Saturday, September 25, 2010

Kenali anak hiperaktif... part 2

Sambungan entry yang lepas...

Apakah symptoms/gejala ADHD?
3 kunci utama sifat yang ada pada pengidap ADHD ialah inattention(kurang daya tumpuan), hyperactivity(terlampau aktif) dan impulsivity(impulsif). Kalau kita perhatikan memang kesemua sifat2 ni ada pada majoriti kanak2 kan, dah memang tu sifat semulajadi depa tapi perlu diketahui bahawa bagi pengidap ADHD sifat2 ni lebih parah, keterlaluan dan berlaku pada hampir setiap masa. To be diagnosed with this disorder, anak itu perlu memiliki symptoms ADHD for 6 or more months dan pada level yang melebihi kanak2 lain seusianya...

Symptoms of inattention are:
- be easily distracted, switch from 1 activity to another frequently
- sukar menumpukan perhatian atau stay focused on 1 thing
- mudah lupa, mudah keliru
- sangat mudah bosan dengan sesuatu after only a few minutes
- tidak mampu menyiapkan sesuatu tugas
- not seem to listen when spoken to
- alami kesukaran memproses maklumat
- blur, banyak berangan dan bergerak perlahan

Symptoms of hyperactivity are:
- gelisah dan resah, tak mampu untuk duduk diam even untuk meal time, at school or during story time
- talk non stop
- asyik berlari, be constantly moving around
- bermain atau sentuh dengan apa saja yang ada di sekitar

Symptoms of impulsivity are:
- sangat tidak penyabar, sukar untuk menunggu
- sering bercakap atau berkelakuan tanpa berfikir
- seringkali mengganggu perbualan atau aktiviti pihak lain


Apakah faktor2/punca2 yang menyebabkan terjadinya ADHD?
Persoalan ni sebenarnya masih belum mampu dijawab, pun begitu dalam banyak kajian yang dah dibuat, genetik memainkan peranan terbesar. Selain masalah genetik, pakar2 perubatan jugak mengambil kira faktor persekitaran, kecederaan otak, nutrisi dan social environment sebagai penyumbang kepada ADHD.

1. genetik - kajian masih terus dilakukan untuk mengenalpasti genes yang mungkin terlibat dalam membentuk penyakit ini. Dikatakan kanak2 pengidap ADHD mempunyai lapisan tisu otak yang lebih nipis pada bahagian otak yang berkaitan dengan daya tumpuan. Tetapi kajian jugak menunjukkan bahawa keadaan ni tidaklah kekal, dimana apabila kanak2 ini semakin membesar, level otak dan ketebalan tisu turut berubah yang akhirnya mengubah sifat2 ADHD yang mereka alami...

2. faktor persekitaran - ada kajian mengatakan terdapatnya kaitan antara merokok dan minum minuman beralkohol ketika hamil menyumbang kepada ADHD...

3. kecederaan otak - kanak2 yang mengalami kecederaan otak mungkin menunjukkan gejala2 pengidap ADHD, namun sangat sedikit kanak2 with ADHD yang mengalami traumatic brain injury...

4. gula dan penambah perisa makanan - ada kajian yang mengaitkan kedua2 faktor ini dalam ADHD. So please be careful to feed your baby, susu ibu adalah makanan terbaik bayi(most of formula milk mengandungi kandungan gula yang tinggi), homemade foods also the best for your kids, makanan bayi di pasaran turut terdedah dengan penggunaan gula yang banyak...


Bagaimana mengenali kanak2 ADHD?
Susah nak diagnosis samada seseorang itu pengidap ADHD atau tak, sebabnya gejala yang ditunjukkan berbeza2, cuma mungkin apabila anak itu berada dalam situasi yang betul2 constantly "out of control" kita boleh check lah anak tu. ADHD juga berlaku pada peringkat usia sekitar 3 hingga 6tahun, time depa tengah betul2 aktif tu, so mungkin kita boleh terlepas pandang...


Bagaimana mengelakkan ADHD?
Belum ada cara yang betul2 disahkan berkesan tapi kita boleh ambil langkah awal dalam mengelakkan permasalahan ni terjadi pada anak2 kita. Sebagai umat islam, kita dibekalkan dengan doa2 dan surah2 Al-Quran yang sangat digalakkan untuk dibaca ketika hamil dan selama membesarkan anak2, insyaAllah moga2 ia membantu...


Pernah terbaca artikel tulisan Pakar sakit puan Dr Hamid Arshat berkenaan kanak2 hiperaktif ni, beliau mengaitkan isu persekitaran sebagai penyebab utama berlakunya ADHD, kemajuan sosio ekonomi negara yang pesat telah memberi kesan2 negatif terhadap perkembangan jiwa dan mental kanak2, mungkin ada betulnya kan?! Apapun, sama2lah berdoa moga2 kita dikurniakan anak2 yang sempurna, amin...

No comments: