Wednesday, April 20, 2011
Update carca marba
1. Baby baru abanglong&kaklong tu namanya Siti Syadza Damia. Ramai aih yang tanya, haa baru boleh hebah secara rasmi selepas papa dan mamanya dah umumkan. Kami panggil 'baby pinky' kat dia, sebab baju seluar mitton socks serba-serbi pink, sekali dengan mukanya pun pink, hehe. Putih merah orangnya, gebusss...
2. Pregnancy dah masuk minggu ke-17, alhamdulillah morning sickness dah makin berkurang. Dah tak rasa loya2 cuma still akan muntah bila tersalah makan. Pening2 masih ada, almost setiap hari terpaksa berdepan dengan rasa pening ni, walaupun bukanlah pening yang nyut2 sampai kena baring tu tapi tetap jugak pening2 ringan ni mengganggu urusan harian...
3. Ada lebih kurang seminggu lebih je lagi kami kat Malaysia. 2mei nanti dah nak berangkat ke Holland. Maybe nanti kat sana banyak laa masa terluang, boleh update banyak2 kot, hihi...
4. Perkembangan SK-II pulak. Sejak balik Malaysia ni ramai sungguh yang bertanya pasal nak membeli produk SK-II, atas sebab tu I dah beli beberapa set sebagai ready stock yang insyaAllah akan tiba di Malaysia sekitar awal mei nanti. I akan tulis entry khas berkenaan set2 ni nanti, so kalau berminat boleh contact yer...
Monday, March 28, 2011
Alahan @ mabuk
Friday, August 13, 2010
Minuman berkhasiat untuk ibu hamil/menyusu di bulan puasa
Honestly I tak ada cara khusus nak maintain-kan penghasilan susu badan especially dalam bulan puasa ni. Tak pernah pam susu, 100% direct feeding so memang taktau laa susu tu banyak mana penghasilannya. Disebabkan si kecik Raziqh ni sangatlah kerap menyusu(almost every 30minutes) so jarang amatlah rasa engorge, stok susu ni kira macam sekali produce sekali feeding habis, produce-habis-produce-habis, haa gitu laa lebih kurang...
Selalu jugaklah terbaca kat blog2 ibu yang menyusu tentang produk2 yang boleh increase or at least maintain our milk production, macam2lah ada kat pasaran kan, so kalau berminat bolehlah try to search for it. Pun begitu, kena ingatlah tak semua benda tu sesuai dengan semua orang, kadang2 elok je bagi orang tu tapi tak berkesan bagi kita, sementara nak jumpa sesuatu produk/cara yang betul2 fit dengan diri kita tu memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. I sendiri tak pernah ambil apa2 produk, kat sini bukan senang nak konsisten try and error produk2 tu semua, I prefer guna cara2 semulajadi saja, mana2 yang senang untuk diamalkan...
Hari ni nak kongsi 1 resepi yang insyaAllah baik untuk kita amalkan. Semua orang pun tau kan kurma banyak khasiatnya, Rasulullah SAW dahulu selalunya berbuka dan bersahur hanya dengan kurma, memakan kurma ni sunnah, pasti banyak manfaatnya untuk kita amalkan. Tapi I rasa ramai antara kita yang ada masalah nak makan kurma dalam kuantiti yang banyak. Nak makan tu nak tapi tak boleh telan dek kemanisannya, kalau I ni kurma yang kering2 memang seksa sikitlah nak makan, selalunya cari kurma yang ala2 masih segar, kiranya isi dalamnya lembut. Takpun kurma2 muda yang kalau tak silap disebut sebagai rhotab. Tapi suka2 pun tak mampu jugak nak telan banyak2, hehe.
Cara paling mudah nak makan kurma dalam kuantiti yang banyak ialah dengan dibuat jus, blend dengan air dan minum. Untuk resepi kali ni kita upgrade sikit, instead of guna air kosong saja kita pakai freshmilk, kemudian kita tambah bahan2 lainnya ikut selera lah. Dalam al-quran dan sunnah Nabi banyak disebut tentang makanan2 yang baik untuk kesihatan, contohnya buah tin, buah zaiton, habbatus sauda, kismis, kekacang, delima, madu, za'faran, air zamzam, ish banyaklah lagi. Yang mana ada dan mudah ditemui tu bolehlah kita simpan buat stok kat rumah kan. InsyaAllah tak payah susah2 cari atau beli produk2 lain dah, 'guna' saja apa yang Allah dan RasulNya sarankan...
Ni versi I, cuma pakai apa yang ada kat rumah ni je laa...
1 liter freshmilk
7 biji kurma
14 biji badam
21 biji kismis
3 sudu besar madu asli
- masukkan lebih kurang 300ml susu segar dalam blender dan campur bahan2 lainnya, blend hingga halus
- masukkan baki susu dan blend sebati, simpan dalam tupperware bertutup dalam peti sejuk
- insyaAllah boleh tahan 3-7hari
MyLove kata rasanya ala2 macam horlick, tapi I pulak kata baunya macam air kacang soya tapi rasanya lemak2 manis, sedap! Rafiqh suka sangat, sekarang kalau dia minta susu mesti tunjuk nak air ni. Raziqh pulak sebab dah setahun so dah bolehlah minum freshmilk, try jugaklah bagi dalam 10ml tapi dia kurang suka, takmau minum pun, budak ni memang, nak susu mama jugak2!
Wednesday, December 16, 2009
Postpartum hair loss
In the 1st few months after giving birth, many new moms are surprised to find themselves shedding more hair than usual. No need to panic, it's perfectly normal! InsyaAllah takkan botak lah, in fact slowly our hair should be back to normal by our baby's 1st birthday!
Normally, 85 to 95% of our hair is growing while the other 5 to 15% is in a resting stage. After the resting period, this hair falls out, selalunya rambut ni gugur ketika kita sikat rambut atau mandi/shampoo, dan rambut2 ni akan diganti dengan rambut2 yang baru... An average woman shed about 100 hairs a day, tuh dia, banyak kan?!
During pregnancy, increased levels of estrogen prolong the growing stage, there are fewer hairs in resting stage so that berkuranglah rambut kita yang gugur. That's why ibu2 hamil selalu rasa rambutnya lebih lebat dan cantik ketika pregnant berbanding ketika tak pregnant, ada yang sangka rambutnya tumbuh lebat tapi yang sebenarnya rambut yang gugur tu yang berkurang...
After giving birth, estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Makanya berguguranlah rambut itu saban hari, huhu. Tapi takpa, this unusual shedding will taper off and our hair will be back to its pre-pregnancy thickness in about 6 to 12months after give birth...
