Monday, April 13, 2009

Weekends yang luar biasa...

Adoi, sengal satu badan, sakit sungguh sampai sekarang dok rasa lenguh2 lagi ni. Gara2 sabtu ahad yang terlebih produktif, kami pulun mengemas rumah! MyLove kata minggu ni dan minggu depan dia akan kembali sibuk, so ambil kesempatan hujung minggu lepas je laa untuk mengerah dia buat itu ini. Kalau tak sebab mengandung, memang semuanya I buat sendiri, nak panjat sana sini ker, nak angkat kotak2 berat ker, nak alih perabot ker, semuanya beres je. Tapi dalam keadaan sekarang ni, tak nak laa ambil risiko kan. Jadinya bila buat kerja tu, kadang2 halfway je then stop, tunggu myLove lapang sikit baru minta tolong apa yang patut, lepas tu baru boleh sambung... Apapun, puas hati sangat sebab mostly semuanya dah hampir settle. Tinggal sikit2 je lagi...

Mesti orang hairan, apahal laa yang sakan sangat mengemas ni kan? Bersepah sangat ker rumah tu? Aah, memang bersepah pun. Masa winter malas sungguh nak mengemas, selalunya buat ala kadar je, nak2 pulak dok mabuk2, lagilah tak terbuat. Bila tangguh2 jadi macam ni laa kan, sekali nak kemas tu haa hambik, berlambak!

Sekarang ni pulak Rafiqh dah boleh bergerak bebas, dah pandai buka pintu2 bilik, makin hebatlah aktiviti memunggah dia. So semua rak2 terbuka tu kena buh kotak khas supaya dia tak boleh nampak apa benda yang tersusun dalam tu. Kalau tak buat macam ni alamatnya mama tak ada kerja lain selain mengemas rumah ja laa, tak payah masak, tak payah membasuh laa jawabnya... Bukannya sikit rak2 yang perlu dikemaskinikan tu, mengah jugak laa...
Kelengkapan dapur pun kena kemas jugak, stok2 makanan perlu disusun balik, sebab dah tak lama lagi orang lain pulak nak take-over kan, kena laa susun semudah mungkin, yang bahan2 tak cukup tu dah siap2 kena top up, nanti2 senang laa dia nak memasak... Sambil2 tu kena buat list balik nanti nak kena beli tambah apa2 yang dah tak ada, balik pun setahun sekali, time tu je laa nak memborong perkakas dapur ni...
Hish kalau nak cerita semua, memang banyak laa. Tu yang berminggu ambil masa tu...

Hari sabtu tu sebab sakan sangat mengemas, lunch pun cincai ja laa, buat nasi goreng je. Malamnya myLove dinner kat luar, ada farewell party so I cuma makan baki nasi goreng siangnya. Senang!

Hari ahad pulak, disebabkan sabtu dah terlampau penat, walaupun dah tidur seawal 9malam, subuh tu terlajak lewat bangun. Nasib baik tak terlepas subuh. Bila nak sambung tidur, mata ni dah rasa tak mengantuk, sambung mengemas lagi. Dekat2 pukul 7 masuk dapur on-kan laptop dan sediakan sarapan, goreng cekodok pisang. Lepas breakfast, my juniors cakap nak datang beli tudung, fikir2 nak jamu apa terus teringat dah lama nak try buat slice cheese cake. Pukul 9.30 siap dah! Taraa... Resepi ni diambil dari myResepi...

Bulatan tak lengkap selepas di-ngap...




Sangat gebu tapi rasanya tak mengancam macam cheese cake biasa. Kena modify balik next time kalau nak buat lagi...

Bahan2:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70gm butter/marjerin
4 biji telur saiz M
70 gm gula
70gm tepung gandum - diayak
beberapa titik esen vanila

Cara2:
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue - dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

* I bakar biasa je, tak buat cara bain marie/double boiler tu pun...

Untuk lunch pulak buat ikan masak masam manis dan telur bungkus...

Bahan2:
Ikan
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Bawang besar - didadu
Bawang putih - dicincang
Halia - dihiris
Cili boh
Sos cili
Sos tomato
Sos thai/nampla
Gula
Garam
Mix vege

Cara2:
- salutkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, goreng hingga garing dan angkat
- panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia
- masukkan cili boh, masak hingga hilang bau
- tambahkan sos cili, sos tomato dan sos thai, masukkan garam dan gula
- masukkan mix vege, siap

- tuang atas ikan tadi...

Telur sebelum dibungkus


Telur selepas siap dibungkus...

Simple je hidangan lunch kami... Sambil2 makan tu tengok movie fast & furious 4... Macam ni laa weekends kami biasanya, banyak habiskan masa kat rumah je...

3 comments:

Ina said...

ligat betul la makcik sorg ni. baca entry ni je dh penat. tp seronok kan laju je wat keje n byk benda siap sekali harung. kalau kiter siap nk wat kek tetiba je tu jgn harap la. kene kumpul semangat dlu baru buat hehe. nk jd ligat mcm fith gak la hehe ;P

kew_chop said...

aahla,ligat betui mak buyung ni wat keje. bagus betui.. tapi rase puas hatikan bile wat keje sendiri n bile dah setel rase sgtla kagum ngan diri sendiri. apapun, kene hati2 gak yea. bile fith nk balik mesia..

Fith said...

Ina,
haha ligat apanya,gini je laa selalu pun.sebenarnya mostly bahan2 benda yang nak try buat tu dah sedia ada,tu yang laju je boleh siap.kali tak berkebun,byk laa masa terluang.kalau berkebun ni asyik dok belek tanah,biji benih dan hasil tanaman je laa,pasni ina keje belek benda2 tu kan,hehe.

Murni,
lamanya tak dgr khabar.lepas ni boleh baca update2 pasal baby laa yer,bestnya.rindu nak baca blog murni ni,haha.
tuh laa kan,nak harap sapa lagi nak buat,kita je laa nak kena tunggang terbalik pun,yer tak?
thanks ya,insyaallah sentiasa hati2.fith balik bln 6 ni tapi tak kettei lg tarikh,tiket baru nak usha2.