Showing posts with label Dreams. Show all posts
Showing posts with label Dreams. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Buah-buahan di Tiel

Tiel adalah nama 'daerah' tempat kami tinggal sekarang ni. Kawasan yang ala2 perkampungan, banyak ladang2 tanaman dan di kiri kanan jalan banyak tanah lapang seluas mata memandang yang dipenuhi binatang peliharaan macam kuda, lembu dan kambing biri2...

Kat sini memang meriah dengan ladang buah-buahan, banyak sungguh2, seronok tengok hasil tanaman yang depa komersialkan ni, subhanallah, subur! Sebenarnya kami suami isteri ni memang punya impian nak hidup sederhana di pinggir kampung saja, ada tanah yang luas, buat rumah separuh-batu-separuh-kayu, kat belakang rumah nak buat kebun buah, tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, betik, kelapa, ciku bla3, di satu penjuru kawasan rumah akan dibuat kebun sayur-sayuran, kat sebelah kanan rumah nak bela binatang ternakan ayam, itik, burung dll, dan kat sebelah kiri pulak nak dibuat padang futsal(ewwah) dan ada mini taman mainan, perghhh verangan! Sila bayangkan berapa luasnya rumah kami tu, muahahaha...

Ok dah, sambung balik cerita buah kat Tiel ni. Awal2 sampai sini dulu tengah musim strawberry, berlambak2 orang jual strawberry, alhamdulillah sempat merasa sebakul ni...



Tak lama lepas tu nampak signboard "kersen"(=cherry) di merata2 tempat, owhhh musim ceri laa pulak. Beli sebakul ni tapi tak puas makan, bila pi nak beli lagi dah tak banyak dah dijual, harga pun dah mahai. Teringin nak singgah kat sebuah ladang besar tak jauh dari company tempat myLove kerja tu, ada 'gerai' jual ceri hasil tanaman ladang tu, kami asyik dok lalu pi mai pi mai ja tang situ tapi singgah tak pernah pun, sebabnya selalu kesuntukan masa. Kalau ada rezeki, boleh beli dan makan lagi...



Kemudiannya dok usha ceri kecik2 ni, kebetulan jumpa orang jual murah mama2R pun beli laa, sekali rasa mak aih masam-piang, jenuh nak perabih. Raziqh suka tapi sebab masam sangat, mama limit jumlah yang dia boleh makan dalam sehari. Last2 memang tak habis pun, banyak sangat tak terdaya nak menelan, hehe...



Kat sini kami selalu beli epal dan pisang, hampir setiap minggu mesti beli stok epal dan pisang. Epal tu memang hasil tanaman kat Tiel ni tapi pisang tu taktau laa pulak, tak pernah nampak lagi pokok pisang kat sini, import lah kot...



Dan pagi tadi, masa pi morning walk tu nampak orang jual plum ni, urghhhh sebakul ni 1 euro saja, adehhhh awat murah sangat?! Tak payah fikir2 dah, terus rembat sebakul, hihi. Ballik rumah tak tunggu dah, Raziqh terus minta nak makan, basuh elok2 dan potong buang biji saja, manis, sedap! Lepas dah habis dekat 10biji, haa ni baru boleh nak snap gambar buahnya...



Dari pemerhatian I(yang jahil ilmu pertanian ni) laa kan, buah2 kat sini kecik2 comel saja, tak macam yang selalu dilihat kat Malaysia dan Jepun. Epal, pear, plum, tembikai, melon dll semuanya kecik2. Peliklah jugak, orangnya besaq tapi hasil tanaman depa memang kiut-miut gitu. Mungkin memang depa suka jenis yang macam tu kot. Berbeza dengan orang Jepun, orang Jepun ni pulak selagi boleh depa akan kaji macammana nak besarkan buah depa dengan mengekalkan kualiti yang baik. Sebesar2 mungkin depa boleh hasilkan, haa memang besar sungguh! Dari segi rupa pokok pun ada bezanya antara kat sini dengan Jepun. Contoh macam pokok epal, kat sini pokok2 buahnya tirus, kalau kat Jepun rendang. Pasti ada sebab kenapa berbeza kan, malas laa pulak nak sibuk2 buat kajian, mungkin ada kaitan dengan keadaan cuaca dan fenomena alam, pepandai ja, hehe...

Ok, jom layan gambar2 yang pernah diambil sebelum2 ni...

Ni pokok ceri liar, bukan tujuan komersial. Kalau yang komersial tu memang kecik2 rendah2 dan tirus. Yang ni yang macam kat Malaysia tu, tinggi melayut tapi meriah berbuah, maaf laa tak nampak kot buahnya dalam gambar ni. Teringat zaman kecik2 dulu selalu panjat pokok ceri belakang rumah pakwan, sedap woo buah ceri tapi ceri Malaysia mana sama dengan ceri sini kan...



Ni adalah pintu masuk ke kawasan perumahan kami. Haa nampak dak kiri kanan jalan tu adalah ladang. Depa tanam pear, plum, epal dan ceri, ish3 bestnya kalau ada ladang lagu ni, tiap2 hari boleh pi petik ja...



Ni permandangan dari dalam kawasan perumahan kami tinggal sekarang ni...



Ni pokok epal liar, agak rendang dan buahnya sangat kecil, taktau laa orang makan ka tak buah ni, nampak macam masam ja...


Rupa buah epal yang baru berputik...

Wednesday, June 8, 2011

Mommy & baby



Currently ada few items yang betul2 menarik minat I(and myLove). Ada antaranya yang memang dah lama suka tapi takat suka sajalah, tak terbeli kot, sebab harganya yang mahal melampau(for us lah, mungkin orang lain rasa murah saja) dan tak rasa ianya keperluan, it's more to kehendak saja. Tapi lately rasa macam nak terbeli la pulak, bukan sebab banyak duit eh, tapi atas sebab that so-called 'keperluan', hihi...

Ok, jom tengok apakah barang2nya tu...

(1) Uterus blanket @ bedung moden

- 1st time tengok blanket gini masa kat Japan few years back, rupa lebih kurang macam ni jugak but they called it 'miracle blanket', errr sama je kot, sebab this one pun if I'm not mistaken is Japan's product too. Apakah keistimewaan bedung ni? Unlike bedung biasa yang kita dok guna tu, bedung ni direka khas untuk lock tangan baby dari mudah terkeluar. Orang kita biasanya bedung baby pakai kain batik, lampin atau kain kasa, memang tak kemas sangat, sekejap je baby dah berjaya boloskan diri. Lain laa orang dulu2, depa ikat lilit2 kemas siap pakai tali lagi, tapi la ni orang tak berani atau tak sanggup buat dah, takut anak lemas katanya, in fact sekarang ni jarang dah pun tengok orang bedung newborn. I masih rasa amalan membedung bayi ni penting dan ada kelebihannya, same goes to barut bayi. Sebab tu lah bila tengok blanket ni terus berkenan...

Selalu kalau pi kedai barang baby macam Nishimatsuya tu memang dok usha je blanket ni tapi harga agak mahal. Bila tau dah preggy lagi, cadangnya nak beli laa but unfortunately kami tak balik Nihong dah sehingga I bersalin, dok kata dalam hati memang bukan rezeki baby lah kot nak try test. Tiba2 beberapa hari lepas terjumpa orang jual blanket ni kat Malaysia, harga pun boleh tahan, tak mahal sangat, so kalau ada stok nanti akan ku rembat jugak sehelai...


Kesimpulannya, besar kemungkinan akan beli...


(2) Gyro bowl

- Dah lama dah tengok benda alah ni kat wall facebook tapi hagham tak tertarik pun. Sehingga laa pagi semalam bila myLove tengok kat tv, dia panggil suruh tengok, menarik katanya. I pun terus teringat eh benda ni ada jual kat Malaysia laa, buka fb dan tunjuk kat dia pulak...

Gyro bowl is the amazing spill-proof bowl that keeps food in place no matter how much our kids spin, turn, dump or drop the bowl. Yang bestnya bukan takat boleh isi foods yang kering such as cornflakes and such, but also we can serve makanan berkuah in this bowl. Apalagi, terus buat price comparison, yang kat Malaysia lagi murah compared to yang dijual kat sini so I terus contact the shop owner and ordered 2 for 2R. Tak sabaq aih nak try test...

Kesimpulannya, dah terbeli...


(3) Mother's bag

- Lorr, anak dah 2, takkan baru tergedik2 nak beli mother's bag kot?! Ish3...

Walaupun I ni bukan career woman, anak pun kecik2, tapi mengumpul handbags tetap menjadi hobi hingga ke saat ni, cumanya dah tak seghairah dulu lah. And most of my handbags sesuai untuk kegunaan sekejap saja, takat nak pi shopping ka, pi majlis ka, pi jalan2 ka, pendek kata hat yang nak guna sat2. Bila masuk bab nak beli handbags untuk guna for long-distance journey/traveling or for jalan2 yang lama(memerlukan I untuk dump everything in just 1 bag), haaa yang ni memang memeningkan kepala. Banyak ja tote bag I dah beli cumanya leceh laa, still tak praktikal nak guna bila involve the kids' stuffs. Macam baru2 ni laa, berbulan2 melilau cari beg besaq-gedabak nak guna sepanjang kat sini tapi sampai laa few days before fly ke sini baru jumpa yang berkenan. Tapi tu pun still tak berapa best, cet banyak betul cikadak hang!

Hati ni dah lamaaaa berkenan kat beg ala2 gini, harganya sekitar RM200++, mahal kot. Yang best pasal beg ni:
- Ada tote-bag, ada mini-bag(boleh isi barang2 personal mommy) dan diaper-change-mat.
- Asal2 pun beg ni dah ringan, hang sumbat segala mak-neka barang pun takkan rebeh bahu.
- Can be use as handbag or sling bag.
- Lots of compartments, part ni I paling cerewet everytime nak beli beg, tak suka laa barang dalam beg berterabur, susah nak gagau cari, so beg yang banyak compartments ni memanglah suka amat!
Kesimpulannya, nak beli ka tak beli ka, belum tau lagi...


(4) Tandem stroller

- About 2years ago, I pernah dah tulis an entry regarding this. Tapi masa tu harganya sungguh tak terjangkau dek fikiranku yang waras, mahai woo! Sejak datang Holland ni, kegilaan terhadap tandem stroller makin menjadi2, not only me but also myLove, hihi. Wahhh penggunaan stroller bagi masyarakat kat Europe ni teramatlah hebat, kagum aih, kat mana2 pun boleh tengok depa bawa anak dalam stroller. You'll hardly find a father/mother who hold their baby unless the baby is newborn, depa buh dalam babywearing. Boleh dikatakan hampir kesemua budak diletak dalam stroller, tak kira laa budak tu kecik ka, yang besar 4-5 tahun pun rileks ja ditolak ke hulu ke hilir. Disebabkan depa memang guna stroller secara optimum, maka banyaklah tandem stroller ni bersepah merata2, cool!

La ni dok usha price kat Japan yahoo shopping/auction and few websites in Europe as well. Not bad laa, rasa macam mampu je nak beli *tetiba masuk mode kaya-raya*, keh3. Choices memang banyak tapi kena consider 3 perkara - harga, berat dan rupa stroller lepas dilipat. Ni nak cerita pasal berat benda alah ni, tuh dia aih, semput haku tengok, rasa tak munasabah langsung, rata2 lebih 10kg, yang 20kg pun ada, hish larat ka nak angkat?! Kami jugak perlukan stroller yang compact bila dah dilipat, maklumlah kereta kat Jepun tu Honda Stream aje, bonet kecik, anak dah 3, nak campak mana kalau besar2 kan...

Lepas dah pilih2, I berkenan yang bawah ni, jenama Joovy. Harga pun ok, berat pun ok, sangat compact bila dilipat...




MyLove pulak as usual mesti cari yang macho2. Dia berkenan amat kat stroller ni, tapi diperakui stroller ni memang super-duper macho, jenama Phil and Teds. Seat kat belakang tu boleh tanggal dan pasang kat depan dan boleh ubah kedudukan dalam banyak posisi. Cuma harganya mak datuk, no komen! Dari segi berat dan rupa lepas dilipat, both are okey...




Kesimpulannya, beli kot. Not sure yet, still under discussion...

Tuesday, April 6, 2010

Saya mau baby girl secomel Sui-chan...