Nothing we can do to stop our hair from falling out, but a short-cut-hairstyle can be easier for us to take care of. Luckily I went to cut my hair short since I was pregnant, walaupun kalau ikut pantang-larang orang tua tak boleh potong rambut masa hamil, takut nanti tali pusat baby putus lah hapa lah, but I can't stand the long hair any longer. Plus I don't believe on such that pantang and mak pun tak tegah, so I headed to hair-saloon and got my hair cut, puas hati dapat potong pendek, siap cuci dan massage bagai, cost me only RM12, murah nak mampuih! This is my 1st time potong pendek rambut lepas kahwin, myLove suka so next time nak maintain pendek saja. Bila ada anak kecik ni, masa untuk belai2 rambut dah tak ada dah... Tambah pulak dengan gugur2 ni, naik rimas tengok rambut penuh berterabur merata2...
Sunday, July 12, 2009
Check up @ 37weeks
Kami sampai setengah jam selepas klinik dibuka, tu pun dah ada 2 patients so bayangkan laa punya laa ramai patients lain masa doktor sampai tu. Bila dah ramai yang tunggu doktor tak check banyak pun, kali ni cuma dengar denyutan jantung baby je. Ni first time I dengar denyutan jantung baby ni, masa Rafiqh dulu pun pernah dengar sekali je. Bunyi macam keretapi, hehe...
Next appointment ialah 17hb semasa 38minggu tapi rasanya I akan tangguh beberapa hari lewat kot sebab masa tu dah sibuk dengan preparation kenduri dah...
Alhamdulillah baby ok, sehat... Saiz baby kali ni memang tak sebesar Rafiqh, so perut I tak laa besar sangat, masa Rafiqh dulu lagi besar rasanya... Cuma kali ni I yang gemuk, lepas bersalin nanti kena pulun buang lebihan lemak2 ni especially tang pinggul tu, haiyaaa...
Cerita tentang Rafiqh pulak, sekarang dia nampak lebih pandai berdikari. Dia dah boleh sesuaikan diri dengan orang2 dalam rumah ni, harapnya dia boleh behave dan tak buat hal masa I kat hospital nanti. Dilema jugak awal2 hari tu memikirkan hal dia, kasihan kat dia dan risau kalau2 dia tak nak dengan orang lain especially bila nak tidur. Tapi bila tengok keadaan dia sekarang, rasa lega sangat dan I percaya dia pandai bawa diri bila keadaan memaksa. Slowly I dah mula asingkan dia tidur dari I, masih dalam bilik yang sama cuma I tidur atas katil dan bagi dia tidur seorang diri kat bawah. Siang2 dia sangat aktif, bila malam je dia dah kehabisan tenaga, so lepas maghrib dia akan tidur sampai laa ke pagi pukul 6 dia bangun. Biasanya dia akan bangun 2kali untuk menyusu. Susah jugak nak train dia tak bangun malam menyusu sebab dia tidur awal kan, even dah dinner tapi dia tetap akan lapar. Awal2 dulu dah berjaya tidurkan dia dan dia tak bangun2 hingga ke pagi tapi lately dia memang nak jugak susu. Pukul 12 dan 3pagi dia akan bangun untuk minum susu, then tidur balik...
Gambar kat bawah ni diambil beberapa hari lepas...
Monday, June 29, 2009
Barang baby dan set bersalin...
Memang best sangat shopping barang baby kat Malaysia. Banyak pilihan dengan harga yang sangatlah murah bila compare dengan Jepun, hadoi gatal tangan ni nak mengangkut, sabar je laa. Ada laa tambahan beli baju baby sikit2 tapi yang untungnya Rafiqh laa, banyak jugak dapat baju baru. Cuaca kat sini kan panas, sehari 3-4kali dia mandi, so baju pun asyik laa menyalin, sehari berhelai2 dia pakai. Nak tak nak kena laa tambah beli baju2 simple untuk dia pakai kat rumah...
Hari tu masa kat sana dok pening2 nak pilih set bersalin, balik sini terus survey produk2 yang dirasakan baik dan sesuai. Mulanya tu nak sambung pakai Leesa Formula je, tambah beli sikit2 since yang lama pun masih berbaki lagi. Tapi masa dok belek2 katalog HPA tu ternampak set bersalinnya, terus rasa nak cuba. Tak mahal pun, untuk ahli cuma RM70. Ada minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk, kapsul wanita A & B, ubat basuh dan spirulina. Selain tu I tambah beli losyen mustajab, multivitamin dan gamat healin je. Rasanya cukuplah untuk tempoh berpantang nanti...
Sunday, June 28, 2009
1st check up in Malaysia...
Next appoinment on 10th july...
Saturday, June 13, 2009
Carca marba...
Selalunya lepas asar tu I dah masak menu utama, lepas maghrib tambah goreng2 dan buat sayur je, tapi sepanjang minggu ni memang lambat betul masak for dinner, as for minum petang yillek! Kalau dok Malaysia, boleh laa nak tapau2, senang kan, habis cerita, hehe. Dah duk sini nak tak nak kena laa masak, apa2 pun tak apa, cincai2 je, myLove bukan kesah pun...
Alhamdulillah, khamis lepas selesai dah my antenatal check up kat sini, insyaAllah 2minggu lagi sambung check up kat Ipoh Specialist Hospital pulak... Tak banyak pun nak update tentang result check up, everythings seemed to be okey, syukur... I've gained 10kgs in 33weeks, wallahai memang gemuk laaa... Sementara nak tunggu hari bersalin ni mesti berat lebih dari 60kg, dah tu sekarang ni pun dah 56kg lebih dah, huhu. Bila balik Malaysia ni, mesti abah mak sumbat makan macam2, hadoi laa... Takper2, lepas bersalin nanti breastfeed baby exclusively for 6months, insyaAllah slim laa balik... *ayat sedapkan hati, hihi*
Tentang baby pulak, posisi kepala dah tetap berada di bawah, alhamdulillah, dia pun dah makin besar, tak banyak space dah nak pusing2, berat baby dah cecah 2kg... Kali ni scan tak dapat tengok muka baby sebab dia berpaling ke belakang, dapat tengok belakang kepala dia je.
Sejak kebelakangan ni mungkin sebab perut dah makin membesar I mudah sangat letih. Dah mula terasa mengah dan semput bila buat kerja berat, especially bila dukung Rafiqh. Yer, Rafiqh masih didukung, dia pun baru 1tahun 6bulan, sometimes dia masih minta perhatian dan dilayan macam baby, dia paling suka bila I peluk dan baringkan dia ala2 dukung baby kecik tu, nanti dia akan merengek2 gaya baby, hahaha. Ayahnya kata bagi chance ler dia nak manja lebih2 sekarang ni, nanti dah ada adik sedikit sebanyak masa dan priority tu dah beralih dah, pandai2 laa dia bawa diri ie. berdikari nanti...
