Seronok sebenarnya godek biskut ni, nak kata susah atau rumit tu tak laa since semua biskut yang I buat ni simple2 ja, bukan ada celup2 coklat ka, bukan ada bentuk lawa2 pun, semuanya main terap2. Selalunya pagi2 lepas habis kerja2 rumah dan uruskan 2R, dalam pukul 8lebih I dah start bancuh adunan, kalau Raziqh dok senyap atau tidur, boleh laa terus siapkan dalam 1-2jam tapi kalau tak sempat, sambil2 buat lunch pun boleh settle. Lagipun sejak Rafiqh start makan solid foods lagi I dah mula buat biskut sebagai snack dia, so bila dah lama2 ni rasa macam tak lengkap pulak aktiviti mingguan tanpa buat biskut. Yang pasti I happy sangat tengok Rafiqh pulun makan, so selagi dia nak makan, memang I akan sentiasa buat...
Hari ni buat 2jenis biskut, coffee milky cookies dan toy cookies. Both recipes I took from myResepi, but as usual wajiblah diolah2, hihi... Sengaja buat 2 sebab 1 tu mak depa yang teringin nak makan, kebetulan masa tengah cari2 resepi semalam terjumpa resepi ni so terus rasa nak cuba. 1 lagi tu of course lah untuk Rafiqh...
Coffee milky cookies ni resepi asalnya coffee cookies -> http://www.myresepi.com/top/detail/221
Ni versi mama 2R :
Bahan2:
Bahan2:
120 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar instant coffee
1 sudu besar air panas
2 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur
60 gm gula
50 gm butter - suhu bilik
Untuk cara2 buat ni sila refer web yer...
Kalau ikut resepi asal, tak letak susu tepung pun, tapi konon2 untuk memaksimakan pengambilan kalsium, taram ja buh...
Biskut kopi yang ni lagi sedap dari yang I pernah buat sebelum ni. Rafiqh pun suka makan, ingatkan dia tak layan kopi2 ni, hihi...
Toy cookies pulak resepi yang sangatlah simple. Kalau tengok web tu cantik betul dihias cookies tu, sesuailah dengan namanya TOY kan, tapi semalam lupa nak beli gula2 tu jadinya tak boleh laa nak buat fancy2, cuma mampu letak choc chips saja. Oh hajat di hati nak terap2 tapi taktau apasal biskut ni lembik, padahal dah buh dalam fridge more than 2hours dah, huhu. Last2 gentel2 tekan2 bakar ja. Takpa2, next time cuba lagi!
Bahan2:
50 gm butter - suhu bilik
35 gm gula
1/2 biji telur
100 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
http://www.myresepi.com/top/detail/198
Pada yang bertanya awat setiap kali buat biskut/kek dll tu I suka sangat kurangkan sukatan gula, jawapannya ialah sebab makanan2 tu Rafiqh nak makan, so memang kena buat tawar2 sikit. Lagipun I memang kureng sikit benda2 manis ni, kalau buat air pun agak2 manis2 buah gitu ja.
2 comments:
dh ala2 mcm nk raya je fith sbb asyik buat cookies hehe. bestnya mkn cookies. cookies fith wat pn leh thn comel. kiter suka cuma xbape rajin nk wat cookies. sbb guna microwave oven style lama. kecik n api ats saja. lmbt nk siap sbb kena masak sket2 guna 1 rak je even though sbnrnya ada 2 rak. n api ats je so cookies masak xsekata. dlm tray yg sama even ada yg over masak mesti ada juga yg masih blum perang. so xcntik. plus mixer xtahan lasak (padan la dgn harga bli murah je pun hehe). kalau adunan cookies kan keras sket bnding cake kan. penah skali wat cookies mixer hmpir2 trbakar hehe. tp seb baik slamat. kalau oven n mixer kiter best agaknya mesti rancak buat cookies mcm fith jugak :D
ina,
haha raya laa pulak dah...
fith pun tak suka mixer n oven microwave fith ni,haha.mixer tu beli lama dah,yg 1000yen lbh cap ayam ja,klau pukul lbh2 nanti bau hangit mcm terbakar hehe.tp fith tak rajin mcm org lain buat kuih,fith mmg mixer je doh kuih2 tu,psl tu buat sikit2 ja,klau byk2 mmg sah tak jln laa.oven fith jenis pusing2 tu so takleh bakar byk2,kdg2 masak pun tak sekata.
kan best klau ada oven n mixer yg besar kan,boleh baking stp hari,hihi...
Post a Comment