Orang kata(mesti laa orang yang kata, takkan binatang pulak), ketika hamil kalau si ibu terlalu suka atau bencikan seseorang, nanti anak dalam kandungan tu boleh ter'kenan'(hah, taktau 'terkenan' tu apa? Pi buka kamus pi), wah3, terkenan? ermmm menarik kan?! Arrr aci dak kalau kita 'berlakon' pura2 kita suka atau benci amat sangat kat dia tu dengan harapan anak kita lahir nanti sebijik sejibik muka macam si dia tu? Agak2 menjadi dak? muehehehe...

Bagi sapa2 yang dok Jepun dan ada anak kecik yang minat tengok rancangan kanak2 kat channel NHK mesti kenal siapa itu Sui-chan. Kalau tak kenal, sila buka tv pagi2 pukul 7.40 atau petang2 pukul 4.50, tengok show "miitsuketa", ada 1 watak budak perempuan disamping se'orang' kerusi biru(koshi) dan se'orang' kaktus(sabo san), that girl is sui-chan, she's so adorable and super cute! Taktau macammana nak explain dan taktaulah kenapa I suka giler kat dia, all I know is I really2 love to see her expression, the way she talks, her voice, sikapnya yang bersahaja, she's naughty sometimes, pendek kata apa saja tentang dia benar2 mencuit naluri I, I like everythings about her, enough said! Tanpa sedar, masa mengandungkan Raziqh dulu, setiap kali tengok sui-chan, I menaruh harapan dan berangan2 nak anak secomel dia, lebih teruk dan parah lagi, I even googled for girl's japanese name yang bila disingkatkan nanti boleh dipanggil sui-chan, haa ni memang gila!!!

Nasib baik laa beranak keluar boy, kalau girl dah frust menonggeng dah kot cause till now I still tak jumpa2 lagi nama tu, tapi takpa, ada lagi masa, yosh pencarian masih perlu diteruskan, hakhakhak *mengong*.

Sejauh mana kebenaran 'terkenan' ni, wallahua'lam. Tapi selalu ja kan kita dengar pengalaman2 orang yang ada anak terkenan-kan sesuatu/seseorang ni. Sebab tu laa kita ketika mengandung dituntut 'menjaga' hati, lidah dan perbuatan(masa tak mengandung pun kena jaga jugak! haha), mulut tu jangan suka 'menegur' melaser tak bertempat, especially terhadap benda2 yang tak baik, contohnya bila tengok orang kurang upaya, tengok benda2 yang kita tak suka dan sebagainya, janganlah dihina apalagi nak suka-suki hati nak sebut2 pulak, sebaliknya cakap ja dalam hati, kata kesian ka hapa ka, then berdoa laa moga2 anak kita terpelihara, moga lahir sihat dan sempurna...

Terkenan ni pun ada yang baik dan ada yang buruk jugak, harap2nya kita dapat kenan yang baik2 sajalah ya, hiks...

Eeeiii suka laa tengok sui-chan. Ya Allah, saya mau baby secomel dia, pleaseeeee, amin...


inilah sui-chan, kawaiiii deshou?! (=cute kan?!)...

Friday, March 12, 2010

Laptopku usang laptopku sayang...

Beli laptop ni berzaman dah, kalau tak silap selepas sebulan datang sini, kira2nya lebih kurang 7tahun dah dok hadap laptop ni saban hari. Banyak sungguh dia berjasa, dari zaman student sampai dah beranak 2, penuh dengan nostalgia. Walaupun dia dah ketinggalan zaman dan dah buruk uzur, tambah pulak sekarang ni dah bengong dikerjakan dek 2R tapi taktau awat yang rasa sayang sangat nak beli baru. Selalu sangat rasa sakit hati dengan laptop ni sebab dok tak dok tiba2 hang tak pasal2, dah laa suka2 hati ja nak laju ka nak lembap ka, memang mencabar kesabaran sungguh. Kalau tak sebab sayang dan sabar, lama dah dia terjun bangunan 5tingkat ni.

Bila geram dengan laptop ni I mula la membebel, myLove pulak kalau dengar I merungut mula la suruh beli baru, memanglah laptop sekarang ni dah murah tapi bila fikir2 nanti yang baru tu pun bakal dimerengkan oleh 2R, rasa tak payah laa beli lain, pakai ja laa yang ni sampai dia kiok sendiri, hahaha.

Banyak dah buttons kat keyboard tu yang tercabut, dah berpuluh2 kali kerja dok pasang balik ja, ada tu yang langsung tak boleh pasang, tapi still berfungsi laa. Semua tu 'hasil tangan' Rafiqh masa baby, bila dia dah pencen dari dok cabut2 benda2 ni, terfikir jugaklah nak ganti keyboard baru tapi bila pregnant balik, terus cancel. Sebabnya sah2 nanti jadi lagi, haa memang pun, sekarang ni Raziqh dah nak mula memanjat, tak lama lagi 'selamat' ler laptop ni dia kerjakan jugak.

Sebenarnya ada 1 laptop lagi, kecik comel hadiah dari myLove sempena my graduation, yang tu memang sayang sangat nak pakai, selalu guna untuk dibawa travel ja. Cuma lately sebab laptop usang ni dah tak boleh nak tengok movie/drama/cd, so terpaksa kena pakai laptop kecik tu, demi menjaga 'keselamatan'nya, kami letak atas almari sambung ke tv, 2R memang tak boleh sentuh langsung laptop tu...

Yang menjadi dilema sekarang ialah nak transfer segala mak nenek data dari laptop ni ke tempat lain, sebabnya sejak kebelakangan ni hati ni selalu rasa risau kot2 tiba2 laptop ni kaput terus, habis laa, punyalah banyak gambar2 dan video2 2R dalam ni. Nak burn dalam cd tapi cd-driver pulak dah lama weng, nak transfer melalui thumb-drive memang jenuh laa, so dok usha2 nak beli external hard disk, kena tunggu 'gaji' dulu laa nampak gayanya ni.

Alahai laa laptop, tolong laa berkhidmat lagi, walaupun selalu kena marah jangan laa merajuk, sudi2kanlah kiranya kamu terus berbakti hingga errr entah!
Sungguh sih, aku sayang bangat sama kamu! *tiba2 masuk indon mode, hek*

Thursday, January 14, 2010

Bila nak balik?!