Semalam awal2 pagi lagi kami dah keluar ke port nak hantar kereta masuk kontena. MyLove cuti untuk uruskan hal ehwal berkaitan kereta. Alhamdulillah urusan kat sini dah settle dah, balik Malaysia nanti cuma nak uruskan dengan agent forwarding je, hopefully semuanya boleh settle secepat mungkin sebelum my sis-alang punya majlis walimah...
Kereta dah tak ada maknanya dah tak payah nak keluar lagi, minggu depan ni nak mengemas rumah buat kali terakhir dan masak frozen lauk-pauk je. Barang yang nak dibawa balik pun dah 90% siap dikemas, baki sikit lagi tu ialah baju dan cloth diapers Rafiqh dan jugak pesanan dorayaki yang nak dibeli khamis ni... Tinggal kurang seminggu je lagi, wohohoho...
Sunday, May 31, 2009
Boy vs Girl
We have decided his name, so sekarang I dah mula panggil dia dengan namanya. Preparation menyambut kelahirannya pun dah hampir 80% lengkap. Sekarang ni I selalu berangan-angan, membayangkan kehidupan kami selepas baby ni lahir. Sure I akan terkocoh-kocoh busy nak handle 2budak, but I'm sure I akan happy dengan 2orang permata hati ni...
Gambar2 ni blur sikit sebab I ambil balik pakai digicam.
1 of Rafiqh's pictures tu dijadikan model di kedai gambar, bangga mak dia, ihik!
Baby, tak kesahlah baby girl atau boy, yang paling penting bagi mama, baby lahir sihat dan sempurna, baby jadi anak yang soleh dan mujahid di jalan Allah. InsyaAllah kasih sayang dan perhatian mama tak akan berbelah bagi antara anak2 mama. Mama love you so much!
Thursday, May 28, 2009
Check up
Sepatutnya hari ni kena pi klinik untuk check up, tapi disebabkan myLove terlalu sibuk minggu ni, sejak isnin tu setiap hari balik pukul 1pagi, so I pergi petang semalam ditemani my junior, Iza. Mula2 tu rasa macam nak tunggu minggu depan je tapi bila fikir2 balik yang I ada 2 lagi check up sebelum nak balik ni, nak tak nak kena laa pergi sendiri, takut tak sempat nak jarakkan masa pulak...
Semalam buat pertama kalinya pergi klinik tanpa myLove. Berdebar2 jugak nak minta orang lain tolong tengokkan si Rafiqh ni, kalau dengan ayahnya pun bila tiba2 dia sedar yang I "hilang", dia boleh buat muka panik, ni kan pulak dengan orang luar kan, haiii laaa...
Awal2 sampai kat klinik tu, dia ok je tapi bila I pergi buat urine test, time tu dia dah mula nak melasak macam biasa, my junior terus dukung dia, marah agaknya orang tangkap dia, apalagi melalak laa dia, terus bad mood. Ni memang kepantangan dia sejak kecil, dia tak suka orang sentuh2 dia. Apatah lagi time dia nak bebas bergerak, even I sendiri pun kalau paksa dukung dia, dia akan melentok2 lembikkan badan. Pujuk2 sekejap, lepas tu ada 2budak lelaki datang dengan mak diorang duduk dekat dengan kami, tersengih terus laa si kecik ni, terus berlari kejar budak2 tu, main2 kejap then budak2 tu pi mana entah, tinggal dia seorang balik.
Tak lama lepas tu I dipanggil midwife untuk ambil darah dan timbang berat, 2tiub darah kena ambil dan berat naik lagi 1kg, hihi. Pregnant kali ni banyak sungguh ambil darah, setiap check up pulak tu sampai dah naik lali dah, tak rasa apa dah masa kena suntik tu, hilang terus dah agaknya mabuk darah I ni, hahaha... Masa tengah ambil darah ni Rafiqh menangis lagi, ada nurse pi dukung dia, hadoi laa... I dah cuak dah macammana nak masuk bilik doktor kalau dia dok bad mood macam tu. So I pesan kat Iza supaya lepas je dia berjalan, ikut dari belakang dia je. Selagi dia tak buat sesuatu yang bahayakan diri dia atau ganggu orang lain, just let him free. Tapi kalau dia dah melampau tu, on je video kat iPhone.
Masuk je bilik doktor, terus buat vaginal check up. Cakap pasal vaginal check up ni, dulu masa Rafiqh doktor check masa 1st dan 3rd trimester je, 2nd tu tak ada, tapi kali ni setiap kali pi mesti kena. Kalau kat Malaysia dekat2 nak bersalin je kot doktor buat kan. Masa kena kat Malaysia, sakitnya tak tau nak cakap, kat sini releks je, tak laa sengsara sangat, mungkin sebab kat sini duduk atas kerusi khas, kat Malaysia baring atas katil je pun. Vaginal check up ni dibuat untuk check bleeding dan bukaan pintu rahim je... Lepas tu doktor scan perut, fuhhh lega laa jugak bila doktor letak je alat kat bahagian bawah perut terus nampak kepala baby. Good boy, at last dia pusing balik ke posisi normal. Harap2nya tak berpusing2 dah laa budak aktif ni, stay that position yer baby... At week 31, his estimate fetus weight dah cecah 1500++ gm.
Sebenarnya ada benda nak tanya doktor tapi memandangkan hati ni dok resahkan Rafiqh, terus je cakap tak ada apa2 nak consult, kejap sungguh dah settle. Tinggal 1 check up je lagi pada 11 jun nanti, sekaligus ambil surat kebenaran naik flight dan laporan kesihatan, yatta!
Keluar dari bilik doktor, tengok Rafiqh elok je dok main sorang2. Ingatkan dah melalak dah, rupanya dia dok ralit main, sampaikan nurse tunjuk baby girl kat dia pun dia buat derk je. Haa dia memang macam tu, kalau dah concentrate buat sesuatu, memang dia tak layan dah orang sekeliling. Lepas bayar bil rawatan, kami terus balik...
Friday, May 22, 2009
Contractions...
Masa 1st pregnancy dulu, sekitar usia kandungan 30minggu I mula perasan tentang kejadian perut yang tiba2 mengeras, selalunya terjadi pada waktu malam. Rasa keras perut tu tak menyakitkan cuma ada sedikit rasa kurang selesa... Despite of that, I rasa macam tak pernah alami rasa sakit bahagian perut yang kuat. Apa yang I tahu orang selalu kata sakit kontraksi ni rasanya macam memulas dan stomach cramps...
