Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Kesilapan dalam berdoa...

Apabila memperkatakan perihal berdoa, kita seringkali tertumpu kepada persoalan adab2nya saja, contoh macam tempat kita berdoa, mengadap kiblat, menadah tangan, dalam keadaan suci dari hadas kecil/besar, berwudu' dan sebagainya, tak ramai pun yang cuba fokus pada isi kandungan doa yang dibaca, kenapa? Mungkin sebab bila disebut doa, pastilah kita memohon kepada perkara yang baik2, memang ada jugak orang yang suka berdoa meminta kemudaratan orang lain, tu dah lari konsep dah tu, takmau cakap pasal tu, sat lagi entry ni jadi panjang berjela2...

Hakikatnya ada banyak kesilapan kita dalam menuturkan doa, jom kita check balik, amati satu persatu bait2 doa yang kita dok lafaz saban waktu itu. Ops ni nak tuju pada doa2 yang kita baca ikut sedap kita tau(read: doa yang kita 'reka' sendiri atau ikut2 orang), bukan doa2 yang dipetik dari nas al-Quran atau hadith, yang tu memang takkan silap insyaAllah...

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (Surah Al-Baqarah:186)

Allah sangat suka hamba2-Nya berdoa, dalam kita berdoa pengkhususan jugak penting, kena sebut dengan terperinci apa yang kita nak. Contohnya kalau nak anak yang comel, tak payah laa malu2 tahi kucing nak minta Allah bagi anak yang comel, describe laa, nak kulit putih ka, rambut hitam ikal ka, hidung mancung ka, mata bulat ka, mintalah, dah memang Dia yang cipta, kita memohon di tempat yang betul insyaAllah. Janganlah kita jadi orang yang malas berdoa yang minta sesuatu tu ala-kadar saja, nanti Allah bagi pun ala2-kadar je laa...

1. mendoakan kesejahteraan rumahtangga
- ramai yang suka meminta dikekalkan perhubungan suami isteri, malangnya terlupa meminta diberikan kebahagiaan. Silapnya rumahtangga bukan hanya didasari status semata tapi perlukan kebahagiaan untuk menenangkan pemilik2nya. Sebab itulah ramai sekali pasangan yang 'terperangkap' dalam status suami isteri sedangkan rumahtangga dah bagaikan neraka, Allah dah makbulkan doa mereka untuk sehidup semati biarpun hati dah ditusuk benci tapi tak jugak boleh bercerai...
"Ya Allah, Kau rahmatilah dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami, satukanlah hati kami sebagaimana Kau menyatukan hati Adam dan Hawa, bahagiakanlah mahligai cinta kami ini hingga ke syurga"...

2. berhasrat untuk menyusukan anak
- sejak hamil lagi, mintalah untuk dikurniakan susu yang 'cukup', bukan 'banyak'. Keperluan susu bagi setiap bayi berbeza2, ada baby minum banyakkk, ada baby minum sikit, jadinya jangan kita minta 'banyak' sebab kalau banyak sangat pun sendiri yang merana, boleh jadi bengkak susu, boleh membawa kepada demam, boleh juga mengakibatkan susu membeku membentuk ketulan, sakit wooo, haa kan dah memudaratkan diri sendiri...
"Ya Allah, Kau kurniakanlah susu yang mencukupi untuk anakku ini dan Kau permudahkan urusanku untuk menyusukan anakku ini"...

3. minta dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
- usia yang lanjut tak penting, yang paling utama ialah pengisian usia. Kalau dah tua sangat sampai nyanyuk dan menyusahkan orang pun tak guna jugak kan. Lebih baik usia yang pendek tapi diisi dengan amal yang berkekalan mengalir pahalanya kepada kita. Rezeki pulak mintalah yang halal, mohonlah dibukakan pintu rezeki langit dan bumi, curahkanlah rezeki yang halal kepada kita, kalau kaya-raya dari hasil yang haram, neraka jugaklah tempat kita...

Okey, cukuplah tu sebagai contoh...

Sebagai ibubapa kita sangat2 digalakkan berdoa, dikatakan kesilapan utama dalam mendidik anak2 adalah kerana kurangnya berdoa...

- mengungkap salam kepada anak contohnya ketika dia baru bangun tidur "assalammualaikum(semoga Allah merahmatimu)", berilah salam buat anak kita berkali2 dalam sehari, moga2 Allah merahmati hidupnya sentiasa...
- memanggilnya dengan nama2 yang baik. Dah penat2 buh nama penjang berjela cun melecun, tapi nama panggilannya alahai sadis sungguh...
- menyebut sifat2 mahmudah(terpuji) buatnya. Paling mudah panggillah kandungan kita dengan "anak yang baik" ketika hamil, setelah dia lahir panggillah "anak soleh, ya mujahid, wahai anak yang mendengar kata, anak pendamai jiwa dll"...

Wallahua'lam...

Wednesday, October 13, 2010

Yang haram dan halal...

Kelmarin macam biasa adalah rutin Rafiqh ke hoikuen(=nursery). Seminggu hanya sekali kami hantar dia ke sana, sekadar pendedahan awal untuk dia berkawan dan belajar bertutur dalam nihonggo(=japanese language). Seperti biasanya, pukul 12lebih I akan pergi ambil dia dari 'sekolah', dan macam biasalah jugak terpaksa spend almost an hour kat situ sebab susahnya nak ajak balik. Dia tak puas lagi nak melompat, si adik pun sama jugak, bila dah start sentuh omocha(=toys) macam di-gam tangan tu takmau lepaskan. Kesian punya pasai, mak depa melangut laa kat situ, mujoq sensei(=cikgu) Rafiqh baik hati, dia pun rajin menyembang, makanya sementara nak tunggu budak2 tu nak balik kami selalu berborak especially about Rafiqh. Banyak jugak yang I sempat pelajari dari senseitachi tu semua, rasa kagum dengan depa, they know a lot about kids' development, lojik arr kan, dah tu kerja depa sehari2, lagipun untuk jadi tenaga didik di nursery kat Jepun ni pun bukan mudah, kena ada sijil2nya. How I wish kita kat Malaysia pun mempunyai sistem yang sama, dengan harapan makin kuranglah kes2 kecuaian pengasuh/penjaga budak. Adakah kita tahu betapa ramainya bayi/kanak2 yang mati di bawah seliaan nursery/pengasuh? Memang tak masuk media pun, sebabnya most of the cases ditutup dan diklasifikasikan sebagai Sudden Infant Death Syndrom, sedih kan?!