InsyaAllah kalau dipanjangkan usia ni untuk bertemu dengan penghujung mac nanti, maka genaplah 7tahun I've been living here, wohohoho sudah lama laa jugak kan, kiranya kalau anak kecil itu bolehlah diibaratkan dah nak masuk darjah 1! I came here end of march(forgot the exact date) 2003 to further my study at Yamaguchi University, alhamdulillah Allah takdirkan untuk I 'bertemu' my other half here, engaged on 22nd feb 2004 and got married on 25th feb 2005. Despite of being a student and wife, alhamdulillah I managed to grad on time on 22nd march 2007 and I was 7weeks pregnant with Rafiqh...

Rasanya laa kan, soalan 'bila nak balik' ni memang soalan lazim laa semua orang akan tanya pada anak2 perantau, nak2 pulak kalau anak perantau tu dah bertahun2 di negara orang, macam dah "tak reti2" nak balik Malaysia, hahaha... Bukan lupa diri tau, sejauh mana pun merantau, kami tetap anak Malaysia, pi mai pi mai pun akan pulang jugak ke 'lubuk' asal tempat tumpah darah kami suatu hari nanti insyaAllah...

As for us, kalau orang tanya kami ni bila nak balik, jawapannya tahun 2012, insyaAllah... Garis penentunya ialah pada anakanda Rafiqh, eh bukan dia yang buat keputusan tau, tapi lepas ada anak ni kami bincang2 dan buat keputusan untuk balik sebelum dia masuk sekolah rendah. Kenapa? Ish panjang sangatlah pulak kalau nak hurai sebab2nya...

Honestly, I tak pernah rasa terganggu pun dengan pertanyaan ni, in fact suka ja orang tanya, rasa macam orang ambil berat dan ambil tahu hal kami, hehe *perasan glamour* tapi cukup benci dan emo kalau yang bertanya tu berniat nak provok dengan pelbagai spekulasi dan tuduhan tak berasas, huh yang tu ceq pantang hokey! Memanglah bagi yang tak pernah hidup di perantauan, akan nampak macam best ja kan duk oversea ni, nampak mewah dan hidup yang penuh kegembiraan tapi hakikatnya hidup kat mana2 pun sama ja, tetap ada pro dan kontra-nya, ada masanya sedih, ada masanya gembira dan hidup ni takkan pernah sunyi dari dugaan. Apapun, I sangat bersyukur dan gembira dengan my life sekarang, enjoy every moment here with my beloved family, once dah balik Malaysia nanti, hidup cara Malaysia pulak kan... So bila terpaksa berhadapan dengan orang2 yang perasan bagus ni yang berhujah takdak hujung-pangkal ni, I just ignore them, buat derk dan bolayan sama mereka, muahahaha...

Masa kami bawa balik kereta hari tu, lagi laa orang galak bertanya. Ya la kan, ramai yang sangka kami dah pun balik for good dan nak settle down terus kat Malaysia, ohohoho not yet maa! MyLove masih ada 'misi'-nya yang belum selesai di sini. On my side, even though I have my own dreams, have my own planning about what I would like to do in my future but I don't mind to be here with him, berapa lama lagi pun I tak kesah, cause I know it's never be too late for me to achieve everything I want, insyaAllah...

My family pulak, my parents and siblings tak ambil hal pun berapa lama lagi kami nak duk sini. Abah mak memang galakkan kami merantau, kalau ada rezeki lepas2 ni nak kerja kat europe sekalipun, mereka memang sokong, alhamdulillah. Mungkin sebab tu lah, hati ni tak pernah berbelah-bagi untuk stay sini...

Kesimpulannya, buat masa sekarang ni, kalau ada yang bertanya bila nak balik, jawapannya 2012 lah, tapi taktau laa kan kot2 Allah takdirkan sesuatu terjadi, mungkin kami akan balik lebih awal atau mungkin jugak lagi lambat dari perancangan, kita kan hanya mampu merancang, selebihnya adalah rahsia dari ketentuan Allah, hehehe, so guys, just wait and see...

Tuesday, November 10, 2009

Birthday presents...

Syok laa Rafiqh, belum pun sambut birthday, dah dapat hadiah...

Sebenarnya I tak ada laa nak beli seawal ni, cadangnya a week before his birthday baru laa nak order. Few days back I told myLove I want to buy a present for Rafiqh, siap tunjuk barangnya and he gave the green light. The next day, myLove tanya dah beli ker barang tu, I cakap laa ingatkan nak order giri2(=dekat2) birthday dia but since dah tanya tu I pun terus je order. Aah kami beli kat internet je. Kat kampung Ube ni bukan banyak pun mall atau kedai barang budak, lain laa kalau kat bandar2 besar nun. So mostly kalau nak shopping, I prefer beli kat internet, kadang2 tu boleh dapat harga yang jauh lagi murah, tu yang best tu... Oh lagipun, my points kat yahoo shopping ada dekat 1000yen dan mesti guna before 31dec ni, tu yang cari kat internet je hadiah dia, senang!

Sejak 3minggu lepas I dok merayau2 dalam internet ni, I was undecided at first cause banyak sangat benda yang nak beli, hahaha, but finally I found something intresting. The usual price would be more than 6,000yen(about RM200++), but there is 60% on sale that make the price only 2980yen(about RM100), yippie2! Kat kedai yang I tengok ni ada jual jugak board yang I nak sangat tu and luckily it also on sale, terus decided to buy both, hish tamak sungguh! So bila dah decided nak beli yang tu, I searched for shop which offer the cheapest price, kira punya kira jumpa laa yang paling berbaloi, taraaa sampai dah!

Muka selebet baru bangun tidur, terus sibuk nak main...

Birthday Rafiqh 5dec ni jatuh pada hari sabtu, so we plan to held a small birthday bash at our home on the next day ie. sunday, just a high tea party, senang nak masak yang simple2 saja. Tapi memandangkan a week before tu adalah raya haji which biasanya students sini akan organize jamuan raya, so nak kena risik2 tanya dulu takut clash tarikh pulak... Though it's going to be a small celebration but still I tengah dok fikir2 nak buat theme party or not, nak buat game or not, masa lastyear tak buat semua tu pun...

