Showing posts with label Pattaya. Show all posts
Showing posts with label Pattaya. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Rindunya nak ke taman ~

Mama 3R ni sebenarnya bukanlah kaki sport pun, aktiviti2 lasak pun tak gemar. Cumanya suka kepada aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Sebelum kahwin dulu, bila ada masa lapang memang akan berjogging, especially masa duk UM 2 tahun preparation course, petang2 lepas habis kelas je terus salin baju dan naik bukit berjogging. Pagi2 weekends pulak akan lari pusing tasik UM, kenangan2... Masa kat Yamaguchi pun sama, petang dan weekends selalu pi jogging, kadang2 tu sorang2 je pun jadi kerja, haaa nak kata memang minat lah jogging2 ni!
 
Tapi bila dah kahwin (masa end of 2nd year), aktiviti jogging ni makin dilupakan. Sebabnya mr husband tak suka jogging, dia kata mengah, dia prefer sport macam main bola, futsal, ping pong, badminton, bowling bla3. Awal2 kahwin tu selalu jugak ajak2 dia pi jogging tapi bila asyik kena reject je so malas dah laa, aah citarasa yang berbeza, so somehow lama2 tu dah tak ber-jogging dah laa...
 
Bila Rafiqh lahir, saya dah ada geng baru untuk beriadah, yeay! Since dia 3bulan lagi dah selalu bawa Rafiqh keluar morning walk. Letak dia dalam stroller dan tolak laa sejauh mana larat nak berjalan, oh selalunya kami akan ke supermarket, hihi, jalan2 perabih duit. Jauh jugak sebab nak kena naik turun bukit, lebih kurang 30minit jarak sehala...
 
 

Ini Rafiqh, masa ni usianya sekitar 3bulan++ gitu...
 
 
Then Raziqh pulak lahir, tambah lagi geng. Selain morning walk, aktiviti paling disukai adalah pi taman, tak kiralah taman permainan atau padang yang lapang untuk riadah santai. Biasanya seminggu at least 2kali akan buat aktiviti ni. Walaupun taklah berpeluh sangat pun sebab tak laa berlari sakan tapi seronok boleh join the kids main2 bola dan kejar2 depa...



 
Ini Raziqh, masih baby lagi, masa ni myLove ada so mama pakai skirt pun no hal, tak payah nak lari2 mengejar si Rafiqh, hehe...
 
 
 


 
 
Bila balik Msia, aktiviti2 ni semua dah nalla~. Budak2 ni hanya betul2 bebas main kat laman bila balik rumah tok abah dan tok ma depa di Ipoh tu saja. Kalau kat Bukit Mahkota tu pun mama 3R jaranggg amat lepaskan depa main kat luar. Kalau bagi pun hanya dalam pagar, siap berkunci lagi pagarnya. Depa ni dok laa melangut tengok anak2 jiran tetangga tu berlari main basikal kat atas jalan. Entah laa, rasa tak sanggup nak lepas depa keluar sebab sangat risaukan keselamatan depa. Yang duk dalam pagar pun orang mai buat khianat (culik etc), inikan pulak yang bebas merayau kan, hmmm. Padahal depan rumah kami tu ada taman permainan dan padang luas. Tapi serius tak pernah berani nak bawa budak2 ni ke situ. Kebetulan pulak Bukit Mahkota ni banyak kes2 jenayah, sungguh menakutkan...
 
Bila pindah Nilai, perumahan baru kami tu ada security guard dan fully-gated juga. Dari satu sudut nampak selamat lah kan, nak2 pulak rumah kami ni di hujung jalan mati. Means tak ada kereta nak lalu-lalang sangat dan rasa lebih secure. So kami ni berkira2 laa kononnya nanti bila dah makin ramai jiran boleh laa lepaskan 3R main basikal di laman dan jalan depan rumah. Tapi tup2 kena pindah Thailand pulak, haha, angan2 tinggal kenangan...
 