Okey2, back to the story...

Kelmarin menu lunch kat nursery adalah karegohan(=nasi kari jepun). Kare ni memang tak boleh makan sebab ada kandungan bahan tak halal, ni 1st time Rafiqh datang time menu ni. Bila kena menu yang Rafiqh tak boleh makan, pihak nursery akan sediakan food asing untuk dia. Ni satu lagi kelebihan depa, langsung tak berkira nak buat sesuatu yang lain hanya untuk SEORANG budak. So Rafiqh diberi menu sup ikan dan sayur goreng. Sensei Rafiqh cerita all this while bila dia dapat menu yang berbeza dari kawan2nya dia tak pernah pandang pun lunch set orang, dia hanya concentrate makan apa yang dia dapat. Tapi mungkin sebab bau kare yang enak(kari jepun adalah manis, depa buh epal lah coklat lah, sungguh pelik! haha), Rafiqh pun usha2 pinggan kawan2nya, tapi sensei kata depa senseitachi ni kagum sangat sebab dia langsung tak minta atau tunjukkan rasa tak puas hati, dia diam ja sambil makan foods dia. Bila seorang sensei tanya Rafiqh kenapa foods dia lain dari kawan2, adakah dia tau? Dia jawab "kore wa ne taberarenai yo"(=yang ni tak boleh makan)...

Sebenarnya dah agak lama I 'perasan' perkara ni, selalu bawa 2R pi beli chocolate/biskut kat supermarket, bila tengok mama belek foods tu Rafiqh akan ambil dan belek sama, kadang2 dia kata "nak", tapi bila mama kata "araa, kore taberarenai yo, gomen ne, hokano erande(=alaa yang ni tak boleh makan laa, sori ek, pilih yang lain)". Dia boleh bagi simple response "ooo taberarenai ne"(=ooo tak boleh makan ek) without any argument atau bentakan tanda marah nak jugak2...

Dulu2 sebelum ada anak, I pun impressed sangat tengok macammana orang muslim lain didik their kids especially yang baru 2-3tahun ni untuk faham ada benda yang kita boleh makan dan ada benda yang tak boleh. Can you imagine how the young kids simply accept that fact? They are just 2years old kiddos, but they already learn about halal and haram. Tapi orang2 tua ni ramai ja belasah arak, bantai hisap rokok, benda yang sah2 dah haram, tapi selamba tok-nek depa ja, huh! I pernah tanya kakak2 Indonesia/Malaysian on how they teached/told their kids about halal&haram foods, as you guys know makanan kat nihong ni sangatlah tempting, semuanya nampak sedap sebab cantik2 comel2. Jangan katakan budak, kadang2 kita sendiri pun boleh ada rasa 'kecewa' bila tengok sesuatu yang 'menarik' tapi bila check ingredients tak boleh makan lah pulak. Masa dulu2 I terfikir jugak 'susah' kot nak ajar anak2 kecil ni, but oh my, I was wrong!

Before decided nak hantar Rafiqh ke hoikuen ni, I sebenarnya dah get myself ready to prepare bento(=lunch pack) comel2 for him. Masa pi pendaftaran pun I dah mentioned pihak hoikuen yang dia tak boleh makan macam2, mesti leceh depa nak sediakan tapi depa kata takpa, depa sanggup buat, sebab kat situ pun ada budak2 allergy, ataupun kalau 'kena' time menu tak boleh makan depa boleh bagi menu baby kat Rafiqh, ataupun di tahap yang memang kritikal(tak 'kena' jugak menu yang sesuai) depa akan sediakan khas untuknya, haa sampai macam tu sekali! Puas jugak laa nak menerangkan segala mak-nenek yang tak boleh makan tu, berjela2 senarai, hahaha. Masa nak hantar dia dulu pun terfikir jugak macammana nak explain kat dia kan, especially bila tengok orang lain makan benda lain dari dia makan, tapi tak sempat nak buat apa2 pun lagi, rupa2nya dia dah 'belajar' secara tak langsung dari rumah. Alhamdulillah so far, kat sekolah tak ada problem untuk dia 'terima', syukur. Buat masa sekarang ni I cuma cakap "sebab kita muslim, kita tak boleh makan itu ini, Allah says NO, so we have to obey". Lebih kurang macam "we cannot do like this or like that, because Allah tak suka, nanti tak boleh masuk syurga"..

Macammana ye orang lain explain benda2 ni kat anak2? Care to share?! As of now, Rafiqh belum nak tanya why and why kan, so agak senang laa, nanti2 I'm sure dia akan start tanya "doshite? nande?(=kenapa?)", haa kena ready jawapan dah ni...

Tuesday, October 5, 2010

Video "dunia akhir zaman"...

Rasanya dah ramai yang tengok video "dunia akhir zaman" ni di facebook. Ada terlalu banyak video yang di-shared di fb tu, macam2 ada, however I rarely click on them. Tapi bila terbaca intro perkenalan video terbabit, terasa tertarik pulak nak tengok. Yes, it was a 'good' video, especially for us yang sangat2 cetek ilmu agama mesti akan kata "wow! hebatnya orang yang buat video ni!". Honestly I'm kind of impressed jugak dengan ilmu2 yang dibahaskan, tapi terang2 terdapat banyak kekeliruan dan kesalahan fakta di dalamnya. I'm not that good in ilmu agama, bukan rajin sangat dengar, ikuti atau baca bahan2 islamik tapi jelas dan nyata sedari awal tayangan video ini lagi hati ni dah rasa macam ada yang tak kena...

Yang kemudiannya tertunggu2 pulak mana2 ahli agama untuk tampil memperbetulkan isi kandungan video tersebut. Alhamdulillah read this long article this morning, dari blog Leokid! artikel berjudul Menolak Dakwaan Video "Dunia Akhir Zaman". I'm not trying to say hujah2 yang saudara Leokid ni bagi adalah benar 100%, sebabnya tak dinyatakan jelas siapakah beliau so secara keseluruhannya masih memerlukan pengkajian yang lebih terperinci untuk yakin dan menerima hujah2 itu sepenuhnya, apapun bidasan2 yang terdapat dalam artikel ni mampu membuka mata pihak2 yang telah taksub dengan video terbabit, I kira ianya sudah cukup bagus!

