Showing posts with label PAMY. Show all posts
Showing posts with label PAMY. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Jamuan 'perpisahan'

Semalam buat makan2 sikit, jemput students yang bakal grad tahun ni datang. Seorang adalah my senpai(=senior) merangkap kohai(=junior) myLove, selebihnya 11orang adalah kohaitachi belaka. Ingatkan tahun ni tak sempat dah laa nak buat makan2 untuk bakal graduan ni semua sebab selalunya bulan 3 baru kami buat, tunggu lepas depa dah habis hantar thesis dan buat presentation dulu tapi tahun ni kena perawalkan laa sebab kami pun tak lama dah kat sini. Last minute punya plan, menu pun ala kadar saja semuanya..

Menu semalam cuma buat nasi ayam, desserts adalah puding cocktail berkuah, strawberry mousse dan moist chocolate cake. Ain datang bawa kastard jagung, arigatou! Desserts pulun buat petang sabtu, lepas siap hantar order jualan, baru laa godek tiga2 benda ni, dibantu oleh 2R semestinya, hehe. Malamnya lepas 2R tidur, kupas ubi dan bawang2 siap2, patut persiang ayam jugak tapi dah tak larat dah. Esoknya pagi2 lepas siapkan breakfast baru persiang ayam dan start masak. Pukul 1 semua jemputan pun datang...






desserts corner...


strawberry mousse yang comot. Taktau awat topping choc tu cair, masa lorek tu elok cantik ja jadi, bangun pagi ahad tu tengok2 eh dah berlemuih, padahal buh dalam fridge tu. Silap pulak tak ambil gambar masa dah siap comel-lote, hihi...




Minna, gambatte ne!
InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Malaysia, ewwah!

Thursday, December 23, 2010

Lagi gambar sekitar AGM PAMY

Credit kepada Haziq, gambar2 ni dicilok dari fb beliau...

Banyak jugaklah dia snap gambar 2R, ni yang dah ditapis2 dan dipilih2, kalau buh semua huishhh penuh laa, banyak...


Raziqh Takeshi, budak tak reti duk diam...
La ni dia tak bagi dah orang tangkap dukung dia, "I'm already a big boy hokey, I want to walk on my own, huh!", wahhh kerek. So ramai yang kata dia takmau kat orang dah, padahal dia mau ja tapi kena pandai umpan laa...

mama and 2R...

si gedik yang suka buat aksi bila orang tala camera kat arah dia, heeee ingat comel dah la tu?!

time orang meeting, depa dua pun menyibuk duk depan sama...

baca apa tu? suka2 hati je belek2 buku orang eh...

Wednesday, December 22, 2010

Nabe & Annual Grand Meeting PAMY

Hari sabtu malam ahad diadakan jamuan makan nabe dan mesyuarat agung tahunan bagi perlantikan AJK baru Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi(PAMY). Majlis ni diadakan di meeting room international house bermula pukul 7.30malam. Kami pi pukul 7 lebih, masa sampai tu tengok kohaitachi(=juniors) masih dalam proses penyediaan makanan, dok potong2 sayur dan bahan2 lainnya. Bawa kek batik ni saja, seperti yang diduga plan nak buat puding roti tak jadi sebab memang tak sempat pun, bawa je lah apa yang ada...


Nabe dalam bahasa jepun maksudnya periuk tapi idak ler kami2 ni makan periuk tapi makan masakan direct dari periuk, gitu laa kot simbolik maknanya. Orang2 jepun ni bila musim sejuk depa banyak masakan berupa sup ala2 steamboat, memang best sebab time sejuk2 makan benda yang tengah panas2 menggelegak ni boleh panaskan badan. Syok je rasa bila duduk ramai2 keliling meja yang tengah2 tu diletak periuk, lepas tu campak2 bahan mentah, ceduk dan ngap. Dulu time belum ada anak kerap laa kami buat kat rumah, siap beli periuk nabe elektrik yang besaq gedabak tu lagi, tapi sejak ada anak ni dah jarang2 dah, susah nak 'berkawal' hehe. So sekali-sekala dapat merasa makan ramai2 kat public macam ni memang heaven sangatlah!