Sekarang ni kat Pattaya, alhamdulillah sini lebih selamat compare to Msia. Dok selidik soal2 tanya jiran2 dan Malaysian yang dah lama menetap kat sini, semua kata Pattaya ni aman dan selamat dari jenayah pelik2. Makanya mama 3R sekarang dah kembali ber-morning walk. Awal2 hari tu bawa 3R, tapi sekarang Rafiqh dan Raziqh kan dah sekolah, peneman mama hanyalah mokcik Raisha. Dok sorong laa dia dengan stroller jalan2 waktu pagi seminggu at least 2 kali. Seronok! Banyak faedahnya morning walk ni, selain untuk membina stamina diri sendiri yang tengah preggy ni, ia bagus untuk anak2 jugak. Anak2 akan lebih tahan lasak dan berdisiplin. Berpanas dan berhujan, mereka berjalan berpeluh2, insyaAllah badan akan lebih sihat dan dayatahan penyakit lebih baik. Sejak kecik lagi, kalau takat kena jemur dan kena air hujan tu depa ni memang dah tak heran dah, susah sangat laa nak selsema atau demam lepas tu alhamdulillah. Dan memang depa akan lebih berdisiplin bila keluar morning walk ni. Jalan tepi jalanraya yang banyak kereta, sorang duk dalam stroller, sorang pegang stroller sebelah kanan, sorang sebelah kiri dan mama tolak stroller dari belakang, depa jadi lebih aware terhadap keselamatan diri dan boleh protect each other. Sepanjang jalan tu Rafiqh dan Raziqh takkan lepaskan stroller, jalan elok tak laju sangat dan tak slow sangat. Oh yang paling penting, suka bila berbual2 sepanjang jalan, banyakkkk benda boleh disembangkan. Haa dan yang paling3 penting sekali, jalan tu destinasinya MESTI pi kedai ya, sebab nanti boleh laa depa paw mama, syiok sangatlah depa!   
 
InsyaAllah lepas2 ni nak try cari taman2 yang best untuk bawa depa ni beriadah hujung minggu. Kat sini sebenarnya sangat dekat dengan pantai, alangkah bestnya kalau boleh bawa anak2 main tepi pantai on weekends. Teringat dulu2 masa duk Kuantan, almost everyweek pi teluk Chempedak duduk tepi pantai main pasir, makan buah sambil tengok orang main layang2/berenang. Balik Malaysia nanti nak buat lesen antarabangsa lah, nak harapkan ayah 3R yang bawa memang tak laa kan, dia bukan minat bersiar2 ni, nanti kalau dah ada lesen boleh laa drive sendiri dengan 4R (ecewahhhh verangan!)...
 

Wednesday, August 28, 2013

Green Field Villas


Green Field Villas adalah nama taman perumahan yang kami diami sekarang ni. Alhamdulillah company myLove sewakan rumah yang fully furnished dan yang lebih utama ianya dalam kejiranan yang selamat insyaAllah. Villa ni adalah gated guarded area yang almost 90% penduduknya adalah foreigners, kebanyakannya mat saleh laa kan...

I'm not sure berapa biji rumah yang ada dalam kawasan ni, sebab keluasan perumahan ni taklah besar sangat pun, rasanya dalam 100 rumah gitu je kot, kalau takat nak pusing2 jalan kaki tu dalam setengah jam dah settle round. Sebabnya setiap 1 lorong hanya ada 5 biji rumah saja, kesemuanya banglo single storey yang kecik2 comel. Kemudiannya kalau tak silap hanya ada 4 saja bangunan rumah teres 2 tingkat dalam area ni...

Selain kami, ada ramai lagi keluarga melayu Msia kat sini, semuanya bekerja satu company dengan myLove. Kebanyakannya suamilah yang bekerja sementara isteri dan anak2 tu datang meneman saja, macam kami ni haa. Jiran selang serumah dengan kami pun family melayu dari Kelantan, juga ada anak 3 orang, meriah! Yang selebihnya tinggal kat lorong2 lain. Maknanya taklah kesunyian hidup merantau, anak2 ada kawan2 nak membesar dan main sama2. Seronok dapat berjiran dan berukhwah macam ni, memang takdak rasa macam duk luar negara pun, rasa macam duk Msia jugak sebab rutin dan lifestyle yang hampir sama alhamdulillah... 

Tuesday, August 27, 2013

2 minggu sudah ~~~

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 di sini. Life is getting better, walaupun masih terasa seperti dalam mode "bercuti". Sebenarnya tak berapa suka dengan mood releks begini sebab lama2 nanti akan mula disapa bosan. Makanya kena lah berusaha mencari "kerja" supaya hari2 terisi dengan perkara2 bermanfaat...

