Setakat ni dah beberapa kali try bagi dia minum pure milk, surprisingly alhamdulillah nampak dia ok, ok tu maknanya boleh telan laa, kalau Rafiqh huh jangan harap! Sampai sekarang pun tak boleh 'terima' lagi pure milk. Tapi tak minum kat rumah saja, kat nursery dia bantai berkotak2!
Gambar2 kat bawah ni di-snap beberapa minggu lepas. Tonton tv sambil menyusu, gambar bawah ni extraordinary sikit sebab kemain lagi park kereta dan basikal depan tv, minum susu atas tu, wahhh hebat bergaya!
budak2 selebet baru bangun tidur...
Sebelum2 ni I dah pernah post berberapa entries berkaitan freshmilk dan formula milk(fm), antaranya freshmilk for baby, DHA in toddler's diet, freshmilk vs formula milk, mengenal susu segar, dan yang terbaru ialah memilih susu selepas penyusuan susu ibu . Masa tulis latest entry ni, ramai pulak yang bagi respon berkenaan anak2 yang 'menolak' susu selain breastmilk(bm). Sebenarnya itu adalah tindakbalas yang perfectly normal. Our kids sangatlah bijak, mereka tahu menilai 'rasa', kajian membuktikan bahawa bm lebih sedap compare to other milks. Komposisi dan rasa bm berubah2 mengikut menu makanan si ibu tapi freshmilk/fm rasanya samaaaa takkan berubah. Give yourself the same foods 4-5times a day in 1 week, sure muak jugak kan, same goes to the kids lorr. Jadinya untuk memperkenalkan susu baru kepada anak2 ini memerlukan ke-kreatif-an, masa dan kesabaran jugak...
1. kita kena kenalpasti dulu adakah anak2 kita bebas dari allergy reaction terhadap susu2 lain ini. Kalau anak2 tak okey dengan susu lembu, switch kepada susu soya. Kalau okey, then only pergi ke stage ke-2. Pernah terbaca somewhere bahawa baby yang diberi bm secara exclusive/fully ni seringkali berhadapan masalah elergi terhadap susu lembu, tapi no worry sebab masalah ni tak kekal, ia akan recover sendiri nanti insyaAllah...
2. susu2 lain tak seperti bm yang mudah dihadam, sebagai permulaan beri susu secara berperingkat dan dalam kuantiti yang sedikit untuk lihat sensitiviti anak2. Mungkin akan ada masalah muntah/sembelit/cirit dan sebagainya, so kena monitor betul2, ada masanya masalah2 tu bukan disebabkan oleh elergi tapi more to nak sesuaikan diri(perut?), kalau ragu2 perlulah pi dapatkan nasihat doktor. Bila nak introduce susu baru janganlah bantai tukar terus mendadak, agak2 laa kan, perut budak2 ni sensitif...
3. biasanya anak2 ni akan compare rasa dan 'struktur' susu, susu kan warna putih, so kalau kita bagi freshmilk/fm putih tapi rasa pelik/tak sedap(tak sama bm) mesti laa depa reject, so add some cocoa powder in freshmilk or choose fm with flavors, supaya depa tak confuse, so that they know they're drinking something new, not the usual 'milk'. Untuk baby setahun++ boleh mix freshmilk dengan honey/cocoa, bila dah 2tahun++ boleh mix dalam teh/kopi/sirap and etc...
4. beri botol/cup yang berbeza jika anak menyusu bm dari botol susu. Cara ni untuk alih perhatian mereka dan beri mereka 'suasana' baru...
Setiap anak tu berbeza2, ada budak senang saja nak switch susu, ada yang susah sikit, perlukan masa. Dah jadi tugas kita bila bergelar mak ni kita kena jadi pengkaji jugak, tak boleh lepas dari kena dok pikiaq dan kaji tentang personaliti/kehendak anak2, kena ubahsuai sesuatu ikut keperluan si anak. Oleh itu, selamat mengkaji! ahaks...