Macam biasa kohaitachi yang incharge masakan ni depa buat style melayu lah. Seingat I kalau zaman I student dulu selalu buat nabe ni betul2 macam jepun punya, means dari cara potong bahan2, cara dan giliran nak masukkan bahan2 hinggalah ke cara makan(letak shoyu atau kimuchi) haa serba-serbi japanese style, tapi lately dah tukar trend dah, memang makan style melayu, base sup hari tu pun depa guna tomyam campur kimuchi dan miso, makanya jadi laa nabe tomyam, keh3. Hentam sajalah labu, bukan ada markah pun kan. Mungkin atas sebab tak 'jepun' tu lah, myLove tiba2 suarakan yang dia nak makan nabe lagi, suruh buat kat rumah. Okey darl, nanti kita pi beli bahan2 dan periuk nabe saiz kecik ok, tiap2 hari pun boleh buat nabe, hiks...

basically nabe ni diletak ayam, seafoods, sayur2, cendawan2 dan last sekali letak udon, tapi malam tu depa ganti mee kuning...


inilah periuk nabe tu, diperbuat dari tembikar, periuk yang memerap haba...


sedang direneh...


2R...
Susah betul nak snap picture both of them dalam rupa yang elok, haihhh...

Pukul 8 start makan pukul 9 selesai, terus masuk acara meeting. Kami tak tunggu hingga meeting selesai pun sebab kena balik awal budak2 dah mengantuk, plus mak budak belum settle lagi baking. Ingatkan balik tu nak sambung buat muffins tapi dah penat sangat dah, terus masuk tidur. Happy sangat boleh join aktiviti PAMY, the kids pun happy amat sangat, they both duk depan menyibuk dengan pengerusi majlis time orang meeting, hihi, suka laa ramai tukang layan kan, mama pun suka sebab boleh 'rest'...

Monday, November 8, 2010

Himeyamasai

Sabtu lepas bawa 2R pi himeyamasai(=festival puteri gunung) kat kampus induk Yamaguchi Daigaku(=universiti) di Yamaguchi-shi. Most of Malaysian students yang dihantar ke sini adalah pelajar2 bidang engineering, so masa 1st year je study kat kampus induk, masuk je 2nd year sampai grad semua akan pindah ke Ube-shi, kampus engineering, kat Ube jugak ada kampus medic. Shi ni lebih kurang macam daerah laa. Jarak antara Yamaguchi dengan Ube kalau naik kereta ikut jalan biasa(bukan highway) ambil masa dekat 1jam...

Setiap tahun memang ada festival macam ni tapi sebelum2 ni dibuat masa natsu(=summer) bulan 7, dipanggil tanabatasai. Tapi tahun ni pihak dai(=universiti) buat bulan 11 pulak. Setelah sekian lama Malaysian tak join berjual2 kat acara2 macam ni tahun ni PAMY(Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi) ambil bahagian. Tu sebab kami pi, sebab ada Malaysian buka gerai kan, ala2 nak bagi sokongan laa, padahal pi menyibuk je sebenarnya, hehe...

MyLove kerja on that day, paginya dah minta izin sekali lagi untuk bawa 2R ke sana. Makanya pagi tu settle-kan semua kerja, walaupun mulanya tu agak berbelah-bagi nak pi ka tak due to takdak sapa nak teman, semua girls busy, nak drive alone for 1 hour tu rasa kinchou(=berdebar2) sikit, Raziqh lah puncanya, takut dia tetiba restless. Sebelum2 ni kalau drive jauh2 mesti ada babysitter, dengan Rafiqh dulu boleh dikatakan tiap2 minggu ulang-alik pi Yamaguchi berdua dan dia releks ja, si Raziqh ni unpredictable sikit, kadang2 okey kadang2 k.o! Tapi bila fikir2 sebab dah janji nak jumpa kakHanny, so pi jugak laa...

