Thursday, October 17, 2013
1st Eid in Pattaya !
Jom mulakan dengan cerita raya lah dulu. Alhamdulillah, raya pertama kami sambut di Pattaya, sambut seadanya, truly a very simple celebration. 1st time in my life raya tak beriya memasak, kalau tak, tuh dia, penuh meja atur menu juadah, hehe. Most probably sebab tak ada geng, mula2 plan nak buat pot luck party dengan 2 lagi jiran yang tak balik beraya ke Malaysia, but then masing2 ada plan tersendiri, end up I thought tak jadi dah pot luck tu so dalam otak dok fikir nak masak ala kadar je lah. Tup2 suddenly a day before raya tu jiran sebelah ni - Ayu bagitau dia nak buat open house. Terus mama 3R ni semangat nak memasak, hahaha...
Pagi tu awal2 dah ke pasar, beli2 barang sikit. Asalnya nak masak nasi tomato, nak buat ayam masak merah, daging masak kicap dan acar buah(jelatah), ok cukup dah kot. Nasi empit ada bawa dari Msia tapi terbeli jenis yang kecik2 mini tu, taktau lah kenapa setiap kali rebus nasi empit tu takmau padat elok, so bila potong tu nanti habis relai dan rasa pun tak sedap sangat, macam seroi keras tak gebusss. So malas laa nak berlodeh mahupun berkuah kacang ayam untuk raya kali ni. My big mistake, masa datang sini hari tu tak beriya sangat nak bawa barang2 masakan dari Msia, dok fikir merantau ke negara jiran sebelah aje, ku sangkakan barang2 keperluan makanan kat sini akan sama lah dengan yang di Msia, oh no, I was wrong! Susah jugak nak dapatkan certain foods tu. Kalau kat Jepun/Europe, we still have Asian Shops or online shops yang bekalkan barang2/bahan2 masakan dari Msia, Thai, Bangladesh, India etc kan, which somehow meet our needs tapi kat sini mana nak ada semua tu hadoiiii laaa. So now, learn the lesson! Balik nanti sila lah hangkut segala mak neka barang hat takdak juai kat sini tu berkoyan2 bawa mai hokeh!!!
Adoi penat membebel...
Ok sambung...
Awalnya nak masak semua tu untuk pagi raya tapi bila tetiba ada jemputan makan kat rumah jiran terus lah fikir nak masak untuk dinner saja lah. Disebabkan untuk pot luck dah beli barang nak buat fruit cocktail berkuah dan sardin roll, so la la tu jugak terus masuk dapur siapkan sardin. Tengok kat dapur ada ubi keledek 2 biji lagi, potong ayam dan sediakan inti karipap sekaligus. Sambil2 tu masak daging masak kicap dan siapkan bahan2 untuk ayam masak merah. Settle buat sardin roll, buat karipap pulak. Siap masak semua dah dekat pukul 4. Ingatkan nak keluar ke 7E sekejap, nak beli freshmilk untuk buat puding cocktail tu, tapi tak sempat dah sebab 2R biasanya 4.30 dah sampai rumah. Kemas2 rumah dulu sementara tunggu depa sampai. Elok depa sampai ja, terus ajak ke 7E, nasib baik ustazah batalkan sessi mengaji petang tu, kalau tak, memang tak merasa laa nak ber-cocktail kan. On the way balik dari 7E singgah pasar sekejap, beli buah tembikai dan pisang. Tengah2 jalan tu bebudak ni minta nak main kat playground lah pulak, singgah sekejap bagi depa main, tak lama pun, dalam 15minit Raisha dah buat hal nak balik. Balik laa rumah sambung berkuntau buat kerja, masak kuah cocktail tu sambil menyapu sampah dan kemudiannya mop lantai. Subhanallah terasa semput dan penat amat, non-stop buat kerja. Nasi tomato cancel! Masak nasi putih saja, dah tak berdaya nak berdiri lama kat dapur dah. Dah lama tak masak banyak2 macam ni, terasa pancit sungguh. Malam tu tidur awal tanpa dengar takbir raya pun...
