Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Jom ramai2 klik "LIKE"...



Straight to the point, sebenarnya I nak minta jasa baik viewers OurLoveStory yang ada akaun facebook untuk klik "like" pada page Sakura Beauty. Sekian, eh tak habis lagi...

Tak payah susah2 nak search pun, just scroll down this blog, on the right side dah ada Sakura Beauty punya page badge dah, all you have to do is just to click "like", done!

Buat masa sekarang, I lebih banyak fokus promote my business via facebook. Tak sempat2 lagi nak luangkan masa untuk update blog bisnes, kesian kat blog tu dah lama terabai. Walhal kalau nak diikutkan saban hari ramai je yang email tanya pasal SKII ni, which is obviously they get the info through that blog. So memang tak wajar sangatlah kan kalau tak ambil berat kat blog tu, ish kena pandai curi2 masa ni, nak maintain both blog bukannya mudah...

Sekarang ni bisnes tak bertumpu kepada SKII, Clinique dan barang2 kosmetik lainnya saja, ada produk baru yang I dah masukkan iaitu produk dari Shaklee, tapi yang tu bukanlah my income, my sis-Nawwal yang punya, just share page saja untuk customers network. So kalau ada yang berminat dengan Shaklee, pun boleh refer kat situ yer...

Oklah stop sini dulu, nak pi sambung buat kerja...

Tuesday, January 31, 2012

Sakura Beauty

Disebabkan sekarang I lebih cenderung and seriously nak focus in cosmetics business, I've made a decision to change my shop's name, from Sakura Boutique to Sakura Beauty. Rasa macam pelik sangat bila kedai nama 'boutique' walhal dalam kedai tu hagham sehelai baju pun tarak, wakakaka...

Untuk sementara waktu, terasa nak cuci tangan sat dari bisnes berkaitan butik, bukan hilang minat ka hapa ka, cuma masih mencari2 ilham nak cipta kelainan bila nak kembali buka butik ni nanti, angan2 tu nak jual barang dari jenama 'sendiri', well, I know it needs a very huge commitment to fulfill my dreams, tapi semua tu tak mustahil pun kan, apa2pun, angan2 tu tak salah, jika disertakan dengan tapak2 usaha, kan kan?!

Ramai jugak kawan2 lama yang tanya berkenaan bisnes butik I dulu, sebenarnya I dah lama tak aktif menjual, sejak ada anak ni, and few days ago dah officially tutup kedai. All stocks dah habis dilelong, thanks to my bestfriend Elah yang sudi take over all the stocks, moga habis dijual nanti yer. So now, I declare diri sendiri tak nak terlibat dengan bisnes butik lagi sehingga suatu masa yang sesuai...

Sekarang ni nak rebut peluang2 yang ada depan mata ni dengan menceburi bisnes lain pulak. Who knows my rezeki ada dalam cabang perniagaan lain, jadinya usaha dan usahalah!

Dengan nama baru ni, semangat pun baru, idea2 jugak kena selalu refresh supaya banyak lagi produk lain boleh dimasukkan. 'Beauty' ni sangat luas tafsirannya, bukan setakat kosmetik saja boleh jual, kalau cukup kreativitinya, macam2 benda boleh seret masuk. Tapi tu lah, tengah bekerja untuk dapatkan lesen kosmetik ni dulu. Pening jugak cari petunjuk, kat Malaysia ni prosedur2 macam ni rasa susah nak dapatkan info. Anyone knows macammana nak apply lesen ni tak? Hehe...

Dipendekkan cerita, kepada semua viewers yang berbaik hati, jom ramai2 tolong like my new page sakura beauty kat facebook. Boleh refer link kat sebelah kanan bawahhhh blog ni. Thanks in advance!

Wednesday, July 20, 2011

Study market price!

Salah satu perkara penting yang mesti diambil kira apabila nak memulakan perniagaan ialah kita kena tau market price bagi barangan yang kita nak jual tu. Nak2 kalau barangan tu memang berlambak2 dalam pasaran, ramai sellers yang berlumba2 memasarkannya, tak boleh laa jual terlalu murah dengan alasan "I buat bisnes ni suka-suki, bukan nak untung sangat pun", kalau meniaga takmau untung baik tak payah meniaga langsung! Buat mengacau periuk nasi orang lain saja, depa tu sungguh2 meniaga dengan harga pasaran terkini, jangan pedajal depa, tak baik woo...

Tapi lain pulak halnya kalau kita berniaga sesuatu yang berbeza, yang jarang jumpa di pasaran, so kebergantungan pada market price adalah berkurang. Oleh itu, kalau nak kaya cepat, sila jadi kreatif dan inovatif, cari laa benda2 baru yang takdak lagi dalam pasaran untuk di-highlight dalam market semasa, kalau meletup sambutannya, in no time hang dah jadi jutawan!

Eh, awat pulak tiba2 masuk topik market price ni yer?! Ok, macam ni, most of my customers kata harga yang I tawarkan memang murah especially for those yang nak beli medium/mini size, memang berbaloi2. Tapi pernah jugak ada yang bertanya kenapa harga produk2 tertentu di SakuraBoutique lebih mahal compare to web lain. Aah, tak nafikan memang mahal, so lets me explain...

