Monday, December 6, 2010

Masak2 hari jumaat

Last friday was a hectic day for me, eh sat, rasa macam almost everyday pun hectic, hihi, kes perasan sibuk! Paginya lepas settle-kan hal anak2 dan kain-baju di ampaian, terus godek bahan2 nak buat inti karipap. Kemudiannya adun kulit karipap, campak2 masuk breadmaker dan tunggu siap uli. Lepas tidurkan Raziqh baru kelebek karipap, sebab inti yang baru masak tu masih panas lagi so habiskan dulu baki inti pau hari tu yang ada sikit ja lagi dalam fridge. Habis ja inti tu stop kejap, siapkan lunch dan bagi anak2 makan, lepas zuhur keluar pi baito(=parttime). Kat luar angin punyalah kuat, menderu2 bunyi sungguh menakutkan, hari khamis sebelum tu hujan seharian tapi jumaat tu dah cerah cuma angin kencang macam taufan. Kalau ikut hati ni malas dah nak keluar, risau anak2 demam atau selsema pulak nanti tapi sebab kena pi kerja dan beli barang, makanya terpaksalah selubung anak2 dengan baju 4lapis. Tu pun mata depa terkebil2 bila angin tiup kuat, tangan pun sejuk, haha padan muka, sapa suruh takmau pakai glove dan snowcap. Masa keluar jalan kat luar tu mama pegang tangan Rafiqh kemas2, takut pulak anak haku diterbangkan angin, eh tak tipu, serius angin kuat woo, tu pun rasa macam Rafiqh melayang2...

Balik dari baito tu singgah supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan the next day. Sebab nak cepat sangat mama terbeli baju yang besaq-gedabak untuk Rafiqh, haha, tak dan nak test dah, pakai capai ja, pulak tu saiz 110 yang paling kecik. Selalunya pun memang beli saiz 110 untuk dia, walhal tu saiz budak 4-5tahun rasanya, suka tengok dia pakai baju besar2 nampak laa besar dan matured sikit. Yang selalu dok beli saiz 110 tu baju, seluar still beli yang 95 atau 100, tapi kali ni beli set seluar+baju so baju tu ok laa boleh pakai, seluar tu saja terlebih panjang dan besar sampai ke dada haa, hahaha entah hapa2 mak hangpa ni, loqlaq! Tak pasai2 kena pi beli lagi, tak beli kang kesian pulak kat Rafiqh pi hoikuen(=nursery) takdak seluar casual, dok pakai jeans saja, tak selesa sangat nak main. Tengoklah esok ka lusa ka tulat ka nak pi nishimatsuya, tengok iklan kat tv kata ada winter sale, gaji mama masuk minggu depan, jom pi perabih duit mama ye anak2...

Balik rumah lepas kemas2 barang yang dibeli, buat banana mousse pulak. Memandangkan semalam adalah birthday Rafiqh, so mama niatkan nak buat 'kenduri' sikit untuk orang yang order foods, sambil2 tu nak promote new menu. Birthday party Rafiqh masih tak decide nak buat bila, maybe weekends ni atau next weekends kot. Kejap ja buat mousse tu sebab pakai blend ja semua bahan, senang amat, so sambung buat karipap semula. Anak2 dah tertidur dah time tu, penat kot, lega sangat mak depa dapat siapkan kerja dengan aman permai. Goreng halfcook karipap tu dan pack siap2 untuk yang di-order, bakinya buat minum petang. Bila dah ready blend bahan2 untuk nak masak esoknya tu baru prepare dinner...

Terasa macam nak makan chicken chop lah pulak, kes teringin tengok kat blog kaklong, anak2 menakan tu dok ratah ayam goreng oat, rasa nak test buat sebab senang ja resepinya. Jadinya malam tu kami dinner nasi, ayam goreng oat, kuah bbq dan coleslow, yummy!

Karipap ayam, juai2!


Banana mousse layer with choc cake...
Topping-nya simple je, cuma sagat tiramisu chocolate dan tabur. Tak dapat nak 'merasa', habis semua kat orang order foods, tu pun tak cukup sebab ada yang order nasi last minute, sapa2 tak dapat tu nanti akan diberi kemudian yer. Tapi sadis kesian kat 2R, masa dok buat tu depa tunggu tengok dan minta nak makan, mama kata tak siap lagi, tapi bila dah ready mama cakap tak boleh makan pulak sebab semua orang punya, gomen ne, mama warui ne(=sori ek, mama tak baik kan), nanti esok/lusa mama buat lagi ok...


Ayam goreng oat yang marvelous! Thanks kaklong for the recipe!!!

Bahan2:
ayam
1-2 sudu besar rempah kurma (I ganti dengan rempah masala)
garam
gula
tepung tenpura/tepung beras (I pakai tepung ayam goreng Radix)
oat

Cara2:
- ayam diperap dengan rempah, garam dan gula selama 1/2~1jam
- celup dalam tepung yang dibancuh dengan sedikit air
- golekkan dalam oat dan goreng dengan api yang kecil

4 comments:

Siti Mariam Hussain Zaki said...

Happy Birthday to my hero Rafiqh Tsuyoshi...be a good boy ok,walaupun pun skrg dah mmg good dah..:)
2r n 2s nasib baik tak ikut perangai abg bila nampak mainan kan..kalau tak mesti mama tukar jadi hijau sokmo...ehhehee
wah..cepatnya agh try..klong pun dok tgk nak wat pau ptg ni,kes teringin tgk agh punya..tupun kalau rajin,kalau tak esok je la..
bestnya tgk banana mousse layer agh tuh...klong tak pernah mkn pun lg,mesti mablessss kan..

Fith said...

kaklong,
kdg2 good kdg2 tak good pun,haha.takpa laa biasa la tu kan,mana nak cari yg sempurna.hrp2 membesar jd anak soleh laa kan,amin...
haha tau takpa,mujur takdak lg yg warisi genetik abang,kalau dak,huisshhh tak lalu dah area mainan2 ni,hahaha...
bukan takat try ja kaklong,2kali dah buat,hehe,sedap!
haa try laa buat mousse tu kaklong,sedap woo!

ummuharithasif said...

Happy birthday rafiqh..xjauh beza ngn usia harith...skolah thun sama la nnti ;) smoga rafiqh membesar menjadi anak yg soleh...penyejuk mata & hati ayah ibu...

sedapnya nmpk...terliur tgk msakan fith...wan lama dh xmsak sdap2..penyakit M sjak blk msia..hehe..

Fith said...

Wan,
aah diorg beza tak sampai sebulan pun kan...thanks ye.insyaAllah moga anak2 kita menjadi penyejuk hati kita...
ish tak sedap sgt pun,masak ala kadar,bukan pandai sgt.duk msia senang aje kan,boleh tapau2.lgpun wan dah keje,bz laa kan...