Minggu lepas cuma buat purin(=castard pudding), meron pan(=roti melon), mee rebus, choco muffin dan apam mitsuya cider ... Eh ada laa masak benda lain jugak, tapi takkan nak tunjuk semua pulak kan, ni bukan blog masakan :-p hahaha
Lately myLove agak sibuk kat ofis so selalu balik lambat, maknanya tak ada menu minum petang. Kebulur jugak kami dua beranak ni sebab skip menu petang, hahaha, malam2 pukul 7lebih dah dinner, tak tunggu myLove dah, lagipun Rafiqh ni pukul 8 dah tidur dah, bagi dia makan sekaligus I pun join sekali...
Buat Purin ni untuk oyatsu(=snack) Rafiqh. I beli yang segera je, balik rumah bancuh dengan freshmilk dan simpan dalam fridge. Modified sikit resepinya dengan lebihkan freshmilk, hasilnya purin tu jadi lebih lembut, dapat 4bekas je tapi sebab si ayah tak nak makan, Rafiqh dapat 3, mama dapat 1. Tu pun yang mama punya Rafiqh tumpang makan jugak, huh!
Minggu lepas tak berapa rajin nak buat roti, setakat buat meron pan je untuk breakfast... Sekarang ni kalau buat apa pun cepat sangat rasa mengah, nak2 kalau kena berdiri lama2, tu yang meron pan ni rupanya huduh semacam je, hahaha, tapi tak kesah laa kan, yang penting rasanya... Ni 2nd time buat, still tak puas hati dengan hasilnya. Next time boleh try lagi, yosh!
Dinner untuk jumaat I buat mee rebus. Jemu dah hadap nasi, nak makan mee la pulak. Mee rebus ni resepi mak, sedap dan senang je nak buat...
Dinner untuk jumaat I buat mee rebus. Jemu dah hadap nasi, nak makan mee la pulak. Mee rebus ni resepi mak, sedap dan senang je nak buat...
Bahan2:
mee kuning
2 sudu besar udang kering
7-10 tangkal cili kering
ubi keledek dan ubi kentang - direbus
bawang merah - dimayang
udang - direbus(ambil airnya untuk kuah, udang tu buat cucur)
air asam jawa
gula
garam
cucur udang
tauhu goreng
tauge
ubi kentang - direbus
telur rebus
daun bawang
bawang goreng
Cara2:
- goreng cili kering dan udang kering tanpa menggunakan minyak hingga naik bau
- kisar dengan ubi keledek dan ubi kentang yang telah direbus
- panaskan minyak, tumis bawang merah dan masukkan bahan kisar tadi
-masukkan air rebusan udang, air asam jawa, garam dan gula
-kuah ni tak terlalu pekat dan tak jugak terlalu cair, kena adjust kepekatan guna ubi keledek dan ubi kentang
Sabtu lepas I bawa Rafiqh jalan2 ke rumah junior lain pulak, jalan kaki je naik stroller, senaman laa konon. So bawa laa choco muffin sebagai buah tangan dan apam ni untuk minum petang bersama. Tragis sungguh choco muffin dan apam ni. Masa beli barang nak buat muffin ni entah macammana boleh pulak silap baca list, beli chocolate masakan tu tak cukup 100gm, bila nak buat baru gelabah, hahaha. Pandai2 je modified buh 50gm choco chips dan 50gm biskut oreo yang dihancurkan. Tambah jugak freshmilk 2 sudu besar sebab takut keras. Bila dah siap bakar, not bad laa rasanya. Bahagian atas tu memang garing sikit tapi dalamnya lembut macam kek biasa, fuhhh lega...
Ni resepi dari Yani - http://www.myresipi.com/top/detail/430
Senang sungguh nak buat muffin ni, lepas ni nak try buat pakai coklat masakan perisa lain pulak.
Apam ni resepi dari Onigiri - http://www.myresipi.com/top/detail/7447
Tak jadi laa pulak buat apam kali ni, tak cukup gebu. Rasanya kurang manis dan memang kuat sikit rasa mitsuya cider tu. Kena cuba lagi lain kali...
3 comments:
fith, pagi tadi buat muffin gune resipi tu. senang sgtkan. tak sampai 10min dah siap tunggu bakar jek. lembut plak tu. mak maira sempat mkn 2ketul jek, yg lain maira makan.
fith,balik2 keje tgk mee rebus fit tu,, aihhh, terliur.nak buat tp malas=)
Murni,
senang sangat kan murni kan.tak pernah lagi fith jumpa resepi muffin mudah gitu,tak payah pakai mixer pun,haha.
haa buat laa lagi,kesian mak maira makan 2 je,hihi
Yotte,
senang je yot,boleh try tu,buat weekends ni,hehe
Post a Comment