Sebelum start bisnes ni dulu I dah buat survey on market price for each product, termasuk harga pasaran di kaunter2 rasmi SK-II. Honestly memang terkejut tengok beberapa web yang boleh tawarkan harga murah gila2, hingga serendah belas2 ringgit untuk FT essence 30ml, believe me untuk 10ml tu je pun at least harganya dah cecah RM20. Memang rasa tak lojik, goyah jugak hasrat nak berniaga tapi bila I gamble je masukkan beberapa trial set kat sini(sebelum wujudnya web SB), ramai laa pengguna2 SK-II ni yang bagitau sebenarnya banyak je barang tiruan SK-II kat pasaran internet Malaysia. Owhhh patutlah!

I'm not saying yang depa tu jual barangan tipu tapi sendiri fikirlah, dengan nilai matawang yen sekarang yang melambung tinggi dan barangan SK-II di Jepun sendiri pun disenaraikan sebagai antara kosmetik termahal, lojik ka boleh dapat harga yang terlampau2 murah tu?! Kalau kat forum2 cosmetics pun ada yang komplen kata produk SK-II yang depa pakai buat muka jadi gatal2, kemerahan dan sebagainya, selain mungkin disebabkan oleh sensitiviti kulit wajah si pemakai, kaedah pemakaian yang tak betul and etc etc., kita kena tengok sumbernya jugak kan?!

Memandangkan kaunter2 SK-II kat Malaysia tak keluarkan katalog harga barangannya, ianya sedikit menyusahkan untuk I buat comparison price. Nak kena pi sendiri buat tinjauan, tu pun harga berubah2 ikut kaunter tempat. Makanya, I ambil solusi seandainya ada yang bertanya atau nak beli big size product dari SB, I'll always advice them to survey market price barang tersebut kat kaunter SK-II terlebih dahulu, just in case harganya lebih murah, beli je kat kaunter! Tapi kalau untuk mini/medium size, susah nak dapat kat kaunter, hanya boleh beli kat internet saja so pepandai pelanggan laa nak memilih web mana depa berkenan. Tiada paksaan dalam membeli, anda bebas buat pilihan...

Setakat yang I tahu, kat Jepun memang susah nak jumpa barangan tiruan, atau mungkin tak ada kot. Kalau barangan SK-II ni, bagi yang selalu survey harga online, memang boleh jumpa yang murah2 berbanding harga pasaran terkini tapi kena check company tu beroperasi dari mana, mostly dari Hong Kong, part ni I pernah 'terkena' dah dulu, so now lebih hati2 bila nak membeli. Boleh je nak beli yang Hong Kong ni then pasarkan kat Malaysia dengan harga yang lebih murah dari yang sekarang I dok jual tapi sebab SB dah tulis yang semua barangannya adalah dijamin 100% original from Japan, memang I tak beli laa yang lain2...

Seronok sangat dengan pencapaian SB sekarang, sebabnya dah ada ramai repeat customers, thank you so much for supporting SB! Walaupun tak dinafikan ada jugak segelintir customers bagi feedback mengatakan yang depa tak sesuai dengan SK-II, macam yang I selalu kata, yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita kan?! Apa yang penting, I tahu yang I jual benda yang bermutu dan tarak tipu2 punya...

IKLAN
SB ada 1 produk baru ie. Facial Treatment Gentle Cleanser, ni produk baru keluaran SK-II, akan dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal ogos nanti, kalau ada sesiapa nak test cleanser baru ni haa boleh beli medium size dengan harga promotion RM38 sahaja! Stok sangat terhad, cuma ada 3units sahaja, as usual, siapa cepat dia dapat!

Friday, July 15, 2011

Jom join SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest!

Semalam seharian cuba cari ruang masa nak update blog tapi tak sempat2. Ecceh, macam laa sibuk sangat kan, eh taklah sibuk amat2, tapi agak kalut dengan beberapa urusan...

Pre-order SakuraBoutique(SB) yang sepatutnya tamat 17hb julai ni dah pun ditutup 5hari lebih awal. Ejen/reseller dah bagi full-order depa, customers pun ada yang dah buat full payment, rasa tak sedap hati la pulak nak pending orders orang lama2, stok yang diorder kali ni pun agak banyak, 2kali ganda dari biasa, risau pulak kalau kena tahan kastam ka hapa ka, so better proceed saja dengan apa yang ada, nanti before balik Malaysia ni kalau perlu, boleh buat final order dari sana, lepas tu awal ramadhan nak rest sekejap, nak habiskan ready stock yang ada. Alhamdulillah rabu lepas dah settle order barang dari Jepun, so semalam dok pulun kemaskini akaun dan fail2 SB, then transfer duit sana sini. Elok settle semua kerja tu, masak lunch dan makan, masa dok tengah reply email/msg customers laptop ni hang pulak, mata pun dah penat, terus shutdown lepas tu ajak the kids masuk bilik golek2 sampai tertidur, sedap aih layan mata sebab seharian hujan dan ribut. Tapi mama bangun awal untuk sambung kerja, haa part ni yang nak cerita sat lagi...

Oh ya, stok baru SB akan masuk Msia insyaAllah nextweek, I akan usahakan sapa2 yang dah buat full payment tu dapat pesanan cepat2. Selebihnya tu tunggu next stock yang I baru order rabu lepas ni pulak masuk Msia, insyaAllah 2minggu lagi. Bagi kawan2 yang nak minta survey barang atau nak order single bottle besar2/produk yang tak available kat SB, masih boleh insyaAllah, sila bagi order selewat2nya 25hb julai ni lah yer...

Ok, nak cerita pasal tajuk entry tu pulak...