Ni video-nya, boleh laa tengok kalau berminat, tapi make sure lepas tu baca ulasan dalam artikel di atas tu hingga habis ya(sampai part pembuat video ni sendiri yang bagi ulasan, then only you'll find the answer), supaya kita tak jadi umat islam yang mengambil ilmu agama secara membuta-tuli...

Facebook adalah medium yang baik kalau kita guna ke arah kebaikan, ada banyak ilmu yang boleh diperolehi di situ, sebab ramai sangat yang rajin jadi tukang click 'shared' tapi awas ye, bila kita sewenang2nya menghebah hal ehwal agama yang kita sendiri tak pasti betul atau salah, ketahuilah kita akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah kelak...

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya" (Surah Al-Isra' Ayat 36)

Kawan2, musuh islam itu bukanlah terdiri dari orang kafir semata2 kerana yang bergelar muslim itu sendiri tidak semuanya jernih keislaman mereka. Untuk kita ambil ilmu dan kemudiannya kita sebarkan pulak, pastikan dulu dari mana sumber ilmu itu datang, siapa penulis/penyampainya, sahih kah dll. Nak2 lagi ilmu2 agama ni, janganlah dibuat main, besar natijahnya. Jangan jadikan diri kita fitnah kepada agama hanya sebab semangat yang membuak2 untuk membangunkan islam, semangat tu bagus tapi pilihlah saluran yang betul dalam berjihad...

Wallahua'lam

Saturday, September 18, 2010

Mari bersolat bersama ustaz Rafiqh

Alhamdulillah saikin(=lately) nampak banyak jugaklah improvement dalam sesi solat Rafiqh. Dah boleh angkat takbir, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud, duduk tahiyat dan sebagainya dengan baik, walaupun kadang2 tu untuk sujud dia bantai pi baring meniarap terus, takpa laa kan, kira lulus laa bagi budak 2tahun lebih, hihi.

Sebenarnya kami tak pernah pun ajar dia solat, sebetulnya belum masanya lagi, tapi macam budak2 lain jugak dia meniru dari apa yang dia lihat. Untuk galakkan anak2 mengenal dan suka solat, I cuma sediakan 2sejadah kecil dan kupiah2 untuk mereka. Selalunya kalau kami nak solat, bermula dengan mengambil wudu', kami just keloi2(panggil2) ajak Rafiqh join, nanti dia mai laa basuh2 muka-tangan-kaki, mai bentang sejadah untuk dia dan Raziqh, ajak Raziqh mai solat, tungging-tonggeng 4-5kali, dah tu pi sambung main balik. Paling best tengok dia paksa Raziqh solat, panggil punya panggil tapi adik buat derk ja, dia pun pi tarik heret adik, ikut-dan dia nak tarik tangan ka, heret kaki adik ka, mama tengah solat pun boleh tergelak, lawak pulak tengok depa...

Sebelum2 ni selalu bacakan buku 'how to pray salat' bersamanya, buku tu hadiah dari maklangnya 2tahun lalu, tak sangka pulak dia terkesan dengan kandungan buku tersebut. Selalu nampak dia belek2 buku tu tapi tak terfikir langsung dia sedang 'belajar' dari situ, ingatkan dia just tengok2 saja. Selepas ayahnya tegur tentang kesungguhannya dia bersolat tak lama dulu, menurut pemerhatian ayahnya, dia boleh stay dari mula sampai habis solat, dia ikut aturan solat(rukuk, sujud dll) yang sama, makanya I pun lebih serius memperbetulkan apa2 yang boleh. Harapnya kesungguhannya ni berkekalan selamanya...

Baru2 ni dia bawa keluar sejadah, buku dan kupiahnya ke dapur, solat depan mamanya yang dok ralit surfing internet, mama pun apalagi, terus capai digicam dan snap gambar anak solehnya ni, "ya Allah Kau teguhkan laa hati mujahid kecilku, kunci dan ikatlah hatinya dalam menyintaiMu, RasulMu dan agamaMu ini, moga2 dia menjadi mukmin yang sejati, amin"...

rukuk...
kupiah tak pakai pun, rambut panjang sangat, kupiah tak lekat atas kepala, susah2 sangat tauk tepi sajalah...

sujud...

tahiyat ka duduk antara 2 sujud ka?! hentam sajalah labu...
eh2, sejadah dah bertukar laa...

check dulu next steps apa ya?!

buku pemberian maklang, jazakillahukhairan!


Belajar dan prektis rajin2 ye anak2, nanti boleh jadi imam ayah dan mama pulak, insyaAllah...

Tuesday, August 3, 2010

Berpantang dalam bulan ramadhan

When I was pregnant with Raziqh, about 2weeks before my due date and a month++ before ramadhan, someone told me that I won't be able to fast in ramadhan if I was still in confinement period, means selagi tak habis pantang, tak boleh berpuasa. I was like what?! and seriously I was confused. Dah sah2 laa kalau bersalin 3weeks before ramadhan, mesti laa berpantang lebih kurang 20hari lagi dalam bulan puasa kan. That was my 1st time berpantang in ramadhan, no experience and surely there's lots of new things I had to learn...

Yang membuatkan I tergerak hati untuk menulis kembali tentang topik ini ialah apabila few days back I read my friend's status at fb, she just gave birth a week ago and she mentioned that she's going to tak berpuasa for the whole 1month of ramadhan. I don't understand what she's trying to say actually, but to think that ramai lagi orang kat luar sana yang beranggapan kalau berpantang tak boleh puasa, oh sungguh kasihan kan?! Okey, I'm not ustazah or pelajar aliran agama dari Mesir yang banyak ilmu or whatnot, tapi rasanya tak salah kan kita berkongsi ilmu, so guys, if there's any wrong info here, please feel free to correct me ya!

Back to my story, bila I dengar 'nasihat' tu dan 'alasan2' kenapa I tak boleh berpuasa sepanjang tempoh berpantang, only 1 thing in my mind, I need to refer this to ahli ilmu/ustaz. Beberapa hari kemudiannya, sambil duduk2 tengok tv, I talked about this issue with my sil-kaklong and my sis-alang, then mak came to join us. La-la tu jugak alang tanya ustaznya, lega sungguh bila dah dapat hujah kebenarannya...