Selepas balik Malaysia, I pernah beberapa kali kena diarrhea dan muntah2, akibat alergic dengan betik. Sebenarnya badan I tak menolak betik, suka dan boleh je makan macam buah2 lain tapi dalam keadaan2 tertentu yang I sendiri tak tahu bila, badan I memang tak boleh menerima kehadiran betik. Sungguh pelik kan. Masa balik tu I makan betik atas saranan mak sebab mak kata betik ni boleh meransang penghasilan susu badan lepas bersalin nanti. Mak beli betik kampung, bukan betik yang ada kabat tu. Mula2 I makan sebiji, terus sakit. Abah kata mungkin makan banyak sangat kot, tu yang jadi macam tu. Bila dah sihat sikit, try makan separuh, separuh lagi my nephew Syafiy yang makan. Pun sakit jugak, kalau nak kata betik tu yang tak bagus, sure laa Syafiy yang baru 2tahun tu pun sakit jugak kan, ni tengok dia cergas sihat wal'afiat, hehehe. Rasa serik sangat nak makan lagi, tapi sebab mak dok angkut beli, so I makan jugak sepotong dua, pun sama jugak, I muntah2 dan diarrhea teruk. Lastly baru mak teringat yang masa kecik2 dulu ada salah seorang anaknya pernah kena muntah2 dan diarrhea yang heavy disebabkan betik, and guess what that child was ME! Kahkahkah, I memang tak ingat langsung hal tu sebab masih kecil lagi kot, hish saja je mak buat naya kat anak dia ni! Lepas dari tu memang tak sentuh dah betik! Selepas kejadian sakit perut dan demam2 tu, I selalu alami rasa kurang selesa pada badan, pernah beberapa malam dok kelupoq(=mengelupur) sorang2 dalam bilik sebab sakit sampai tak boleh tidur. Tak tahu nak describe sakit yang macammana dan kat mana, sebab masa tu I tak terfikir pun kemungkinan sakit tu adalah akibat kontraksi, sebab dok rasa sakit tu akibat salah makan. Sekarang ni bila I mula alami sakit2, baru laa terfikir pasal tu, tapi malangnya I tak ingat dah sakit dulu tu macammana rasanya... Beberapa hari sebelum Rafiqh lahir, memang terasa berdenyut2 bahagian perut tapi minor amat, langsung tak beri kesan apa2, siap boleh merayap ke sana ke sini lagi time tu. Sebab tu laa, I selalu cakap yang I ni tak diberi nikmat sakit kontraksi! Hakikatnya mungkin sakit tu ada tapi since I ni jenis orang yang suka ignore rasa sakit, mungkin I tak sedar agaknya...
Tapi sejak dua menjak ni I mula rasa sakit yang pelik, ada sesiapa boleh mai tolong habaq dak, hehe, mungkinkah ini contractions? Sakit ni sangat mudah dikesan pada waktu malam, kadang2 rasa jugak waktu siang tapi sebab dok kalut banyak kerja, ia tak ganggu sangat, tapi malam2 tu sungguh rasa rimas. Perut ni memulas dan lenguh2 bahagian pinggang, sangat kurang selesa dan sakit. Sebenarnya macammana yer rasa contractions? Berdenyut2?! Setakat baca je I macam blur lagi, cuba explain dalam bahasa yang mudah, agak2 mudah nak faham, hihi...
Wednesday, May 20, 2009
BlueBear
Ni inserts yang I beli, ada 2saiz - M dan L. Beli 8keping M dan 3keping L, 350yen setiap satu...Masa bersalinkan Rafiqh dulu, macam ibu2 baru lain jugak, I agak clueless bab barang2 keperluan ni, banyak refer blog orang, buku2 dan websites untuk dapatkan gambaran kasar. Masa tu main taram je beli apa2 rasa perlu, padahal ada masanya benda yang orang lain perlu tu tak semestinya kita perlu pun. Kiranya I dah banyak belajar dari pengalaman lalu, kali ni dah tak gila membeli sangat dah, dah tau dah apa yang jadi keperluan dan apa yang sekadar keinginan, ecewah! Poyo jer...
Sebelum bersalin, I beli db sebab masa tu tak tau lagi wujudnya wb, selalu tengok orang tulis breastpad je kan, mana laa nak tau ada banyak jenis, hish. Dah lepas bersalin baru tau, oh rupanya ada jugak yang washable. Habis je tempoh pantang I pergi shopping barang2 tambahan sebelum balik sini, antara yang dicari ialah breastpad yang boleh re-use. Pi tanya salesgirl kat supermarket tu, dia kata ada 1 jenama je, tak banyak cakap I pun beli laa 2set. Murah je, tak sampai RM10 pun satu set(tak ingat exact price). Bila dah balik sini, pakai dekat 6bulan baru laa I tau yang rupanya breastpad ni ada banyak saiz, hahaha. Patut laa yang selama ni dok pakai rasa tak best je, rupanya yang I beli tu saiz S, diameternya 8cm, kecil laa sangat...
Masa breastfeed Rafiqh dulu, susu melimpah keluar hingga Rafiqh berusia 6bulan lebih. Maknanya, selama tu laa nak kena pakai breastpad, kalau tak pakai memang jadi pesta susu laa. Habis baju2 bau masam dan penuh lekat kesan percikan susu merata2. Jenuh laa kalau nak angkut beli yang disposable punya saja kan. Yang I pernah beli tu ada lebih 40keping dalam satu kotak, harganya RM20++. Masa tu rasa lega laa jugak sebab dah siap ada yang washable. That's why kali ni prepare siap2 beli yang washable banyak terus...
I beli saiz M, diameternya 10.5cm. Kalau tengok kat website tu, saiz ni kena refer pada saiz bra yang kita guna tapi perlulah diingatkan bahawa bila preggy dan menyusu, saiz breasts dah berbeza dah, so better beli yang besar sikit... Bercakap pasal bra during pregnancy ni kan, teringat masa 1st preggy, serius tak tau nak buat pilihan, nak stick pakai bra biasa ker atau pakai nursing bra. Yang pasti both kena beli baru. See, banyak jugak dilema masa preggy ni kan, sesuatu yang baru, memang banyak betul benda nak fikir... I tanya kawan2 dan kaklong, last2 buat pilihan untuk beli nursing bra terus. Boleh pakai hingga lepas bersalin, jimat sikit..