Masa kecik2 dulu abah mak tak pernah pun buat birthday party untuk kami. Seingat I cuma sekali mak buat party untuk ateh, masa tu dia 2tahun kot, tu pun sebab masa kami(read:alang and me) main masak2 dengan anak2 jiran kami buat party tipu2, beli gula2 and junkfoods dan jamu kawan2 makan, pura2 macam tengah sambut birthday for her. Mak dapat tau so mak pun buat laa party betul2. Kebiasaannya dalam my family, apa2 celebration tak kira laa birthday abah, mak atau anak2 ker kenaikan pangkat abah ker pencapaian anak2 ker, semuanya disambut dengan "makan besar" sesama kami jer. Kalau birthday, birthday boy/girl tu boleh pilih nak makan kat mana, so abah akan belanja makan kat situ, hadiah2 memang tak ada. Tapi entah sejak bila entah setiap kali birthday kami, mak akan belikan gula2, snacks dan kek then packing comel2 untuk bagi kat kawan2 kelas, for sure yang paling untung tu my youngest brother laa kan, setiap tahun sambut birthday dia, siap dapat presents dari semua orang lagi. Masa kecik2 dulu memang teringin nak celebrate birthday kat rumah, ada makan2, ajak kawan2 tapi sebab mak tak suka buat jamuan, memang tak payah mimpi laa kan, dah lama2 tu kami jadi tak kesah laa. Tapi sekarang bila dah jadi ibu, I berazam nak buat sesuatu yang I tak pernah dapat untuk my kids pulak, of course bukan takat party thingy ni saja, banyak lagi benda2 lain yang my parents tak pernah buat tu I nak buat... Mungkin bagi sesetengah orang birthday celebration ni kurafat, entah laa I tak reti nak komen lebih2 dari sudut islam. Bagi I, as long as pengisian party tu tak ada yang menyalahi agama, I rasa tak salah pun. Bukannya nak bermegah2 atau nak membazir, party tu macam jugak kenduri just nak jamu orang makan(a way of sedekah) dan yang paling utama adalah untuk gembirakan anak2 kecil. Buat masa sekarang Rafiqh masih terlalu kecil untuk faham semua ni, but I'm sure starting with nextyear dia dah boleh faham dah, masa tu I surely akan tengok kegembiraan dia. Ni salah satu cara untuk I hargai anak2, they are my precious, my soul, my everything... InsyaAllah setiap tahun nak buat benda ni... Eh tapi kalau you guys tak buat semua ni pun tak bermakna tak hargai your kids kan, banyak lagi cara lain untuk kita tunjukkan perhargaan dan kasih sayang kita, yer dak?!

Monday, November 2, 2009

My wishlists(lagi?!)

Ni entry suka2, saja nak buang masa, hehehe.
Tak lama lagi birthday Rafiqh, dok saja2 tu terfikir laa jugak apa barang yang dia perlukan pada usia sekarang tapi belum ada(sebetulnya ada yang tak penting pun). Alah, bukan nak belikan semua pun, mungkin pilih 1-2 untuk birthday present dia je kot.
Sebelum tengok wishlists untuk Rafiqh, meh nak tunjuk apa wishlists mak Rafiqh dulu, hahaha. Dah tau dah bukannya boleh dapat pun tapi takpa, berangan bukan kena bayar pun, free je kan?! wakakaka...

1. stroller
- hah, stroller lagi?! eh bukan stroller biasa tu, ni yang agak luar biasa, hihi. I nak yang ni...
Stroller ni untuk anak kembar sebenarnya tapi boleh jugak pakai untuk sesiapa yang ada anak umur dekat2 macam kami ni. Menariknya stroller ni ialah ia tak macam stroller yang biasa kita tengok untuk anak kembar tu, alaa yang style duk sebelah2 tu. Yang ni sorang duk depan sorang duk belakang. Yang seat depan tu boleh adjust kepada 2kedudukan - 115 dan 140darjah, manakala seat belakang tu boleh adjust kepada 4kedudukan - 120, 135, 150 dan 170darjah. Best kan? Boleh buh Rafiqh kat depan, Raziqh pulak kat belakang, haha berangan2. Hish nyesal pulak dulu tak tengok jenis ni. Masa balik Malaysia baru I tau ada jenis yang gini, ruginya arrghh... Tapi tu lah, harganya pun mak aih punya laa mahai, tak mampu pun nak beli, hehe(sedar pun diri!). Tapi kalau ada stroller ni boleh laa bawa diorang jalan2 dekat2 sini, I sorang2 pun boleh tolak 2budak ni, eh berangan lagi, hahaha... Dah2!

2. changing table
Alangkah bestnya kalau ada changing table... Dulu masa Rafiqh I salin atau pakaikan baju dia kat atas tilam kat lantai, ada jugaklah sakit2 pinggang tapi tak seteruk sekarang sebab dulu bongkok sikit je. Sekarang ni kena salin adik dalam cot, hadoi sakit nak mampuih pinggang ni sebab kena bongkok hampir 90darjah. Kalau buh adik kat bawah sah2 kena penyet dengan Rafiqh, tak senang betul nak bagi adik pakai diaper dll.

