Tuesday, October 5, 2010

2tahun 10bulan dan 1tahun 2bulan

Raziqh Takeshi sudah 1tahun 2bulan pada 30hb 9 yang lalu, manakala Rafiqh Tsuyoshi pulak berusia 2tahun 10bulan hari ini...


Cerita pasal Rafiqh lah dulu...

- Dah makin pandai bercakap, boleh laa nak buat kawan layan sembang time bosan, haha.
- Sangat ghairah bila dapat peluang tolong mama buat kerja. Baru umur 2tahun 10bulan tapi dah pun ada tugasan sendiri, tolong switch off semua suis(tv, kipas, cooler, air-cleaner dll) dan tutup tingkap/sliding door bila nak outing, tolong berhidang makanan(angkat foods dari dapur ke ruang tamu), tolong angkat pinggan mangkuk kosong ke dapur, tolong mama kutip kain baju di ampaian, selalunya dia akan datang minta nak tolong, so I akan pass-kan baju2 tu kat dia dan dia akan letak atas kerusi, happy laa bila dapat 'buat kerja'.
- Hobi terkini ialah melipat kain baju, pantang nampak kain mesti dilipatnya. Good point is ada masanya lipatan dia sangat kemas dan tersusun cantik. Not so good point is baju2 yang mama dah siap lipat pun dia buka dan lipat balik, adehhh, terlebih rajin pun susah jugak.
- Love pretend play, seronok tengok dia main sorang2 masa Raziqh tidur, nanti boleh dengar dia bercerita cakap sorang2 dengan 'binatang2'nya atau kereta2nya, atau pegang keitaidenwa(=handphone) sambil tiru gaya ayah mama bercakap, ambil buku cerita bergambar dan 'cipta' watak2 baru dan sebagainya...
- belum lagi berjaya sepenuhnya dengan potty-training, though he already wearing potty-pants at home, should blame me on this matter haihhh, but I really hope he can pee/poo in toilet before he reaches 3 insyaAllah...

Selain potty-training, ada 1 lagi yang cuba dilatih iaitu bagi dan jawab salam(dengan orang luar) dan bersalam bila orang mai rumah atau pi rumah orang tanpa disuruh. Sekarang ni kalau dengan kami dia mau laa bagi-jawab salam tapi dengan orang luar dia malu2(malu tak bertempat). Salam pulak kalau tak suruh memang tak jalan laa, nak kena suruh atau bila orang hulur tangan baru dia buat, huh!


Cerita pasal Raziqh pulak...

Huishhh si kecik ni banyak benda boleh nak cerita, geram sungguh2 dengan dia, tiap2 hari 7juta kali kena gomoi. Haluih kecik tapi ligatnya subhanallah, sapa2 tengok pun geram! La ni takdak aih nak berjalan dah, menonong berlari, gopoh betul atur langkah, dah tu kerja tersadung jatuh tergolek2 terguling2 laa jawabnya. Tapi takpa, dia tak nangis, good2!

- Suka sakat orang, dah pandai dah nak permainkan orang. Bila orang tengok tv, selamba badak ja dia pi off tv tu, sambil gelak2 jeling2 suruh orang marah dia. Awal2 dulu dok larang laa jugak, la ni malaih dah nak layan, lantak pi hang laa, nak on off ka hapa ka, makin dilarang makin menjadi2, baik buat derk ja, sat lagi dia penat dia stop sendiri...
- Bukan takat tv ja, sliding door pun dia buat main jugak, time orang tutup dia pi buka, time orang buka dia gatai pi tutup. Rajin terlebih...
- Menyakat Rafiqh pun dia pandai, suka ambil barang Rafiqh dan bawa lari, dia siap panggil Rafiqh lagi suruh Rafiqh ligan dia, haha, haru aih budak ni...
- Dah pandai sebut ayah, mama dan nak, tapi onichan dia dok panggil "atta" situ jugak. Tak larat nak ajar dah, hehe...
- Sangat suka berkawan, mulut tu bising bila jumpa ramai budak2, sungguh bergaya nak berkomunikasi. Selalunya bila pi sekolah Rafiqh, Raziqh akan teruja nak main dengan kawan2 Rafiqh, Rafiqh lah yang akan jadi tukang translate memperkenalkan adiknya kat kawan2 malah kat senseitachi(=cikgu2) jugak. Tiap2 minggu dia akan bagitau semua orang nama adiknya, alalalala bangga sangat ada adik ek. Oh nama baru Raziqh Takeshi selain shi-kun ialah take-chan, keh3...
- Lately Raziqh sangat sukakan baby, kalau pi jalan mana2 dia akan terkam stroller untuk tengok baby dalam stroller tu, oh soo cute! Mama yang cair, hiks...

Mama really love both of you my little heroes!!!

4 comments:

kew_chop said...

comelnya bila bayangkan anak laki tolong mama kemas umah n lipat baju. bagus betul onichan. harap2 bila zayyan besar akan bersikap camni gak. kalo sekarang baik tak payah suruh, memang dia dok 'kemas' umah sokmo.. hihi

Ina said...

senang la kerja mama dah ada helper yg dah boleh diharap. bosan2 pn ada org yg dah boleh dilayan bersembang. haa kena la bagi kerja kat dia sebab dia suka hihi. amboi2 raziqh siap dah pandai kacau org ek. bukan main lagi dia. dok terbayang2 keletah dia tu hihi

Dinda Boutique said...

ohhhh sy jugak sgt cair tgk 2 heroes ini :D!!!! nak gomoi jugak ehh.hehe. adam dah sebuk manjat satu umah dh skrg haaa :D hikhikhik :D

Fith said...

murni,
ni kira tgh rajin la ni,org tua2 kata nanti2 dia tak rajin dah,haha,kena train sungguh2 supaya rajin tu kekal,hihi.tunggu zayyan besar sikit,boleh laa tlg umi.tp dia ada kakmaira,maira mesti lg rajin kan...

ina,
tu laa,kuat nyakat org budak ni,geram tak payah ckp.mcm dengki n suka nak pekena org pun ya gak,tak padan kecik kan.
ina tak lama dah tu,sat ja lg ihsan pun dah bleh buat geng sembang laa...

faeeza,
wahhh udah manjat ye.tak lama lg start jln makin rajin ngemas laa tu,hehe.