Haa semalam dok 'bekerja' buat benda alah tu laa. Hari tu dalam entry pasal follower ke-77 tu I ada mentioned pasal fungsi/kebaikan contest/giveaway ni kan?! Tapi giveaway yang nak dibuat ni takdak kena mengena langsung dengan rating blog ni, SB yang punya, bertujuan untuk mengembangkan bisnes, mahu lebih ramai yang mengenali dan mengetahui tentang kewujudan SB. Selain tu nak berkongsi kegembiraan, rezeki yang Allah bagi mencurah2 ni dah buka laluan2 baru dalam risalah hidup I sebagai seorang working-at-home-mom, so I rasa tak salah kalau I nak kongsi kegembiraan ni dengan orang lain jugak. Atas dasar itu, wujudlah 3 contests ini - cabutan bertuah Syawal SakuraBoutique, SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for blogger) dan SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for Facebook)...

Cabutan bertuah tu terhad kepada para pelanggan set2 terbaru SK-II sahaja, anda beli, secara automatik anda join contest. Kalau bernasib baik, nama anda akan terpilih sebagai pemenang!

GiveAway for blogger tu khas buat semua yang ada blog, anyone can join! Sila refer blog SB untuk prasyarat penyertaan, mudah amat!

GiveAway for facebook pun ada, kalau anda takdak blog, come and join this contest, pun mudah sangat!

Ketiga2 peraduan ni akan ditutup pertengahan ramadhan, hadiah2nya lumayan, sudi2kanlah diri untuk join yer...

Monday, July 11, 2011

Nur Sarra Boutique

Nak iklankan satu butik baru sebenarnya, nak tolong promote saja, tak dapat komisyen pun, hehe. Butik ni adalah hak milik bersama my sil-kaklong dan adik2nya, family business lah ni...

Kat butik ni ada jual macam2, tengah in process menambah koleksi barangan lagi ni, so far yang dah ada ialah baju untuk nursing mommy, baju couple(sedondon), jaket, cardigan, blouse, jubah kaftan, perfume dan banyaklah lagi, meriah! Mereka jugak adalah reseller untuk SakuraBoutique yang nama je 'boutique', tapi hagham sehelai baju pun tak juai, hahaha *mengong!*...

Ok guys, sila2 jemput cuci mata, cuci poket atau akaun bank sekali, jom2!

Nur Sarra Boutique !

Good luck ye kaklong, Zainab & Aminah!!!

Friday, July 8, 2011

Promosi set SK-II sempena ramadhan

Seperti yang I tulis dalam entry yang lepas2, ada beberapa 'projek kecil' yang bakal dilaksanakan bagi mempromosikan jualan produk SK-II sambil memperkenalkan blog Sakura Boutique(SB) kepada orang ramai. Blog ni orang tak kenai pun takpa, I malu kalau ramai sangat orang baca(hak2 boleh blah!)...

Dah siap update dah set2 terbaru tu kat blog SB, alhamdulillah, settle jugak akhirnya, susah jugak ye nak kombinasikan set2 ni base on permintaan orang, nak adjust price pun satu hal jugak. Apapun, I rasa semua set terbaru tu adalah yang terbaik pernah dikeluarkan setakat ni, harganya pun sangat2 berpatutan. Walaupun kalau tengok pada penambahan produk dalam set2 baru ni lebih kurang je dengan beberapa set lain yang pernah dikeluarkan di SB sebelum ni tapi hakikatnya harga bagi mini size treatment products yang diselit dalam setiap set tu mencecah RM35 sebotol. Pi mai pi mai secara keseluruhannya pembeli akan jimat +-RM50 bagi setiap set. Haa murah laa tu kan?!

Pre-order dibuka mulai sekarang sehingga 31julai nanti, pun begitu, kali ni I bawa masuk stok berlebih2, makanya besar kemungkinan sehingga ramadhan nanti pun stok masih available. Kalau takmau book sekarang, boleh beli nanti2. Tapi tak boleh nak jamin laa kan, so kalau rasa2 dah minat tu, meh2 boleh order terus, senang!

Ada 2jenis set dikeluarkan iaitu 6set untuk 'kirakira sets' dan 2set untuk 'combi sets'. Kirakira membawa erti berkilau2 dalam bahasa jepun, hah tuh dia, nak habaq kata pakai SK-II ni boleh buat wajah kita berkilau2 cantik berseri, ecceh! Combi pulak adalah singkatan dari combination. Kesemua set ni mengandungi basic care products SK-II, kemudiannya ada tambahan treatment products. Untuk combi set, I gabungkan medium size items dengan mini size items, lebih banyak pilihan, lebih nilai untuk wang pembeli. Ish, takmau laa cerita banyak2, mai laa tengok sendiri. Kalau nak beli dan hadiahkan kat mak ka, wife ka, sapa2 ka, haa memang sesuai sangat laa, boleh request untuk dapatkan special wrapping nanti, FOC!

Selain tu, ada tawaran menarik untuk pembeli2 set ni nanti. Semua pembeli secara automatiknya akan disenaraikan sebagai peserta 'cabutan bertuah Syawal Sakura Boutique'. Tak payah buat apa2 pun, kalau ada luck insyaAllah nanti boleh jadi pemenang. Hadiahnya ialah 'stylish makeup bag with SK-II products'. Pemenang akan diumumkan pada 20 ramadhan nanti...

Ok, tu ja nak habaq. Info lanjut sila tengok kat Sakura Boutique yer...

Tuesday, July 5, 2011

Kisah cinta kami...

Jeng3, tajuk entry memang tak boleh blah, hahaha...
Ops, no no no, ni bukan nak cerita pasal kisah cinta-cintun me and myLove hokey, ni kisah cintaku dengan SK-II. Aah kan, baru perasan yang I tak pernah pun cerita kat blog tentang "al-kisahnya dahulu kala, tatkala si teruna dan dara, mata bertentang mata bla3..." ecceh, jiwang! Ish belum masanya lagi, nanti2lah tunggu sampai seru, only then I'll write the story insyaAllah...