The next day, bangun pagi buka sliding door, sayup2 dengar takbir raya, oh indahnya~~~ Alunan zikir kat sini sama sebijik macam di Msia, merdu sungguh. Sambil sediakan sarapan dan get ready-kan 2R untuk pi solat raya bersama ayah depa. Obviously kepenatan semalam tu tak hilang habis lagi, masih terasa sebu seluruh badan, mabuk2 pun yer jugak. So mama hanya berbaring saja dengan harapan nak lelapkan mata sekejap sementara depa di masjid tapi mata takmau pejam, terkebil2 lah berbaring. Tak lama lepas depa balik, ayah 3R ajak gi jalan2 pusing mall, haha, raya di mall je laa. Jalan punya jalan sampai laa nak masuk zohor, kelam-kabut balik rumah...
Plan asal kononnya nak bawa puding berkuah cocktail, sardin roll, karipap dan buah2 ke rumah Ayu tapi sebab dah tak sempat nak goreng2 tu kami cuma bawa puding dan buah2 saja. Sardin roll hantar keesokan harinya, karipap nextweek lah bagi yang baru buat. Kami balik rumah untuk solat saja dan terus siap2 pi lunch kat sana. Ayu masak mee kari dan spagetti, sedap tak payah cerita laa kan, dah lama tak makan masakan orang, nikmatnya tak terkata! 3R makan spagetti sampai tambah 3kali haaa. Kenyang sungguh depa sampai ke malam tak makan apa dah. Mak depa pulun mee kari sampai 2 mangkuk penuh bertambah2, sengkak sampai tak larat nak jalan, hahaha. Berjam2 jugak melepak bersembang, dapat pulak tapau bawa balik, jawabnya malam tu dapur tak berasap ler. Malam tu semua tidur awal, penat pusing mall dan penat makan, hihi, alhamdulillah...
Itulah cerita raya kami... Walaupun simple dan alakadar saja, happy tetap happy. Tahun ni kurang bernasib baik, selalunya sambutan raya kat sini pun meriah sebenarnya sebab ramai jugak Msian kat sini tapi tahun ni ramai yang balik sambut raya di Msia, tinggal 2 family saja. Takpa lah, insyaALlah nextyear kalau ada ramai2 boleh buat projek raya kasi happening lagi...
Oh ya, kat kawasan kami tinggal ni memang ramai umat islam. Masjid pun ada beberapa buah berdekatan, aktiviti korban kat sini pun meriah, sama macam kat Msia jugak. Alkisahnya merasalah kami dapat makan daging korban tahun ni, alhamdulillah. Kat Msia sendiri pun susah nak dapat, tup2 kat sini boleh dapat, rezeki sungguh!
Itu lah saja ceritanya, punyalah panjang, gambar sehabuk tarak, 2R tak merasa pakai baju melayu, mak depa nyanyuk lupa nak bawa. Mai sini hari tu masih mabuk teruk, otak tak berfungsi dengan baik, kesian anak2 mama, nanti kita bawa yer. Mama bersiap cun dah nak suruh anak2 tolong snap picture tapi dok kalut pi mai pi mai langsung terlupa. Badan pun kurang sihat, tingtong memanjang, dah lama tak bergambar, tak boleh jadi ni, nanti tak ada kenangan gambar pregnant ke-4 ni...
Oklah, nak ucapkan selamat hari raya eid adha buat semua !
Saturday, October 15, 2011
Raya di Ipoh
Abah, mak, ateh, achik dan adik seperti biasa akan balik beraya di Kedah sehari sebelum raya. Tahun ni anak2 yang dah kahwin semua balik beraya di rumah mertua. Abah mak dan adik2 balik Ipoh pada hari raya ke-2, alang&Shahril pun balik hari yang sama. My family dan abanglong's family balik raya ke-3. Meriah tak hingat bila semua dah berkumpul. Malamnya pulun laa budak2 ni bersama pak2 dan mak2 budak main bunga api...
Raya ke-4 awal2 lagi dah plan for birthday celebration, so yang ni cerita dalam entry lain. Raya ke-5 paginya buat sesi bergambar, petangnya buat makan2 untuk kawan2 yang nak datang. Untuk entry ni, jom tengok sebahagian gambar yang diambil hari tu...
