Sebenarnya nak post entry ni kelmarin, tapi sebab badan masih tak berapa nak sihat, I tak mampu nak duduk depan laptop ni. Hari ni bangun pagi2 dah rasa cergas balik, so lepas breakfast dah mula hadap komputer, hehe.
Apam ni I try buat 3kali minggu lepas, hahaha, kes tak ada kerja! Hari selasa 1st trial, buat 3warna - putih, merah dan hijau, alhamdulillah menjadi. As usual I selalu buat setengah adunan je, buat pakai cup kecil2 dapatlah 12biji, ayah dan mama makan 5biji seorang dan Rafiqh 2biji. Rafiqh suka sungguh makan panas2, so hari khamis petang tu buat lagi, kali ni guna serbuk koko saja, gambarnya ada kat bawah ni, dapat 5biji dari separuh adunan sebab guna cup yang besar... Gebu walaupun makan keesokan harinya. Petang jumaat selepas siap masak menu jamuan, I buat sekali lagi dengan niat nak bawa laa, tapi malangnya kali ni tak menjadi pulak, maybe sebab I guna acuan besar, ni nak cepat punya pasal laa ni, hish! Last2 makan 3beranak je laa, nasib baik Rafiqh suka, habis jugak laa breakfast sabtu tu...
Ini resepinya, I copy&paste dari myResepi... Ni adunan penuh. Kalau ikut resepi asal kena ada inti dalam apam ni, tapi I lebih suka apam kosong je, I tak letak apa2 inti pun...
Bahan2 ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal
Cara2:
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
- Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
- masukkan inti kelapa
Ini pulak breakfast jumaat. Sosej roll, ada 2jenis sosej roll kan, satu tu yang dalam roti kita bakar, satu lagi yang ni. I pun kadang2 naik confuse nak panggil mana satu. Cara nak buatnya sama je macam buat tuna roll, so refer entry sana laa yer. Selalunya orang buat sosej roll ni pakai sebiji sosej kan, tapi I pakai separuh je, I tambah sayur2...
Puding fruit cocktail berkuah ni untuk jamuan hari jumaat tu. Agar2 merah yang I buat tu untuk masukkan dalamnya, kalau my mom dia akan buat banyak warna, so nampak lagi cantik. I pakai agar2 yang dah siap ada warna tu so malas laa nak masak 2-3kali kan, belasah pakai satu warna saja laa...
Bahan2:
1 liter susu segar
500 ml air
200 gm gula
1 biji telur
3 sudu besar tepung kastard
*buahan cocktail dan aneka bahan lain ikut kesukaan
Cara2:
- campurkan semua bahan2 dalam periuk dan kacau sebati
- nyalakan api sederhana besar dan kacau selalu
- setelah pekat, tutup api dan tuang ke dalam bekas untuk disejukkan
- setelah sejuk, bolehlah disimpan dalam fridge dan dicampurkan buah2an campuran dan dihidangkan
Minggu lepas seperti biasa dapat sayur dari jiran dan kawan myLove. Jiran bagi ubi keledek 3biji, kawan ofis myLove pulak bagi daun bawang. Kebetulan pulak buat mee rebus tu memang pakai kedua2 benda tu so memang kena pada masanya laa, alhamdulillah, hehe. Keledek yang diberi tu besar2, sebiji I bakar makan dengan Rafiqh, sedap makan keledek yang dibakar ni, manis je... Sebiji dibuat kuah mee. Sebenarnya I ada beli dah sebiji untuk masak mee so campur dengan sebiji lagi ni, dua2 buat keria, minum petang semalam. Keria ni favourite myLove, kalau I lebih prefer cucur badak.
Keria belum disira
Keria siap disira
Bahan2:
ubi keledek
tepung gandum
Untuk sira:
sedikit air
gula
Cara2:
- dibuang kulit, dipotong dan direbus hingga empuk-toskan dan dilecek
- campurkan tepung dan gaul rata, buat bulat2 dan lubang ditengahnya
- goreng dan sejukkan sebelum disira
- masak air gula dalam air hingga mendidih
- masukkan keria dan kacau rata hingga gula mengeras
- siap
2 comments:
ish sedap2! terseksa tengok! sejak baca blog fith mcm2 idea nk msk dtg n nafsu mkn pn bertambah2 hahaha! bahaya! tp mmgu ni iman kene kuat. jumaat ada checkup. so kene pantang strict esp yg ada kaitan dgn gula. mggu depan baru lepas gian huaaa!
Ina,minggu depan boleh belasah macam2,hehe.fith masak2 ni pun hampir semuanya kurangkan gula.takut laa jugak part gula2 ni kan.
btw,gambatte ne check up,moga semuanya baik2...
Post a Comment