Wednesday, February 9, 2011
Sayounara!
Rasanya kali ni paling lama tinggalkan Nihong, all this while paling lama pun balik adalah setiap kali balik bersalin iaitu sekitar 3bulan. Bye2 nihong, mata ne!(=jumpa lagi!)
Semoga Allah permudahkan urusan perjalanan kami ini, moga anak2 behave sepanjang perjalanan, moga selamat sampai Malaysia. Doakan untuk kami jugak ye. Oh btw, mungkin blog ni tak ber-update untuk beberapa minggu. Selepas myLove takdak baru ada kelapangan barangkali. Sehingga bertemu lagi...
Sunday, February 6, 2011
Settle dah packing!
Alhamdulillah dah siap pos dah barang2 ni ke kuukou(=airport), before naik flight nanti just pi ambil barang dan check in saja. Phewww lapang otak bila dah siap pos barang2 ni, selagi tak pos, selagi tu dok rasa macam tak selesai lagi mengemas, serabut! Tengahari tadi orang takyuubin(=poslaju) mai ambil barang...
Wednesday, September 22, 2010
Penerbangan Air Asia ke Jepun
Oh honestly I tak ambil port sangat pun pasal ni cause the flight is just available for Narita Airport which is in Tokyo, jauh maa. Lain arr kalau AA buka kat Fukuoka Airport kan, haa time tu boleh ler I nak berangan2 balik Malaysia setiap 6bulan sekali, hiks.
Dulu2 masa I masih student, ada je flight KLIA-Fukuoka, senang giler, boleh keluar rumah awal pagi, naik shinkansen(=bullet train) sampai Hakata station, naik bas terus ke airport, flight biasanya pukul 11lebih. Memang sempat sangat, boleh releks lagi on the way tu. Tapi dek kerana kurang sambutan(kot), tak lama lepas tu MAS dah takdak dah kat Fukuoka, international airport paling dekat nak kena tuju everytime nak balik Malaysia adalah Kansai Airport kat Osaka. Tak best langsung!
Kalau masa takdak anak lagi no hal laa, boleh ke Osaka sehari sebelumnya, lepak2 sana atau pun naik bas malamnya then sampai Osaka awal pagi tu, sempat je lagi nak rush ke airport. Tapi kalau dah ada anak ni, nak bawa ke Osaka sehari awal pun renyah sebab nak kena naik-turun densya(=train) untuk ke hotel selepas dah naik shinkansen 2jam lebih, pernah merasa dah sekali dulu, perghhh penat taktau nak kata. Kalau nak naik bas lagi laa muri(=mustahil), 6jam perjalanan woo. Solution yang kami ada setakat ni ialah dengan bawa kereta sampai airport, adehhh penat toksah habaq laa kan, bawa budak2 naik kereta untuk perjalanan 6jam++, memang pengsan laa. Tapi nak buat macammana dah takdak choice, cumanya lepas2 ni dengan 2budak ni memang nak fikirkan solusi lain laa, kalau boleh takmau dah travel ke Osaka setiap kali nak balik Malaysia...
Dengan itu, harap2 sangat laa AA akan buka servis depa kat Fukuoka jugak tak lama lagi. Tak payah laa buat penerbangan seminggu sampai 3-4kali, memang laa tak dapat sambutan, acu buat sekali atau 2kali ja, gerenti ramai yang naik, hehe...
Kalau tengok price memang murah laa tiket AA ni kan, even dah campur2 tax lainnya pun I'm sure masih jauh beza dengan MAS. Cuma nak kena tengok dari segi servisnya laa pulak. Kalau baik dan selesa, memang bagus sangat lah, bagi saingan sikit kat MAS tu! Cadang2nya tahun depan nak balik bercuti, alangkah indahnya kalau time tu dapat tiket murah, boleh laa balik lamaaaaa, muehehehe...
Thursday, October 1, 2009
Back to Nihong...