3. nintendo wii fit
I ni bukan kaki games, games hok yang ada dalam kom ni pun tak habis main lagi. Tapi wii fit ni betul2 menarik perhatian I sebab boleh buat alat untuk bersenam. Kalau ada seketul kat rumah ni mesti best kan, boleh buat aktiviti sukan dengan anak2, encik suami pun boleh tumpang sama. Tapi risau pulak karang terkinja2 dalam rumah ni obasan(=makcik) rumah bawah ni marah laa pulak, yer laa mesti bising kan, tak pun roboh ka lantai ni, hek!
Ish kalau ada bendalah ni mesti I akan lebih rajin bersenam, sekarang ni buat laa jugak senaman2 ringan(matlamat utama adalah untuk dapatkan balik body-shape sebelum beranak) tapi setakat 10-15minit je laa 1sesi, dengan wii fit ni rasanya boleh buat lagi lama kot, sebabnya sekarang ni kalau bersenam ada pakcik kecik tukang kacau, sibuk je. Agak2 kalau ada benda ni dia tak kacau dah laa kot, ihiks...4. digital weight scale
lama dah I nak benda ni, dulu cakap nak tunggu penimbang zaman tok kadok tu weng dulu baru nak beli, haa sekarang penimbang tu dah arwah dah, bila ek nak beli benda ni?! hihi
Dalam sehari I selalunya timbang berat badan more than 3times tau. Ni dah lama dah tak timbang ni, tak tau berapa dah berat sekarang ni huhuhu... Few days before raya my weight was 49kg, tapi lepas raya naik ler jadi 51kg. Haa sekarang ni tak tau laa makin turun ker makin naik ker...
Apasal golongan ibu2 ni sibuk sangat dengan berat badan dan bentuk badan?! Kalau tanya I, I jawab sebab untuk kepuasan sendiri, I tak buat semua ni untuk myLove atau orang lain tapi semuanya kerana I suka kalau boleh maintain-kan berat dan maintain-kan bentuk badan di tahap yang "sihat". Rasa bahagia dan gembira dengan pencapaian sendiri, tu jer...
Okey cukup, tu je yang I nak...
Next, nak buh wishlists untuk Rafiqh laa pulak.
1. board
hari tu ingat nak beli whiteboard biasa tu tapi takut pulak dia conteng dinding, dia dah pandai buka penutup pen/marker so sangatlah merbahaya! Kalau board ni sure selamat kan, hari tu cari dah kat Malaysia sebab dok tengok dia minat dengan cousin dia punya tapi sayangnya tak jumpa.
2. set alat tulis
Rafiqh belum ada set alat tulis ie. crayon, pensel warna and etc. Nak kena belikan buku sekali untuk dia mula berkarya. Sekarang ni dok bagi buku2 lama mak dia je...
3. toys
I taktau apa nama menatang ni, dalam gambar kat bawah ni mendalah tu yang dok belah kanan. Diperbuat dari besi yang ada benda bulat2 yang boleh dilaras, bagus benda ni untuk otak budak2. Setiap kali pi klinik Rafiqh akan main dengan benda ni, dok cari2 tapi agak mahal laa jugak, kalau jumpa yang ok boleh laa beli nanti...
4. set makan
masa birthday Rafiqh lastyear Kak Hanny dah bagi set pinggan mangkuk kat Rafiqh, sekarang ni dia dok guna yang kak Hanny bagi tu. I pulak saja je nak carikan yang ada talam macam kat bawah ni, boleh arrange semua foods dia dalam satu talam, senang...
Kalau nak senarai lagi memang banyaklah! Cukup laa tu kot. Sibuk2 fikir hal ni birthday party Rafiqh pun tak jyumbi(=prepare) lagi, at least dah kena buat list dan plan dah ni...

Friday, October 9, 2009

Kenapa saya mahu anak lagi?!

Memang ler nak tambah baby lagi tapi bukan laa sekarang atau dalam masa terdekat ni yer puan2, tunggu Raziqh besor sikit. Baru 2orang ni pun mamanya dah bersilat nak buat kerja rumah, bagi chance laa mama bernafas tenang "sekejap" sebelum ada yang nak mai lagi, hihi...

Baru2 ni masa myLove call dari ofis, dia terdengar anak2 dia melalak, dia tanya kenapa diorang nangis? I pun bagitau laa si Rafiqh ni seharian takmau tidur, dah dekat nak maghrib baru lelap, haa biasalah dah kalau tidur time2 tu bila bangun je mesti merengek2 meragam. Yang si Raziqh ni pulak dah mengantuk sangat tapi tak boleh nak tidur sebab si abang bising menangis, last2 dua2 orang melalak. Hadoi pening2, tapi mama releks je, ihiks. Lepas myLove balik kerja, masa dia dok mengasuh dan sembang dengan anak2 dia tu, dia kata "adik cepat laa besor, boleh lari2 main dengan onichan". I dengan tak puas hati pun jawab "uish, mada hayai yo!(=awal lagi ler). Adik biar laa lambat sikit besar ek, mama tak puas lagi nak cium bau baby, nak dukung baby, nak main2 dengan baby". MyLove jawab balik, "apa susah, kalau nak cium bau baby lagi, tambah ler lagi"... Hamboi2, ingat nasi ker boleh tambah2?!

InsyaAllah kalau ikutkan perancangan tu biar laa Raziqh cecah 2tahun dulu sebelum dia dapat adik. Selain dari sebab nak fully breastfeed for 2years, ada banyak faktor lain yang kami kena pertimbangkan, contohnya macam ekonomi keluarga, penjagaan/asuhan anak2 dan lain2... Lagipun kalau ikutkan myLove, dia nak 4orang je anak. Disebabkan I ni pun masih muda(hahaha perasan muda laa pulak, sila jangan muntah ok!), I tak nak laa beranak 4orang tu sebelum umur cecah 30. Nanti sabishi(=sunyi) pulak baru umur 30tahun dah stop beranak dan dah tak ada baby lagi, huhuhu... Lain laa kalau ikut kehendak I ni, I nak anak 6orang. Sebab tu laa I rasa bersyukur yang teramat sangat bila Allah izinkan I bersalin normal kali ni. Kalaulah ditakdirkan bersalin operate lagi, 3orang je laa, sikitnya anak kami. Kot bernasib baik, boleh laa dapat 4orang. Sebelum bersalin tu, ramai laa bising2 bila tau I pregnant lagi sebab takut I kena operate lagi, so nanti tak dapat laa bersalin ramai. Untuk sedapkan hati sendiri, I cakap "takper laa, Is(refer to myLove) bukan nak anak ramai pun, 4orang je." Konon2 lapang laa hati bila jawab macam tu, seolah2 meyakinkan diri bahawa I dah mampu bagi dia anak sepertimana yang dikehendaki, padahal dalam hati ni nak anak lebih dari tu, hehe... Apapun, soal rezeki dapat anak ni adalah rahsia Allah, berdoa je laa, even myLove nak sikit, kalau Allah takdirkan anak kami ramai, haa dia tak boleh cakap apa pun kan, tapi andai ditakdirkan anak kami sikit pun I terima dengan redha...

Apa bestnya ada anak?! I taktau laa baai(=situasi) orang lain kan. Kalau tanya I, I suka sebab rasa hidup ni sempurna dengan kehadiran anak2. Rasa damai dan bahagia bila tengok anak2 membesar especially bila tangan dan kudrat ni yang jaga diorang sepenuhnya. Jiwa rasa tenang bila tengok wajah anak2 masa diorang tidur(tapi serabai kepala otak bila depa bangun, lari2 panjat2 dan bising- in my case baru sorang laa, tapi tetap mencabar kesabaran, kahkahkah)...