Monday, September 26, 2011
Eid fitri @ Melaka
Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang beraya di Malaysia, dan yang paling best sekali bila myLove dapat balik beraya bersama, ni 1st time sejak ada anak kami sekeluarga dapat beraya di Malaysia, happy tak terkata! Sejak tinggal di Nihong, ini adalah raya ke-3 I balik beraya, yang pertama adalah pada tahun 2007, baru je grad dan tengah pregnant-kan Rafiqh. Kebetulannya my due date was just 2months after eid, so balik beraya sekali dengan bersalin, makanya kami beraya di rumah mertua di Melaka. Kemudiannya kali ke-2 balik beraya pada tahun 2009, balik Malayisa sebab nak bersalin tapi berkebetulan pulak berpantang masa ramadhan, 10days before raya baru habis pantang, so lepas raya baru balik Nihong, masa ni beraya di Ipoh, myLove tak balik, beraya laa dengan 2R ni saja. Tahun ni walaupun kalau ikut giliran sepatutnya kami beraya di Ipoh sebab myLove tak pernah lagi beraya dengan my family tapi memandangkan dia pun susah nak balik beraya so bagi chance laa dia pilih nak raya kat mana kan, and for sure dia pilih nak raya kat kampung sendiri kan, keh3. Takpa2, tak salah pun bertolak-ansur, nanti dah balik for good memanglah kena ikut giliran kan kan...
MyLove balik ke Malaysia pada hari sabtu 27 ogos, naik flight thai airlines so sampai Malaysia pukul 8malam. I dan 2R bertolak dari Ipoh selepas zohor, budget traffic jam teruklah konon time perayaan ni tapi alhamdulillah perjalanan sangat smooth, kereta agak banyak tapi tak sampai tahap tersangkut. Untuk elakkan kami sampai awal sangat kat airport, I drive slow saja, tak sampai 100km/j pun. Ipoh ke KLIA biasanya ambil masa 2jam gitu je tapi sebab bawa slow, pukul 5.30 baru sampai. Kira ok laa sebab tak payah nak "bunuh masa" lama2 berperang dengan ultraman 2orang ni. Letak Raziqh dalam stroller dan bawa diorang jalan2 dalam airport, elok lepas settle berbuka puasa, myLove pun sampai. Selesai je dia makan, kami terus bertolak balik ke Melaka, penat toksah cakap, pregnancy dah masuk 35minggu masa tu...
Beraya kali ni bagi I biasa2 saja, nak kata enjoy sangat tu taklah sebabnya dok menahan sakit on off. Pagi2 raya tu pun perut ni mengeras dan rasa contractions yang kuat, duk diam2 dalam bilik, risau jugak takut terbersalin awal. Apapun, seronok laa tengok gelagat 2R yang 1st time merasa beraya di Malaysia, happy sungguh berjalan sakan budak2 ni. Raya pertama tu kami balik kampung myLove di Johor. 2nd day raya pergi open house rumah kawan myLove dan 3rd day tu dah bertolak balik Ipoh...
Ni antara gambar yang diambil di rumah mertua...

Thursday, June 23, 2011
Misi mencari biskut raya...
Takmau cerita pasal persiapan raya yang lain lagi, belum masanya, yang tu KIV sampai dah masuk ramadhan nanti baru best nak story2 kan?! Kali ni nak cerita pasal biskut raya dulu, haaa mengancam!
Tahun ni insyaAllah kami beraya di Malaysia(hooray! ops, tak berapa hooray lah kalau cik abang tu tak dapat balik, huhu). Sepanjang ramadhan nanti akan berada di Malaysia, maknanya tahun ni tak ada laa istilah meriah2 berbiskut raya. Kalau duk nihong boleh laa buat 10jenis biskut tapi duk rumah mak ni, sah2 mak tak approve laa, haha. Sebabnya time tu I dah agak sarat(takut tak menang tangan nak handle 2R), kat rumah tu tak ramai yang suka makan biskut raya(me and kids je kot yang gila biskut) dan sebab paling utama ialah oven kat rumah mak tu tak syok, lambat bebenor nak siap membakarnya, cemuih! Kesimpulannya mungkin buat 2-3jenis saja kot. Apa kelas kalau raya tapi tak meriah dengan biskut2 ni kan, rasa macam tak best je sebab dah terbiasa time raya berbalang2 penuh biskut, so sekarang I tengah menjalankan misi mencari biskut raya versi tunjuk2, hak3...
Kawan2 sekalian, kalau ada website2 yang jual biskut best2 tu sila laa promote. Sendiri bikin ka, saudara-mara punya ka, kawan2 ka, nak susume(=recommend) ka, haa sila2! Dok usha2 kat facebook jugak dan ada laa sekedai dua yang ceq berkenan, cuma tak order saja lagi. Tak berapa nak arif bab harga2 biskut ni tapi hentam sajalah, beli dalam 4-5jenis ok kot. Kalau tengok kat supermarket2 tu memang bersepah biskut raya dijual tapi hmmm harap cun sajalah, rasa out kot, takmau2!
