Wednesday, October 13, 2010

Yang haram dan halal...

Kelmarin macam biasa adalah rutin Rafiqh ke hoikuen(=nursery). Seminggu hanya sekali kami hantar dia ke sana, sekadar pendedahan awal untuk dia berkawan dan belajar bertutur dalam nihonggo(=japanese language). Seperti biasanya, pukul 12lebih I akan pergi ambil dia dari 'sekolah', dan macam biasalah jugak terpaksa spend almost an hour kat situ sebab susahnya nak ajak balik. Dia tak puas lagi nak melompat, si adik pun sama jugak, bila dah start sentuh omocha(=toys) macam di-gam tangan tu takmau lepaskan. Kesian punya pasai, mak depa melangut laa kat situ, mujoq sensei(=cikgu) Rafiqh baik hati, dia pun rajin menyembang, makanya sementara nak tunggu budak2 tu nak balik kami selalu berborak especially about Rafiqh. Banyak jugak yang I sempat pelajari dari senseitachi tu semua, rasa kagum dengan depa, they know a lot about kids' development, lojik arr kan, dah tu kerja depa sehari2, lagipun untuk jadi tenaga didik di nursery kat Jepun ni pun bukan mudah, kena ada sijil2nya. How I wish kita kat Malaysia pun mempunyai sistem yang sama, dengan harapan makin kuranglah kes2 kecuaian pengasuh/penjaga budak. Adakah kita tahu betapa ramainya bayi/kanak2 yang mati di bawah seliaan nursery/pengasuh? Memang tak masuk media pun, sebabnya most of the cases ditutup dan diklasifikasikan sebagai Sudden Infant Death Syndrom, sedih kan?!

Okey2, back to the story...

Kelmarin menu lunch kat nursery adalah karegohan(=nasi kari jepun). Kare ni memang tak boleh makan sebab ada kandungan bahan tak halal, ni 1st time Rafiqh datang time menu ni. Bila kena menu yang Rafiqh tak boleh makan, pihak nursery akan sediakan food asing untuk dia. Ni satu lagi kelebihan depa, langsung tak berkira nak buat sesuatu yang lain hanya untuk SEORANG budak. So Rafiqh diberi menu sup ikan dan sayur goreng. Sensei Rafiqh cerita all this while bila dia dapat menu yang berbeza dari kawan2nya dia tak pernah pandang pun lunch set orang, dia hanya concentrate makan apa yang dia dapat. Tapi mungkin sebab bau kare yang enak(kari jepun adalah manis, depa buh epal lah coklat lah, sungguh pelik! haha), Rafiqh pun usha2 pinggan kawan2nya, tapi sensei kata depa senseitachi ni kagum sangat sebab dia langsung tak minta atau tunjukkan rasa tak puas hati, dia diam ja sambil makan foods dia. Bila seorang sensei tanya Rafiqh kenapa foods dia lain dari kawan2, adakah dia tau? Dia jawab "kore wa ne taberarenai yo"(=yang ni tak boleh makan)...

Sebenarnya dah agak lama I 'perasan' perkara ni, selalu bawa 2R pi beli chocolate/biskut kat supermarket, bila tengok mama belek foods tu Rafiqh akan ambil dan belek sama, kadang2 dia kata "nak", tapi bila mama kata "araa, kore taberarenai yo, gomen ne, hokano erande(=alaa yang ni tak boleh makan laa, sori ek, pilih yang lain)". Dia boleh bagi simple response "ooo taberarenai ne"(=ooo tak boleh makan ek) without any argument atau bentakan tanda marah nak jugak2...

Dulu2 sebelum ada anak, I pun impressed sangat tengok macammana orang muslim lain didik their kids especially yang baru 2-3tahun ni untuk faham ada benda yang kita boleh makan dan ada benda yang tak boleh. Can you imagine how the young kids simply accept that fact? They are just 2years old kiddos, but they already learn about halal and haram. Tapi orang2 tua ni ramai ja belasah arak, bantai hisap rokok, benda yang sah2 dah haram, tapi selamba tok-nek depa ja, huh! I pernah tanya kakak2 Indonesia/Malaysian on how they teached/told their kids about halal&haram foods, as you guys know makanan kat nihong ni sangatlah tempting, semuanya nampak sedap sebab cantik2 comel2. Jangan katakan budak, kadang2 kita sendiri pun boleh ada rasa 'kecewa' bila tengok sesuatu yang 'menarik' tapi bila check ingredients tak boleh makan lah pulak. Masa dulu2 I terfikir jugak 'susah' kot nak ajar anak2 kecil ni, but oh my, I was wrong!

