Terjumpa video ni di facebook(lagi)...
Rasanya video2 macam ni bukanlah sesuatu yang asing lagi kan, mesti dah ramai yang pernah tengok video2 orang bersalin normal/operation ni, biarpun yang tengok tu belum pun berumahtangga, hehe...
As for me myself, the very 1st time I tengok video bersalin ni ialah selepas dah berbulan2 selamat melahirkan Rafiqh. Walaupun sejak preggy lagi I dah sedia maklum tentang kewujudan video2 ni di babycenter.com tapi tak berapa berani nak tengok. Yup, honestly I memang penakut, geli dan gerun tengok darah yang banyak. And the 1st video bersalin yang I tengok ialah tentang proses kelahiran dalam air, and I must say it was amazing! Kemudiannya tak lama lepas tu I cuba memberanikan diri untuk tengok proses kelahiran pembedahan pulak. Nak tau laa jugak kan macammana keadaannya doktor2 tu toreh dan lapah badan I ni dulu. Dan apa yang ada dalam otak ni setiap kali(baru 2kali sebenarnya, hihi) tengok video2 bersalin operation ni ialah rasa macam tak percaya I pernah lalui semua tu, eiii ngeri! Tak ingat pulak doktor mana entah yang cakap atau I terbaca kat mana yang katanya bila bersalin c-sect ni masa nak 'buka' tu kejap je tapi masa nak 'tutup' balik tu lama cause nak kena jahit 7lapisan, huishhh tengok kat video tu tak macam 7lapisan pun, macam banyakkk je disiat2, eeuuwwww...
Masa dalam pantang bersalinkan Rafiqh dulu, makcik2 yang pernah bersalin c-sect ni cakap depa dulu2 bersalin kesan 'bukaan'nya besar dan panjang, lambat bebenor nak sembuhnya, samada melintang atau menegak tu depends on kedudukan baby, bila dah jahit tu nanti lepas beberapa hari kena pi buka benang jahitan tu pulak, kena jaga elok2 sebab mudah bernanah dan takut jahitan terbuka, ish macam2lah. Mak aih, menakutkan sungguh! Tapi bila I sendiri yang hadapinya ermmm tak laa seteruk tu pun, mungkin sebab teknologi kita sekarang dah makin canggih kan. Masa I dulu kesan bukaan tak sampai 10cm pun dan dijahit pakai benang yang tak perlu dibuka semula, maknanya ia akan 'hilang' sendiri. Bab nanah2 tu sebenarnya gynae2 yang I jumpa kata ia bergantung pada cara kita 'jaga' kebersihannya, sama jugak dengan yang kena episiotomi(potong bukaan vagina), kalau tak jaga betul2 boleh bernanah jugak kan?! Dulu siap ada yang kata kalau tak jaga pemakanan dan lain2, nanti bahagian lapisan dalam kulit akan bernanah atau gatal2, haa macammana nak garu?! Hadoiii baguih dok ada, menakut2kan haku! Sebenarnya yang paling penting, kena jaga supaya sentiasa kering saja, lepas dah elok kering lukanya tu haa bolehlah nak sapu segala tok-nek ubat, insyaAllah selamat...
Bersalin operate ni risiko kematiannya adalah 3kali ganda dari kelahiran normal, meliputi kes elektif(suka2 minta operate) mahupun emergency. Komplikasi yang serius bagi si ibu dan bayi selepas pembedahan jugak akan meningkat 3kali ganda berbanding kelahiran normal, tapi pelik kan bila terbaca tentang ada yang sengaja2 minta untuk dibedah...
Kalau kat negara2 maju, bersalin c-sect ni dah jadi trend. Ramai yang tak segan-silu minta dibedah atas alasan2 seperti takut tak mampu tahan sakit contraction, taknak faraj 'longgar', taknak risiko vaginal prolapse dan sebagainya. Lojik laa kan, average anak2 depa kurang dari 3orang. Tapi berbeza laa dengan budaya masyarakat kita. Rasanya setakat ni tak pernah dengar lagi laa ada orang yang suka2 serah diri minta doktor operate. Rata2 mesti usaha nak bagi normal delivery kan. Cumanya kebelakangan ni kes2 kelahiran melalui pembedahan ni semakin meningkat seiring dengan bertambahnya pusat2 rawatan swasta. Ramai yang buat andaian yang pihak swasta ni nak untung lebih so kerja nak bedah orang ja, mungkin ada betulnya sebab kos bersalin operate ni mahal berganda dari yang normal. Tapi bila kita fikir dari sudut reputasi, semestinya depa akan opt for operation bila berdepan dengan komplikasi(walaupun kecil) sebab nak rendahkan risiko kelahiran yang bermasalah, sebabnya bagi kita di Malaysia kes2 komplikasi selepas kelahiran pembedahan ni masih di tahap yang rendah. Hmmm entah lah, kadang2 pening jugak memikirkan soal ketelusan doktor2 ni dalam memberikan rawatan...
Bersalin normal atau surgery, masing2 tak mengurangkan pahala atau merendahkan darjat seorang ibu, sama saja pengorbanannya!

