Showing posts with label Kids development. Show all posts
Showing posts with label Kids development. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Anak2 saya sangatlah aktif!

Kesinambungan entry lepas jugak...

There are 2 types of kids - jenis merap/kuat meragam dan jenis lasak, if you are able to choose, which 1 you want? hehehe... Secara lojiknya anak yang merap ni banyak masanya dihabiskan dengan dok dempek celah parents, so they have soo little time to explore around. Berbeza dengan budak lasak, meligat aje laa 24jam kan...

I have to admit that my kids are active, they walk, move, talk, play, explore and etc etc everything around them all the time, non-stop bekerja, selagi mata tu tak pejam selagi tu lah depa meligat. Sejak kecil lagi sebenarnya I dah get used dengan persekitaran budak tak buas(note: orang Kedah refer budak yang tak duk diam ni sebagai 'buas'), all of my siblings kaki merap, masa my youngest brother lahir I was still in form 5, had to take care of him so kinda faham sangat dah dengan budak merap ni, fehnat dan fehning hokey. Dulu2 risau jugak kot dapat anak semua kaki merap, luckily not, hiks. Disebabkan both my kids bukan jenis merap so depa memang lasak. Masa Rafiqh kecik dulu pening tengok dia sangat aktif(dah aktif sangat pun pening jugak, haha), suka lari2 pi mai pi mai, so I googled more info regarding hyperavtive kids, alhamdulillah feel so relieved to know that he was not that bad, fuhhh...

Bila I cakap my kids ni aktif, orang yang tengok depa mesti cakap "eh tak pun, they seem to behave all the time @ baik je tengok", siap selalu dipuji pulak "bagusnya, mendengar kata", adehhh deh deh, ok diakui my kids kalau kat luar rumah depa memang menunjukkan sikap2 yang baik dan sangat boleh berkompromi, depa boleh bagi kerjasama lah, pandai eh berlakon. Tapi humak aihhh kalau kat rumah, hanya mak pak depa saja tau, kalau mak depa tak jerit dan keluarkan suara ala2 petir, lambatttt laa nak jalan. Kalau 'petir' pun tak jalan jugak, memang depa kena laa cobit-cobitan, tampar-tamparan, hahaha. I memang garang dengan anak2, terlebih garang dah kot. Semua tu demi mendisiplinkan mereka saja, sebabnya I sangat2 tak suka anak2 melasak bila pi rumah orang. Sebagaimana sejak kecik dulu tak sukaaaa bila budak2 nakal mai rumah, serabut haku tengok tambah2 kalau mak pak tu jenis lantak pi ja anak nak tunggang-terbalik pun tak heran, perghhh sawan hokey! Sebab tu kalau boleh biarlah anak2 kami ni ada tertib sikit especially at public...

Mungkinlah anak2 kami ni tak aktif mana pun kalau nak banding dengan anak2 orang lain. Tapi in my case, I still consider them as active kids...

Untuk anak2 yang bukan hiperaktif, kesalahan perilaku si anak 100% berada atas batu jemalang si mak pak, sila jangan kata anda tak bersalah ye. Tapi kalau anak tu tak makan saman sebab dia hiperaktif, tu bukanlah salah ibu mengandung mahupun bapa yang memengandungkan si ibu, harap maklum!

Kenali anak hiperaktif... part 2

Sambungan entry yang lepas...

Apakah symptoms/gejala ADHD?
3 kunci utama sifat yang ada pada pengidap ADHD ialah inattention(kurang daya tumpuan), hyperactivity(terlampau aktif) dan impulsivity(impulsif). Kalau kita perhatikan memang kesemua sifat2 ni ada pada majoriti kanak2 kan, dah memang tu sifat semulajadi depa tapi perlu diketahui bahawa bagi pengidap ADHD sifat2 ni lebih parah, keterlaluan dan berlaku pada hampir setiap masa. To be diagnosed with this disorder, anak itu perlu memiliki symptoms ADHD for 6 or more months dan pada level yang melebihi kanak2 lain seusianya...

Symptoms of inattention are:
- be easily distracted, switch from 1 activity to another frequently
- sukar menumpukan perhatian atau stay focused on 1 thing
- mudah lupa, mudah keliru
- sangat mudah bosan dengan sesuatu after only a few minutes
- tidak mampu menyiapkan sesuatu tugas
- not seem to listen when spoken to
- alami kesukaran memproses maklumat
- blur, banyak berangan dan bergerak perlahan

Symptoms of hyperactivity are:
- gelisah dan resah, tak mampu untuk duduk diam even untuk meal time, at school or during story time
- talk non stop
- asyik berlari, be constantly moving around
- bermain atau sentuh dengan apa saja yang ada di sekitar

Symptoms of impulsivity are:
- sangat tidak penyabar, sukar untuk menunggu
- sering bercakap atau berkelakuan tanpa berfikir
- seringkali mengganggu perbualan atau aktiviti pihak lain


Apakah faktor2/punca2 yang menyebabkan terjadinya ADHD?
Persoalan ni sebenarnya masih belum mampu dijawab, pun begitu dalam banyak kajian yang dah dibuat, genetik memainkan peranan terbesar. Selain masalah genetik, pakar2 perubatan jugak mengambil kira faktor persekitaran, kecederaan otak, nutrisi dan social environment sebagai penyumbang kepada ADHD.