Friday, July 10, 2009
Cerita stroller
Masa pregnant-kan Rafiqh 6bulan++, I dan myLove ke Tokyo untuk uruskan pasport baru I(masa ni laa kenal dengan Ida-mamaAiman, hubby Ida ni kawan se-batch myLove sejak zaman AAJ dulu2). Kami ke sana naik flight, so masa nak balik dari Haneda ke Ube tu kami nampak seorang ibu bawa baby dalam stroller, tak lama sebelum masuk plane tu pramugari datang ambil stroller dia, dari situlah kami tahu bahawa boleh bawa masuk stroller sendiri dalam plane.
Masa balik Malaysia last year, kami tak bawa stroller pun tapi pihak Kansai Airport sediakan stroller baby. Masa tu pulak kami nampak a couple with a baby yang siap bawa car-seat baby lagi dalam plane. Memang pernah baca boleh bawa car-seat for long journey travel tapi tak sangka laa pulak car-seat tu yang jenis biasa2 attach kat kereta tu, I thought kena beli yg khas untuk plane(jenis 2 in 1, stroller and car-seat)...
Bila Murni tanya tu, I terus call agent MAS kat Osaka, but they didn't know about that, so they told me to ask Kansai Airport's check in counter. I pun called staff kat check in counter MAS, dia kata boleh bawa stroller masuk cabin, even nak bawa car-seat pun dibenarkan. Lega laa bila dengar... Kot tetiba kata tak boleh, rugi je beli stroller tu, tu tak apa lagi, bab nak mengusung si Rafiqh ni mau pengsan I dibuatnya, hish tak dapat nak dibayangkan...
Masa nak check in tu just inform petugas kaunter yang I nak guna dan bawa masuk my own stroller. So nanti dia akan sediakan borang untuk ditandatangani dan juga tag untuk dilekatkan pada stroller untuk proses claim setibanya di KLIA nanti. Prosesnya tak susah, memang lebih mudah kalau ada stroller ni sebab nak berjalan dalam KLIA tu amatlah memenatkan...
Stroller boleh digunakan hingga departure gate, lebih kurang 15minit sebelum boarding tu pramugari akan datang untuk ambil stroller. Perghh masa ni memang penat laa dok kejar Rafiqh. Mentang2 lepas bebas berjalan, bercanak dia lari... 15minit tu terseksa sungguh, haha...
Setibanya kat KLIA, kami keluar dari plane paling lambat sekali. Tapi tu pun terpaksa tunggu lama untuk dapatkan stroller, berpeluh2 laa jugak tunggu depan pintu plane tu, time ni laa Rafiqh moody, kepenatan dan kepanasan...
Tu je laa kot serba sedikit info berkaitan stroller...
Saturday, June 27, 2009
Cerita basi...
Entry kali ni cerita semingggu yang lepas, dah basi dah laa, hahaha... Perjalanan pulang ke Malaysia alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tapi of course sangat amatlah memenatkan... Kami bertolak dari Ube pukul 12malam dan sampai di airport pukul 7 lebih. Berhenti rehat(read:myLove tidur) 2kali kat service area. Dekat2 nak sampai airport tu tak tau kenapa Rafiqh ni muntah pulak. Nak kata tak sehat, sehat je badannya tapi mungkin kurang selesa tidur-bangun-tidur-bangun, dalam perjalanan jauh pulak, aduhai nasib baiklah dia tak meragam lepas muntah tu. Sepanjang perjalanan dari Ube ke Osaka, Rafiqh tidur dalam car-seat yang disewa sekali dengan kereta. Kami sewa Prius je, alhamdulillah selesa laa untuk perjalanan jauh. Lepas dah salin semua baju, setiba di airport kami tunggu masa nak check in. Kali ni nasib kurang menyebelahi I, barang yang I bawa semuanya 40kg, limit untuk kami berdua cuma 35kg, so kena laa buang 5kg. Tu pun nasib baik petugas tu kira cincai2 so tak banyaklah yang kena keluarkan, plus I kan bawa stroller masuk cabin, sepatutnya stroller tu ditimbang sekali dengan barang2 tapi petugas tu tak kira. Fuhhh lega... Hari tu a friend of mine-Murni ada tanya pasal stroller masuk cabin, so nanti insyaAllah I'll write about this later...