Harga 1set wb ni, tak kisah pun saiz apa(S,M,L) ialah 500yen, ermm mahal laa sikit compare dengan Malaysia. Tapi beli je terus sebab takut nanti jadi macam dulu, pi cari tapi tak jumpa yang sesuai. Haa lagipun yang ni macam best je sebab ada warna2, biasanya tengok yang warna putih je, hehe...
I beli warna pink sakura, light blue dan purple... Comel kan?!
Tuesday, May 19, 2009
Entering the 3rd trimester
Nothing much to update about my current condition. About my weight gain, malas dah nak komen, hahaha, lantak lah! Makan ker tak makan ker sama je pun naiknya, muahahaha. Sekarang ni jugak I lebih mudah rasa mengah, rahim yang membesar sedikit mengganggu proses pernafasan... Lain dari tu, alhamdulillah belum ada masalah lagi, no leg cramps, no constipation, no swollen feet/ankles and also no stretchmark yet. Masa Rafiqh dulu pun sama jugak, tapi part stretchmark tu sampai dah 39minggu baru muncul. Nasib baik laa sikit je, kalau tak hish mesti tak cun perut ada parut, hahaha... Kali ni pun sama macam masa Rafiqh, I don't apply any specific stretchmark cream, I always rub an olive oil and sometimes lotion on my tummy... Lately posisi tidur pun cuma mampu mengiring ke kiri atau ke kanan je, dah tak mampu tidur terlentang, rasa tak selesa. Apalagi sebab dah tahu yang sememangnya ibu hamil ni tak digalakkan tidur terlentang cause rahim yang berat boleh menghimpit saluran utama darah yang ada pada tulang belakang tu dan boleh menyebabkan ibu pengsan, hal ni merbahaya untuk bayi dalam kandungan, so I memang elakkan laa...
Talking about the baby, he moves actively and becomes more active and aggresive at night, just like Rafiqh. Tapi Rafiqh dulu waktu siang especially after lunch, dia dok diam je tak nak bergerak sangat even dirangsang, dan maknya akan gelabah setiap kali tak rasa dia bergerak selama berjam2. Baby ni lain pulak, dia pun kurang aktif waktu petang tapi pantang dirangsang, sure dia bagi response. And all I could say, this baby is much more active compare to Rafiqh. I read somewhere before that the baby's movements patent in the womb will be exactly same once he is born. For example let say he is active at night, when he is out of the womb, most probably he will be continuing not to sleep at night. And yes, to be honest I agak cuak jugak time tu, risau2 kalau Rafiqh jenis shif tidur siang dan berjaga malam. Tapi lega sangat bila dia lahir, siang malam asyik tidur, fuhhh... So for this time, though they have exactly the same patent I don't take it as serious matter anymore. Every night before I go to sleep or when I put Rafiqh to sleep, I just keep telling the baby that he also should sleep now until morning...
We still don't decide his arabic name yet, yang japanese lama dah ada. Lambat betul laa si ayah ni nak bagi kata putus, while me myself dah pun ada seleksi nama yang berkenan di hati. Rafiqh dulu masa 28weeks dah confirmed nama... *sigh*
Lately I just could not help myself from keep thinking about the labor process... Although my due date marks the end of 40th week which is on 31st july, a full-term pregnancy can deliver between the 38th and 42nd weeks of pregnancy. Yer, sudah terbayang2 macammana laa agaknya nasib I kali ni, adakah nak kena operate lagi atau boleh bersalin normal. Perasaannya bercampur aduk, gembira pun ada sebab dah tak sabar nak tengok baby, takut, gementar, cuak pun ada jugak, setiap kali otak ni mula nak fikir yang bukan2, I akan terus memuhasabahkan diri supaya lebih optimis dan kuatkan semangat. Walau apa sekali pun, segalanya I serahkan dan pasrah sepenuhnya pada ketentuan Ilahi, only He knows what is the best for both of us, right?!
By the time nak balik Malaysia nanti, I will be in week 34, I really hope that I'm fit enough to fly. Masa pregnant-kan Rafiqh dulu, I balik Malaysia masa 32weeks, walaupun bulan puasa tapi stamina agak bagus, cause banyak exercise. Sekarang ni memang agak hampeh, mudah sangat penat. Mungkin jugak sebab bebanan kerja rumah bertambah, mana nak entertain Rafiqh lagi kan, huh alasan! Kalau ikut syarat penerbangan dengan MAS, they won't let pregnant women on board after 35weeks of pregnancy. Tapi dulu tak ada pulak depa minta surat pengesahan doktor, beriya je I bawa, ker depa tak perasan I pregnant ek? hahaha... Untuk kali ni I prepare jugaklah surat tu, just in case depa minta nanti...
Moga segalanya dipermudahkan, moga final trimester ni berjalan dengan baik, amin...
Friday, May 15, 2009
Check up
Semuanya bermula dengan kerenah Rafiqh yang tiba2 buat hal susah nak tidur pagi semalam. Selalunya bila dia bangun pukul 6.30pagi, dia akan tidur balik around pukul 9, tapi semalam selepas lebih sejam dok tepuk dia suruh tidur, dia asyik nak main, padahal dah berapa kali menguap(=sangap) dah. Kalau tak ada plan nak keluar memang I tak kesah sangat nak paksa dia tidur, tapi since I nak kena keluar settle-kan beberapa urusan, memanglah I kerah dia tidur jugak2. Mula2 dok pujuk2 lagi, tapi tak makan pujukan laa pulak, last2 I hilang sabar dan naik hantu, memang jarang2 sangat I mengamuk terjerit2 marah dan pukul dia, tapi semalam dia dah buat I bertukar jadi hijau dan jadi tarzan! I really hate myself bila pukul anak dalam keadaan marah! Pukul anak untuk ajar/didik(read:bila dia buat salah) dan pukul anak kerana marah adalah berbeza kan? Ianya boleh buat I hilang mood for the whole day, sebab rasa tensyen dengan diri sendiri dan rasa bersalah pada anak...
Lepas dia bangun tidur, kami ke shiyakusho settle-kan beberapa urusan then ke imigresen pulak untuk tanya pasal sijil kerja myLove yang imigresen keluarkan sebagai persediaan nak apply visa baby ni nanti. Sebab I dah masak sangat dengan kerenah kerek orang2 imigresen Yamaguchi ni so memang dah agak dari awal mesti diorang suruh myLove datang apply sendiri. I dah tahu dah tu mesti jawapannya so tak terasa sakit hati sangat kan, on the other hand benda tu tak penting pun, lantak lah, malas haku nak layan! Lepas tu kami pi ke beberapa tempat lagi hingga semua urusan selesai, balik rumah memang dah penat sangat2...
Lepas lunch I buat mini-pizza untuk minum petang dan masak dinner siap2. Petang tu lepas myLove balik kerja kami pi klinik pulak untuk check up baby...