Biskut raya oh biskut raya...
Thursday, November 25, 2010
Raya haji kami...
Pagi raya tu dia muntah sekali lepas minum freshmilk sebelum kami pi solat sunat raya. Dah berbelah-bagi dah nak pi ka tak, takut dia muntah kat dewan pulak tapi gamble ja laa pi, sebab semua dah ready. Tak ramai pun jemaah yang hadir, students ramai yang ada kelas kot, tapi alhamdulillah meriah laa jugak. Lepas solat sunat tu ada makan2 sikit, kami bawa kek oren, biskut raya dan popia goreng. Rafiqh masih batuk2 dan selsema, Raziqh pulak kurang sihat makanya dua2 tak melasak sangat, duk diam ja, mujur Raziqh tak muntah walaupun dia pulun makan bihun, pizza dan kek, phewww lega! Pukul 10 lebih kami bersurai, balik rumah layan movie dan drama melayu, hihi...
Tengahari tu kami lunch simple je, takdak mood nak masak juadah raya memandangkan Raziqh kurang sihat. Lepas lunch, masak nasi empit dan cucuk2 ayam untuk buat sate, petang lepas asar baru bakar sate. Bakar dalam rumah atas dapur gas tu saja, senang! Kuah sate pakai yang segera, hari tu mak kirim berlambak2. Kuah sate segera ni ada banyak jenis rupanya, sejak dulu dok makan jenama JM(Jamilah Mansor Enterprise) memang sedap laa, Ipoh mali maa, tapi baru2 ni test yang lain sebab orang bagi, jenama adabi ka hapa entah, tak berapa sedap. Kalau ada yang segera ni senang, takat nak makan sikit2 untuk sate atau cicah cucur tu boleh bancuh saja, kot kalau nak makan dengan nasi empit haa berbaloi laa nak masak pun kan...
Khamis tu myLove dah kerja semula tapi jumaat dia cuti balik sebab tak sihat...
Wednesday, November 24, 2010
Biskut raya haji...
Kemudiannya hari ahad buat biskut oat, ni 1st time cuba buat sebab stok quaker oat tengah banyak sekarang ni. Resepi ambil dari myResepi, terima kasih buat tuan empunya resepi rrozie17. Plan asal nak salut atau lorekkan biskut ni dengan chocolate tapi atas sebab2 kesihatan dan kekangan masa, tak terbuat pun, makanya biskut ni togel je laa. Tapi takpa, rasanya sedap, lemak2 manis, sangat gebu!
200 gm oat - kisar halus
Hari isnin buat samperit, pakai resepi biasa dok guna. Selasa pulak buat biskut kacang/mazola, pun guna resepi lama jugak. Ok cukuplah tu, 4jenis saja yang sempat digodek untuk raya kali ni. Ikutkan hati ni lepas raya tu nak la buat sejenis dua lagi, bolehlah bawa banyak sikit untuk majlis jamuan raya tapi dah sebab tak sihat, cukup2 laa tu. Bawa2 laa menyimpan semangat tu, tunggu nanti tahun depan pulak laa, kot kalau nak pulun buat biskut raya lagi, hehe...
Kek dan biskut2 ni sempat diagih2 kepada jiran tetangga serba sikit dan dibawa ke majlis solat sunat hari raya pagi rabu tu. Cerita sambutan raya nanti I tulis dalam entry akan datang yer...
Tuesday, November 16, 2010
Salam eid adha !!!
EID MUBARAK !
Monday, October 11, 2010
Jamuan raya PAMY 2010
Ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, acar timun/jelatah, ada soto, ada nasi empit dan kuah kacang, ada roti jala dan kari ayam, ada puding karamel, ada kuih2 raya berbalang2, ada kek berjenis2, ada puding bertalam2, ada buah-buahan, ada dadih, ish macam2lah ada! Kami bawa popia goreng, kuah popia dan puding cocktail berkuah saja...
Sunday, October 3, 2010
Majlis makan2 sambil beraya...
