Wednesday, October 20, 2010

It's time for milk, yeay!

Dah hampir sebulan dah laa Raziqh start minum freshmilk. Lately dah mula bagi 2 sesi sehari, bagi pagi2 sebab dia jenis bangun awal, kalau mood ok dia mau laa main sorang2 tapi bila mai mood leweh2, nak suruh dukunglah hapalah, dah laa mak dia kalut kat dapur masa tu so bagi ja dia minum susu dalam cup untuk alih perhatian, sure happy ler dia. Sekali lagi bagi petang2 lepas minum petang, both sesi tu bagi dalam 100ml saja. Kalau ikut dia, setiap kali tengok onichan minum dia pun nak jugak, tapi instead of letak susu I selalu ngelat letak air kosong saja, hehe. Walaupun dia masih breastfeed macam biasa even dah minum freshmilk pun tapi entahlah, mungkin tak boleh terima hakikat kalau2 dia suka freshmilk sama macam breastmilk kot, selfish kan mak dia?! I tengah gambaru(=berusaha) sungguh2 ni untuk complete-kan breastfeeding for 2years...

Setakat ni dah beberapa kali try bagi dia minum pure milk, surprisingly alhamdulillah nampak dia ok, ok tu maknanya boleh telan laa, kalau Rafiqh huh jangan harap! Sampai sekarang pun tak boleh 'terima' lagi pure milk. Tapi tak minum kat rumah saja, kat nursery dia bantai berkotak2!

Gambar2 kat bawah ni di-snap beberapa minggu lepas. Tonton tv sambil menyusu, gambar bawah ni extraordinary sikit sebab kemain lagi park kereta dan basikal depan tv, minum susu atas tu, wahhh hebat bergaya!


budak2 selebet baru bangun tidur...


Sebelum2 ni I dah pernah post berberapa entries berkaitan freshmilk dan formula milk(fm), antaranya freshmilk for baby, DHA in toddler's diet, freshmilk vs formula milk, mengenal susu segar, dan yang terbaru ialah memilih susu selepas penyusuan susu ibu . Masa tulis latest entry ni, ramai pulak yang bagi respon berkenaan anak2 yang 'menolak' susu selain breastmilk(bm). Sebenarnya itu adalah tindakbalas yang perfectly normal. Our kids sangatlah bijak, mereka tahu menilai 'rasa', kajian membuktikan bahawa bm lebih sedap compare to other milks. Komposisi dan rasa bm berubah2 mengikut menu makanan si ibu tapi freshmilk/fm rasanya samaaaa takkan berubah. Give yourself the same foods 4-5times a day in 1 week, sure muak jugak kan, same goes to the kids lorr. Jadinya untuk memperkenalkan susu baru kepada anak2 ini memerlukan ke-kreatif-an, masa dan kesabaran jugak...

1. kita kena kenalpasti dulu adakah anak2 kita bebas dari allergy reaction terhadap susu2 lain ini. Kalau anak2 tak okey dengan susu lembu, switch kepada susu soya. Kalau okey, then only pergi ke stage ke-2. Pernah terbaca somewhere bahawa baby yang diberi bm secara exclusive/fully ni seringkali berhadapan masalah elergi terhadap susu lembu, tapi no worry sebab masalah ni tak kekal, ia akan recover sendiri nanti insyaAllah...

2. susu2 lain tak seperti bm yang mudah dihadam, sebagai permulaan beri susu secara berperingkat dan dalam kuantiti yang sedikit untuk lihat sensitiviti anak2. Mungkin akan ada masalah muntah/sembelit/cirit dan sebagainya, so kena monitor betul2, ada masanya masalah2 tu bukan disebabkan oleh elergi tapi more to nak sesuaikan diri(perut?), kalau ragu2 perlulah pi dapatkan nasihat doktor. Bila nak introduce susu baru janganlah bantai tukar terus mendadak, agak2 laa kan, perut budak2 ni sensitif...