Kami masuk ke departure hall pukul 10, 10.40pagi dah masuk plane. Mula2 tu masa check in I requested seat dekat tingkap dan nak bassinet. Disebabkan plane tak penuh, petugas tu bagi 2seats with bassinet, syukur sangat. Elok masuk je Rafiqh terus tertidur, tak sempat nak take off pun lagi, penat sangat agaknya. Bila dah berlepas baru laa pramugari pasang bassinet tapi malangnya Rafiqh tak muat, kaki panjang sangat, hahaha. Untuk lebih selesa, kami tukar seat dan dapatlah 3seats, selesa laa kan, boleh laa Rafiqh nak main. Dekat pukul 1 baru dia bangun, elok je I dah habis lunch, so bagi dia makan dan main2. Mujur laa dia tak nakal dan lasak dalam plane tu, dia melukis dan baca buku, main itu ini tak turun seat pun, perghhh lega. Tapi mulutnya bising tak hingat laa, bercakap dengan pramugara/pramugari dan passengers lain.
Lebih kurang pukul 3 dia tertidur balik. Sempat laa mama nak rest dan tidur sama. Pukul 4 lebih dia bangun, lepas minum petang dia poop, part ni sadis sungguh, hehe. Memang susah laa nak salin pampers budak dalam plane, kalau baby tak apa laa lagi kan. Tapi nak buat macammana, dah dia makan itu ini takkan tak membuang pulak. Nasib baik laa sekali je...
Lepas dah landing, kami keluar paling lambat sebab tau stroller akan keluar lewat tapi tak laa sangka punya laa lambat. Dah laa kena tunggu luar plane yang panas membahang, so Rafiqh dah mula meragam sebab panas. Bila dah dapat stroller, sebelum pemeriksaan kastam tu kami kena buat pemeriksaan suhu badan, prosedur untuk influenza H1N1 tu, Rafiqh yang resah dan bad mood kena tahan sebab suhu badan agak tinggi, cecah 37.5, dia disyaki demam. Lepas 3kali buat pemeriksaan suhu badan yang memakan masa dekat sejam tu baru laa Rafiqh dilepaskan. Masa nak pi ambil barang2, kaunter pun dah tutup. Kena laa pulak melilau cari barang, ces. Elok keluar je memang dah rasa penat sangat. Kalau boleh nak je balik Ipoh terus, tapi since my in laws ada kena laa lepak2 sembang dulu. Bertolak balik Ipoh dan sampai hampir pukul 10malam.
Itu saja laa ceritanya. Secara keseluruhan I considered Rafiqh behave well. Cuma keadaan diri I sendiri yang dah heavy pregnant buat I jadi kurang bertenaga...
Friday, June 19, 2009
Balik kampung...
Kalau beberapa bulan lepas I bercadang nak ke Osaka dengan shinkansen(=bullet train), then bermalam di hotel sebelum pagi esoknya bertolak ke airport, plan tu di-cancel sebab tak dapat persetujuan dari myLove. Macam yang I pernah mentioned dulu, dari sini nak ke Shin-Yamaguchi station hampir sejam menaiki kereta, then naik shinkansen ke Shin-Osaka station perjalanannya 2jam, tu tak apa laa lagi, yang jadi masalah buat I ialah dari Shin-Osaka nak ke hotel tu, last year masa balik Malaysia kami lompat2 tukar train tu dah makan masa lebih 2jam, memang penat nak mampuih, dah laa bawa Rafiqh yang masa tu 10bulan pakai sling je, fuhhh... I ni kalau tengok orang ramai2 dalam train station yang besar tu, terus rasa blur dan gelabah. MyLove faham sangat dah perangai I ni, tu yang I tak sesuai dok bandar2 besar, spesis orang kampung je, hahaha...