Mula2 nak buat mee bandung, tapi cancel sebab nak try buat bakso, baru 'menuntut ilmu' cara buat bakso dari my sis-alang, hihi, tapi bahan mentah tak cukuplah pulak, last2 decide buat mee kari sajalah, lama dah tak pekena mee kari ni. Menu sampingan buat maggi goreng dan cucur jagung+kuah kacang. Pencuci mulut buat puding karamel, air pulak bancuh apple tea saja. Kuih raya kan dah licin, mujoq laa kerepek2 kaklong kirim dah sampai khamis lepas, jamu yang tu ja laa...
Tuesday, September 14, 2010
Hokhekhokhek
Orang lain tak habis2 lagi dok gebang pasai raya, yang tak update2 blog lagi pun ada, sakan sungguh beraya. Kat Malaysia la ni mesti tengah meriah dengan jemputan jamuan raya dan open house kan, heeee syoknya. Tang mana yang syok tu? Tang makan laa kan, kilogram2 yang dah minus2 masa ramadhan hari tu habis laa plus2 balik nanti, hehe...
3hari myLove cuti, 3hari dok ber-huhahuha, tiba2 semalam dah back to normal routine, hidup ni terasa sunyi dan bosan tahap gaban. Apatah lagi pagi semalam masa call mak, mak habaq abanglong&family tengah on the way balik Ipoh, huhu, lagi laa 'terasa'. Semua ada kat rumah, abah, mak, abanglong&family, alang&hubby, ateh, achik dan adik, semua berkumpul, sedih laa pulak tsk tsk. Sebelum2 ni takdak laa nak peduli sangat kalau ada family gathering pun, sebabnya mesti tak pernah lengkap punyalah. Tapi sekarang abanglong dan alang dah balik duk Malaysia, tinggal kami ja yang tak balik2 lagi, kalau dengar depa semua pakat2 balik, adehhh kejelesan menguasai jiwa, hakhakhak. Tapi takpa kot, am sooo sure perasaan ni tak lama pun, nanti2 bila dah get used balik mesti kembali heiki(=tak rasa apa2) dah laa...
Semalam dek kebosanan taktau nak buat apa, bawa 2R pi jalan2 ke 100yen shop. Bukan nak beli apa sangat pun, takdak arah dah nak pi mana, tu yang merayau kat kedai tu. Beli 2buku dan 2biji kereta mainan untuk depa, beli snack sikit, dah tu balik rumah. Hari ni pun bawa budak2 ni jalan2 lagi, adehhh sangap sungguh!Ni gambar2 Rafiqh dan Raziqh diambil beberapa hari sebelum raya. Rafiqh sejak kecil lagi suka duk dalam trolley tapi Raziqh tak berapa suka. Terbalik pulak, si abang kena sorong, si adik bebas berjalan. Tapi penat pulak mengekor dia ni, jalan ikut sedap kaki melangkah, dah macam peluru sesat, merata dia tala...
Monday, September 13, 2010
3 syawal
Sampai2 sana seronoklah 2hero kenit ni jumpa hero2 kakHanny, al-maklumlah khazanah mainan abang Haziq dan abang Hazim punggah bawa keluar punyalah banyak, main punya main sampai tak ingat nak makan. Ramai pulak tukang yang rajin dok melayan, happy laa depa...
KakHanny masak macam2, ada nasi beriani, ada ayam masak merah, ada kerutub daging, ada spagetti, ada cocktail berkuah, buah2 dan macam2 lagi laa, hidangan penuh meja. Hari sebelum tu I cuma sempat buat puding karamel cheese untuk dibawa ke rumah kakHanny. Makan 2-3rounds, sembang2 merapu2 gelak2, pukul 2lebih mandikan budak 2orang ni dan salin baju. Lepas solat dekat2 pukul 3 kami beransur pulang. Tapi tak terus balik pun, pi ambil gambar kat tepi pantai dulu, Moji ni memang betul2 tepi pantai, dari rumah KakHanny tu pun memang boleh nampak laut. Selesai ambil gambar, pukul 3.30 kami balik, 2R masuk ja kereta terus terlelap. Sampai rumah pukul 4lebih, penat tapi seronok laa, bila lagi nak beraya kan...
Habis dah cerita raya kami untuk tahun ni, myLove dah start kerja hari ni, maka rutin hidup pun kembali macam biasa, haha, sat ja raya, kalau kat Malaysia sebulan laa kan. Next kena tunggu kohaitachi yang balik bercuti ke Malaysia tu balik sini semula dulu barulah boleh nak organize majlis raya besar-besaran. 2-3hari lagi boleh laa mula puasa balik, puasa ganti 5hari dan puasa enam jugak. Sapa2 tinggal puasa hari tu baik ler ganti awal2, jangan tunggu dekat2 nak ramadhan tahun depan baru tergedik2 terhegeh2 nak ganti, tak elok tangguh2, haa jom2 kita puasa...
