Monday, March 29, 2010

Weekends

Jumaat hari tu lepas myLove balik kerja kami keluar beli barang dapur, masa nak beli butter ternampak ada promotion cheese, tak fikir panjang dah terus rembat seketul cream cheese. Dalam otak ni dah berkira2 nak buat cheesecake dan tiramisu, nyum2...Balik rumah terus check resepi both cakes tapi tak cukup bahan laa pulak, huhu, so decided nak buat nextweek je lah.

Tapi keesokannya memang dah tak tahan dah nak jamah cheese cake so petangnya lepas myLove keluar main bola, I brought the kids out. Mula2 pi farmasi Wants nak membeli barang, sekarang ni merata2 tengah sale so kami 'terperangkap' dalam farmasi tu dok merayau2 beli itu ini, tapi barang yang dicari2 ie. biskut oreo takdak juai laa pulak, cis! Oh btw rasanya farmasi kat Malaysia takdak kot jual foods tapi kat Jepun ni nama ja laa farmasi tapi segala tok-nenek barang ada dijual. Settle membeli-belah kat farmasi, kami ke stesen minyak untuk beli minyak gas, ingatkan dah masuk spring tak payah laa on heater lagi tapi mak aih sejuknya laa sekarang ni, nak taknak kena beli jugaklah, tak beli banyak pun, setengah tong ja laa, takat buat spare. On the way balik tu singgah supermarket dekat rumah ni pulak, masih tak berputus asa nak beli oreo. Alhamdulillah ada pun! Kat supa ni ada trolley kecik untuk budak2, Rafiqh ni dah dapat sorong trolley tu terus takmau balik, hadoiii jenuh pulak melayan dia menolak menatang ni keliling supa sampai dia puas, beli 2barang ja tapi punya laa lamaaaa...



Balik ja rumah terus buka resepi double-chocolate cheesecake. Sebenarnya dah berkurun lama dah teringin nak makan chocolate cheesecake, rasa macam tak pernah pun makan kek cheese perisa coklat, kalau yang plain tu selalu laa buat. 1st time tengok kat blog Ina terus ambil resepi dan bookmark, punya laa lama dok tangguh2 at last berjaya jugak buat, hohoho... Tak sabar2 punya pasal, petang tu jugak buat, cuba separuh adunan ja, cukup laa 2orang ja nak makan. Lagipun creamcheese tu berbaki separuh lagi so boleh laa nanti buat tiramisu pulak, yippie2!

Bahan2:
24 ketul biskut oreo - hancurkan
1/4 cawan butter/marjerin - cairkan
8 oz philadelphia cream cheese - dibiar suhu bilik
1 cawan gula
2 sudu besar tepung
1 sudu kecil vanila
8 oz semi-sweet chocolate - cairkan
4 biji telur
1/2 cawan blueberry

Cara2:
- panaskan oven sehingga suhu 325 degree F
- campurkan biskut oreo dan butter cair hingga sebati, tekan dalam acuan dan bakar selama 10minit
- pukul cream cheese, gula, tepung dan vanila hingga kembang, masukkan chocolate dan sebatikan
- masukkan telur satu persatu, pukul pada kelajuan perlahan hingga sebati, curah atas adunan biskut yang telah dibakar tadi. Bakar 45minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam fridge, hias dengan beri sebelum dihidang


Sedap tak terkata, gebu dan kurang manis, malam tu siap bakar dan sementara kek tu disejukkan, tidurkan 2R dulu dan kemudiannya mak depa menikmati kesedapan kek tu sorang2, perghhh nikmat! Having my me-time while eating cheesecake, marvelous! Oh tapi memang kalau coklat cheesecake ni kita tak rasa sangat ek ke-cheese-an nya?! Ka I yang salah buat, cause kalau ikut resepi ni kena guna philadelphia cheese tapi I beli creamcheese hokkaido punya, kot laa berbeza, ermmm... Takpa laa, yang penting sat ja habis dah, bakinya tu share dengan Rafiqh, terkejut tengok Rafiqh pulun makan, sedap sangat agaknya sampai dia tak pi mana2 dah, tunggu depan mama suruh suapkan dia, sampai licin baru dia bangun pi sambung main...
Kelmarin kami tak ke mana, godek karipap untuk minum petang dan frozen, buat oyatsu(=snack) Rafiqh dan layan drama ja...
Sengaja adun kulit karipap ni bagi lebih, nak buat 'kerepek' ni untuk Rafiqh. Selalu bila buat benda ni mesti teringat kat mak. Masa kecik2 dulu mak selalu buat benda ni tapi mak buat bentuk ala2 riben, tapi I ni dah banyak kali cuba pun still tak reti huhu. Alih2 buat bulat kecik2 besar duit 50sen, kalau mak buat mesti salut gula lepas goreng tapi I tak salut, budak kecik tak elok makan manis2(padahal mak dia pemalaih, hahaha). Kerepek ni pun frozen-kan jugak...

8 comments:

Ina said...

hihi sedap kan recipe chocolate cheesecake tu. hubby kiter pn suka sgt. mmg keeper la recipe tu semestinya akan byk kali buat lg nnt. cuma tula syg biskut oreo tu nk kena buang2 filling dia. kalau dh buang tu nk mkn gitu2 je tu yg malas tu. kiter pn dh 2 kali buat guna recipe ni je. agaknya mmg gitu kot xrasa sgt la kot cheese nyer tu sbb dh cmpur coklat kan. cuma rasa lemak2 mcm cheese jela.

Fith said...

Ina,
laa ye ker kena buang filling oreo tu?haha fith tak buang pun,main hancurkan ja,hahaha,hadoiii laa.
ooo mmg tak rasa ek,fith ingatkan fith yg tak reti buat,hehe.tp betul tu ina,best giler,sedap sgt.terkejut tgk rafiqh makan,mgkn dia ingat coklat kot,tu yg pulun tak hingat tu.btw thanks...

Ina said...

ooo fith xbuang ke filling nyer? kiter sbnrnya xtau sgt. tp slalu tgk org buat dia buang hihi. xpe2 xbuang pn bagus gak xyah bazir2 ye dak :D

Fith said...

next time buat boleh cuba buang pulak,tgk camne jd kan,hehe

ojasamid said...

oishisou nye kek tu! kena try lah gamaknya nih :p selalu tu cuma buat oreo cheesecake ajesbb tak minat sgt cheesecake rs coklat. nnt kureng sket rasa cheese nye kan fith.
btw, akak kalau buat cheesecake pakai biskut oreo, filling nye tu akak asingkan dri biskut n masukkan dlm adunan cheese. sbb sayang nk buang. hihi..tp kena kurgkan gula sketlah kot, takut terlebih manis . hehehe..

Fith said...

Kak oja,
oreo cheesecake ker?camne rupanya yer,bunyi cam sedap je,nak minta resepi laa,hehe.
mmg sah laa fith buat tu salah ek,utk base tu filling kena buang ek,haha.takpa2,nexttime kena try buat style tu pulak...

ojasamid said...

hehe..kalau fith nk cuba, kt myresipi boleh tengok; oreo cheesecake. setakat ni tak mengecewakan lah..rasa cheese pon tak tenggelam ;)osusume desu. hehe..

Fith said...

Kak oja,
tq2.nanti fith cari kat myR,dah cuba nanti fith share kat sini lagi,mesti sedap oreo cheesecae tu kan.arigatou!