MyLove ambil keputusan untuk hantar kami dengan kereta sampai airport, alhamdulillah rasa mudah sikit perjalanan tu nanti... Memandangkan Wish dah pun dihantar balik Malaysia, so yang tinggal hanya evo je, terpaksa laa myLove sewa kereta untuk perjalanan malam ni. Evo tu dah sah2 laa manual, jenuh penat myLove nak drive 6jam lebih sorang2. Tak ada ETC pulak tu, nanti toll highway jadi mahal so better sewa je laa kereta, lebih berbaloi. I sendiri pun tak sanggup nak naik kereta sport dalam keadaan sarat macam ni, terhenyak2 perut dek spring yang keras... InsyaAllah kami akan bertolak tengah malam nanti, budget sampai airport esok pagi, sempat laa myLove rehat2 baring dan tidur sekejap sebelum dia bertolak balik sini semula...
Setahun yang lalu, cadangnya tahun ni I balik dengan Rafiqh ke Malaysia sebulan je, balik untuk uruskan kereta dan menghadiri majlis walimah alang. MyLove balik lebih kurang 2minggu... Tanpa disangka Allah nak bagi rezeki lebih tahun ni, I pregnant dan dijangka bersalin beberapa hari sebelum majlis walimah alang yang sebenarnya dijadualkan awal bulan 8. Awal2 tu kalut laa jugak semua orang sebab nak kena adjust balik timing tu kan. Rasa bersalah laa jugak kat alang, tapi myLove dan I dah kata abah mak boleh proceed plan tu seperti yang dah dipersetujui, as for me and the baby tak payah laa risau, pandai2 laa kami nak fikir. Tapi being abah mak yang kasihan kat I kalau I tak sempat nak makan nasi kenduri alang, so lepas bincang2 mereka perawalkan majlis lebih kurang 2minggu. Memang serabut jugak mulanya, mana dengan rumah baru yang masih dalam pembinaan dan ada masalah pulak dengan kontraktor hingga rumah tu siap beberapa bulan terlewat dari jangkaan, dengan nak pindahnya, dengan nak prepare majlis walimahnya, dengan abah yang baru bertukar ke JB-nya, hish macam2 laa... Slowly Allah buka jalan mempermudahkan semuanya, so sekarang everything backs to normal. Rumah dah siap, family dah settle pindah, abah pun insyaAllah akan pindah balik duk dekat2 Ipoh, persiapan alang pun dah banyak yang siap dan I sendiri dah nak balik pun, hihi...
Sebenarnya dari awal lagi kami dah minta abah mak carikan maid untuk 2-3bulan, kami akan bayar gajinya. Bukan nak kerah dia buat segala kerja, cuma nak dia boleh basuh, sidai dan lipat baju, mengemas rumah lebih kurang dan tengok2kan Rafiqh. Mak tak laa penat sangat nanti, nak jaga orang dalam pantang ni rumit woo, buatnya baby pulak jenis meragam, berganda2 penatnya. Tapi mak berkeras tak nak pembantu, nasib baik laa alang kena praktikal kat hospital Ipoh, sedikit sebanyak tu ringan laa jugak beban kan... Dulu masa bersalinkan Rafiqh, my sis-ateh tengah tunggu results SPM, dia laa yang jadi bibik. Time tu pulak cuti sekolah, achik dan adik boleh jugak nak harap buat itu ini...
Dari plan nak balik sebulan je terus up naik jadi 3bulan... Walaupun pregnancy kali ni tak dirancang, tapi alhamdulillah, rezeki setiap anak tu Allah dah tentukan, setakat ni semuanya nampak berjalan baik... Tak kesahlah walaupun pantang tu terkena time ramadhan pun, I don't mind nak ganti puasa, insyaAllah just a small matter!
