Tapi sayangnya banyak resepi yang ada dalam blog ni I just link-kan ke blog/web orang especially myR instead of salin balik, sekarang ni bila dah tak boleh access ke certain web(myR obviously) rasa ralat sangat2, huhu. Hopefully myR akan pulih segera cause I tengah aim nak salin semua resepi2 tu balik in my notebook... Tak dinafikan banyak sangat blog2 masakan sekarang ni tapi I lebih prefer myR, mungkin sebab senang nak check resepi dalam tu, bila buka folder berlambak2 yang keluar. As for blog, kadang2 tu nak load pun lambat, nak cari resepi pun agak leceh. Ok, enough babbling, hehe. Jom tengok foods beberapa hari ni...
Dah agak lama tak buat burger, dari awal minggu plan nak buat tapi bertangguh2 hingga laa petang jumaat baru dapat buat. Tepung untuk buat roti wholemeal ada berlambak lagi sebab jarang sangat pakai, so roti burger kali ni campur2 tepung, adehhh bila laa nak habis, macam tak luak pun tengok...
Rasanya dah pernah letak resepi bun ni dulu...
Balut sosej dalam telur dan apit dengan salad dan slice cheese, yummeh!
Dinner jumaat lepas masak asam pedas ikan pari dan ayam bakar mayonis berempah. Asam pedas kali ni cuba resepi dari my sis-alang, marvelous! Thanks alang!
Bahan2:
ikan pari atau apa2 ikan
minyak untuk menumis (letak banyak)
*bawang merah
*bawang putih
*halia
*serai
*lengkuas
*kunyit(takdak so ganti dengan serbuk kunyit)
*belacan
biji sawi
halba
cili mesin
air asam jawa
garam
gula
tomato
Cara2:
- bahan2 bertanda * dikisar
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama biji sawi dan halba
- masukkan cili mesin dan masak hingga kemerahan, tambah air sikit2 dan masak lagi
- masukkan air asam jawa, ikan dan garam gula, akhir sekali tomato
Masa tengah panaskan minyak, terdengar orang dok buat kerja kat luar pintu rumah, bila jengah keluar nampak obachan(=nenek) bawah ni dok membasuh tangga, so offer nak tolong dia jirus dengan air. Memasak sambil buat kerja lain dengan nak pantau 2R takut depa keluar rumah lagi, adehhh lupa nak buh biji sawi dan halba, hahaha, tomato pun tak buh sebab lupa beli. Tapi takpa, hasilnya tetap terangkat!
Ayam bakar mayonis berempah...
Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lumur sedikit rempah kari. Salut dengan mayonis dan bakar atas pan bertutup hingga garing...
Menu jualan semalam buat nasi hujan panas, ayam masak merah, daging black pepper dan acar timun/jelatah. Nasi tu masih tak cantik, kena prektis banyak2 kali lagi untuk hasil yang lebih baik, dari segi rasa ok kot, hehe.
Menu jualan semalam buat nasi hujan panas, ayam masak merah, daging black pepper dan acar timun/jelatah. Nasi tu masih tak cantik, kena prektis banyak2 kali lagi untuk hasil yang lebih baik, dari segi rasa ok kot, hehe.
Bahan2 untuk nasi:
beras dibersihkan dan ditos
minyak sapi/butter
*bawang merah
*bawang putih
halia
perkakas 4beradik
susu cair/freshmilk
garam
kismis
gajus
pewarna
Cara2:
- * dikisar
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama halia dan perkakas 4beradik hingga naik bau
- masukkan susu dan garam
- masukkan dalam rice cooker dan masak
- lepas dah masak, buat 3lubang guna chopstik dan tuang satu pewarna dalam setiap lubang, tabur kismis dan gajus
- bila dah nak makan baru gaul nasi
Hari ni kami lunch kat kedai sushi, hajatnya nak pekena udon(laksa jepun?!) tapi tengok orang punyalah ramai dok beratur, terus cancel. Makan sushi kat kedai sebelah. Habis lunch pi join meeting PAMY, kami ni bukan ada kena-mengena sangat pun, pi tunjuk muka ja sambil2 dengar depa tu merapu, haha. Habis meeting pi mengisi perut(lagi?), ada jamuan kohaitachi(juniors) 3rd years tajaan MARA buat, ni 1st time makan laksa Johor, sedap! Tapi tak makan banyak sebab perut masih kenyang. Untuk jamuan ni I buat banana cake with banana mousse on top, ni resepi pepandai reka sendiri. Suka sangat sebab kohaitachi ramai yang kata sedap, yokatta ne, hehe...
rupa kek dari pandangan atas...
rupa kek dari pandangan sisi, tak nampak sangat ada kek kat layer paling bawah sebab mousse tu turun celah2 ruang. Buat kek dalam acuan lain dan potong 2 untuk masukkan dalam tupperware, baru tuang mousse atasnya...
yang ni buat direct dalam loyang bulat, tak ada gambar lepas kek dipotong sebab segan nak snap kat rumah orang. Bawa kek ni dengan loyang2 sekali tadi...
Resepi kek pisang dan mousse ni pernah letak dah dalam blog. Juniors yang bertanya, kalau tak jumpa cari boleh tanya nanti yer...
3 comments:
sedapnya! kalau dok dkt2 dgn fith kalau time malas ya rabbi nk msk boleh la order. ni dpt telan air liuer jela hihi. kiter nyesal plak xbuh resepi2 yg dh try. kiter ni mmg pemalas nk tulis resepi. rasa mcm buat homework yg plg xdisukai je hihi. sementara nk hbs tulis resepi tu rasa hazab nyaaa haha. kalau ada org mntak br bubuh kemudian. tp skrg ni nk msk blk terpaksa terkial2 cari semula resipi. tp kalau nk dpt yg sama mcm kt myR susah la sbb org lain pn xramai yg salin buh kt blog huhu.
alaa Kak Fith,hari tu nas lupa nak order nasik hujan panas.bila teringat dah tengahari sabtu.huhuuuuuuuu...teringin nak makan.
next time Kak Fith jual wajib order ni!hehe
ina,
tu laa ina,skrg ni tak leh nak cuba resepi2 baru,byk fith bookmark tp semua takleh tgk dah,sedih!
sama lak kita ye,malas gak nak menyalin,tu yg dok bookmark je,haa skrg ni baru kalut nak masukkn dlm buku,hadoiii sabaq2!
nas,
hehe insyaAllah minggu dpn ni pun nasi hujan panas kot,kena tgk permintaan,saikin taktau nak letak menu apa,main taram ikut diorg nak je.haa boleh2,try nanti yer,hehe tq!
Post a Comment