Kita kena faham kenapa kita tak boleh berpuasa, apa sebab2 yang dibenarkan islam untuk kita tinggalkan puasa wajib di bulan ramadhan. Salah satu sebab yang mengharamkan kita dari berpuasa ialah apabila keluar darah nifas, yang mana darah ni keluar selepas kita bersalin. Adik2 kakak2, darah nifas keluar bukanlah sepanjang tempoh berpantang ya, it's really depends on individual, sama jugak macam haid kan, ada orang 4-5hari saja, ada orang 7-8hari tapi ada jugak sampai berbelas2. Same goes to nifas, ada orang langsung takdak darah nifas, ada yang seminggu dah stop, ada 2minggu dan mungkin ada orang sampai sebulan. Kalau orang yang seminggu ja darah keluar but then tak boleh puasa for the whole month hanya sebab dia berpantang, ish pelik sungguh! Tempoh berpantang tu sendiri berbeza ikut negeri, as for kedah 44days, kalau belah kelantan 40days, dah tu nak tunggu berapa hari baru boleh puasa?! Lagipun berpantang ni amalan bangsa melayu saja, macammana pulak halnya bagi orang islam bangsa lain? Mana garis panduan yang sebenar2nya untuk kita ikuti? So back to al-quran and sunnah lah!

Tak timbul isu saya tak berpuasa sebulan ramadhan sebab saya berpantang, no! Unless sebulan tu memang nifas atau haid non-stop keluar, ataupun mengambil rukhsah bagi ibu yang menyusukan anak. Tapi kalau bagitau kat orang tu yang kita tak puasa, biarlah terang dan nyata sebab-musababnya, janganlah cakap atas angin, orang tak faham nanti salah tafsir pulak kan... Wallahua'lam...

Monday, July 26, 2010

Malam nisfu syaaban (UPDATE!)

Thanks to kak Oja atas informasi berkenaan malam nisfu syaaban, terdapat keterangan yang mengatakan amalan2 di malam nisfu syaaban ni adalah bidaah, link rujukan di sini yer, tapi huraiannya agak kurang jelas, mungkin perlukan maklumat lebih terperinci... Macam I ni, dah selalu sangat buat bacaan yasin 3kali setiap kali menjelangnya nisfu syaaban, sekarang jadi blur laa pulak, hehe. Apapun, beramal dengan ilmu lebih baik dari beramal ikut2 kan...

Hari ni dah pun 14 syaaban, bermakna esok adalah hari nisfu syaaban. Ada lebih kurang 15hari saja lagi sebelum kita melangkah ke bulan ramadhan...

Apakah hari nisfu syaaban?
Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.

Kalau hari dalam tahun masihi dikira bermula detik 12tengah malam, hari dalam tahun hijrah pula dikira sebaik sahaja masuk waktu maghrib, maknanya lepas maghrib malam nanti kita dah pun menginjak ke tarikh 15 syaaban.

Apakah amalan sunat yang digalakkan untuk kita lakukan pada malam dan hari nisfu syaaban?

1. solat sunat 2rakaat pada malam nisfu syaaban

2. membaca yasin 3kali selepas solat maghrib
- selepas bacaan yasin yang pertama, mohonlah dipanjangkan usia dalam keberkatan
- selepas bacaan yasin yang kedua, mohonlah dimurahkan rezeki
- selepas bacaan yasin yang ketiga, mohonlah ditetapkan iman

3. membaca doa malam nisfu syaaban

4. berpuasa sunat pada hari nifsu syaaban ie. esok...

Salam nisfu syaaban buat semua viewers ourLoveStory...

Friday, July 2, 2010

Resolusi musim panas 2010

Teman2, kok hari ini ibu mau cerita tentang musim panas di Jepang, dengar ya!

Hahaha tetiba bertukar jadi minah indon pulak! Ngak ada apa2 sih, benarnya kok tadi nyembang sama temannya dari Indonesia, terusan(bukan terusan wan mat saman ye) lidahnya udah gini aja jadinya. Ok2, dah2 tampo kang!

Eh perasan dak, awat ek bila kita orang melayu Malaysia ni sembang dengan orang Indonesia, la la tu jugak terus nak tukar slang cakap bahasa Indon, padahal orang Indon hagham sikit pun tak heran nak tukar cakap slang kita? Kan kan? Ermmm *menggaru kepala yang tak gatal*


Hokey, back to the title, suka sangat meraban...

Bagi sesiapa yang pernah datang/tinggal di Jepun pada musim panas, pasti tau bahangnya summer di sini macammana. Dari segi suhu sebenarnya tak banyak pun berbeza dengan Malaysia iaitu sekitar 40darjah celcius, tapi disebabkan kelembapan udara yang tinggi, badan kita mengeluarkan peluh yang banyak melekit2, jadinya kita akan rasa sangat tak selesa sepanjang musim panas kat Jepun ni berbanding musim panas kat Malaysia(entah sejak bila laa Malaysia ada musim panas!? Sila abaikan tatabahasa yang tunggang-langgang)...

Ketidakselesaan kepanasan kemelekitan kepeluhan dan ke-an lainnya ni selalu mencetuskan rungutan demi rungutan, huhu, haa ni yang nak dibuat resolusi ni, tapi tajuk entry memang tak boleh blah, sedikit over! Saya dengan ini berazam untuk mengurangkan kadar rungutan, kalau boleh takmau merungut langsung, mahu melatih diri jadi hamba yang bersyukur sentiasa, ecceh!

Kebelakangan ni Rafiqh selalu dok sebut2 "atsui ne, atsui ne"(=panas ek), dia bukan sebut saja2 but he really means it, memang dia nak cakap yang dia rasa panas. I don't know where he got that words, selalunya I sebut atsui tu refer to air/makanan panas, takpun pada benda2 macam kuali dan juga pada air paip toilet, tu je, tapi tu pun I sebut "atsui2, abunai!"(panas2, bahaya!), maybe he gets it from his sensei or friends at school. Nevermind! Pokok ceritanya sekarang ni bila dia kerap2 mention benda tu I rasa kurang selesa, seolah2 dia mula belajar merungut, huhu.

Kami adik-beradik memang tak diajar merungut tentang kehidupan apatah lagi perkara2 berkenaan ciptaan Allah, nanti tak pasal2 kena debik dengan mak. Walaupun sekarang ni pun kadang2 bila balik Malaysia terlepas jugak cakap aduhhh panasnya hari ni, haa siap laa kalau mak dengar, mesti kena marah. Panas pun bising, hujan pun bising, serba tak kena, sepatutnya dalam apa jua keadaan kita kena belajar menerima seadanya, Allah tak jadikan walau satu apapun dalam dunia ni dengan sia2, ada hikmah tersembunyi bagi hati2 yang ingin memahami...