Balik kali ni nak kata excited sangat tu tak laa, sebab balik berdua je, somehow sedih dan gembira tu bercampur-aduk. Tapi tak laa sampai rasa tak nak balik, hehe. Alah lagipun baik my own family mahupun in laws semuanya beriya2 nak jumpa Rafiqh, bukan meraikan I pun, cet! Semua pakat dok kira hari sebab tak sabar nak tengok si Rafiqh, mama Rafiqh tolak tepi dah sekarang ni... Mungkin jugak tak teruja sangat tu disebabkan kondisi kesihatan yang kurang memberangsangkan. Sejak jumaat lepas badan ni selalu sakit2, due to over sangat buat kerja agaknya. Perut pun makin besar, masalah pernafasan dah jadi masalah utama lately. Kerja2 menyental, vacuum dan lap perabot rumah semua I buat ala kadar je, dah tak boleh nak paksa diri sebab takut terberanak pulak. Sakit bahagian perut especially perut mengeras tu dah makin kerap terasa, in fact sakit2 kali ni lebih teruk compare to masa pregnant-kan Rafiqh dulu. Walaupun I tak tahu ni contractions ker hapa, tapi I assumed this is so normal for preggy mommy. Setiap kali ada waktu senggang tu memang I akan guna untuk rehat secukupnya. Kasihan kat Rafiqh sekarang ni dah tak boleh nak main lasak2, tapi I janji kat dia kalau dia behave, balik Malaysia nanti I bawa dia keluar setiap hari dan belikan toys banyak2. Hahaha, memang ler kan, banyak urusan nak kena buat, mesti laa keluar setiap hari. Bab toys tu ayah dia dah bagi peruntukan belikan barang2 untuk dia main, hehe, mama pun pandai auta jugak...
Nanti dah 2-3hari sampai Malaysia baru boleh nak update lagi blog ni...
Apa2 pun, semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan moga semuanya selamat... Tolong doakan buat kami yer...
Monday, May 25, 2009
On Rafiqh's stuffs & Travel with a toddler...
Kurang sebulan je lagi dari sekarang kami dah nak balik Malaysia, lalalalala... Tiket pun dah booked, penerbangan dari Kansai Airport, Osaka ke KLIA pada 20jun nanti, insyaAllah... Lagi sebulan nak balik tapi barang dah hampir siap kemas dah, hahaha, nampak sangat beriya tak sabar nak jejakkan kaki ke tanah air kan, cuma yang tak bestnya myLove tak balik sekali, huhu. Tapi tak apa laa, tak sampai sebulan kemudian myLove balik jugak, walaupun setakat 2minggu je, hihi. Macam biasalah setiap kali balik mesti bawa barang punya laa banyak. Kali ni bawa 1 kotak dan 2 beg(beg barang Rafiqh+baby dan beg barang mama). Limit 35kg je, harap2 tak terlebih banyak ler, hehe... Sebelum2 ni I was lucky enough, bawa lebihan muatan pun tak pernah disuruh buang/bayar, tapi kali ni rasa cuak laa jugak, sebab dengar2nya macam strict je diorang sekarang...
New shoes, all this while dok pakai sandle tok-tet tu je, so ayahnya belikan kasut untuk dia, ayahnya kata apa kelas naik plane pakai seliper, hahaha...
Talking about travelling with a baby/toddler, InsyaAllah this gonna be my 3rd time travel back to Malaysia with Rafiqh, and the 2nd time travel alone with him. 1st time dulu masa nak bawa dia balik ke sini sejurus lepas bersalin. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan, tapi masa tu dia masih baby, umur belum pun cecah 2bulan so memang agak senang laa sebab dia masih banyak tidur. Last year balik ayahnya ada, dia pun masih belum boleh berjalan, kurang melasak lagi kalau nak dibandingkan dengan sekarang, dan yang paling utama masa tu pun dia masih banyak tidur. Sekarang ni jarang2 sangat nak tidur 2sesi waktu siang, so this time I guess it's gonna be more challenging than previous. Terdetik jugak sedikit rasa risau kot2 dia restless pulak lama2 dok dalam plane kan. Nak2 pulak dengan I yang tengah sarat, fuhhh harap sangat dia boleh behave. My maternal instinct keeps telling me that he will be a good boy though, just like usual, insyaAllah...