Back to the main topic, straight to the point, ramai yang nak tahu pasal reviews SK-II dan bagaimana kisah awal penglibatan I dengan SK-II ni. Rasa macam dah banyak dah tulis pasal reviews, tapi takpa, selit2 lagi kat sini...

Mula beli SK-II ni sekitar oktober last year, baru lagi laa, tak sampai setahun lagi menjadi pengguna SK-II. 1st of all, I beli trial set C(refer gambar kat bawah), semuanya mini size. Ada cleansing gel, cleanser, clear lotion, essence, repair C, skin signature dan signs eye mask. Dalam banyak2 yang ada ni I paling suka cleanser, essence dan skin signature, perfect for me! Try test dengan jayanya, in about 2weeks cleanser dah habis, sebab yang tu je pakai 2kali setiap hari, clear lotion, essence dan skin signature pakai sehari sekali, yang lain2 tu on-off...



Kemudiannya dapat sample set ni dari kaunter SK-II kat Fuji Grand semasa pi consult dengan beauty consultant SK-II...



Next, I beli cleanser medium size pulak, yang ni 20g saja tapi mampu bertahan sehingga hampir 3bulan. Tambah essence mini size 10ml x 5botol dan berkenan nak test whitening source derm-definition jugak, haa beli2...

Muka I ni kalau musim panas dan masa stress memang agak mudah naik jerawat, bila dah hilang jerawat akan tinggalkan kesan parut hitam, tone warna kulit jadi tak sekata, bila nak touch up makeup memang bermasalah sebab susah nak cover, benci! Awal2 pakai cleanser SK-II ni dah boleh nampak perubahan, tambah pulak dengan whitening ni memang ketara sangat yang kesan2 tu semakin tenggelam dan hilang. Sebelum balik Malaysia awal februari lepas I tambah beli cleanser 20g ni lagi, senang nak bawa travel sebab saiznya yang kecik comel...




Bila balik Malaysia, haa part ni best! Surprisingly muka I yang selalunya berminyak2 dan kena cuci at least 3kali sehari kalau kat Malaysia dah tak ada masalah lagi. Cuci muka sehari sekali je pun, tapi sebiji jerawat pun tak naik, ngeee... Awal2 balik Malaysia tu I ke pusat kecantikan seorang kenalan sebab nak buat rawatan facial, she suggested me for laser treatment untuk buang kesan2 pigmentasi kesan parut jerawat tu, tapi after 2months pergi balik dia kata tak perlu buat dah, sebab kesan2 tu dah hilang, yeay!

Bisnes pun makin rancak, so dari points pembelian yang dok kumpul selama ni dapat laa beli cleanser 120g ni pulak, yatta ne!




Melalui pembacaan, kongsi2 info dengan kawan2 dan pengalaman sendiri menggunakannya, I dah mula jatuh cinta dengan brand kosmetik ni. Sekaligus memulakan langkah awal dalam menjual set2 SK-II ni ke pasaran Malaysia, at first hajatnya sekadar nak tolong kenalan2 yang nak try test SK-II ni saja, tapi lama-kelamaan jadi sumber income terus, alhamdulillah...

Kebanyakan kaunter SK-II kat Malaysia hanya jual single bottle yang bersaiz besar, harga pun memang cecah ratus2 laa kan, walaupun ramai yang berminat tapi of course tak berani nak invest banyak2 sekali harung gitu, buatnya tak sesuai ka hapa ka, memang rugi lesap gitu je kan. So, bila mula masukkan set2 mini/medium size ni, memang dapat sambutan, tak susah sangat nak dapatkan customers, at least mereka2 yang berminat nak cuba boleh buat eksperimen dulu, tengok hasilnya macammana sebelum nak melabur untuk saiz yang lebih besar...

Saranan I untuk sesiapa yang nak cuba ber-SKII ni ialah cuba beli medium size untuk cleanser dan essence, yang lain2 tu beli mini size pun ok, sebabnya 2produk ni adalah pemangkin awal untuk test keserasian kulit. Medium size ni boleh bertahan sekitar 2~3bulan so by the time habis guna tu memang dah boleh detect kesannya kan, kemudiannya terpulang laa, nak proceed size besar2 terus atau guna saiz medium saja...

I'm now in process menyediakan 8 set terbaru SK-II, set2 ni semua I kombinasikan sendiri, lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah, insyaAllah akan mula dijual sempena ramadhan nanti. Selain tu akan diadakan GiveAway jugak, hadiahnya berupa set SK-II dan set Clinique, menarik kan?! Haa, come and join me!

Thursday, June 23, 2011

SK-II & Clinique


Pre-order SK-II baru je ditutup lastweek, alhamdulillah sambutan yang menggalakkan, terima kasih terima kasih!(kena cakap terima kasih sebab sebahagian customers adalah this blog viewers)...

Sekarang I tengah kumpulkan order untuk Clinique set pulak, tarikh akhir sehingga 26hb(ahad) ni. Haa sapa2 berminat tu cepat2 eh, nak buat hantaran pun boleh, nak bagi hadiah kat wife/kawan/diri sendiri pun boleh, memang sesuai sangatlah! Setiap set disertakan dengan elegant cosmetic bag...