Semuanya ok alhamdulillah, berat pun naik 1kg++, berat baby pun dah 1kg++... Tak ada banyak pun benda nak cerita, tapi ada berita tak best pulak dah, my baby ni pusing balik position-nya, songsang laa pulak. Haiii laa baby, awat pi pusing balik? Mama dah tak senang duduk dah ni. My gynae kata I ada lagi lebih kurang 3-4minggu untuk perbetulkan balik position baby. Kena kerap2 bercakap dengan baby minta dia pusing balik dan pada masa yang sama kena praktikkan tips yang doctor bagi. Next check up will be after 2weeks from now. Ada 2 je lagi check ups sebelum balik Malaysia. Semalam midwife pun dah tanya pasal surat pengesahan untuk membolehkan I naik flight dan laporan kesihatan I tu, hehe, prihatin betul laa midwife ni, tak sempat pun I nak tanya dia dah tanya dulu. Dia kata nanti doctor buatkan dan bagi pada hari last check up...
Lepas balik dari klinik, kami ke Kojima, myLove nak bagi Iphone as mother's day present for me. Dah lama dia nak I tukar pakai Iphone, dia pun dah lama pakai, tapi I teragak2 jugak sebab harganya yang agak mahal kan. Selain tu, I ni bukanlah terer sangat bab gadget2 macam ni kan, kalau handphone tu setakat boleh call dan sms dah memadai dah. Bukan reti nak guna lebih2. Kat jepun ni kalau beli Iphone dari softbank kena bayar bulan2 hingga 2tahun. Kiranya tak mahal laa kan, tapi campur2 dengan kos plan yang diambil dan segala mak nenek kos lagi, jadi mahal laa jugak. Tu yang berat hati sangat nak tukar even sebenarnya minatlah jugak, ahaks. Yer laa kan, selain boleh simpan lagu2 dan video, banyak jugak functions lain. Tambah pulak my current handphone dah weng, mereng tak tentu pasal, lagi laa myLove kenen2 suruh tukar. I was speechless, cuma mampu cakap terima kasih je. MyLove kata tu hadiah hari ibu, lagi ler terharu, hohoho...
Balik rumah uruskan Rafiqh, salin dan bagi makan, dia pun tidur awal, pukul 8 dah tumbang. I study lebih kurang pasal Iphone sambil sembang2 dengan myLove sebelum tidur. Hari ni pun dok belek benda alah tu je laa...
Friday, April 3, 2009
Result check up
After I passed my boshikenkoutechou(=maternity health record book) to the receptionist, she asked for the new muryouken(=free coupons) which I should receive within last month. I dah blank dah, apa laa minah ni merepek, so I just said no, I don't receive it yet. Masa tengah ambil bacaan blood pressure tu I baca laa poster kat dinding, ohhh barulah faham. Japan is having a new system again, for this year, the blood test will be done for 14times, yes, 14TIMES! Ker haku salah faham ek? errr... Kalau masa Rafiqh dulu 2kali je throughout the pregnancy, last year 5 and this year 14! Habis darah haku, adoi laa, ni yang makin takut nak pi klinik ni. Yer, saya memang takut darah, rasa pening2 bila tengok darah banyak2, huhu... Memang diorang ni tukar sistem setiap tahun ker ek? Ker Yamaguchi je gini? Wakaran naa(=tak tahu laa)... Lepas dapat result blood pressure, buat urine test pulak. Then, timbang berat dan ambil darah. Hahaha, seperti yang ku jangka, berat naik mencanak! Hah, padan muka! Sentot kejap bila tengok bacaan kat mesin tu, hahaha. I gained 3.5kg in 4weeks, oh no... Nampak gaya kena padamkan laa angan2 nak naik berat limit hingga 55kg saja dalam 40weeks ni, muri2(=mustahil2)...
Blood pressure: 125/58
Weight: 51.5kg
After all, everything is normal, just good enough for me. Even my hemoglobin level is much better compared to my previous pregnancy, patutlah kali ni dah tak ada pening2 lalat lagi. Masa jumpa doktor tu, he explained and asked me a few questions, as usual I have nothing to ask, apasal ek? Kali ni tak banyak pulak nak tanya, masa Rafiqh dulu ada je benda nak tahu, setiap kali check up mesti 1-2 soalan tanya doktor. Seriously, I don't know what should I ask, hmmm... Lagipun doktor ni kadang2 tak sempat nak tanya dia dah jawab dah. Macam tau2 je apa dalam otak I ni, hehe.
Macam ibu2 lain jugak, masa yang paling dinanti2 ialah bila nak scan tummy laa kan. Excited sungguh nak tengok image baby in the screen. My baby is getting bigger, alhamdulillah. Semalam doktor terpaksa luangkan masa yang lebih lama untuk buat 3D scan sebab doktor tak dapat fokus clear image on his face. Dia palingkan mukanya ke belakang, doktor tak puas hati nak print yang tu je, so he tried so many times to get the best shot. I was the most happiest person laa kan, cause I got a chance to see the baby longer than usual, I saw his/her legs and hands are moving non stop actively. After a few trials, he managed to get the best shot on the baby's face, so I could see the eyes, nose and mouth. At 22weeks and 6days, the baby's weight was just 384g, quite small if I compared with the average weight. But it's okey...
I didn't asked the doctor about the baby's gender, but he did told me that we are going to find it out on our next check up, 3weeks from now. *grin* So excited!!!
Position baby masih dalam keadaan songsang, kepala dok kat atas. But still it's too early for the baby to change his/her position correctly, so nothing to be worried about.
Sorry guys, no picture. I memang malas nak scan gambar, nanti2 bila rajin I scan semuanya sekaligus ok.
Monday, March 30, 2009
Eating for two?!
Lunch - spaghetti with napolitan sauce + fish fry + cabbage + tomato
Lunch - mee goreng 3rasa + egg + fry brinjal
Lunch - nasi goreng tomyam udang + fry fish
Supplements
Sebelum kahwin dulu I makan multivitamin yang mak selalu bekalkan, tu pun tenggelam timbul, muehehe. Lepas kahwin, kesedaran tu dah lebih sikit so I ambil produk JelitAyu disamping madu dan multivitamin. Tapi sebab susah nak dapatkan bekalan JelitAyu kat sini, I beralih makan gamat healin pulak.