Pendekatan paling simple yang I selalu gunakan ialah "bercakap", sejak berbulan2 lepas I dah mula bagitau dia tentang journey kami ni. Sekarang ni hampir setiap hari I akan ulang cakap benda2 yang sama supaya otaknya proses segala info tu sebaiknya. I akan gunakan masa ketika dia tengah minum susu sebelum tidur, time tu otak dia dah rehat dan dalam keadaan tenang, agak2 dia dah nak lelap tu, dalam tidur2 ayam gitu I akan ulang lagi cakap apa2 yang I nak dari dia. Sejak dia baru lahir pun I dah guna cara ni, somehow rasa sangat berkesan. Contohnya macam masa nak bawa dia balik sini dulu, I told him to just sleep all the way back to Japan. Memang betul pun, dekat2 nak naik plane tu dia tidur sampai laa dekat2 nak sampai. Tapi before dia tidur tu dia dah melalak tak hingat dah kat airport, hahaha. My bad, I should have told him to behave for the whole day, *sigh*... Ni gara2 dia pooped dalam kereta on the way nak ke airport, masa tu kami bertolak dari Ipoh lepas asar, elok dia poop tu dah nak masuk maghrib, tak nak laa singgah mana2 sebab bawa baby ni besar risikonya, takut "terlekat" makhluk2 halus pulak kan. So kami teruskan perjalanan hingga sampai airport, dia langsung tak tidur dalam kereta, faham2 je laa kan, mesti laa dia dah rimas dan penat. Sampai kat airport pulak check in dulu baru nak salin, nak check in pulak satu hal sebab bawa balik bouncer, kena pi kaunter lain ler pulak, haihhh... Alih2 pi mai pi mai dah makan masa, Rafiqh masih releks lagi time tu, tak nangis pun. Masa my parents performed solah, I brought him to baby room. Selesai je salin terus susukan dia dan dia tidur, masa tu dah ramai saudara-mara datang, elok I bagi dia kat mak untuk I pulak pi solat, entah macammana dia terjaga so dah mengamuk2, marah agaknya orang pegang2 dia. Start nangis tu tak berhenti2 punya laa lama, berjam2 jugaklah, first time dia nangis macam tu. Semua orang dah panic, macam2 cara pakai nak pujuk dia tapi tak jalan jugak. I maintain releks je tapi bila dah dekat2 nak naik flight tu sedikit gusar laa jugak kan, buatnya dia nangis dalam plane jenuh laa, dah laa flight pukul 11malam, time semua orang nak tidur. Alhamdulillah elok je dekat nak turun pemeriksaan kastam tu dia dah tidur. Tapi of course laa semua orang berdebar2 risaukan kami. Especially my mom yang langsung tak boleh tidur the whole night sebab kasihankan I. I tak rasa sedih pun kena balik sorang2 macam tu, tapi orang lain pulak yang rasa sedih kasihan tengok I yang bawa baby gitu, hehehe...
Last year masa bawa dia balik Malaysia, I cuma sediakan fruit puree dan baby finger crackers untuk dia. Selain tu bawa jugak macam2 jenis mainan yang dia suka main. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, he slept most of the time. At that time I knew in whatever situation, the only "thing" that could soothe him was breastfeeding... But now, everything is different. He has changed a lot, not a baby anymore but a little active and agrresive toddler, mean I have to be more creative and alert to prepare all the necessary items. As for now, I've packed 3bags as hand luggages - my handbag, Rafiqh's backpack and a diaper bag.
Rafiqh's backpack...
Diaper bag...
By the time we fly back to Malaysia next month, Rafiqh will turn 1year 6months old. I've asked my friends who had experiences travelling with toddlers at Rafiqh's age to know whether it's important or not for us to let him sits on his own seat. Some said YES, and some said NO. After thinking about all the consequences that might happen and discussed about it with myLove, we decided to let him having his own seat, but actually I prefered the bassinets most, cause I know he will refuse to sit on his own...
Unfortunately, everytime I called the travel agencies to survey the tickets's price, when I told them his age, they calculated his ticket based on infant's price cause they still considered him as a lap baby(under age 2), they don't suggest us to book a seat for him, and even MAS staff also said the same. They will provide a baby bassinet for him. Oh I really hope they will give me a bassinet, cause setakat 3kali naik-turun flight ni belum sekali pun dapat bassinet, diorang cuma bagi extra seat je, kenapa yer I tak pernah diberi bassinet? Sebab I tak minta masa check in tu ker ek? Extra seat pun ok jugak sebab selalunya flight memang tak penuh so dapat 2-3extra seats, tapi penat laa cause masa dia tidur pun I still kena jaga dia, takut tergolek jatuh pulak kan. Lain laa kalau letak dia dalam bassinet, rasa lebih selamat siap ber-buckle, boleh laa nak rest/tidur sekejap masa dia tengah tidur... So, balik kali ni pun dia masih dikira sebagai infant, memang murah sangat laa tiket dia...