Honestly I tak berapa familiar dengan Clinique ni, pernah laa belek2 tengok tapi so far belum pernah ter-beli apa2 barangan Clinique lagi, even the make up products, mahal seh! Tapi sejak mula jual Clinique ni, dah mula ambil tau dah serba sikit tentang barangannya, sapa2 nak tanya, mai2 tanya, hehe *budget macam terer*...

Clinique ni brand dari US, dimiliki oleh Estee Lauder Corporation, mengeluarkan barangan untuk skincare, cosmetics, toiletries and fragrances. Istimewanya Clinique ni ialah mereka dah test each product for allergic reactions, with a standard of ZERO reactions, sangat selamat untuk sesiapa yang memiliki kulit sensitif...

Dalam kesemua 6 set yang I jual ni, setiap set mengandungi Clinique make up dan Clinique skincare products, mix! Cuma fragrance saja tak ada, sebab produk ni memang tak boleh 'lepas' kastam mana2 negara sekalipun. Kesemua set ni datangnya direct dari US of course, I bawa masuk dari market Jepun, with lower price sebab tengah promotion!

By the way, kalau masih ada yang berminat nak order SK-II, boleh2, masih available lagi, especially untuk single bottle medium/big size. InsyaAllah kali ni pun I akan masukkan ready stock set2 SK-II dan Clinique, bagi yang tengah kumpul "budget" tu, boleh booking dulu, insyaAllah mid july nanti barang sampai Malaysia, so boleh bayar bila barang dah ready nanti. Stok sangat terhad, as usual 1st comes 1st serve!

Happy2 shopping!!!

Friday, June 10, 2011

Iklan !

Hah hambik, berturut2 entry keluar hari ni, hehe, 3hari nak tinggal rumah pergi cuti2 so pulun jangan tak pulun. Buat dalam point2 je laa...


(1) Pre-order SK-II
Tempoh untuk pre-order dilanjutkan sehingga 15hb ni so bagi sesiapa yang nak order tu boleh lagi nak berbuat demikian, cepat2 yer. Semua email/msg etc. akan di-reply sejurus lepas kami pulang nanti ok...

(2) Pre-order Clinique
Set Clinique dibuka untuk pre-order sehingga 26hb jun. Meh jemput jengah2 cuci mata. Ni iklan selingan je, ada lagi macam2 set lain kat blog, pi tengok pi. Harga ni cuma valid untuk masa terdekat ni saja, macam yang RM150 tu tengah offer 50% gitu, so memang tengah murah laa...



RM150 ONLY!



RM190 ONLY!




RM250 ONLY!


Happy weekends !

Cerita pasal bisnes

(1) Pertanyaan
- If you have anything to ask, just email/inbox fb/ym/sms me anytime, insyaAllah pertanyaan anda akan dilayan sebaiknya. Tak perlu risau atau ragu2 nak bertanya walau sekadar nak tahu pasal produk atau apa2 sajalah, FOC hokey. Dan ceq takkan marah aih kalau tak jadi atau takmau beli pun. Dalam bisnes mana boleh main paksa2 kan, dalam bisnes jugak tak boleh bodoh sombong, especially dengan potential-customers, kan kan?!


(2) Ejen
- Kalau minat nak jadi ejen, tak ada modal pun takpa. Kita boleh buat pre-order system, anda promote-take order-receive payment-order from me-pay-get the orders-settle! Tapi kalau yakin dengan marketing power anda, boleh laa beli ready stock. Special price akan diberi buat ejen and you're allowed to up the price in order to get more profits, I'm fine with that...


(3) Order form
- Faeeza-MamaAdam minta disediakan order form bagi memudahkan urusan pembelian, thanks dear, order form dah ready kat bahagian paling bawah blog kedai. So now sapa2 prefer nak isi form boleh isi form, sapa2 tak suka isi form(like me) boleh email/inbox/ym/sms je, very2 easy!


(4) Worldwide marketing
- Kini pesanan tidak hanya terhad kepada yang di Malaysia sahaja, malah dibuka kepada sesiapa jua walau dimana anda berada, ewwah! Selagi EMS boleh sampai ke tempat anda, order anda pasti dilayan dengan hati terbuka...


(5) Future planning
- Tak laa future sangat pun, dalam masa terdekat ni jugak sebenarnya. La ni dok fikir2 balik Nihong lepas bersalin nanti nak kerja apa lah pulak bagi menjana income. Masa tu nanti anak dah 3 - 4tahun&2tahun&0tahun, kenit2 lagi, si abang2 ni pulak agak lasak dan memeningkan, mampu ka nak kerja macam dulu ie. buat baito(=parttime job), memasak for catering dll, entah laa rasa macam tak terdaya je. Seriously dalam masa yang terhad sebelum baby keluar ni, I kena work hard lagi dan lagi untuk bisnes ni, kalau kena gaya, maybe kerja2 yang I dok pulun before ni boleh tolak tepi dah. Fikir mama fikir, banyak benda yang bakal berubah setelah pulang ke Nihong nanti, gambarimashou yo!

Wednesday, June 8, 2011

Menapak selangkah lagi...

Alhamdulillah my small business regarding SK-II is doing great, so far so good. Ada peningkatan dari bulan ke bulan, even though I tak mampu nak bagi full commitment especially on the promotion part, kalau tak, maybe boleh hit lagi sambutannya kot. Apapun, bergerak ikut fasa keupayaan diri dan percaya pada rezeki, I always happy with what I have now...