6months before pregnant-kan Rafiqh, I dah mula ambil acid folic dan calcium. Madu, multivitamin dan gamat healin still consume macam biasa. Bila tahu yang I dah pregnant, I stopped multivitamin and searched for prenatal supplements. Punya laa susah nak dapatkan multivitamin for preggy women yang halal kat sini. Maybe sebab I dok kampung kot, so merata2 farmasi kami jelajah, tak jugak jumpa, kebanyakannya ada gelatin... Cuba pulak cari through internet shopping tapi tak jumpa jugak. Solution-nya I beli asing2 so padahnya bab nak menelan dekat 10biji vitamins sehari, sungguh terseksa! Sebaik balik Malaysia membilang hari nak bersalin tu, I terus beli Obimin. Sebelum tu dah tanya sana sini pro dan kontra pelbagai jenis produk tapi at last beli obimin je laa, senang, cause my friends cakap kalau hospital kerajaan tu memang provide obimin... Selepas bersalin, I ambil produk set bersalin Leesa Formula - jamunya ada tablet prawan, tablet haruan dan cotet mas uncang. Makan madu, gamat healin, pil calcium dan obimin(habiskan baki lama) jugak. Lepas habis stok obimin, I makan multivitamin semula. Berterusan hinggalah pregnant lagi.
Kalau ikutkan my gynae kat sini, dia tak suggest pun ambil vitamins. Dia suruh makan makanan seimbang, maknanya dapatkan semua nutrisi tu dari sumber pemakanan. Tapi disebabkan I mabuk teruk awal kehamilan dulu, I tetap consumed supplements everyday. Kalau kat klinik yang I dok pergi check up ni, hanya acid folic yang diberi, itupun untuk 2minggu je. Berbeza kan dengan Malaysia, memang supplements disediakan. Bila I tanya my gynae kat Malaysia, dia kata memang sebaiknya dapatkan nutrisi tu dari foods tapi secara logiknya kita tak mampu pun nak telan semua makanan to ensure that we get enough. And for certain nutrients such as folic acid and iron, we may not be able to get enough of from our diet. I think she is right. Dalam pengambilan supplements ni pun tak boleh lebih2, particularly vitamin A that can be harmful to the baby if we take too much. Pandai2 laa adjust mana yang patut...
Cumanya kali ni before pregnant tu I tak ambil acid folic pun. Only after I knew I'm pregnant I take acid folic and stopped the multivitamin and jamu. When my family came here, I asked my sis-ateh to buy obimin again. So sekarang I makan obimin, gamat healin, madu, calcium dan fish oil. Seksa jugak nak telan semua2 ni especially gamat healin, yucks hanyir! Tapi memikirkan demi Rafiqh dan baby, tibai je laa. I think gamat healin is really good, mempercepatkan parut pulih and it contains omega 3 dan spirulina yang bagus to boost up milk production...Tapi lepas bersalin nanti tak tahu nak ambil produk jamu apa pulak, ni tengah dok survey2 lagi ni. Macam2 ada kan, mustika ratu laa leesa formula laa sendayu tinggi laa nona roguy laa amway laa, hish banyak sunguh. Kalau tengok reviews orang ramai, macam2 kita boleh dengar. Sebenarnya jamu2 ni ikut badan si pemakan jugak, ada setengah orang sesuai, ada pulak yang tak sesuai. Nak terima pandangan orang 100% tu tak boleh laa, sebab setiap orang tu berbeza kan. Sebelum ni I ambil Leesa formula, bagus tu memang bagus, serasi dengan badan I tapi untuk 2nd baby ni, gatal nak try produk lain pulak. Tengoklah macammana nanti... Any suggestion?!
I percaya jamu2 ni sama pentingnya dengan supplements lain. Tapi kena monitor betul2 terutamanya kalau menyusu anak, tak boleh berlebihan nanti memudaratkan baby pulak kan. I ada minta my mom survey-kan jamu2 ni, dia kata baru2 ni yang menang award ialah leesa formula, so dia suggest suruh teruskan dengan yang tu je laa. Mak kata dia tengok I makan leesa pun nampak serasi sebab badan panas berpeluh2(salah satu tanda untuk tentukan kesesuaian), selain tu tak ada masalah sembelit dan tak ganggu production susu badan. Tak kesah sangat pun sebab kali ni bukan nak beli full set. Nak cari jamu je, krim/jel untuk sapu tu boleh beli asing2 dari produk lain. Dulu I tak tahu kat mana boleh beli asing2, sebab nak senang I order je dari pusat kecantikan yang I selalu deal tu, harganya pun mahal dari biasa. Sekarang dah "cerdik" sikit, boleh laa memilih dengan bijak :-p. Yang paling utama, kalau boleh I nak jamu yang sejenis je tapi lengkap segala ramuannya. Kalau banyak2 jenis dengan pelbagai fungsi ni seksa laa sikit, bukan boleh makan ikut aturan semua sekaligus, nanti affect breastmilk pulak. InsyaAllah lepas bersalin nanti, I want to breastfeed both of my kids.
Yosh mama, gambarou yo! Banyak lagi masa, cari jangan tak cari, hihi...
Thursday, March 26, 2009
買えちゃった
Hek, ter laa konon, cover2, hahaha...
Apa yang I terbeli?
Baby sling!!!
memang ada niat nak beli tapi tidaklah secepat ini... :-p
Kalau ikut cakap orang2 tua, tak elok kan shopping barang baby awal2? Kenapa ek? Apa reason-nya? Selama ni dok dengar je tapi tak pernah pulak terlintas nak tanya...
I rasa 5bulan kandungan tak dikira awal dah laa kot kan, kiranya dah mula boleh buat preparation apa2 yang patut. Untuk baju2 dan kelengkapan lainnya tak beli pun lagi, malah barang2 newborn Rafiqh yang tersimpan rapi dalam kotak tu pun belum dipunggah lagi. Part memunggah tu yang kena dahulukan sebelum ingat nak shopping, dalam perkiraan ni mungkin beberapa minggu lagi akan mulakan kerja punggah dari kotak->simpan dalam beg, terus angkut bawa balik Malaysia, haa senang. Sekarang ni belum ada semangat dan kerajinan dan mengemas, karang jadi tak sabar2 nak balik, haru biru laa pulak kan...
Masa 1st preggy dulu rasanya dah sungguh2 study tentang babywearing ni. Macam2 info yang boleh dapat dalam internet ni especially kat blog new-mommies atau mommies-to-be. Tapi sejujurnya I cakap, terasa macam was2 nak kendong baby dalam babywearing ni, sangsi dengan keselesaan je, bukan dengan keselamatan. Lepas bersalinkan Rafiqh, I kena balik Jepun sendirian dengan Rafiqh, so fikir2 macammana nak bawa baby dengan barang2 lagi, I pun decided nak beli baby carrier. Jenuh pusing Ipoh cari baby carrier untuk newborn, cause mostly baby carrier yang terjual tak ada untuk posisi baring. Rafiqh belum pun 2bulan, takkan nak duduk pulak kan. Selepas penat pusing2, at last jumpa jugak 1 kat Jusco, harganya mahal laa jugak tapi sebab no choice beli je laa. Ermm not bad laa, after all dah pakai sampai agak lunyai jugak laa, berbaloi ler...