Apa bestnya ada baby?! Best woo... Suka sangat dengan bau baby, bau masam2 tu lagi syok. I paling suka cium pipi baby time pipi dia panas2 baru bangun tidur atau baru habis nyusu. Kulit baby halus, best nak kiss. Suka tengok semua part badan dia yang kecil, main dengan tangan dan kakinya... Suka kemam2 gigit2 pipi, tangan, kaki dan badan dia yang tembam. Happy tengok dia punya development setiap hari, each day ada je benda2 baru yang dia discover. Ish banyak laa lagi, tak tersenarai!

Memang beranak tu sakit, teramatlah sakit, tak kira laa beranak normal atau c-sect. Tapi I tak pernah serik nak lalui semua tu lagi. Moga2 Allah izinkan I hamil dan bersalin lagi dan lagi... Amin.

Wednesday, May 6, 2009

Yatta!!!

Saya sungguh gumbira... Saya dapat apa yang telah "lama" saya hajati, muehehehe... Sebenarnya tak laa lama mana pun, sebab 2benda ni memang antara barang yang I suka buat collection so nanti tak lama lagi ni mesti ada laa design lain pulak yang berkenan di hati. Hampeh je kan, hehehe... Tapi kali ni kegembiraannya berganda2 sebabnya both of them walaupun dah lama I nak, tapi selalu teragak2 nak beli, hati ni berbelah bagi cause I always have to re-think everytime I saw the price, ended up tak jadi beli. Bukanlah mahal sangat pun kot bagi orang lain, tapi mahal bagi I dan memang jenis perangai I ni tak beli barang2 mahal kalau setakat nak pakai kadang2 je. Lain laa kalau macam purse ker kan, memang beli yang pukal terus, puas hati nak lanyak bertahun2. Bila dah lunyai, baru ganti yang lain... Tapi kalau setakat kasut dan handbags ni alahai I rasa tak berbaloi pun I nak beli harga ribu-riban, tambah2 pulak I bukannya bekerja pun...

Dalam entry "my wishlist" tak lama dulu I ada mentioned nak kasut skechers. At last, I got it, yatta! Kasut jenama ni baru je I kenal lastyear, masa my sis-alang datang sini, dia beli dan promote kaw2 punya, hahaha. Memang berkenan sangat dengan design, keselesaan dan keringanannya tapi bila tengok harga, hmmm no comment! Kalau zaman student dulu, ada scholar memanglah tak cakap banyak dah nak beli, tapi dalam keadaan sekarang yang banyak lagi benda lain nak kena timbang tambah tolak, jadi tak sanggup pulak nak habiskan duit tak menentu. MyLove tau yang I suka sangat kasut tu, masa ada festival sneakers pun dia ajak I pi tengok2 tapi I setakat tengok je laa, tak ada mood nak beli, ptuihhh jual mahal pulak! Cuma baru2 ni je masa dok merayap tengok2 kasut, dok belek2 kasut skechers ni, myLove paksa suruh pilih, kebetulan tengah sale more than 50%, tu yang terbeli tu, hihi... I berkenan warna silver tapi out of stock laa pulak, yang tinggal cuma putih, so ambil putih saja laa...




Beg ni pun tengah sale, selama I hidup ni I tak pernah beli beg harga lebih dari RM100, selalunya I tunggu musim sale je untuk beli handbag mahal2 ni, kalau harap nak beli yang new arrival ker limited edition ker, memang tak lah! Berkenan sangat totebag ni sebab ianya berzip, kat jepun ni totebag biasanya pakai kancing ketap tu je, mana laa selamat nak buh dokumen, barang2 berharga atau purse kalau pakai kat Malaysia kan. Dapat beg ni rasa puas hati sangat2, lengkap ciri2 yang I perlukan, yatta ne!



*** amacam alang, lawa tak? hihi

Tuesday, April 14, 2009

My wishlist...

Tiba2 je gatal nak buat wishlist, padahal birthday lambat lagi :-p, saja je nak cerita pasal barang2 yang dah lama diidamkan... Nampak sangat tak ada kerja kan... Eh ada laa, ni tengah tunggu pakcik kecik bangun tidoq ni, satgi nak keluar pi bank dan pos ofis, sementara tu mai dengar cerita saya...


1. Cake mixer


Dulu2 masa dok aktif meniaga kek ni, selalu laa bodek2 abah mak suruh belikan, tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Mak tak minat sangat bab buat biskut atau kek, tu yang dia tak mau beli tu... Bila pi rumah orang dan nampak orang ada mesin ni, selalu cakap kat diri sendiri, bestnya laa kalau ada benda alah ni kan, sambil2 putar bahan kek tu boleh laa buat kerja lain. Biasanya kalau buat kek, nak dapatkan tekstur kek yang lawa kena pukul lama2, haa kalau ada benda ni nak pukul sejam pun no hal, hahaha, melampau laa pulak. Tunggu balik Malaysia laa baru nak beli, kat sini tak tau kat mana laa nak simpan, besar gedabak!

2. Mesin jahit
Walaupun tak reti menjahit tapi nak jugak ada mesin jahit ni. Kalau boleh nak yang canggih manggih, siap boleh sulam tu, hahaha. Mesti best kan kalau pandai menjahit, sekarang ni nak upah orang jahit baju tu pun boleh beli sepasang yang ready-made, punya laa mahal! Kalau boleh jahit bodoh2 pun ok apa, paling lekeh pun boleh buat baju kurung ker kan, haa... Masa tunggu result SPM dulu memang nak masuk kelas, tapi mak pulak tak bagi. Sebab abah mak nak pi Mekah, so kena laa duk rumah jadi bibik, huhu. Sekarang ni kalau bab2 menjahit ni myLove lagi terer!


3. Body scale
Apa ek orang panggil menatang ni? Bukan weight scale rasanya sebab kalau weight scale tu setakat boleh timbang berat badan je kan, yang ni siap boleh sukat tahap kolestrol laa hapa laa, serba-serbi lengkap! Kat sini dah murah dah benda ni tapi tak mau beli lagi sebab penimbang yang sedia ada tu tak rosak2 lagi, entah bila nak rosak pun tak tau, Rafiqh bukan setakat timbang diri dia, dia siap hempuk, tunggang-tungging terbalik, macam2 dah dia buat tapi dok elok waras lagi. Dekat2 nak balik Malaysia nanti, kalau tak rosak2 jugak memang buang ja laa, beli yang jenis macam ni bawa balik...