SK-II sememangnya nampak sebagai produk mewah yang bukan semua orang mampu miliki. Sama jugaklah dengan branded handbag and etc. kan, yang harganya cecah ribu-riban, bagi orang macam I ni memiliki those expensive things adalah sangat jauh dari igauan. But now, I must say I dah buat pengecualian dalam soal ni, in certain things tak salah pun untuk berbelanja besar, nak2 kalau melibatkan kesihatan dan kecantikan diri, ianya pun boleh dikira as investment kan, betul tak?!

Awal2 nak try test SK-II dulu pun I masih ada mind-set macam tu, risau tak mampu maintain guna, takut tak tercekau nak beli dan sebagainya. Sebab dalam otak ni dok fikir harga each product tu dah laa mahal, plus nak pakai macam2 produk pulak, bila calculate pi mai pi mai macam cecah ribu, errr. Tapi bila kawan2 dah bagi macam2 pandangan I decided to make the 1st move. Ternyata ianya bukanlah keputusan yang silap, cause now I get not only 1 advantage but lots from it. I sangat berpuas hati dengan hasil yang dipamerkan, walaupun belumlah cantik jelita sepenuhnya tapi at least my skin problems dah berkurang banyak. Kemudiannya ia jadi sumber income pulak sekarang, syukur alhamdulillah. Rasa happy jugak boleh share lots of info dengan kawan2 dan customers...

Back to the title...
Looking at the potential of making more profits from this business, I think this is the right time for me to expand it. So now I'm trying to increase the capacity of serving more products and improve the quality of my service...

Selain SK-II, sekarang I mula berjinak2 untuk jual jenama kosmetik lain seperti CLINIQUE. And insyaAllah more to come soon. Meh laa datang jengah2 kat blog yer. I akan tambah lagi set Clinique ni nanti. Clinique ni pun jenama mahal jugak kan, but now you can get 7items in 1 set at RM150++ je, murah amat!

Dari segi servis pulak, sebelum2 ni pernah ada yang di luar Malaysia tanya boleh ka nak beli tapi masa tu ada problem dari segi nak buat pembayaran, cause they have no Malaysia accounts to make transaction. Atas saranan 1 of my customer, I dah register for paypal so hopefully lepas ni no more problem lah. Thanks to Nadiah!

Girls, if you're intrested of being my agents, you're welcome to come and join us!

Tuesday, February 1, 2011

Nak order SK-II ?!

Since we're going back to Malaysia soon insyaAllah, so I nak war2kan untuk dear readers yang berminat nak beli produk SK-II ni to put your order as soon as possible. Kalau boleh within this week, before friday perhaps, insyaAllah sempat lagi I nak poskan nanti...

Kalau tak pun, kena tunggu lagi another few months baru I akan kembali beroperasi semula. Kalau ikut perancangan, we'll be away from Japan in about 4months. Awal jun baru balik sini semula insyaAllah. In the meantime, I terpaksa tutup dulu my online shop buat sementara, huhu(sedih!). Hari tu ada jugak terfikir nak bagi bisnes ni orang lain uruskan, kesian kat customers yang nak membeli dan kesian kat ejen2 kena hold bisnes, but then bila fikir2 balik, personally I rasa bisnes ni ada good future, kalau betul2 serius buat, boleh dapat pulangan yang hebat. Atas sebab tu I batalkan hasrat nak pass this business to others, balik nanti sambunglah balik, cause most probably by that time I dah 'hilang' banyak parttime job dah. Bolehlah concentrate dengan bisnes ni nanti insyaAllah. Untuk ejen2 dan bakal ejen, soo sorry for this inconvenience, insyaAllah ada rezeki kita berurusan lagi...

Buat sesiapa yang berminat nak beli dan nak cut cost around RM20 for each set, boleh order dan buat payment dulu, nanti I dah sampai Malaysia baru I pos, so boleh jimat duit postage kan. Tapi kena tunggu 2minggu gitu laa yer...

Untuk sebarang pertanyaan, sila email -> arukassfan@yahoo.com

Tuesday, January 25, 2011

Coach bags for SALE

Tolong promote untuk kak Oja je sebenarnya, so sesiapa berminat boleh email direct kak Oja di ojasamid@yahoo.com

Coach Signature Soft Duffle Bag

Price : 23,800yen (for those in Japan), RM880 (for those in Msia)
(including postage from Tokyo)

Style : #3574
Colour : A)Coffee B)Black
Retail price : 60,900yen (+- RM2400)
Berbaloi2, memang murah!
Beg original, baru lagi, 1st comes, 1st serve! So guys, hurry up!




(A)


(B)

For more details, boleh tengok kat fb Kak Oja yer, I pun ada share kat my wall, jom2 pi tengok. Nak taip semua2 kat sini tak boleh nak copy-paste lah pulak, hehe...

Wednesday, January 12, 2011

Blog SK-II

Niat awal menjual produk2 SK-II ni sejak lebih kurang 2bulan yang lalu adalah sekadar hanya suka2 tapi sekarang dah lain laa pulak. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan, ramai yang bagi komen membina especially bagi yang baru nak cuba test produk ni tapi tak mahu berbelanja besar sekali harung, so starts your 1st step with trial packs adalah langkah paling bijak dan selamat...

Makanya atas dorongan dan permintaan kawan2 yang dah lama guna produk SK-II ni, dengan ini secara rasminya I buka 1 blog lagi, khas untuk paparan pelbagai set barangan SK-II, single bottle SK-II untuk saiz yang lebih besar dan barangan2 kecantikan lainnya pun akan dijual insyaAllah. Buat masa sekarang blog masih under construction mode, nak kena adjust dan improve lagi here and there, kalau ada sapa2 nak komen dan bagi pandangan untuk baiki kualiti presentation blog tu sila2, amat2 dialukan, and thanks in advance...

