Showing posts with label Toddler development. Show all posts
Showing posts with label Toddler development. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Belajar makan sendiri...

Dah agak lama berbulan2 jugaklah Rafiqh tak makan sendiri masa lunch dan dinner. Time makan makanan berat I yang akan suapkan, dia pulak jenis yang tak kesah disuap so senang laa kerja mak dia kan - tak bersepah dan cepat siap. Nak2 pulak pengacau kecik sorang ni dah makin ligat, kalau Rafiqh makan sendiri jawabnya belum sempat suap lagi dah habis foods tu kena serang. Tara sekarang ni makan kuih/biskut/kek/snack etc2 yang duk dalam tangan Rafiqh tu pun selalu dia rembat rampas dari Rafiqh, ni kan pulak yang duk dalam pinggan, kesian tengok Rafiqh dok kerja bawa lari angkut sana sini makanan dia, hohoho...

Tapi dek kerana insyaAllah bermula minggu depan Rafiqh dah nak mula pi sekolah, nak tak nak terpaksa laa kena ajar dia menyuap makanan sendiri kan, sat lagi kebuloq pulak anak haku kat sekolah, haha. Untuk elakkan Raziqh mengganggu-gugat ketenteraman Rafiqh nak menyantap, buh laa Rafiqh kat meja makan tinggi insteads of duduk atas kerusi kenit dia tu ja. Dah lama tak menyuap nasi sendiri, mama ingatkan onichan dah tak reti laa, rupa2nya pandai pun, *clap2* erai ne onichan, dekita ne!!!

Baca doa, sepanjang2 makan tu entah berapa kali baca doa pun taktau laa... Sat2 bismillah, sat2 allahummabariklana~, sat2 itadakimasu, ulang puluh2 kali sampai laa habis makan, ish3 sapa laa ajaq...



Penggunaan sudu dan garfu dah lulus dah, sekarang nak kena train pakai hashi(=chopstik) pulak, dekiru ka na?(=boleh ke?), hehe. Gambatte ne onichan!