4. Rak handbag
Banyak sangat handbag tapi tak ada tempat khas nak letak. Kalau boleh nak rak yang bertutup laa, yang gambar atas tu open sangat, serabut pulak tengok, berhabuk pun satu hal. Kalau ada kabinet handbags boleh nak display banyak2. I memang suka kumpul handbags, kalau keluar jalan2 suka tukar2 ikut warna/tema. Ni pun tunggu balik Malaysia baru boleh beli, kat sini tak ada ruang pun nak letak...


5. Rak kasutRak kasut pun teringin nak ada. Susun lawa2 bagi penuh, wah bestnya, hahaha, berangan! Kat jepun ni ruang kat pintu masuk tu kecil je, tak muat sangat nak buh almari macam ni, kalau balik Malaysia ni boleh laa kan, tu pun kalau rumah besar :-p


6. Kasut Skechers

Kalau tengok koleksi kasut yang sedia ada, mostly semuanya heels. Saya kan rendah aje, harus laa pakai tumit tinggi, mau kasi nampak tinggi sikit. Bila dah beranak ni, mana nak dukung anak, mana nak control berjalan kan, so kadang2 prefer pakai yang simple je. Skechers ni sporty, selesa tapi still girly kan, minat sangat!


7. Tote bag
Tote bag ni memang memudahkan especially bila nak travel, semua benda boleh sumbat masuk. Dah ada beberapa ketul dalam koleksi tapi nak tambah lagi, nak design yang lebih fancy dan warna silver/bronze pulak. Suka sangat yang jenis lembik2 tu, buh banyak mana pun still tak nampak penuh...


8. Perfume

Kali terakhir beli perfume ni masa nak buat hantaran kahwin dulu, yer 4tahun yang lalu! Berzaman sudah! Masa tu pi beli sampai 5botol, dapat pulak 5botol kecik2, haa sampai sekarang ni pun dok ada lagi. Dah naik bosan dah bau yang sama ja, cemuih(=jemu) haku! Dok nak beli yang baru ni lama dah, tapi tak terbeli2 lagi, perangai buruk I ni kalau nak beli tak cukup 1botol, kena 2-3botol, rabak laa kan, hehehe...


Note: MyLove tak baca pun blog I ni, so sah2 dia tak tau apa bini dia ni dok idam2kan selama ni kan. Kalau dia bagi hadiah, pi mai pi mai electronic gadgets je laa, orang tak romantik sangat ni tak reti nak beli benda2 macam ni semua, hahaha, terkutuk pulak, satgi kena minta maaf ni :-p. Eh tapi I happy je dia bagi apa pun, at least dia ingat nak bagi, yer tak?
Dah memang sejak azali lagi perangai I ni susah nak minta apa pun dari dia, though he always ask me, ermmm tak reti laa nak meminta2, malu! Kalau nak bagi, bagi je laa, jangan tanya2...

Sekian saja hasil merepek saya untuk hari ni...

Tuesday, March 31, 2009

Rumah impian saya...

Peringatan: Ini adalah entry meraban... ditulis di kala saya bosan...

Tajuk entry macam karangan budak darjah 3. Ahhh abaikan, abaikan! Hari ni saya nak cerita pasal rumah impian saya...

Dulu, saya pernah ada impian, bila besar nanti nak kahwin dengan lelaki yang mak bapaknya tinggal menetap di kampung. Iyer, kampung hulu tok dong(bukan nama kampung yer!). Saya nak mak bapak mertua saya tu ada rumah separuh kayu separuh batu, rumah 2tingkat yang bila berjalan kat tingkat atas, bunyinya macam langkah raksasa gung gang gung gang, hahaha. Halaman rumah pulak luas, kat sebelah atau belakang rumah tu ada sawah terbentang. Saya harap sangat mak bapak suami saya tu bela ayam, itik, lembu, kambing dan segala mak nenek binatang yang sesuai dibuat belaan laa, ada kebun sayur dan pelbagai pokok buah2an, petang2 saya nak tengok anak2 saya berlari mengejar ayam itik, bermain tanah dan rumput, sambil2 tu saya boleh duk bawah pondok di tepi pokok mangga makan buah2an dan kuih-muih sambil minum teh bersama suami tercinta. Bila ramadhan menjelang, suasananya pasti meriah. Menyambut raya dengan keluarga ipar duai berkumpul, buat kuih raya, bakar lemang, anyam ketupat, malam2 selepas terawih boleh tengok anak2 dan anak2 saudara main bunga api di laman. Ewah...

Tapi angan2 saya musnah bila saya ter-kahwin dengan suami saya sekarang. Suami saya ni asalnya orang johor tapi mak bapaknya dah lama menetap dan beli rumah di kawasan perumahan di Air Molek, Melaka... Setiap kali balik kampung, saya sebenarnya balik bandar lah! Rumah mertua saya ni dalam pembangunan pesat, rumah batu semata2. Nanti bila anak2 saya dah besar, petang2 mereka tak ada halaman pun nak bermain kejar2 dengan sepupu2 mereka. Mereka tak mengenal pun kampung agaknya sebab mak bapak saya sendiri bakal tinggal nun di atas puncak bukit. Aduh sungguh kasihan anak2 saya kan...

Untuk itu, saya telah khabarkan hasrat murni saya kepada si suami, bahawasanya bila kami pulang ke Malaysia nanti, usahlah beli rumah pangsa/teres/semi-D mahupun banglo di kawasan perumahan, beli laa tanah saja. Saya mahu rumah kampung, jauh sedikit dari bandar pun tak mengapa, asalkan saya aman dan gembira dengan rumah pondok kecil yang berlaman luas. Saya mahu anak2 bertempiaran lari dalam persekitaran yang hijau. Nanti bolehlah suami saya membela haiwan dan saya pula menanam tumbuhan. Si suami setuju...

Kiranya nanti anak2 saya bakal tinggal di kampung dan pulang ke bandar sebulan sekali, muahahaha.

Gambar2 rumah contoh ini saya rembat dari yahoo images. Jelesnya tengok orang yang ada rumah macam ni. Pelikkah saya? Oh mungkin tidak...


Sekian, entry merapu saya untuk hari ini...