Ada macam2 barang yang diperlukan bila kita nak travel dengan budak2, terasa banyak sangat bezanya compare to masa travel dengan dia when he was a baby, now his stuffs is double or triple than before. So in my case, I need:
1. A lightweight stroller. Serik dah bawa balik Rafiqh dengan hanya guna baby carrier/sling. Penat wei nak usung dia especially kat KLIA... 
2. Toys and books - bring his favourite toys/books and new toys/books as well. Toddlers at his age sometimes need something "new" to attract them, keep them still and entertained on the go...
A feeding bottle, foods(his favourite choco biscuits) and drinks(his milk+cocoa)...
I packed all these things in his backpack...His favourite book and jigsaw puzzle...
3. Extra diapers - I bring 5pieces of disposable diapers...
Wipes - minta2 laa Rafiqh tak poop dalam plane...
An extra clothes...
A baby napkin - need it to put Rafiqh during diaper changes...
Plastic bag - to put dirty clothes and etc....
All these things are in his diaper bag. Actually kalau setakat 5benda ni je, muat sangat dalam my handbag tapi sebab I nak bawa balik laptop, tu yang bawa diaper bag tu, hihi...
If few months ago breastfeed was the best way to soothe him, but now since he has weaning off breastfeeding, I guess my iPhone is more than enough to keep him in good mood and stay calm along the journey, he could view his favourite videos through it, thanks honey, I know you have been thinking about this trick earlier...
Selain daripada keperluan barang, merancang perjalanan jugak adalah faktor yang penting bila nak bawa budak ni kan. Mood budak2 kena jaga, I have to ensure he always feel comfortable. Dalam otak ni, roughly I dah plan satu demi satu jadual untuk dia, really hope everything works well... I'll blog about this later, insyaAllah. Wah, sangat teruja nak travel, wohohoho!
Thursday, May 7, 2009
Lawan bola di Horoshima
Ahad lepas Hiroshima jadi tuan rumah untuk sakka taikai yang memang dianjurkan setiap tahun bagi students Malaysia yang tinggal kat area dari Okayama-ken hingga ke Pulau Shikoku dan Pulau Kyuushuu. Last year Okayama jadi tuan rumah, next year Tokushima pulak, dah lama dai(=universiti) kat Shikoku tak jadi tuan rumah, seingat I kali terakhir dulu buat kat Ehime masa tu I baru 1st year. Hampir setiap dai hantar team, ada jugak team import yang dibentuk oleh Malaysian yang duk kat area atas2 nun. Acara macam ni memanglah best kan, dapat berkumpul ramai2 jumpa kawan2, dapat jalan2 tengok tempat orang, hadoi teringat zaman muda dolu2, hahaha... Yer lah, sedar pun diri tu dah tua, la ni pi mana2 dok mengusung anak ja, kahkahkah...
Plan asal konon2nya nak bertolak pukul 6pagi, tapi awal2 I dah cakap kat myLove paling lambat pun 6.30pagi laa, sebabnya I bangun pukul 5pagi goreng tuna roll dan karipap untuk breakfast dan bekal. Lepas tu goreng nasi pulak untuk bekal lunch. Barang2 lain semua dah kemas awal, so tak laa kelam kabut sangat. Dalam pukul 5.30 Rafiqh bangun, settle mandikan dan siapkan dia, baru I ambil giliran. Pi mai pi mai pukul 6lebih kami turun, singgah konbini beli onigiri dan biskut Rafiqh, dah nak masuk highway baru myLove sedar dia tak bawa lesen dia laa pulak, haiyaaa... I pun tak ingat nak tanya, kena patah balik. Last2 pukul 7.30 baru mulakan perjalanan. Nasib baik jalan tak jam, dekat2 nak turun tol tu je sangkut sikit sebab ada accident. Yang accident tu belah sana tapi belah sini pun ikut sangkut jugak, hampeh je, orang jepun pun macam Malaysia, penyibuk nak tengok! hahaha. Pukul 9.30 kami dah sampai, sebab taktau tempat perlawanan, myLove call kawan dia, kawan dia datang jemput kami bawa pi rumah dia dulu. Makan2 dan sembang2, then pukul 11 baru pi padang. Orang dah start lawan dah. Tahun ni pelik sungguh Yamaguchi tak hantar team pun, padahal budak lelaki punyalah ramai, cet, semua tak minat main bola agaknya. Dah sebab tak hantar team, tak ramai laa yang ikut. Nampak beberapa orang je pi, seorang je kot masuk team import, lain2 tu pi hu ha hu ha je laa tu.