Untuk lenyapkan terus atsui ne atsui ne itu, I bertekad untuk mengawal lidah sendiri dari menuturkannya ke arah yang berbaur rungutan. Susah ni, kadang2 terlepas cakap, adehhh dou shiyou?!(=macammana ni?!), takkan nak lempang muka sendiri kot bila terlepas cakap, hehe. Ermmm, tapi tak salah kot kalau sebut "ya Allah, panas sungguh hari ni" bila dalam hati turut mengingati panasnya neraka Allah nanti. Ataupun "atsui ne, best, cepat je baju2 dah kering, seronok dapat sidai futon dan bantal2", haa yang tu takpa kan?! hehehe...

Sejak beberapa hari lepas, bila Rafiqh sebut atsui ne, I akan kata "sou yo, atsui ne, syoganai2, datte natsu da mon"(=aah kan, panas ek, terpaksa laa dah nama pun summer), haha balas balik sebab hari tu dia kata kat I macam tu. Minggu lepas kami redah hujan ke parking kereta, elok masuk kereta Rafiqh ambil tisu lap badannya yang basah. I cakap kat dia, aduhhh basah habis baju mama, guess what he said to me, "datte ame da mon(=dah tu, hujan), basah laa", dush kena sebijik, tu pun taktau ka, hahaha... Tadi naik ja kereta dia sebut atsui ne, lepas tu sendiri sambung syoganai2, datte natsu da mon, hahaha, good! Takmau merungut2 lagi yer...

Tuesday, May 25, 2010

Doa pengasih...

Selalu kan kita dok tengok dalam drama/filem melayu, orang melayu+islam kita ni bila ditimpa apa2 musibah, sikit2 cari bomoh, sikit2 cari dukun, sikit2 cari 'perantara wali', ish3 apa nak jadi?! Jangan taktau, dalam zaman serba canggih-manggih ni pun, masih ramai antara kita yang percaya pada benda khurafat, tahyul dan yang seangkatan dengannya, yang pastinya samada kita sedar atau tak, perkara2 yang melibatkan kepercayaan ni membawa kepada syirik, menyekutukan Allah itu dosa besar woo! Nauzubillah...

Ada pulak yang kata "eh takpa, bomoh ni jampi pakai ayat qur'an, dia bomoh islam!", *sila tepuk dahi beramai2*, see betapa jahilnya umat islam kita sekarang! Kalau dah sampai berkemenyan, berjampi-serapah, ber'perantara', ber'menurun', berpulut kuning-ayam panggang-bunga 7warna-bla3 bagai, tang mana yang ISLAM nya? Semua tu dah masuk ilmu hitam dah weiii, dah bersahabat dengan jin dan syaitan!

Kalaupun kita bermasalah(contohnya diganggu makhluk halus ka, sakit 'misteri' ka, anak kecik kuat teriak ka hapa ka), kita pun pi laa jumpa ustaz/imam/tok guru or whatever lah untuk berubat atau dapatkan 'ubat', masih perlu kita percaya dan yakin sepenuh hati bahawa kita hanya berikhtiar, bukannya bergantung harap pada kuasa manusia tersebut semata2, sebaliknya kita wajib kena berserah sungguh2 pada kekuasaan Allah Taala, wajib kena percaya sungguh2 apapun yang terjadi adalah berlaku kerana kehendak Allah Taala, dan HANYA Allah yang boleh merubah segala-galanya...

Berbalik pada tajuk entry, as usual intro selalu melencong-meraban dulu, hehe, selalu sangat dok tengok dalam tv tu, asai ada problem rumahtangga ja, pakat2 semua orang suruh si isteri tu pi cari dukun, hadoiii laa, drama2 ni pun satu hal jugak, mengajar ajaran songsang! Ni lagi satu yang dah jadi penyakit keturunan orang melayu kita ni, asai suami buat hal ja, isteri pi jumpa bomoh, asai laki ada 'betina' lain ja, bini pi cari bomoh, konon nak berubat laa, ni bukan cari ubat ni, ni cari penyakit!!! Maunya tak cari penyakit, elok2 sahsiah dan ibadah kita selama ni terjaga, hanya sebab nak menangi cinta suami kita pi bodohkan diri bercampur dengan benda2 nasi kangkang-jampi serapah-minyak pengasih-bla3 konon nak bagi laki dengar cakap, dahhhhh kita pun terheret masuk dalam golongan yang dilaknat. Alangkah ruginya kita kan?!

Adik2 kakak2, hati manusia ni kan dipegang oleh Allah, termasuklah hati suami2 kita tu, Allah yang membolak-balikkannya, kalau hari ni Allah nak bagi dia sayang gila kat kita, esok-lusa Allah boleh ja buat dia benci-meluat-piang kat kita, tu semua kerja Allah, jadinya mohonlah ketetapan hati tu dari Dia, bukan susah pun, berdoa, berusaha perbaiki rumahtangga, bersabar dan bertawakkal, insyaAllah sejahtera. Apalah sangat nilainya cinta suami kita tu kalau nak dibandingkan dengan cinta Allah!!!

Sebelum I berumahtangga, seorang ustazah pernah nasihatkan supaya setiap kali nak buat kerja rumah(memasak terutamanya), even bancuh air untuk suami sekalipun, basuh tangan dan bacalah basmallah pada setiap gerak kerja, insyaAllah penuh berkat. Benda simple ni kita semua pun tau kan, tapi kita amalkan ka?! Selain tu, antara doa yang boleh kita amalkan ialah...


Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Soal hati ni jangan buat main2, besar natijahnya pada pegangan kita, so kawan2 adik abang kakak sekalian, sekuat mana pun kita diuji, jangan berpaling pada bomoh yer, muehehehe...

Wednesday, March 17, 2010

Jodoh perlu dicari...

Sambung lagi topik pasal jodoh...

Masa balik Malaysia lastyear, I ada tengok 1 slot rancangan yang mengupas isu jodoh ni, kalau tak silap oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah. Ada seorang penonton tanya "kalau benarlah setiap orang tu dah ditetapkan jodoh buatnya, kenapa ada orang yang sampai sudah tak kahwin2?". Soalan yang menarik kan, sebelum ni pun pernah terfikir, kalaulah betul setiap orang tu Allah dah sediakan untuknya pasangan masing2, kenapa boleh jadi sampai ada bujang terlajak dan anak dara tua kan?!