Tak lama lepas tu, a friend of mine gave a baby sling to me. Handmade baby sling, sangatlah senang nak guna dan selesa. I lebih prefer sling more than baby carrier cause the baby carrier itself pun dah berat, nak pakai pun rumit, nak2 kalau musim sejuk baby pakai baju tebal2, jenuh nak adjust dia masuk. Kalau sling ni mudah je nak masukkan atau keluarkan baby even dalam keadaan baby tidur pun. Lepas pakai senang je nak simpan, lipat2 sumbat dalam handbag. Nak basuh pun mudah! Nampak trendy dan ranggi pulak tu! hahaha iklan2... Tapi sayangnya sling yang sedia ada tu tak boleh guna dalam posisi baring. Kalau Rafiqh tidur dalam sling, I still have to support his head by using 1 of my hand. That's the main reason why I need the new one.
Actually masih ramai ibubapa yang belum terdedah dengan babywearing. Walaupun ada persatuan2 yang kempen babywearing ni, tak ramai kot ibu2 yang tahu. Macam I sendiri pun, kurang pendedahan, lain laa kalau ada perhimpunan babywearing ni kan, memang I sure join laa, boleh try test macam2 jenis babywearing. So boleh laa tahu yang mana paling best and suit with myself, yer tak? Kalau I babywearing Rafiqh in public kat sini, orang akan pandang je, ramai jugak ibu2 datang tanya where did I bought that sling, how to wear it, the price dan macam2 lagi laa... Kat Malaysia tak payah cakap laa, orang asyik usha je, rasa lawak pun ada, perasan glamour pun yer jugak, muahahaha... Seriously wearing your baby in public will make you look gorgeous!
Bila mempertimbangkan banyak perkara I buat keputusan untuk beli sling jugak instead of guna baby carrier lama tu untuk baby ni. Setelah penat survey sana sini mencari baby sling, at last terbeli jugak sling yang telah lama diidamkan. I pergi beberapa supermarket dan baby center untuk survey babywearing ni, mostly yang I berkenan harganya not less than 6000yen(=RM180). Kalau survey kat internet ni, tak banyak yang kita boleh tahu, info-nya terhad, 100% terpaksa depends on maklumat yang diberi je. I tak letak kriteria yang rumit pun untuk beli baby sling ni, syarat utama ialah ianya boleh muat diisi baby dalam posisi baring, dan kalau boleh ring sling, tu je! I pilih ring sling sebab boleh adjust kedudukan baby, nak tinggi ker rendah ker. Kalau babywearing lain, I'm not sure...
Sebelum 2nd preggy ni, I ada terbaca tentang Aprica baby sling ni di blog mana entah, terus terminat dan tersuka, masa tu harganya 1000yen lebih je lepas promotion tapi sebab tak perlu lagi time tu, I tak beli laa... Sekarang ni bila dah perlu dan nak beli, dah habis dah harga promotion tu. Yang paling murah I jumpa ialah 2604yen(RM80++), kira ok laa kan, compare to harga sebenar dia 20,790yen(RM600++)! I pilih baby sling ni sebab dah sure, sudah terang lagi bersuluh yang ianya memang untuk letak baby tidur, tak payah pening2 nak fikir kemungkinan2 lain dah.
http://store.shopping.yahoo.co.jp/soukai/4969220390826.html

Alhamdulillah dah sampai dah pun benda tu, I dah buka dan tengok, walla sungguh mengancam! At first I thought ianya sama je macam sling biasa, rupanya tidak sama sekali. Ianya bukan sekadar kain je, tapi memang direka khas khusus untuk posisi baby baring, tapi boleh jugak buat untuk duduk. Kalau nak cerita detail, memang panjang lebar entry ni nanti. Tapi kalau ada yang nak tahu detail, boleh tanya okey... Kesimpulannya I puas hati!
Kalau tengok dalam gambar tu ada chocolate jugak kan, hehe tu beli untuk cover postage je tu. Sebabnya kalau beli 3150yen ke atas dapat free postage, so tambah beli beberapa ratus yen dah dapat free shipping kan, buat apa bayar shipping sedangkan boleh dapat barang dengan duit tu, betul tak? hahaha.
Next, nak beli apa pulak???
Monday, March 23, 2009
...My 2nd Pregnancy...
...1st trimester...
Thursday, March 19, 2009
...My 1st Pregnancy...
22weeks
24weeks
...3rd trimester...
I was in week 29 when Ramadhan came. I was so happy cause I thought I could fasting for the whole month. But since it was summer at that time so I didn't managed to complete my fasting, berlubang 3hari...
We went back to Malaysia on 5th october 2007, a week before raya, at that time I was in 32weeks of pregnancy. A week after raya, myLove went back to Japan alone. Melalui saat2 akhir pregnancy, melahirkan dan berpantang tanpa suami di sisi bukanlah masalah besar buat I. I menangis 2-3hari je but then happy balik macam biasa. Rindu2 tu biasa laa, setiap hari chat, webcam dan calling2 ym/phone...
Despite all that, diakhir2 pregnancy ada beberapa masalah iaitu kepala Rafiqh tak dapat engaged due to saiznya yang besar. Selepas penilaian dibuat, I terpaksa melalui c-sect delivery... Actually, sejak awal kehamilan lagi doktor dah cakap yang saiz Rafiqh selalu lebih dari average. Tapi sebab tak ada pengalaman dan tak diperingatkan doktor tentang langkah berjaga2, I tak ambil kisah sangat tentang saiz Rafiqh, sehinggalah bila dah balik Malaysia, bila pergi check ups dekat2 due date tu, doktor sebut tentang kemungkinan Rafiqh tak boleh lahir secara normal. Rafiqh terlebih besar buat maknya yang sememangnya kecil ini. 3.61kg mungkin normal bagi orang lain but not for me, 3.3kg tu dah habis limit dah buat I yang agak rendah ni(152cm)...
In my 1st pregnancy, I gained around +-12kgs. Right after giving birth, my weight was 50kg. Lepas Rafiqh dah besar sikit baru I start diet, I reached 47kg just before I'm pregnant again...
28weeks
30weeks
Gambar2 30weeks++ ada dalam kom lain...
Next time sambung pasal adik pulak...

