Thursday, August 26, 2010

Caramel cheese pudding


Semalam berjaya buat puding karamel cheese. Ni 1st time buat puding karamel, actually I'm not a fan of caramel thingy and I'm quite fussy when it comes to puddin. Bila sebut puding, mesti kena buat lembut2, kalau keras memang tak layan laa, manis sangat pun takmau, kena sedang2 elok ja, orang kata manis buah, haa baru syiok! Banyak cikadak sungguh kan, sebab tu kalau tetiba rasa teringin nak makan baik ler buat sendiri...

Yang buatkan tergerak hati nak buat puding karamel ni ialah beberapa hari sebelum ramadhan hari tu terjumpa laa resepi ni kat myR, dah siap2 bookmark dan cadangnya nak buat laa sebagai hidangan moreh. Tangguh punya tangguh, baru semalam dapat buat. Memang superb marvelous, sedap taraf 10bintang punya dessert! Kalau sapa2 yang minat cheese dan puding, memang I susume(=recommend) teramat sangatlah ni, cuba laa, sure suka punyalah. Rasa macam makan cheese cake pun ye jugak, lembut gebu, aduhhh sedap sungguh!

Nak buatnya pun tak susah sangat, adun bahan2 dalam 10minit ja, selebihnya tunggu siap bakar dan sejuk sebelum boleh ngap. I buat separuh dari adunan asal, modified sikit sukatannya, ni resepi ori, credit to Yani...

[Karamel]
30 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

[Puding]
90 gm cream cheese
30 gm gula
2 biji telur
225 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara2:
- untuk karamel - panaskan gula dan 2 sudu kecil air hingga perang. Masukkan 2 sudu besar air suam dan tuang ke dalam acuan yang sesuai.
- pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi.
- panaskan susu hingga hampir mendidih. Tuangkan dalam adunan cheese tadi, kacau sekata.
- tuang adunan ke dalam acuan berisi karamel tadi. Alas loyang dengan bekas lain yang berisi air.
- bakar 160darjah selama 40-45minit.

Selalunya Rafiqh dan Raziqh suka makan cheese tapi puding ni tak layan laa pulak. Petang semalam suap depa makan, dua2 orang makan sesudu saja, bila nak suap lagi Rafiqh cakap taknak, Raziqh pulak tak buka mulut, bila tanya "nak lagi?" dia geleng kepala, bila tanya "mou ii?(=dah ka?)" dia angguk, haha lawak tengok reaksi muka dia, musykil jugak awal2 tu, ish takkan tak sedap kot, bila sendiri dah rasa, uishhh sedap amat, habis dah semua mama makan, tapi pelik laa pulak awat depa takmau, ermmm... Takpa, lepas2 ni nak try buat puding karamel biasa laa pulak...

6 comments:

mysara said...

suka puding karamel.. bakar masuk oven eh fith? ingatkan kena kukus... boleh la try nnti :)

Fith said...

my,
aah pakai oven,guna double-boiler style.try2,mmg best laa,fith yg kurang suka puding karamel pun terus suka,hehe

Heartilyina said...

kiter plak xsuka puding karamel sbb mcm hanyir. tp tgk resepi fith ni xbyk pakai telur pun plus dia cheese kan. lain la sket dgn puding karamel biasa tu. leh la cuba nnt ada lg stock cheese tu :D

Fith said...

ina,
aah kdg2 tgk resepi byk telur fith pun gerun takut hanyir.yg teringin resepi ni sbb cheese tu je,hihi.try laa,fith rasa mmg sedap laa puding ni,rasa mcm cheese cake je,cheese cake basah2...

srar said...

salam kak fith,

terima kasih utk resepi ni..saya dah cuba dah..sedap, saya suka..senang jugak rupanya nk wat puding ni..heheh

apa2pun terima kasih ya..

Fith said...

srar,
salam,no prob sis.sedap kan?
tu lah,akak pun baru tau senang je rupanya buat puding karamel ni,hehe...next time boleh try yg versi kosong pulak,tak buh cheese..