Di sini lah kita perlu faham bahawa 'yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang'. Semuanya memerlukan usaha, orang lelaki berusaha cara lelaki, orang perempuan jugak perlu berusaha. Kadang2 kita silap, bila sebut perempuan mencari jodoh, kita tuduh dia takdak harga diri lah perigi mencari timba lah hapa lah, padahal dalam islam, hak memilih pasangan tu sama ja bagi lelaki dan perempuan, cuma cara nak approach-nya saja yang berbeza. Tak salah aih perempuan yang mulakan langkah awal, kalau kena pada cara dan orangnya, insyaAllah terlafazlah akad dan nikah...

Menurut beliau, memang setiap orang tu Allah dah tetapkan pasangan buatnya tapi adakalanya belum sempat mereka bertemu pasangannya mati dahulu, jadi jodohnya pun 'mati', sampai sudah laa dia tak kahwin2. Ada pulak orang yang terlampau memilih, pilih punya pilih hinggakan tanpa sedar dia 'menolak' jodohnya, jodoh yang pergi tu pulak dah tak datang2 balik, akhirnya mereka juga tak bersatu. Haa lebih kurang macam tu laa, banyaklah lagi situasi contoh yang diberi... Makanya di sini, selain berusaha membuta-tuli, kita juga dituntut untuk sandarkan hasrat tu kepada Allah Taala, minta petunjuk dari-Nya, mohon didekatkan si dia jodoh kita dan berdoalah moga dipermudahkan usaha kita...

Ada banyak jalan menemui jodoh, ada yang kenal melalui chat saja, yang terjumpa berselisih jalan, yang diperkenalkan oleh pihak ketiga, yang berkenan pada pandangan pertama, ish banyaklah. Selalunya, biasanya dan kerap kali kita dengar mereka2 yang selamat menikah ni akan kata sejak awal lagi mereka dah boleh rasakan 'detik' di hati yang si dia adalah untuk mereka, yer betul...

Sepertimana yang I tulis dalam entry lepas, abah mak sekarang dok risaukan soal jodoh my younger sister-ateh. Ada laa beberapa pilihan, nak kata abah mak terlampau memilih pun tak jugak, tak banyak pun syarat2nya, hehe sebab bimbanglah kalau2 terlalu memilih, nanti 'tertolak' pulak jodohnya, kesian laa kat dia. Bukannya nak kahwin segera pun, ateh muda lagi, baru 20tahun, tapi biasalah kan, dah 3 yang atas semua dah kahwin, dia yang seterusnya so lumrahlah untuk abah mak fikir soal dia pulak. Moga2 urusan jodohnya dipermudahkan Allah, amin...

Monday, March 15, 2010

Kerana sudah ditakdirkan, perlukah lagi mencari JODOH?!

Wahhh tiba2 ja cakap pasal jodoh kan, sebenarnya entry ni adalah rentetan dari baca entry kat blog seseorang(you know who you are, hehe)...

Dan sebenarnya isu jodoh ni adalah dilema bagi hampir semua orang yang waras(read: ada keinginan mendirikan rumahtangga kerana berkahwin itu naluri fitrah manusia), tak kira lelaki mahupun perempuan, my own mom pun selalu cakap soal ni, nak2 pulak sebab mak masih ada seorang anak gadis yang belum dinikahkan, somehow mak sangat serius berfikir soal jodoh ni (errr ada ka mak yang tak serius fikir pasal soal jodoh anak dara dia?! Tak dak kot kan)...

Antara persoalan2 yang sering ditanya berkaitan jodoh:-

“Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah dan tak boleh diubah?”.
Ada dua pertanyaan dalam soalan di atas...

1. Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah?
Ya, benar. Bahkan, bukan hanya jodoh, malahan segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah sejak kita masih lagi berada dalam rahim ibu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

2. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)

Lantas, sekiranya jodoh(dan segala takdir lain) itu hanya boleh diubah oleh Allah, apakah sebaiknya kita hanya perlu menunggu takdir dari Allah saja tanpa perlu berusaha lagi?
Bukanlah begitu. Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”) sebagaimana sering kita lafazkan satu ayat "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaun itu sendiri mengubahnya"...
Allah SWT berfirman:
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kita doa istikharah(menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandungi permohonan mengubah takdir-Nya:
"Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini, dan TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya."

Kesimpulannya, supaya Allah mengubah takdirNya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”), termasuk dalam hal jodoh, kita perlu berikhtiar dan berdoa...

"Apakah jodoh itu perlu dicari?".
Ya, perlu. (Dalilnya, Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11, seperti yang tertulis kat atas)...

Telah digariskan soal mencari jodoh secara islami, sebagaimana yang diusulkan dengan kaedah2 usul fiqh, maka rujuklah dan ikutilah...

CINTA itu perjuangan... Tak wajar sekadar menguis harapan, ia perlu diusahakan, untuk dapatkannya pasti ada cabaran dan mempertahan keharmoniannya pasti penuh dengan rintangan... Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki...
"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..." (Surah Yaasin [36]:ayat 36).

Nanti2 sambung lagi...

Friday, February 26, 2010

Ada apa pada Maulidur Rasul?!

Bila disebut maulidur rasul, apakah gambaran yang hadir dalam minda kita?!
Maulidur rasul adalah hari memperingati kelahiran seorang manusia agung, nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda adalah sinar yang menerangi dunia dengan cahaya agama yang benar dan hakiki yakni islam... Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena keputeraan baginda pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571...

Jika dulu2 ketika masih bersekolah, maulidur rasul begitu sinonim dengan aktiviti mengenang kembali sejarah kelahiran baginda dan juga hari untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Namun kini setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, adakah maulidur rasul hanya bersisa pada cuti umum, perarakan, rancangan ceramah dan slot2 selawat di kaca tv atau apa?!

It's more than that!
Jika kita yang dewasa sering beralasan "nak berselawat tak payah tunggu maulidur rasul, nak memperingati baginda bukan sekadar sehari dalam setahun, bla3...", memang kita bijak memboloskan diri, tapi tanyalah pada diri sendiri berapa kali kita berselawat dalam sehari, berapa kali memperingati keagungan baginda dalam setahun?! Kita gemar memandang sepi dan memperlekehkan usaha pihak lain demi menutup kekurangan sendiri kan?!

