Thursday, April 23, 2009

Roti

Semalam pagi2 lagi dah buat tuna bun dan strawberry bun. Tuna bun tu dah sah2 laa favourite myLove, strawberry bun tu pulak Rafiqh laa kan. Resepi doh roti tu ambil dari buku resepi breadmaker, inti tuna tu tibai ja buat sendiri, inti strawberry guna jem saja.

Tuna bun sebelum dibakar...



Tuna bun setelah dibakar...

Strawberry bun sebelum dibakar...

Strawberry bun setelah dibakar... Ya, saya masih fail buat bun yang buh inti jem ni, selalu jem meleleh keluar, tak tau laa kenapa, kenapa ek?


Bun
Bahan2:
140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
40 gm mentega/butter
6 gm susu tepung
5 gm yis

*hiasan:
1/2 biji telur
1 sudu kecil susu segar
bijan @ kismis

*inti tuna:
tuna
mayonis
bawang besar dihiris nipis
slice cheese dipotong kecil
lada sulah
- gaulkan semua bahan

Cara2:
- campak semua bahan dalam breadmaker, adun hingga menjadi doh
- keluarkan dan tumbuk buang angin, buat bulat2 12biji dan biarkan 20minit
- ambil sebiji dan canai, masukkan inti, tutup rapat dan biar ia naik sekali ganda
- sapu telur yang dicampur susu segar dan taburkan bijan @ kismis
- bakar pada suhu 180C selama 10-12minit


Bila dah siap menggodek roti, sementara nak tunggu dia naik petang tu I adun bahan2 untuk roti canai pulak. Adun siap2 dan buat bulat2 untuk masukkan dalam fridge, hari ni baru canai dan goreng. Kali ni buat frozen roti canai dan murtabak untuk dimakan weekends nanti. Buat 8biji roti canai dan 4biji murtabak... Murtabak ni try guna rempah kurma pulak, biasanya buat mesti pakai kari, cari kelainan sikit, kalau sedap next time buat lagi, kalau kureng tak payah buat dah!

adunan yang direndam minyak, disimpan dalam fridge seharian...



Hajat dihati nak ambil gambar step by step tapi faham2 je laa kan, buat roti canai ni guna both hands, macammana nak pegang camera, takkan nak suruh Rafiqh pulak ambil gambar, hehe. Ni roti canai yang dah ready untuk dilenyek sebelum digoreng...

Half-cook roti canai...

Half-cook murtabak...


Roti canai
Bahan2:
500 gm tepung gandum
280 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega/shortening

Cara2:
- adun semua bahan hingga menjadi doh
- buat bulat2 10-12 biji dan salut dengan mentega sebelum diperap dalam minyak masak
- simpan beberapa jam sebelum dicanai
- ambil sebiji dan nipiskan dengan cara tebar/tarik2, I tak pandai tebar so main tenyeh2 dan tarik2 je
- lipat/gulungkan kedua2 belah bahagian menjadi doh panjang, lilit menjadi bulat dan biar beberapa ketika
- penyet2 dan goreng atas api sederhana

Kalau nak tengok lebih jelas cara2nya, boleh refer web MamaFami:
http://mamafami.fotopages.com/?entry=912140


Hari ni I puasa lagi, selesaikan bayar nazar. Lepas2 ni kot kalau rajin, boleh buat sunat isnin dan khamis. Ni baru je selesai buat roti canai dan murtabak frozen, tapi alahai otak ni tak habis2 dok fikir nak masak kuih apa untuk berbuka petang ni. Suka pulak berbuka dengan kuih dulu, biasanya I jenis berbuka terus makan nasi, lepas isyak baru cari kuih, sekarang terbalik pulak, dah malam2 baru nak jamah nasi. By the time nak telan nasi tu, haihhh perut dah penuh, makan sikit je dah kenyang, so tak payah laa beriya2 masak lauk untuk berbuka, masak simple2 udah ler, nafsu tak mau kalah, susah betul mendidik hati ni, hish...

7 comments:

Ina said...

hoo sng je rupanya tp awatla rasa susah sgt. kalau dh malas tu mmg la susah hehe. rasa meleleh je air liur tgk roti canai n bun fith tu. haa ni nk tanya soklan remeh2. xpelakan br nk blaja hehe. kirernya kene guna bykla minyak msk tu utk rendam doh roti canai tu kan? pastu minyak tu leh guna blk tk? agak2 kalau uli guna bm doh roti canai tu leh ke ek? tgn xberapa sihat ni tu yg mcm payah nk uli2 huhu. haih nk kene masuk dapur dh la skrg. nk wat bun mcm fith gak. esok leh mkn bekfes b4 g check up haha! if not nnt mlm xleh tdo plak. hish bahaya laaa ngadap blog fith ni ;P

Ina said...

lupa nk ckp. btw thanks alot ya!

Fith said...

Ina,
fith adun pakai breadmaker je pun,takdak masa aih nak pulun pakai tangan,hahaha.fith pakai function "neri",klau adun mcm roti tu BM akan penaikkan doh tu kan,ni tak payah,suh dia uli ja,mcm kita buat kulit karipap jugak.
aah minyak mmg pakai agak byk laa jugak,tp takpe ina,boleh guna buat menggoreng dan pakai blk utk masak.sbb tu fith klau buat byk2 terus,sayang kat minyak tu sama,ehehe,pastu frozenkan je.pagi2 sabtu/ahad boleh breakfast roti canai.

Anonymous said...

wah3 sedapnya roti canai..oo k.fith pakai BM je ek uli roti canai tu,senangnya..tp stil la nk kena tebaq2 kan?pos mai sini cket mls la nk buat hehe..

Fith said...

Dyana,
aah segala mak nenek bab uli2 ni pakai BM ja,malaih aih nak pakai tangan,lenguh :-p
tak payah tebaq pun takpa,kfith main tarik2 tekan2 tenyeh2 ja,klau pandai tebaq kira bonus laa tu,kfith tak reti...
ooo nak pos ek,mai sini mai,kfith jamu,hahaha

ojasamid said...

rajinnya fith buat roti canai sendiri yek. akak ni setakat rajin meng"order" kt baticrom aje. tu pon biler dh teringin nk makan sgt..pk kan fulus punya pasal..tp kalo buat sendiri mesti sgt2 jimat kan.;)

btw, akak pon slalu gak fail tang "Kebocoran" inti roti tu. yg pastinya, bila isi jem duduk tak sekata sampai kulit roti tuh nipis (boleh bayang x ek macam mana? haha), gerenti `meletup` smpi meleleh keluar...kalau boleh kena bagi jem duduk tengah2. ni from my observation lah. hehe.

Fith said...

kak ojasamid,
oh kat baticrom ada jual roti canai ek,haha,fith tak pernah tau pun.tak rajin mana pun kak,dah nak makan kena laa buat.
haa mmg pun,sbb jem tu duk tepi2 yg jd bocor tu kan.dulu fith buat tak canai doh,fith pakai tangan je,ingatkn sbb tu yg bocor,tp skrg dah canai sama rata pun bocor jugak,alahai,sedih.takper2,pasni try lagi :d