Before decided nak hantar Rafiqh ke hoikuen ni, I sebenarnya dah get myself ready to prepare bento(=lunch pack) comel2 for him. Masa pi pendaftaran pun I dah mentioned pihak hoikuen yang dia tak boleh makan macam2, mesti leceh depa nak sediakan tapi depa kata takpa, depa sanggup buat, sebab kat situ pun ada budak2 allergy, ataupun kalau 'kena' time menu tak boleh makan depa boleh bagi menu baby kat Rafiqh, ataupun di tahap yang memang kritikal(tak 'kena' jugak menu yang sesuai) depa akan sediakan khas untuknya, haa sampai macam tu sekali! Puas jugak laa nak menerangkan segala mak-nenek yang tak boleh makan tu, berjela2 senarai, hahaha. Masa nak hantar dia dulu pun terfikir jugak macammana nak explain kat dia kan, especially bila tengok orang lain makan benda lain dari dia makan, tapi tak sempat nak buat apa2 pun lagi, rupa2nya dia dah 'belajar' secara tak langsung dari rumah. Alhamdulillah so far, kat sekolah tak ada problem untuk dia 'terima', syukur. Buat masa sekarang ni I cuma cakap "sebab kita muslim, kita tak boleh makan itu ini, Allah says NO, so we have to obey". Lebih kurang macam "we cannot do like this or like that, because Allah tak suka, nanti tak boleh masuk syurga"..

Macammana ye orang lain explain benda2 ni kat anak2? Care to share?! As of now, Rafiqh belum nak tanya why and why kan, so agak senang laa, nanti2 I'm sure dia akan start tanya "doshite? nande?(=kenapa?)", haa kena ready jawapan dah ni...

10 comments:

Mamasofea said...

salam fith...
pernah dengar x, "anak2 dilahirkan dalam fitrah".. umur 8 bulan - 8thn adalah umur yang mereka akan absorb dan terima apa saja, tanpa byk soal.. so sumbat lah kepala diorg selagi boleh sumbat masa tu.. after that mereka akan proses information2 tu dan mula bertanya "why" itu makna fikiran diorg semakin matang dan mula mahu memahami sesuatu instead of just accepting.. which is good.. cuma parents kena lebih bersedia dengan jawapan2...

cabaran mendidik anak kat luar negara mesti tak sama dengan kat Mesia ni kan? nak ajar halal haram makanan tu satu perkara, bab pergaulan laki pmpn lagi satu hal yang merisaukan.. kalau dengar cerita kawan2 guru.. masalah sekarang even di sekolah2 pedalaman sgt menyesakkan dada.. yang buat projek dalam semak samun kat ladang kelapa sawit pun ada.. petanda akhir zaman mungkin...

tertulis banyak cam blog sendiri pulak.. sbnrnya nak mintak fith share jugak on early childhood sex education..

Unknown said...

alhamdulillah..terharu dgr rafiqh yg kecik lg pun dah bleh terima dan mula paham apa yg boleh dan x boleh..yg x bleh kita nak paham bila ada segelintir dr kita yg beragama Islam yg dah besaq gajah and bleh berfikir dah pun tp still dok mkn benda2 yg x boleh..macam la xdak choice len kalo x mkn benda2 tu xbleh nak idup kan..

fith..yanti kat ube kosen dulu pun penah alami keadaan diwajibkn mkn kat shokudou kaikan..macam2 dah terangkan kat depa yg byk benda kt xleh mkn..tp depa willing nak msk asing utk kita sorg je 3x sehari..siap tunjuk perkakas masak periuk belanga yg senpai2 mesia dulu2 lg..so terpaksa jugak la..
tp last2 terkantoi gak yg depa x ikut btul2 bila terjumpa cebisan ham dlm potato sarada..suspect dia amik yg sama dgn nihonjin lain n dia buang yg ham tu tp tertinggal gak..last2 report kat sensei n kt nak msk sendri tp sensei x bg gak..depa janji kali ni akan ikut btul2..tp once again terkantoi lg..kali ni dah xleh tahan..ckp kat sensei nak kuar asrama sbb x leh follow rules kena mkn kat shokudo..sensei dok pujuk2 lg siap pggil msk meeting ngan seisei2 lain..tp last2 bila kita bertegas doushitemo x mau mkn dah kat shokudo..mou shinrai dekinai..depa ikut jugak la bg masak sndri..Alhamdulillah

zura said...

erm fith.., rasenya pada umur dorang sekarang nie.., mereka akan percaya n pegang semua ckp ibu bapa n org yg asuh dia.., so bila kita cakap sekali tak boleh.., dia akan ingat..!