Namun, kini bila sudah bergelar ibu yang mempunyai anak2 yang makin membesar, somehow I rasa sangat 'besar' ertinya hari2 berlabel seperti hari ibu, hari bapa, hari kemerdekaan, hari maulidur rasul, hari awal muharram dan ratusan hari lainnya...

Kenapa?!
Kerana hari2 ini menjadi titik awal yang membawa kepada permulaan sebuah 'cerita'. Pada hari maulidur rasul contohnya, kita boleh bercerita dengan menyingkap kisah kelahiran Rasulullah pada anak2 seawal setahun usianya. Menggambarkan padanya ada seorang manusia yang lebih hebat dari ultraman, yang lagi power dari kamen ryder, yang kacak dan tinggi budi pekertinya, yang disayangi segenap golongan makhluk Allah, yang mencontohi peribadinya kita dijanjikan ganjaran yang besar, yada2. Pada hari ini jugak, kita ajarkan selawat dan salam pada anak2 menggantikan lagu2 thomas&friends, barney&friends and etc etc, jika sebelum ni sekadar memperdengarkan tapi hari ni kita kaitkannya dengan sejarah silam...

Oh pastinya untuk mendidik jiwa2 mujahid kecil ini perlukan inisiatif yang istiqamah, tidaklah cukup dengan sehari tapi sekurang2nya yang sehari ini menjadi langkah pertama bagi sejuta langkah seterusnya, insyaAllah...

Salam maulidur Rasul buat semua viewers OurLoveStory...

Friday, April 17, 2009

Azal, ghail dan ghilah


Beberapa hari ni dok ralit baca buku "90tips kedamaian suami isteri". Secara peribadi I rasa tajuk buku ni tak sesuailah dengan isi kandungannya, hehe, pepandai je :-p. Isi buku ni lebih kepada hal ehwal perkahwinan, tak banyak pun sentuh tentang tajuk buku, tapi tak apa laa kan, banyak jugak info baru yang I dapat. Sekadar nak kongsi kat sini beberapa istilah yang dirasakan menarik.

Azal ialah perbuatan si suami yang menumpahkan air maninya di luar vagina isterinya ketika melakukan hubungan jenis.

Azal ni adalah salah satu cara untuk menjarakkan kelahiran, alah yang kita dok sebut perancang keluarga tu. Bagi umat Yahudi, azal ni berdosa kerana dianggap telah melakukan pembunuhan secara tersembunyi, sebab nutfah yang sepatutnya tumpah dalam rahim isteri diputuskan. Hal ni dibantah oleh Rasulullah SAW bahawa memutuskan nutfah dengan menumpahkannya di luar vagina bukanlah perbuatan tercela kerana nutfah bukanlah barang yang berjiwa. Rasulullah menegaskan jika Allah mengkehendaki, orang yang melakukan azal pun boleh saja membenihkan anak. Oleh itu, dalam Al-Quran tidak ada larangan perbuatan ni. Samalah jugak hal-nya dengan proses2 perancangan keluarga yang lainnya...

Azal ni perbuatan yang mubah, iaitu boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya, tetapi perlulah dapat persetujuan si isteri terlebih dulu...


Ghail ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang hamil.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab menganggap persetubuhan ketika isteri sedang hamil akan merosakkan janin dalam kandungan, boleh menyebabkan keguguran atau bayi meninggal. Anggapan ni sedikit sebanyak mempengaruhi Rasulullah ketika itu, tapi apabila Rasulullah melihat bukti2 yang terdapat pada bangsa Rom dan Parsi yang mengamalkan ghail ini, baginda tidak jadi menyatakan keinginannya dalam bentuk larangan.

Oleh itu, Rasulullah tidak melarang suami menggauli isterinya yang sedang hamil. Perbuatan ini juga adalah mubah, pilihan setiap individu selagi mana ianya tidak merosakkan kesihatan suami dan isteri...


Ghilah ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang menyusu badan.

Masyarakat arab sebelum kedatangan islam menganggap hubungan jimak suami dengan isteri yang menyusu tu salah, sebab dibimbangi si isteri tu hamil dalam keadaan masih menyusu.

Alasannya sama jugak macam ghail, Rasulullah juga tidak melarang perbuatan ghilah ini berpandukan kepada bukti2 yang ada pada bangsa Rom dan Parsi.

Dalam konteks hamil dan menyusu ni, ada sesetengah pihak yang memandang ianya salah berpandukan situasi di atas tanpa melihat dengan lebih dalam lagi asal usul nas terbabit.


Saturday, April 11, 2009

Doa seorang ibu...

Ketika hamilkan Rafiqh dulu, ramai kawan2 yang sama2 pregnant so selalu laa I chat dengan diorang. Biasalah kan, topik yang wajib mestilah tentang pregnancy, delivery bla2... Macam2 laa yang boleh dikongsi, dari soal permasalahan pregnancy, masuk bab shopping, perihal memilih nama, hal pantang dan tak kurang jugak tentang ketakutan/kerisauan nak tempuh proses bersalin. Dan biasa laa kan, kita mesti sebut moga dipermudahkan segala urusan, moga diizinkan bersalin normal dll kan. Tak pernah lagi laa I dengar orang minta doa nak bersalin operate, hahaha. Bila bercakap soal nak Allah permudahkan semua urusan ni, a friend of mine kata yang dia malu nak meminta lebih2 dari Allah. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia kata macam tu, apapun, I am totally disagree with her. As for me, kat siapa lagi kita nak minta kalau bukan dari Allah, though kadang2 apa yang kita minta tu mungkin kita rasakan sesuatu yang agak mustahil. Tapi apakah mustahil yang kita fikirkan itu mustahil pada Allah? Pastilah jawapannya TIDAK. Tiada apa yang mustahil jika Allah berkehendakkan ianya berlaku, betul tak?

Dari pandangan I yang sangat cetek ilmu agama ni laa kan, tak salah pun kalau kita nak minta apa sekalipun dari Allah, memanglah kalau kita meminta2 dari manusia, manusia tu bosan dan menyampah tapi Allah bukan makhluk, Dia suka hamba-Nya meminta2 dari Dia, sebab hanya Dia yang layak makbulkan segala permintaan kita... Tapi kena ingatlah, meminta itu jugak perlukan usaha, tak bolehlah nak tadah tangan tunggu benda tu tergolek dari langit je kan, kena laa buat sesuatu jugak. Habis ikhtiar kita berserah laa pulak, bersangka baik dengan takdir Allah andaikata apa yang kita hajati tu tak kesampaian...