Lepas zuhur kami bertolak, alhamdulillah Raziqh okey, cuma dekat2 nak sampai tu dia uhek2 jugak laa sebab jam, kereta tak bergerak dia cemuih, pasangkan iPhone baru dia diam. Kami pi YouMe Town shopping complex dulu, pi HardOff kedai 2nd hand nak cari barang. Dah penat pusing2 merayau, beli yogurt drinks dan dorayaki bagi 2R makan dan minum dulu sebelum pi dai...

Dah lama tak masuk dai, natsukashii(=nostalgia)! Terus teringat2 kenangan zaman jadi gakusei(=student) dulu2. Rindunya kat kak G, kak Siti, Ida, Lieza, Yanti, Yati, Dyana, Tini, Jue, ish ramailah lagi, sob2. Yamadai dah banyak berubah, bangunan semua dah baru2, takdak dah bangunan lama yang buruk2 dulu. Pintu masuk pun dah cantik sangat, semua nampak canggih. Kami park kereta agak jauh, letak Raziqh dalam stroller dan bagi senbe sekeping suruh makan, so that dia duk diam2. Sambil jalan masuk tu cakap kat 2R, "dulu2 ayah dan mama belajar kat sini tau, ayah dan mama 1st time jumpa pun kat sini", hahaha mula laa nak jiwang!

Kami tak jalan2 sangat pun tengok gerai lain, melepak kat gerai budak2 Malaysia je. Pihak Yamadai ni terlampau tegas dan cerewet sikit bab jualan makan2 ni so proposal awal nak jual kuih2 tak diluluskan, terpaksa laa depa jual keropok saja. Tapi takpa, ni pun dah dikira satu permulaan yang baik, insyaAllah tahun2 depan boleh menjual lagi sebab dah ada pengalaman. Lepas ni boleh tambah2kan menu lagi kan. Depa start menjual pukul 12tengahari, dalam pukul 4 lebih dah habis jualan, bagus kan?! hehe. Cumanya rasa sabishii(=sunyi) laa sebab tak ramai pun Malaysian yang mai, ada kot dalam 10orang saja yang hadir, yang lain2 sibuk sangat agaknya...

Rafiqh dah lama tak dapat duk dalam stroller-nya, sekali dapat duk terus takmau bangun, duk laa dalam tu diam2 tengok orang pi mai pi mai. Si adik tak payah cakap laa kan, sesaat tak diam, jepun2 tu pulak dok gelak2 tengok gelagat dia, lagi laa dia show off perangai, gaya buat show pulak...

gerai Malaysia, cantik kan?!

2R yang terpaksa berbaik2 dengan abang2, sebab kakak2 tak mai, Mas dan Tirah pulak sibuk 'bekerja', tak sempat nak layan sangat...

Berkalung2 tahniah buat semua tenaga kerja gerai, otsukaresamadeshita!

Monday, October 18, 2010

Safari Land dan Akiyoshidai

Sabtu lepas kami sekeluarga ikut rombongan PAMY ke SafariLand. Dah lama dah dok janji dengan 2R nak bawa pi tengok binatang, sejak belum natsu(=summer) sampai dah masuk aki(=auturm) tapi dok asyik tangguh2, haa ni baru dapat pi. Kira ok laa sebab cuaca sekarang tak terlalu panas dan tak sejuk sangat, elok2 ja untuk riadah outdoor...

Keluar dari rumah pukul 12.30tengahari, lunch siap2 dulu then berkumpul dan bertolak pukul 1petang. Sampai sana pukul 2lebih, masuk dalam kawasan tu dengan kereta. Sebab pi ramai2, sampai 7kereta kalau tak silap, so bayaran asal yang 2400yen tu jadi 1900yen saja, murah, both 2R bawah 4tahun so free. Rafiqh enjoy sangat2, dia dah makin kenal binatang so seronok laa dapat tengok macam2. Binatang kesukaan dia ialah gajah, zirafah, kuda belang, harimau dan singa. Kagum tak habis2 dapat tengok binatang2 in real dekat2 depan mata. Raziqh pulak macam biasa lah, taktau dia faham ka tak, kalau kat rumah bila tengok binatang dalam tv kemain lagi pi tepuk2 skrin tv tu, tapi bila tengok depan mata dia tak bagi ekspresi yang sewajarnya langsung, haha. Happy tu memang happy, happy buat hal sendiri. Tau nak berkawad pi mai pi mai ja, binatang2 tu dia bolayan pun, huh! Aksi2 dia pulak dapat 'tarikan' bebudak ni, lagi laa dia show off keletah dia, dah macam buat show sendiri dah, semua pakat dok tengok dan gelak2 kat dia, makin menggedik laa...

