Alhamdulillah saikin(=lately) nampak banyak jugaklah improvement dalam sesi solat Rafiqh. Dah boleh angkat takbir, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud, duduk tahiyat dan sebagainya dengan baik, walaupun kadang2 tu untuk sujud dia bantai pi baring meniarap terus, takpa laa kan, kira lulus laa bagi budak 2tahun lebih, hihi.
Sebenarnya kami tak pernah pun ajar dia solat, sebetulnya belum masanya lagi, tapi macam budak2 lain jugak dia meniru dari apa yang dia lihat. Untuk galakkan anak2 mengenal dan suka solat, I cuma sediakan 2sejadah kecil dan kupiah2 untuk mereka. Selalunya kalau kami nak solat, bermula dengan mengambil wudu', kami just keloi2(panggil2) ajak Rafiqh join, nanti dia mai laa basuh2 muka-tangan-kaki, mai bentang sejadah untuk dia dan Raziqh, ajak Raziqh mai solat, tungging-tonggeng 4-5kali, dah tu pi sambung main balik. Paling best tengok dia paksa Raziqh solat, panggil punya panggil tapi adik buat derk ja, dia pun pi tarik heret adik, ikut-dan dia nak tarik tangan ka, heret kaki adik ka, mama tengah solat pun boleh tergelak, lawak pulak tengok depa...
Sebelum2 ni selalu bacakan buku 'how to pray salat' bersamanya, buku tu hadiah dari maklangnya 2tahun lalu, tak sangka pulak dia terkesan dengan kandungan buku tersebut. Selalu nampak dia belek2 buku tu tapi tak terfikir langsung dia sedang 'belajar' dari situ, ingatkan dia just tengok2 saja. Selepas ayahnya tegur tentang kesungguhannya dia bersolat tak lama dulu, menurut pemerhatian ayahnya, dia boleh stay dari mula sampai habis solat, dia ikut aturan solat(rukuk, sujud dll) yang sama, makanya I pun lebih serius memperbetulkan apa2 yang boleh. Harapnya kesungguhannya ni berkekalan selamanya...
Baru2 ni dia bawa keluar sejadah, buku dan kupiahnya ke dapur, solat depan mamanya yang dok ralit surfing internet, mama pun apalagi, terus capai digicam dan snap gambar anak solehnya ni, "ya Allah Kau teguhkan laa hati mujahid kecilku, kunci dan ikatlah hatinya dalam menyintaiMu, RasulMu dan agamaMu ini, moga2 dia menjadi mukmin yang sejati, amin"...
kupiah tak pakai pun, rambut panjang sangat, kupiah tak lekat atas kepala, susah2 sangat tauk tepi sajalah...
6 comments:
salam fith,
ya ALLAH sejuk tgk rafiqh ni, semoga rafiqh jd anak yg soleh..insyaALLAH amin..
aina dlu2, rajin la ikut kami duk solat sebelah ngan tudung dan sejadah..skrg taknak pulak, hanya duduk je atas sejadah duk tggu kami solat...;p
pandainya rafiqh. boleh pulak ek tukar2 sejadah. baru la fun sket nk solat ek hihi. budak2 kalau dh didedahkan nnt smpi masa nya kiter pn xsusah nk mengajarnya kan. kdg2 xsabar tggu ihsan besar sket mcm rafiqh ni baru best nk mengajar sbb ada respond. skrg ni dok mengajar (bercerita) kt dia mama rasa mcm ckp sorg2 je hihi.
eh,best la buku nih...mak lang rafiqh xnak pos kat sini ke?hehehe
good boy rafiqh!
Aisha,
budak2 mmg camtu kan,ada mood ada musim.nanti2 aina rajin laa balik ikut solat.
aminnn,moga2 begitulah...
Ina,
aah bila dah umur 2tahun ni ajar diorg rasa best sikit sbb ada respons.tambah2 diorg sndr dah ada minat nak bljr sesuatu kan.tak lama je lg ihsan pun boleh laa tu...
My,
haha,maklangnye pun dah blk duk msia,buku ni beli zmn duk uk dulu.rayyan dah advance lg,tak payah pakai buku,hihi...
bagusnya n3 ni akak..bleh bg semangt dan idea pada yg punya anak kcil bgmn utk ajar anak2 dekat ngn solat..2thn dah pandai refer buku bagus3 rafiqh! ni dh ada bakat jd org bijaksana ni..
srar,
amin ya Rabb,jazakillah atas doanya...
budak2 mmg gini kan,suka tiru2.moga2 dia terus meniru benda yg baik2,hehe...
Post a Comment