1. genetik - kajian masih terus dilakukan untuk mengenalpasti genes yang mungkin terlibat dalam membentuk penyakit ini. Dikatakan kanak2 pengidap ADHD mempunyai lapisan tisu otak yang lebih nipis pada bahagian otak yang berkaitan dengan daya tumpuan. Tetapi kajian jugak menunjukkan bahawa keadaan ni tidaklah kekal, dimana apabila kanak2 ini semakin membesar, level otak dan ketebalan tisu turut berubah yang akhirnya mengubah sifat2 ADHD yang mereka alami...

2. faktor persekitaran - ada kajian mengatakan terdapatnya kaitan antara merokok dan minum minuman beralkohol ketika hamil menyumbang kepada ADHD...

3. kecederaan otak - kanak2 yang mengalami kecederaan otak mungkin menunjukkan gejala2 pengidap ADHD, namun sangat sedikit kanak2 with ADHD yang mengalami traumatic brain injury...

4. gula dan penambah perisa makanan - ada kajian yang mengaitkan kedua2 faktor ini dalam ADHD. So please be careful to feed your baby, susu ibu adalah makanan terbaik bayi(most of formula milk mengandungi kandungan gula yang tinggi), homemade foods also the best for your kids, makanan bayi di pasaran turut terdedah dengan penggunaan gula yang banyak...


Bagaimana mengenali kanak2 ADHD?
Susah nak diagnosis samada seseorang itu pengidap ADHD atau tak, sebabnya gejala yang ditunjukkan berbeza2, cuma mungkin apabila anak itu berada dalam situasi yang betul2 constantly "out of control" kita boleh check lah anak tu. ADHD juga berlaku pada peringkat usia sekitar 3 hingga 6tahun, time depa tengah betul2 aktif tu, so mungkin kita boleh terlepas pandang...


Bagaimana mengelakkan ADHD?
Belum ada cara yang betul2 disahkan berkesan tapi kita boleh ambil langkah awal dalam mengelakkan permasalahan ni terjadi pada anak2 kita. Sebagai umat islam, kita dibekalkan dengan doa2 dan surah2 Al-Quran yang sangat digalakkan untuk dibaca ketika hamil dan selama membesarkan anak2, insyaAllah moga2 ia membantu...


Pernah terbaca artikel tulisan Pakar sakit puan Dr Hamid Arshat berkenaan kanak2 hiperaktif ni, beliau mengaitkan isu persekitaran sebagai penyebab utama berlakunya ADHD, kemajuan sosio ekonomi negara yang pesat telah memberi kesan2 negatif terhadap perkembangan jiwa dan mental kanak2, mungkin ada betulnya kan?! Apapun, sama2lah berdoa moga2 kita dikurniakan anak2 yang sempurna, amin...

Friday, September 24, 2010

Kenali anak hiperaktif...

Selalu sangat kan kita dok dengar orang sebut pasal hiperaktif ni. Walhal dari ratusan malah ribuan yang bercakap soal tu, hanya beberapa peratus saja yang betul2 faham dengan apa yang mereka perkatakan. I sangat2 tak berkenan dengan makpak yang suka2 hati ja labelkan anak2 depa hiperaktif, lagi2 tak suka dan benci bila orang lain kata my kids hiperaktif, sangat pantang hokey! Pun begitu, kenalah lapangkan hati untuk memaafkan, anggap ja depa tu jahil, if I was in that situations, selalunya I sound direct ja, do you know what does hyperactive mean?!

Hiperaktif atau dalam istilah perubatannya disebut attention deficit hyperactivity disorder(ADHD) adalah sejenis penyakit yang melibatkan kesihatan mental yang most common dihidapi oleh golongan kanak2 yang jika tak dirawat akan berlarutan hingga dewasa. Terdapat kerosakan yang berlaku pada litar otak yang menyebabkannya mengalami masalah. Symptoms atau gejala yang menandakan seorang anak itu menghidapi penyakit ini ialah kesukaran menumpukan perhatian atau fokus, tak boleh duduk diam atau terlalu lasak(over active), ketidakupayaan mengawal tingkah-laku, terlalu asyik dengan aktivitinya dan sukar dikawal, mereka bersikap sebegini dalam hampir kesemua situasi tak kira kat mana mereka berada, jenis yang sungguh2 tak makan saman punya...

Unfortunately there is no cure for ADHD, but treatments can relieve many of disorder's symptons. Rawatan pulak bergantung pada jenis ADHD yang dialami, setiap jenis rawatan disesuaikan dengan keperluan pesakit, ada yang memerlukan behavioral modification therapy/phychotherapy, ada yang memerlukan terapi pemakanan, ada yang memerlukan medication, ada yang memerlukan alat2 pembantu/education/training dan macam2lah lagi. Rawatan demi rawatan yang konsisten akan membantu kanak2 ini supaya mereka boleh menyesuaikan diri di sekolah dan dalam masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha2 yang berterusan dalam meningkatkan keupayaan IQ dan membentuk sahsiah anak2 ini jugak sangat penting...

Walaupun tiada ubat untuk penyakit ini, tapi hakikatnya ia bukan saja boleh dirawat malah boleh jugak dielakkan. Pakar2 perubatan masih bekerja keras to find an effective ways to treat and prevent it. Penting untuk kita sebagai ibubapa untuk faham tentang penyakit ini, kalau betul2 anak kita menghidapinya kita boleh dapatkan rawatan seawal mungkin...

InsyaAllah in next entry kita cerita pasal tanda2 anak yang hiperaktif, punca2 yang menyebabkan kelahiran mereka dan cara2 mengatasinya...