Cerita pasal anak2, sekarang tengah in process menguruskan persekolahan depa. Last weekends kami dah ke supermarket membeli barang2 keperluan persekolahan Rafiqh dan Raziqh. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang bulan depan ie nextweek lah depa berdua akan mula bersekolah. Tak membeli apa sangat pun, cuma kena sediakan beg sekolah, bekas bento(=lunch box), bekas air, kasut, socks dan swimming suit. Lain2 keperluan akan disediakan pihak sekolah nanti. Memang teruja sangat nak hantar depa pi sekolah sebabnya lepas ni mama kena bangun awal2 pagi untuk masakkan lunch bagi depa bawa bekal ke sekolah. Bukan takat lunch saja, kena prepare breakfast dan snack sekaligus, kat sekolah nanti akan ada 3 sesi rehat so banyak laa bekal yang nak kena bawa. Wahhh, dah lama dah tak bangun memasak pagi2, dulu masa duk Nihong memang tak miss laa buat bento untuk myLove tapi sejak balik Msia memang tak pernah dah menggagau periuk belanga pagi2 buta ni, hihi...

Regarding mabuk2 alahan pregnancy pulak, alhamdulillah rasanya dah makin beransur baik. Sejak beberapa hari lepas dah kurang muntah2, setakat sekali dua sehari, ok sangatlah tu, cuma rasa mual dan pahit mulut masih ada. Yer laa, dah 15minggu lebih dah baby oiii, tolong laa bagi mama kembali energetic, penat dah 2bulan dok terlepek mandom, mama nak aktif semula okey! InsyaAllah weekends ni nak pi klinik untuk check up. Selama pregnant ni baru 2 kali pergi klinik, routine check up pun belum start lagi, haiyaaa...


Thursday, August 15, 2013

Berhijrah lagi...

Kali ni tak jauh, ke negara sebelah saja. InsyaAllah untuk 3 tahun ini kami akan menetap di Pattaya, Thailand...
 
Bagi yang mungkin tertanya2 Pattaya ni kat mana, haaa boleh refer map kat bawah ni. Pattaya merupakan salah sebuah destinasi perlancongan di Thai. Kedudukannya yang berhampiran dengan pantai, sangat popular di kalangan pelancong asing, so ramai foreigners kat sini. Apa yang lebih penting bagi kami adalah kewujudan komuniti muslim yang ramai kat Pattaya ni, alhamdulillah memang totally tak ada masalah bab makanan halal, bersepah2 restauran atau kedai makan halal dan bekalan mentah berlabel halal pun mudah diperolehi, menjadikan life kat sini rasa lebih best, hehe...
 
Dari Msia, flight KLIA turun di Bangkok Airport ambil masa lebih kurang 2jam sahaja. Dari airport pulak boleh ambil teksi turun ke Pattaya, perjalanan lebih kurang sejam. Tak jauh pun dengan Msia, boleh laa balik selalu kan kan kan... 
 

Wednesday, August 14, 2013

Selepas setahun...

Aah dah lebih setahun blog ni tak ber-update, ditinggalkan sepi sendiri. Nak kata langsung tak jengah tu tak sebenarnya, kadang2 bila bosan saya bertandang juga ke sini, buka balik entries lama2 dulu, baca dan tersenyum2 keseorangan. Terlalu banyak kenangan indah yang tersimpan di sini, mana mungkin membuangnya jauh dari kehidupan, kan?!

Ermmm serasanya mulai hari ini, blog ni akan kembali aktif insyaAllah...

Kenapa? Sebabnya kami sekeluarga kini tidak lagi di Msia. Keluar dari kepongpong kesibukan di Msia selalu membuatkan blog jadi peneman. Sebetulnya kat Msia tu selain perihal masa, saya sebenarnya lack of idea, tak tau nak update cerita apa, pi mai pi mai tang tu jugak kan, almost setiap hari dengan rutin yang sama, yang semua orang kat Msia laluinya. Tapi bila dah tercampak di luar Msia, kehidupan dah kembali bertumpu kepada keluarga kecik ini saja, dan banyaklah perkara2 baru yang boleh dikongsikan di sini...

Moga2 semangat ber-blog ni bukanlah hangat2 tahi ayam yer, hihi...