Sunday, November 28, 2010

Adik,kemas!

Rafiqh sekarang dah boleh berlagak jadi taiko besaq dalam rumah, ewwahhh era kegemilangan membuli adik sudah bermula, dah pandai dah suruh adik buat itu ini untuk dia, dan adik pun elok ja pasrah menurut kata, alah tu pun sebab adik tak faham apa2 lagi kan, tunggu sikit hari lagi, jangan harap ler!

Antaranya, la ni aktiviti mengemas omocha(=toys) adalah tugasan si Raziqh, Rafiqh bertanggungjawab sebagai pemantau saja. Most of the times kalau suruh dia mengemas memang dia willingly kemas semua toys yang dia punggah dan akan dibantu oleh Raziqh, tapi lately ada masanya dia refuse untuk kemas, I know why, sebab bukan dia yang sepahkan tapi Raziqh yang kecah2kan mainan tu, mungkin dia pun 'penat' asyik dia je yang kena menyimpan, so bila suruh kemas sekarang dah pandai nak mengelak, dia akan jawab "ni adik yang buat", haaa tuh dia! Tak kata kat dia laa kan, mama pun geram jugak kat adik tu sebab selalu elok lepas onichan kemas adiknya sengaja punggai balik, huihhh mama pun tensyen tengok, ni kan pulak dia yang penat tonggeng2, mesti takmau simpan dah...

Bila kena mood takmau tolong kemas apa yang adik sepahkan tu, kalau suruh jugak dia simpan nanti dia akan panggil adik, "adik, katazukete, zenbu katazukete ne!(=adik, kemas, kemas semua ye!)". Dan lumrah la kan, apalah yang boleh diharapkan dengan budak 1tahun 3bulan ni, kalau suruh kemas, dia kemas apa yang dia nampak sekitar dia saja laa, makanya Rafiqh akan pegang raga atau plastik atau apa2 bekas sambil tunjuk kat adik kutip sini sana situ sampai licin cuci calat, part ni paling comel, suka sangat tengok aksi depa, sorang tukang tunjuk sorang tukang kutip! Nanti dah siap, onichan pun puji2 adik, sebijik macam apa orang duk kata kat dia, adik pun sengih2 macam laa faham, eh memang dia faham laa kot kan...

5 comments:

Pija Madzlan said...

wow....bagus2...semoga mcmnilah hendaknya sampai besar sbb lepas ni mama nak beradik lagi...kan??? :P

Fith said...

kak fizah,
hehe,mmg pun teringin nak tambah lg ni,tgh tunggu rezeki.doa2kan ye kak...
hrp2 sampai besaq laa gini,amin...

Unaizah said...

Cute tengok telatah dua beradik ni. Baguslah both can cooperate. Senang keje mama...

kew_chop said...

tak sejuk ke onichan pakai sexy tu.. hihi..

terbalik la pulak fith, selalu kat sini kimi yg ngelat nak kemas barang, dia yg jadik boss soh onechan kemaskan. time rajin jek baru dia tolong, haishhh nak gelak sgt kan tengok perangai anak2 kita ni kan.. hihi..

Fith said...

kak unaizah,
tgk mood diorg jugak kak,kdg2 takmau jugak,huhu...

murni,
baru nak sejuk kat sini murni.fith siang2 dok buka tingkap lg,hehe...

ooo pandai eh kimi.raziqh nanti gitu jugak kot.mcm skrg dia tak reti ngelat lg,tgk laa sikit hari lg,mesti onichan kena buat semula.tu laa,geli hati sokmo tgk diorg ni...