Kat Jepun ni tinggal berapa keratlah sangat my batch kan. Yang sambung master mostly dah balik march lepas. Kalau yang ada pun mesti sambung PHD atau kerja kat sini. So hari tu jumpa 3orang je, Wan Arif, Peyek dan Meri. Wan Arif kerja kat sini, dah ada baby pun, tapi wife-nya, Cik Wan dan baby Hadiff balik Malaysia, tak sempat laa nak tengok. Peyek sambung PHD, Meri tu tak tau laa pulak, hehe.
MyLove punya batch pun ada lagi saki-baki, sambung study laa most of them. Semua anak dah ramai, yang rumah kami pergi tu both of hubby & wife adalah batch myLove, anak dah 3 dah- 3tahun, 2tahun dan 4bulan. Oh Rafiqh tengok budak2 sukalah dia, diserbunya anak2 kawan myLove sampai sentot budak2 tu. Kak Awin(mak budak2 tu) kata biasanya diorang hero tapi bila tengok Rafiqh yang sangatlah over menampilkan diri dia terus depa tu terdiam, hahaha. Bila yang 2orang tu tak layan dia, dia pi cuit2 yang baby pulak, haihh...
Sampai kat padang, lagi laa ramai budak2. Hilang arah jugak budak ni berlari dan serbu orang, ada yang sporting nak laa berkawan, ada yang lari. Kesian anak mama ya, nanti tahun depan mama hantar pi sekolah, haa berkawan laa puas2.
I seronok sangat nak pi Hiroshima ni bukannya apa, sebab nak jumpa my juniors Dyana-mamaIzzMuqri dan Pie je pun, hahaha. Masing2 dah berkahwin dan bawa haluan surirumah sendiri. Dyana di Osaka dan Pie di Gifu, sesekali boleh berjumpa memanglah best kan. Izz pun dah besar, dulu tengok dia 5bulan gitu je, takut2 kat orang lagi, kali ni tak takut dah, sangat comel macam gigirl. Elok je dua2 orang tu berkawan, cuma biasalah Rafiqh ni dah boleh berjalan, kerja berjalan je laa, Izz kena ikut dari belakang, nanti lepas ni jumpa Izz dah boleh jalan, haa baru masuk geng berlari dua2. Rafiqh ni suka betul picit pipi Izz yang tembam tu, kesian Izz macam kena buli pulak, tapi dia pun tak biar, diketuknya kepala Rafiqh dengan botol baby oil, hahaha, rasakan! ** Gomen ne mamaIzz, Rafiqh memang kasar sikit...
Pie pun tengah membawa perut, lewat 2minggu je due date-nya dari mine...
Izz dan Rafiqh...
Dyana, Pie & me...
Budak tak reti duduk diam, berjalan ikut sedap kaki...Tu dia sedang ukur padang, hahaha...
Pukul 4lebih kami beransur pulang, game tak tamat pun lagi, tapi sebab dah penat dan sejuk nak hujan, kami balik awal sikit. Malamnya tidur awal sebab kepenatan... Bukan penat travel tapi penat melayan Rafiqh je laa...
Esoknya hari isnin badan rasa tak sihat, pening dan mual, entah apalah yang salah makan... Hari selasa baru ok...
Apapun, seronok laa bila cuti2 macam ni. Lepas ni tunggu nak balik Malaysia je laa...