Pukul 4.30 berkumpul dan solat asar kemudian kami bertolak keluar, tapi tak balik terus, kami pi Akiyoshidai pulak, berkelah sambil tengok sunset. Tempat tu cantik, bukit yang berbatu2 tapi takdak gambar lah yang sempat di-snap. Nanti sat lagi nak minta izin kohaitachi(=juniors) yang ada ambil gambar lawa2 tu untuk buh gambar2 depa kat sini. Ada kek, ada keropok, ada donat, ada cucur, kami bawa kek pisang saja, makan ramai2 atas bukit tu, best! Tapi sejuk tak hingat, dah laa tak terfikir nak bawa baju sejuk untuk diri sendiri, huhu. Lepas solat maghrib baru kami bertolak balik, sampai rumah pukul 7malam. 2R dah tertidur dah dalam kereta, balik rumah mandi2 minum susu dan rehat sekejap, pukul 8lebih dah masuk bilik untuk tidur. Mama dah penat amat, kepala nyut2 sakit mungkin sejuk sangat kot, telan panadol sebiji lepas tu terus pengsan. Semalam tak pi mana2, duk rehat kat rumah layan movie saja. Weekends yang best!




tengok harimau putih dalam kandang...

Raziqh kejar burung besar...

susah betul nak suruh budak kecik ni duk diam...



lately banyak pulak chance nak ambil gambar 'berdua', hiks...

Monday, October 11, 2010

Jamuan raya PAMY 2010

Walaupun syawal dah habis, kami kat sini masih beraya lagi, hihi. Ni last la ni, tak raya dah aih, tunggu raya haji pulaklah, satgi orang kata hover pulak kan, orang beraya sebulan ja...

Alkisahnya semalam Persatuan Anak-anak Malaysia Yamaguchi telah menganjurkan jamuan raya. Seronok! Tahun ni jemputan tak ramai, menurut sumber2 yang boleh dipercayai(wah ayat macam berita) tetamu sekitar 80orang saja. Tapi makanan perghhh depa masak tip top, boleh buat kenduri kahwin sekali harung, nak habaq kata banyak tak hingat. Sungguh berbakat kohaitachi(=juniors) baik lelaki mahupun perempuan menunjuk skill memasak, tabik spring kat hangpa, power! Berkat gotong-royong dan bekerjasama lah katakan...


Ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, acar timun/jelatah, ada soto, ada nasi empit dan kuah kacang, ada roti jala dan kari ayam, ada puding karamel, ada kuih2 raya berbalang2, ada kek berjenis2, ada puding bertalam2, ada buah-buahan, ada dadih, ish macam2lah ada! Kami bawa popia goreng, kuah popia dan puding cocktail berkuah saja...

Alhamdulillah, kenyang sungguh, makan non-stop tapi tak mampu jamah semuanya. Rafiqh dan Raziqh pun pulun makan. Tapi Raziqh humak aih, dia punyalah tak dok diam, penat mak pak dia meligan. Adehhh, nasib baik ramai tukang layan, satgi orang ni tangkap, satgi orang tu tangkap, boleh laa mama nak bersenang-lenang makan dan menyembang. Dewan luas, suka laa berkawad, Rafiqh dah besar so lebih mudah nak kawal. Lagipun Rafiqh kalau dulu2 pun time ada ramai 'lelaki' dia kurang meligat sikit sebab dia kureng sikit dengan orang lelaki ni, tapi si Raziqh memang jenis tak heran kat orang, dengan sapa2 pun dia mesra alam...