Dengan berbesar hatinya I jemput semua viewers ourLoveStory untuk masuk menjengah blog ini ->SakuraBoutique...

Bagi kawan2 yang ada bisnes online tu jom2 kita exchange links...

Monday, January 10, 2011

SK-II set

Please scroll down for latest update...

SK-II Trial Sets
SK-II trial sets ni sangat sesuai untuk mereka yang baru nak cuba menggunakan produk2 SK-II. Boleh pilih mana2 set yang berkenan dan cuba pakai untuk lihat kesesuaian kulit wajah. Kalau rasa best, sesuai dan puas hati, boleh lanjutkan penggunaan dengan membeli botol saiz besar...


Set A RM230 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM292 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing oil - 11 ml
2. FT cleansing gel - 5 gm
3. FT cleanser - 6 gm
4. FT clear lotion - 10 ml
5. FT essence - 10 ml
6. Whitening source derm-definition - 4.7 ml
7. FT repair C - 2 ml
8. Skin signature - 2.5 gm
9. Facial lift emulsion - 10 gm


Set B RM260 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM304 (exclude shipping store-me & me-Msia)
1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Skin signature - 2.5gm x 2


Set C RM280 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM323 (exclude shipping store-me & me-Msia)
1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Skin signature - 2.5gm x 2
7. Signs eye mask - 1 piece


Set D RM290 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM384 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Facial lift emulsion - 10gm x 2
7. Signs eye mask - 1 piece


Set E RM320 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM585 (exclude shipping store-me & me-Msia)
1. FT cleansing oil - 11ml x 2
2. FT cleansing gel - 5gm x 2
3. FT cleanser - 6gm x 2
4. FT clear lotion - 10ml x 2
5. FT essence - 10ml x 2
6. Whitening source derm-definition - 4.7ml x 2
7. FT repair C - 2ml x 2
8. Skin signature - 2.5gm x 2
9. Facial lift emulsion - 10gm x 2

Set F RM320 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM433 (exclude shipping store-me & me-Msia)
1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. Whitening source derm-definition - 4.7ml x 2
6. Facial lift emulsion - 10gm x 2
7. Whitening source derm revival mask - 1 piece


Set G RM320 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM430 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT mask - 1 piece
5. FT essence - 10ml x2
6. FT repair C - 2ml x 2
7. Facial lift emulsion - 10gm x 2



Set H RM350 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM707 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing oil - 11ml x 2
2. FT sleansing gel - 5gm x 2
3. FT cleanser - 6gm x 2
4. FT clear lotion - 10ml x 2
5. FT essence - 10ml x 2
6. Cellumination essence - 7ml x 2
7. FT repair C - 2ml x 2
8. Skin signature - 2.5gm x 2
9. Facial lift emulsion - 10ml x 2



Set I RM340 (including shipping Japan-Malaysia)
Retail price before promotion was RM395 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Skin signature - 2.5gm x 2
7. Skin signature 3D redefining mask - 1 piece



SK-II travel kits set
RM320 only!
Free postage direct from Japan to Malaysia!

1. FT cleanser 20g
2. FT cleansing gel 15g
3. FT lift emulsion 30g
4. FT clear lotion 40ml
5. FT essence 30ml



SK-II beauty set
RM380 only!
Free postage direct from Japan to Malaysia!
Retail price was RM500++
1. FT cleanser 20g
2. FT clear lotion 40ml
3. FT essence 30ml
4. Skin signature 15g
5. FT mask 2 pieces


Untuk order atau sebarang pertanyaa, sila email arukassfan@yahoo.com

Saturday, January 8, 2011

SK-II beauty set


RM380 sahaja! Free shipping from Japan to Malaysia...

Retail price for this set was around RM500(exclude postage), but now we sell this for only RM380!

1. FT essence 30ml
2. FT clear lotion 40ml
3. FT cleanser 20g
4. Skin signature 15g
5. FT mask 2 pieces

Stok adalah sangat terhad, siapa berminat cepat2 email ye, arukassfan@yahoo.com

Tuesday, January 4, 2011

SK-II Travel Kit SALE !

1. FT cleanser 20g
2. FT cleansing gel 15g
3. FT lift emulsion 30g
4. FT clear lotion 40ml
5. FT essence 30ml

RM320 sahaja!
Free postage direct from Japan to Malaysia!

I baru plus minus sebulan guna produk sk2 ni and so far so good, alhamdulillah nampak macam serasi, setakat ni I memang puas hati even though kesannya masih belum ketara due to few weeks before start pakai sk2 ni dok tak dok muka ni banyak pulak naik jerawat, I rasa it was because of stress and hormone imbalance, but now jerawat dah takdak so nak kena rawat balik kulit wajah ni saja lah. Bercakap dari sudut 'kesan yang ketara' tu I maksudkan dari pandangan mata orang laa. Tapi kalau cakap dari apa yang I rasa memang dah boleh rasa bezanya. Musim sejuk ni selalunya kulit I agak kering dan tegang especially lepas cuci muka. Kulit yang kering dan mengelupas ni sangat leceh bila nak sapu foundation atau make up, nanti jadi tak rata laa kan. Tapi sekarang I dah tak ada masalah tu lagi, kulit muka dah tak kering dan paling penting tak mengelupas. Proses nak sapu foundation pun smooth je, best! Atas sebab tu I dah mula beli sk2 botol besar2, masih ambil basic product lagi, belum cuba yang lain2, tunggu ada peruntukan dulu, hehe...
So hari ni nak promote travel kit nya pulak, for those yang minat nak bertanya atau membeli, boleh email di arukassfan@yahoo.com...