exmple mcm amsyar.., zura mmg tak bg dia makan benda2 masam (hakikatnya mak dia gila asam, air tin bergas.., jajan2 yang ntah pape n banyak lagi makanan lain yg tak dtg kan faedah..! ade sekali tu bila dia dgn sepupu dia.., budak2 tu makan benda tu, then dia mcm nak mintak.., sekali zura cuma pandang je dia.., dia terus cakap.., mummy yang nie tak boleh makan kan..,

utk peringkat umur sekarang nie.., kita mmg kena sumbatkan mcm2 info kat kpala dorang dalam masa yang sama kita terangkan sikit2 knapa boleh kenapa tak boleh.., insyaAllah dia akan faham n terima..,

zura rasa skrang nie, setiap apa pun yg kita terang n ajar anak kita.., kita kena terang kan pada dia rasional dia knapa.., so dorang tau why kita larang.., jadi cara dia berfikir pun akan lebih matang.. dari kita asik ckp tak boleh itu tak boleh ini.., tapi tak bg reasonnya kenapa.. ;)

Fith said...

Hai Yati,
ooo ada blog yer,hehe...
betul2,anak2 dilahirkan dlm kesemulajadian,mudah nak bentuk klau kena caranya.

betul yati,didik anak kat oversea dgn msia byk bezanya,somehow fith rasa lg senang didik kat sini,sbb yg membataskan yg membezakan kita dgn org jepun adalah 'islam',so kind of senang nak explain why and why tu,tp bila blk msia,nak ckp takleh itu ini because of kita muslim dah susah,sbb persekitaran semua islam tp kenapa diorg boleh buat kita tak boleh,waduhhh pening di situ kan,hehe...
besarnya cabaran nak didik anak2 zmn skrg,moga Allah permudahkan buat kita,thanks 4 ur opinion!

ops,pasal sex education tu fith pun masih dok membaca lg.since my kids both are boys,diorg takde pendedahan lg psl girl.cuma rafiqh tau beza which boy and which girl dah.maybe nanti2 kita boleh share ye...

Fith said...

Yanti,
ingat lagi kisah yanti tu,mmg sakit hati kan klau diorg buat camtu.byk kali jugak tanya senseitachi rafiqh tntg penyediaan foods ni,taknak nuki2,klau tak boleh makan,nak diorg sediakan betsu punya.tak kesah pun klau benda tu baby punya foods.so far menu utama budak2 ni byk ikan/seafood,jarang chicken/daging/buta,agak lega jugak laa.bila dah sampai tahap ni,kena pasrah berserah je laa,moga2 takde penipuan,hehe...

Fith said...

zura,
aah betul,rules yang kita tetap mmg perlukan jawapan utk persoalan kenapa,sbb budak2 zmn skrg sgt bijak,baru 3-4tahun pun dah pandai fikir lojik,sgt mencabar!

mcm kat rumah ni pun tak boleh minum air gas,tak boleh makan jajan,so far diorg ni boleh ikut ckp sbb kita ada kat situ utk awasi diorg.cuma utk kes diorg bukan bawah jagaan kita mcm pi sekolah tu,klau diorg ambil makan pun diorg boleh kata/fikir yg mama tak tahu kan,but still budak2 ni pasrah utk patuh,tu yg nak tau mcmmana ibu2 ni latih anak2 tu.sgt comel dan innocent budak2 ni utk faham tentang agama,so sweet...

zura said...

yes.., dat rite..! erm cam amsyar pun kalau dia tgok tv skang nie.., kalau tgok artis2 tu dok pakai baju cam tak cukup kain.., dia akan cakap.., eieee.., tak malu laa dia tu mummy..! nanti tuhan marahkan..,
so sweet.., semoga terpelihara akhlak anak2 kita sampai ke besar nanti.., insyaAllah

Fith said...

zura,
insyaAllah hasil usaha dok pasak otak diorg dgn nilai2 islam moga2 akhlak mereka jd baik kan...

MyBotanG said...

very interesting topic Fith.. and i suppose almost everybody yg duduk luar and ada anak would have this same anxiety..

I am always amazed and surprised, taken aback, and proud at times with my girl and the way she adapts to her environment and yet be a muslim... I truly learn a lot from my 8 year old daughter... it comes naturally to her that when a friend hands her sweet, she would turn and reads the ingredients first, and if it contains things that she cannot consume, she will politely take, thank, pocket it and bring it back and throw it in the bin..

I pray everyday I can be a better mom and guide her to be a good muslimah.. insyaallah..

thanks for sharing..

Fith said...

Kak sue,
thanks a lot for sharing your own experience.tu lah,budak2 ni sikap mereka lbh mengagumkan,they act more than an adult,sangat 'menjaga' keperibadian seorang muslim...

moga2 kita jugak boleh terdidik utk menghargai keislaman kita kan,insyaAllah...