Semua ibu yang hamil pastinya mengharapkan yang baik2 buat anak dalam kandungannya. Antara doa yang selalu disarankan dibaca para ibu ialah:

"Ya Allah, Kau peliharalah anak di dalam kandunganku. Sembuhkanlah segala penyakit sesungguhnya tiada sembuhan melainkan dengan penawar-Mu ya Allah. Jadikanlah kelahiran anakku ke dunia ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Kurniakanlah kepadaku anak yang sehat, sempurna, berakal, berilmu serta beramal soleh. Perelokkanlah akhlaknya, merduakanlah suaranya dan fasihkanlah lidahnya untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW"...


Selain dari doa di atas yang tak putus2 dibaca bukan saja lepas solat, I tambah sendiri doa2 lain yang mungkin kalau orang lain dengar dia kata I ni merepek, hahaha... Apapun, doa perlu spesifik untuk dapatkan hasil yang betul2 kita nak...


I minta untuk ada anak yang elok rupa parasnya, bermata dan beralis cantik, berambut hitam lebat, berhidung mancung, montel(memang lahir montel pun, sampai kena bedah :-p. Untuk baby kali ni tak minta dah!), berlesung pipit, berkulit cerah, sempurna anggotanya, baik budi pekertinya, pintar, cergas dan cerdas, beriman bertaqwa, jadi anak yang soleh, anak yang mudah dididik, mudah dinasihati dan bakal menjadi mujahid di jalan islam... Banyaklah lagi, tak tersenarai laa pulak.

Walaupun tak dapat semua yang I minta(dari segi fizikal), tapi I puas hati. Sekurang2nya Rafiqh ada lesung pipit walaupun both of us tak ada, hahaha, bengong sungguh! Tak apalah Allah tak penuhi apa yang I minta dari segi luaran tu, semoga Allah makbulkan segala permintaan yang melibatkan akhlaknya, itu dah lebih dari cukup... Buat apa muka handsome tapi perangai macam penyangak kan? Nauzubillah...

Kenapa kita digalakkan berdoa? Kerana doa mendidik hati, supaya kita tak jadi hamba yang bongkak dan takbur. Jadi, janganlah malu nak berdoa... Lagi laa kalau doa tu dari seorang ibu...

Habis dah khutbah sabtu, hahaha...

Tuesday, March 3, 2009

Dimana silapnya aduhai anak?!...

"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak".
Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia".
- (Maksud Al-Hadith )

Ada anak pun susah, tak ada lagi laa susah, yer tak?... Dulu, ketika melihat permasalahan sosial dan kebejatan akhlak remaja zaman sekarang ni, I sebenarnya takut untuk melahirkan anak. Bimbang2 kalau gagal mendidik mereka dalam dunia yang penuh pancaroba ni... Tapi naluri setiap wanita kan, mesti laa nak sempurnakan kewanitaan tu dengan hamil dan melahirkan... Semoga Allah membantu kami menjadi ibubapa yang mampu melaksanakan amanahNya...

Ada berjuta2 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak2 kalau nak disenaraikan... Pernah terbaca dulu tapi ala2 ingat2 tak ingat, so I cuba kongsikan beberapa point yang masih I ingat...

1. Kurang berdoa...
Ada 2 "masa" yang memerlukan kita tekun berdoa, memohon dari Yang Esa...

- Kurang berdoa semasa mengandung
Antara doa2 yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

- Kurang berdoa semasa membesarkan anak
Doa2 yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

2. Banyak memberi belaian Tarhib(menakutkan) daripada Targhib(didikan atau motivasi)...

contohnya:
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hantu
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Budaya masyarakat kita agaknya suka menakutkan anak2 dengan perkara yang bukan2. Sejak kecil anak2 dah disogokkan dengan unsur2 negatif. Kami tak pernah gunakan kaedah tarhib ni so I cukup pantang kalau orang lain takut2kan Rafiqh... Kalau orang cuba takutkan Rafiqh, cepat2 I cakap "as parents, kami tak pernah buat macam tu", so please faham2lah sendiri...

3. Menegur anak secara negatif...

* mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun(terutama semasa marah)
* membandingkan anak2 dengan anak2 lain atau anak orang lain
* banyak menggunakan perkara "tidak, jangan dll"

Ketika anak masih kecil, tegurlah perbuatan/kesalahan dengan nasihat yang mudah difahami. Usia Rafiqh ni kalau berjela2 explain pun buat habis air liur je, hahaha. Gunakan pendekatan yang simple, contohnya bila dia nakal baling2 barang, cakaplah "Rafiqh anak soleh, Rafiqh anak yang baik kan, barang2 bukan untuk dibaling. Tak baik, bising nanti, kalau rosak dah tak boleh main... bla3". Kalau 3-4 kali dia masih ulang buat lagi walaupun dah ditegur baik2, I akan bangun cubit tangan dan kakinya, hehehe...
Apabila anak sudah cukup faham dan boleh diajak berbincang, bawalah mereka ke tempat yang agak privasi untuk sesi kaunseling... Dengar masalah mereka sebelum kita mahu mereka dengar kehendak kita...

4. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak2

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. I baru je order 4 batang rotan dari my mom, nak ambil bila balik nanti. 1 untuk digantung, tujuannya untuk memberi peringatan- rotan yang selalu digunakan oleh ustaz2 yang ajar mengaji tu. 1 dibuat dari 7 batang lidi, 1 lagi 14 batang lidi dan akhir sekali 21 batang lidi, ketiga2 ini untuk digunakan mengikut tahap kesilapan Rafiqh... Sekarang ni pun walau Rafiqh masih kecil, adakalanya I hilang sabar, marah2 dan cubit/tampar jugak tangan dan kaki Rafiqh, setiap kali itu jugak I berdoa "Ya Allah, Kau didiklah hati kami dengan akhlak terpuji..." Nanti bila merotan pun InsyaAllah doa ini tetap diamalkan, moga Allah makbulkan...

5. Kurang memberi sentuhan (terutamanya kaum bapa)

Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mendidik anak2

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Tapi dek kerana sibuk dengan kerjaya kita selalu melepaskan tanggungjawab mendidik anak2 kepada pembantu rumah, pengasuh, guru2 di sekolah dll.

Semoga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak2, Amin...