Saturday, September 11, 2010
1 syawal
Hari ni hari untuk rest, nak settle-kan kemas2 rumah, basuh baju yang bertimbun2, basuh dan simpan balik periuk-belanga-pinggan-mangkuk dan segala mak neka perkakas yang berlambak2 semalam guna, insyaAllah esok sambung beraya lagi...
Fuhhh semalam hari yang memenatkan, penat masak, penat makan, penat sembang, penat gelak, penat semuanya, tapi seronok, seronok sangat! Tahun ni 1st time kami buat open house pada 1 syawal, sebelum2 ni mesti buat on weekends. Dah sebab budak Malaysia yang tinggal pun berapa kerat ja pun, alang2 nak masak baik buat sekali harung saja kan, jemput depa mai makan sama2, meriah laa sikit. Kira settle laa open house tahun ni, kot kalau ada lagi yang nak mai beraya lepas2 ni, jemput laa datang ya...
Acara memasak juadah hari raya ni bermula sejak khamis, pagi tu buat puding karamel dan kek batik dulu. Petangnya buat kek buah dan masak rendang ayam, lepas tu siapkan juadah berbuka pulak. Rendang ni buat siap2, tunggu sejuk then simpan dalam fridge. Malamnya lepas buka puasa terus tidurkan 2R, kemudiannya sambung balik kerja di dapur, masak nasi empit dan kuah kacang ayam...
Pagi semalam bangun pukul 5.30 untuk memasak, silap pulak time tu baru terhegeh2 nak keluarkan ayam dan daging, lambat laa baru boleh nak start masak. So awal2 tu dok prepare kupas2 sayur, potong2 kek, masukkan kuih raya dalam bekas, siapkan breakfast dan tambah masak nasi empit lagi. Bila ayam dah nyah-beku baru boleh goreng untuk buat ayam masak merah. Siap ja kerja2 kat dapur, mandikan anak2 dan bersiap nak pi solat sunat raya. Ni gambar budak2 ni pagi semalam, sebelum keluar rumah...
Solat sunat eidil fitri berlangsung di dewan Tokiwa Kogyo Kaikan, mula pukul 8.30pagi. Ramai jugak orang yang datang, kebanyakannya orang Indonesia. Lepas takbir, solat sunat dan khutbah, ada jamuan makan2 pulak. Sembang punya sembang, dekat2 pukul 11 baru kami balik. Haa apalagi kan, kelam-kabut jugak laa nak siapkan masak, tetamu nak mai lepas solat jumaat. Tidurkan Raziqh dulu, lepas tu bersilat laa kat dapur sorang2. Siap masak semua cun2 pukul 1.30petang, tak lama lepas tu tetamu pun mula datang...
Menu utama semalam ialah nasi tomato, ambil resepi dari fp my sil-kaklong, tapi tak berapa menjadi lah, ni 1st time buat nasi tomato, tak cukup merah nasinya, kurang tomato puree barangkali, gambar pun lupa nak snap. Lauk-pauk nak gu-kan dengan nasi tomato tu I buat ayam masak merah, dalca daging dan acar timun...
Nasi empit makan dengan kuah kacang ayam dan rendang ayam. Resepi rendang ayam ambil kat blog Hanieliza, ni pun 1st time buat rendang untuk hari raya, selalunya kami makan nasi empit dengan kuah kacang ayam saja...
Menu sampingan ialah kek buah, kek batik, puding karamel dan biskut2 raya. Both cakes pakai resepi kaklong. Boleh refer fotopage kaklong untuk resepinya ye. Kek buah kali ni alhamdulillah menjadi elok, buah2nya tak tenggelam pun. Kek batik pulak dah bertahun tak buat, baru2 ni minta mak kirimkan biskut marie, alhamdulillah merasa laa jamah kek batik setelah sekian lama mengidam nak makan...
Gambar 1 family ada 2keping je, aiseh, tak sempat dah nak snap yang elok2 sikit. Takpa2, raya kan sebulan, banyak lagi peluang nak bergambar, hihi...
Terima kasih buat semua yang hadir semalam. Tak lupa buat Kak Hanny dan family jugak, jauh2 pun sudi bertandang, arigatou minna!


