depa dok pulun simpan dalam almari dan kotak, depa pun pulun sama bawa keluar balik, bila nak siap, simpan-punggah-simpan-punggah, last2 dua2 kena cobit, haa baru pi main jauh2...


Separuh kotak tu adalah barang2 kek dan biskut, ada coklat masakan, serbuk koko, choc chips, choc rice, badam racik, baking powder, soda bikarbonat, macam2 lah, syioknya, terus rasa semangat nak baking kuih raya, ohohoho. Tunggu minggu ke-2 atau ke-3 ramadhan nanti boleh laa nak start buat sikit2, berangan nak buat at least 8jenis, 8jenis hokey, hahaha sila tunggu dan lihat, yok2 ooo ja lebih kot. Barang2 lain macam biasa laa, untuk kegunaan ramadhan dan syawal, selebihnya barang2 untuk stok setahun. Haa baju2 raya pun dah sampai, tahun ni tema biru, 2R ja laa dapat baju baru, ayah dan mama pakai baju lama. Kaklong siap kirimkan buku pasal muffins lagi, perghhh ni kalau tak menuntut betul2 sampai pandai memang nak kena luku laa kan, hehe, tunggu ye kaklong, balik nanti angah tunjuk skill, ecceh, poyo!

Selesai berkemas, almari yang separa kosong dah pun kembali padat, tapi tetaplah tak muat nak sumbat 3kotak tu kan, susun2 balik dengan stok lama, hasilnya 4kotak ni memang tak dapat nak sorok dah. Mengemas2 ni kena buat slowly laa, kalau boleh tunggu 2 assistants tak bergaji ni tidur ka kan, memang nanti kena re-susun balik ni, semalam main sumbat tak sort betul2 pun lagi, nanti nak cari barang mula laa menggagau...


Sukanya tengok stok barang banyak2, rasa best nak memasak, yer, sila rajin2kan diri kembali memasak yer, dah beberapa minggu blog ni takdak resepi2 baru, hiks...

Tuesday, February 2, 2010

Parcel from Aberdeen

Parcel yang hampir seminggu ku tunggu2 akhirnya tiba jua, hiks. Semalam masa myLove balik kerja, dia yang check postbox dan bawa naik, ada ka patut pakcik posmen tinggalkan dalam postbox kat bawah tu, mentang2 tak payah ambil tandatangan, dia tak bawa naik atas pun, ish3.


Sejak my sis-alang duk UK, dah beberapa kali jugaklah myLove pesan alang tolong belikan jersey, almaklumlah si dia peminat setia MU... Setelah lebih setahun tak memesan, baru2 ni myLove kata dia nak beli jersey musim baru, memandangkan my bil-Shahril pun baru nak bertolak ke sana hari tu, so kami kirimkan duit terus melalui dia...

Rasa rugi la pulak kalau takat nak pos jersey sehelai tu ja kan, so I pun minta alang tolong belikan baju overall untuk Raziqh. Dulu alang pernah belikan dah 3helai overall ni masa Rafiqh baru lahir, I memang suka sangat bagi depa pakai overall untuk tidur malam, baju2 Rafiqh tu Raziqh masih pakai sampai sekarang tapi dah lusuh sangat dah, dah terkoyak sana sini pun, lagi 2-3bulan memang nak kena buang dah tu. Kat Jepun ni susah betul nak jumpa overall yang terus cover tapak kaki tu. Kalau kat Malaysia pulak, harganya mak aih punya laa mahal, dah laa fabrik baju macam ni selalunya nipis ja, memang tak boleh nak buat pakai outing pun kat sini, kalau takat nak pakai kat rumah tapi harga dekat RM50 baik tak payah(mama 2R memang kedekut, hehe), rasa membazir la pulak. Overall yang dibeli kat UK ni kainnya lebih berkualiti, walaupun patent dan coraknya simple saja tapi takpa, yang penting ianya sangat selesa untuk baby, boleh pakai untuk 4musim sekaligus. Kali ni pesan alang belikan untuk baby 6-12bulan, tapi bila ukur kat badan Raziqh semalam, tuh dia punya laa besar, haha dah saiz anak mat saleh kan, memang laa besar...

2 benda tu tak penting pun buat I, bukan barang I pun kan, haaa yang kat bawah ni laa yang buat I teruja dan ternanti2 tu, penting ni penting, hahaha. The best ever chocolate for me - Cadbory!!! Terkejut tengok saiz chocolate cadbory ni, punyalah besar, perghhh heaven! Dapat 4bar yang gedabak besar dan 2bar kecik yang boleh dikira besar jugaklah kalau compare dengan saiz yang biasa kita tengok dijual kat Malaysia. Bestnya, bestnya... Semua ni nak kena simpan untuk stok beberapa bulan...

Yang Raziqh pegang ni chocolate saiz kecik tu, tu pun dah besar kan?

THANK YOU MAKLANG!!! - 2R