3. biasanya anak2 ni akan compare rasa dan 'struktur' susu, susu kan warna putih, so kalau kita bagi freshmilk/fm putih tapi rasa pelik/tak sedap(tak sama bm) mesti laa depa reject, so add some cocoa powder in freshmilk or choose fm with flavors, supaya depa tak confuse, so that they know they're drinking something new, not the usual 'milk'. Untuk baby setahun++ boleh mix freshmilk dengan honey/cocoa, bila dah 2tahun++ boleh mix dalam teh/kopi/sirap and etc...

4. beri botol/cup yang berbeza jika anak menyusu bm dari botol susu. Cara ni untuk alih perhatian mereka dan beri mereka 'suasana' baru...

Setiap anak tu berbeza2, ada budak senang saja nak switch susu, ada yang susah sikit, perlukan masa. Dah jadi tugas kita bila bergelar mak ni kita kena jadi pengkaji jugak, tak boleh lepas dari kena dok pikiaq dan kaji tentang personaliti/kehendak anak2, kena ubahsuai sesuatu ikut keperluan si anak. Oleh itu, selamat mengkaji! ahaks...

4 comments:

Ina said...

wah minum berjemaah atas bike sambil tgk tv gitu kan. penuh bergaya sungguh. multi tasking gitu hihi. btw fith bg kt rafiqh sehari bape kali minum susu? raziqh plak bape kali? ni baca laju2 ni. kot2 fith dh ada mention maaf la ye pi tanya lagi.

Fith said...

ina,
aah bergaya kan?kemain lg bebudak ni skrg,mcm2 gaya,hehe...

kalau rafiqh at least 5kali sehari,1cup penuh 200ml.raziqh 2kali je setakat ni,100ml je.klau ikut dia mmg nak minum stp kali rafiqh minum tp fith sekat sbb nak dia bf.dari pemerhatian fith,sejak minum freshmilk ni dia kurang sikit makan,tu yg tak brp suka tu.maybe kena bg sekali je sehari.ina bg ihsan fm/freshmilk tak kat msia?camne?ok?dia suka?hehe

Ina said...

oo gitu. kiter pn bg ihsan 2 kali sehari. tp kiter buat 160ml haha byk sgt la plak. tp ihsan pn bkn jenis keje mengunyah tu yg bg byk tu. waktu2 lain mmg bf je n mealtime 2 kali sehari. breakfast pn ala2 kadar. dia minum je cuma kena pastikan bg dia minum time haus sgt2. bg dia main2 dlu pastu cpt2 buat susu hulur hihi. if not kebarangkalian susu nk habis tu adalah rendah. setakat ni ada la 3 4 kali dia minum habis. selalunya ada je baki. kebetulan rumah ni mmg ada je stok susu freshmilk chocolate n plain dutch lady. so campur je dua2 :D

btw fith bli longan kering kt ner ek? kedai sengseh je ke ada? smlm dok tawaf mydin xjmpa2. ingat nk boost susu sket.

Fith said...

Ina,
wahhh banyak tu 160ml,tp kira ok laa sbb ihsan bukan jenis yg makan sgt kan.mmg bagus bg susu byk2 utk tampung keperluan dia,nak2 dia bf pun mcm biasa kan,good2!

aah beli longan kering tu kat kedai cina,tak semestinya sengseh ina,klau kedai2 borong cina tu mmg selalu ada,sbb diorg mmg makan.klau tgk blog org lain,selalu diorg beli yg ready dlm kotak tu,diorg kata 'menjadi',boleh boost production.tp klau buat sndr lg bagus kan,gula kurang,hehe.oh btw longan ni skrg dah ada yg siap dikupas,yg tu lg mudah keje,mmg takde kulit+biji dah,boleh terus rebus.mahal sket je.fith beli yg tu je skrg,hehe,pemalas kan?!haha