Lepas bergambar2, pukul 5lebih baru sampai rumah. Makanan banyak lebih, jadinya dapat laa tapau nasi, ayam masak merah, acar timun, dadih, biskut raya dan roti jala. Malam mama rest, tak payah masak, suke! Arigatou minna!


Saturday, April 10, 2010

Hanami 2010

Entry ni betul2 dah basi, entah macammana boleh pulak terlupa nak update kat blog...

Ahad lepas kami pi hanami(=tengok bunga sakura), aah sekarang musim sakura tengah berkembang. Tak lama pun sakura ni mangkai(=kembang penuh), selalunya kurang dari 2minggu ja. Apa yang menariknya, sakura ni bila mangkai, penuh sepokok dengan bunga semata2, sehelai daun pun takdak, subhanallah sangat cantik!

Seperti tahun2 sebelumnya, aktiviti hanami ni antara aktiviti yang paling ditunggu2, best betul dapat berpiknik di bawah rendangan pepohon sakura, di tepi tasik, dengan mentari menyinar terik dan angin yang bertiup lembut, tambah pulak jumpa kawan2, ada bbq dan makan2 lagi, perghhh nikmat! Kali ni pun buat kat Tokiwa Koen(=Tokiwa Park) jugak, sangat meriah sebab ada lebih 40orang Malaysian yang terdiri daripada pelajar, pekerja dan penyurirumahtangga(hahaha sorang ja pun), eh tak lupa jugak ada pebudak, muehehehe...

Kohaitachi(=juniors) bagitau majlis start pukul 9.30pagi tapi kami sengaja pi lambat, satgi pi awai2 dok melongok ja, malaih aih, hehe. Bagi 2budak ni tidur dulu, lepas depa bangun baru bersiap2, pukul 11 baru kami tunjuk muka, terkejut jugaklah tengok ramai dah yang ada, tengah makan dah, bagus betul, punctual! Macam2 hidangan disediakan, ayam bbq, nasi goreng, mee goreng, bergedel, keropok, kek, muffins, onde2, pizza, uish tak larat nak senarai, pendek kata macam2 ada, panjang tak kata apa2...

Kami jemput jugak Mariko-san dan senpai(=senior) myLove zaman gakusei(=student) dulu. Mereka ni antara nihonjin(=japanese) yang paling lama berkawan dengan Malaysian. Dah lama tak jumpa, sekkaku(=kebetulan) nak ber-hanami, kami just inform ja laa, jauh dari nun Shimonoseki dan Onoda mereka ni datang...

Cadangnya tahun ni anniversary picture yang selalu kami ambil di studio tu nak laa ambil kat outdoor pulak, kengkononnya nak posing kat bawah pokok sakura. Tapi hampeh tak menjadi, lepas ni kena cari peluang nak ambil jugak2 gambar tahunan tu. Gara2 si Rafiqh yang tak lekat kat tempat piknik, asyik laa berjalan dari awal sampai hingga dah nak balik, tak habis2 heret tangan orang tu orang ni ajak pi jalan2. Diorang ni pun kuat melayan, syok kemain laa dia. Mama pulak yang naik risau bila tak nampak kelibat dia, bukannya apa, tau dia tak nakal dan takkan lari2 cuma takut dia ikut orang yang tak sepatutnya. Susah jugak kan kalau anak jenis tak heran kat orang ni, ikut suka hati ja nak ikut2 orang, haihhh, ni mujur Raziqh tak berjalan lagi, so dia ni di-pass2 kat sekitar situ ja laa, nanti dah boleh jalan, jenuh nak berkepung, dia pun jenis tak takut kat strangers, waduh2...

Lepas habis makan2, Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi adakan meeting dan majlis jikoshoukai(=memperkenalkan diri) pulak. Kami tengok dari kejauhan sajalah. Menarik sungguh kebelakangan ni, banyak improvement nampaknya sejak ada persatuan ni, good2! Keep it up guys!!!

Tak banyak pun gambar yang sempat mama 2R ambil, selalu macam tu, dah balik rumah baru nak nyesal tak snap picture banyak2, huhu...

Us with Mariko-san, Kudo-san dan aweknya...



tengah meeting...


permandangan sakura dari kawasan perumahan kami...