Monday, December 13, 2010

Juai2 !!!

Inilah kerja saya, mainly every saturday morning, iaitu menyiapkan tempahan makanan untuk lunch students kat sini. Alhamdulillah rezeki, seronok masak2 ni walaupun selalu jugak hati ni risau kalau2 masakan tu tak menepati selera orang2 yang meng-order. Yer lah, bukan pandai sangat pun memasak, sebab tu I tak kesah kalau ada yang tegur atau komen my foods, bolehlah belajar dari kesilapan kan?!

Setiap minggu selalunya ada lebih kurang 10 order yang perlu disiapkan, and I think less than 20sets is the best quantity for me to handle, means I could manage and control the quality ke tahap yang memuaskan hati sendiri. Oh tapi I tak pernah pun tolak order, banyak mana pun selagi rasa boleh siapkan I akan ambil dan last minute macammana sekalipun orang order I'll try my best to serve it. Tolak order sama macam tolak rezeki lah kan, lagipun bukan selalu pun kena masak sampai 30++set, macam I cakap tadi, selalunya setakat belas2 saja...

Sabtu lepas I keluarkan menu baru iaitu nasi minyak. Lauk-pauk pun menu baru, kali ni perkenalkan ayam masak madu(ambil resepi dari fp kaklong) dan telur masak kurma. Satu lagi lauk ialah acar timun, yang ni menu wajib untuk nasi2 yang seangkatan dengannya. Special offer for this week, untuk 5 order pertama akan dapat dadih percuma. Dadih ni sebenarnya nak masukkan dalam menu jualan jugak, kiranya promotion lah tu...


mousse untuk 2R dan orang yang order lastweek tapi belum dapat...

dadih...

acar timun...

ayam masak madu...

telur masak kurma...

nasi minyak-bukan-kenduri-kahwin...

setelah di-pack, ready for shipping...
cuma gambar kuih-muih frozen tak ada dalam gambar, lupa nak snap...


Entry ni khas untuk my sil-kaklong yang request nak tengok masakan adik iparnya yang tak seberapa ni, hihi. Biasanya memang tak sempat nak ambil gambar, selalu terbabas masa, pukul 12 lebih baru terhegeh2 nak keluar rumah walhal sepatutnya sebelum pukul 12 dah kena mula pi hantar dah. Sabtu lepas pun lambat jugak tapi curi2 ambil gambar in between dok kalut2 tu...

Sabtu ni pun keluarkan menu baru, kali ni menu-nya simple saja sebab myLove mungkin kerja hari sabtu tu, lagipun malamnya tu ada jamuan makan2, esoknya pulak nak buat birthday party Rafiqh, harap2 ada laa sambutan...

Thursday, December 2, 2010

Lagi promotion untuk trial set SK-II !!!

Ada beberapa trial set lagi I nak introduce, kalau sebelum ni untuk set A, B dan C tu semuanya skin care basic product saja, kali ni ada tambahan barangan, terdapat lebih banyak pilihan dalam setiap set. Check it out guys!


Set D RM290 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM384 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Facial lift emulsion - 10gm x 2
7. Signs eye mask - 1 piece


Set E RM320 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM585 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing oil - 11ml x 2
2. FT cleansing gel - 5gm x 2
3. FT cleanser - 6gm x 2
4. FT clear lotion - 10ml x 2
5. FT essence - 10ml x 2
6. Whitening source derm definition - 4.7ml x 2
7. FT repair C - 2ml x 2
8. Skin signature - 2.5gm x 2
9. Facial lift emulsion - 10gm x 2


Set F RM320 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM433 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. Whitening source derm definition - 4.7ml x 2
6. Facial lift emulsion - 10gm x 2
7. Whitening source derm revival mask - 1 piece


Set G RM320 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM430 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT mask - 1 piece
5. FT essence - 10ml x 2
6. FT repair C - 2ml x 2
7. Facial lift emulsion - 10gm x 2


Set H RM350 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM707 (exclude shipping store-me & me-Msia)


1. FT cleansing oil - 11ml x 2
2. FT cleansing gel - 5gm x 2
3. FT cleanser - 6gm x 2
4. FT clear lotion - 10ml x 2
5. FT essence - 10ml x 2
6. Cellumination essence - 7ml x 2
7. FT repair C - 2ml x 2
8. Skin signature - 2.5gm x 2
9. Facial lift emulsion - 10ml x 2


Set I RM340 (including shipping Japan - Malaysia)
Retail price before promotion was RM395 (exclude shipping store-me & me-Msia)

1. FT cleansing gel - 5gm x 2
2. FT cleanser - 6gm x 2
3. FT clear lotion - 10ml x 2
4. FT essence - 10ml x 2
5. FT repair C - 2ml x 2
6. Sign signature - 2.5gm x 2
7. Skin signature 3D redefining mask - 1 piece


FT = facial treatment

Kalau ada sebarang pertanyaan atau nak order, sila email ke arukassfan@yahoo.com...

Friday, November 12, 2010

Seleksi hijab buat muslimah di Jepun!

Gambar2 kat bawah ni adalah antara seleksi hijab yang I jual untuk pasaran Jepun.

Harga antara 1000-1500yen, postage adalah PERCUMA ke seluruh Jepun!

Ada banyak lagi sebenarnya, jemput ke my facebook untuk tengok2 ye. Selain hijab2 ekspres ni, nanti I akan masukkan seleksi hijab2 biasa(4segi) dan selendang jugak insyaAllah...