Alhamdulillah...
Hari ni pukul 6.30petang nanti maka genaplah usia Raziqh Takeshi 1tahun! Mengingatkan kembali detik2 melahirkan Raziqh setahun yang lalu buat mama tersenyum, rindunya nak bersalin lagi...
Lets update about his milestone first:
1. he is now able to walk, alhamdulillah. Berlatih makin rajin, even bila Rafiqh tolong hold sebelah tangan dia pun dia bangun berjalan, kira rajin laa tu kan. Hasil usaha ayah yang rajin sungguh train anaknya suruh jalan nampaknya dah membuahkan hasil, semalam ayahnya siap kata minggu depan anaknya dah boleh lari dah ni, haha, ya laa tu, as for mama memang tak ambil hal, cepat ka lambat ka lantaklah, sebab nanti dah boleh jalan mama yang akan penat nak kena ligan...
2. he loves to tawaf, ni penyakit keturunan kot, haha. Dulu Rafiqh kerja dok tawaf merata, pantang ada space mesti lari pusing2 puluh2 kali tapi hairan sungguh taktau pening laa pulak. Haa sekarang Raziqh pulak, pusing2 siap teleng2 kepala masa nak kona, ala2 macam pemandu F1 bawa kereta... Ni baru merangkak ni, nanti dah berlari sambil tawaf2 pulak, perghhh fehning2!
3. makan makin berselera, tolak batu dan kayu ja kot, ka kalau bagi pun dia telan? hehe, tak pernah try la pulak. Kalau suap makan sekali dengan Rafiqh, dia lagi laju menelan, nak ceeepat saja, kalau lambat mula laa nak gagau pinggan. Pantang jugak nampak mama prepare foods, macam tau2 ja benda tu makanan, sibuk laa bergayutan kat tepi meja, aiseh! Kalau tengok Rafiqh makan, dia datang duk dempek sebelah, buat muka kasihan minta onichan suapkan, so sweet tengok Rafiqh suap adik makan...
4. makin suka baca buku, ralit ja mengulit buku. Boleh pulak baca berdua dengan onichan, nanti onichan tanya "adik,
kore nani?(=ni apa?)", macam laa adik tu tau nak habaq, takat boleh sebut "duck" ja laa, selain ok2(dog), ak2(bird), tak(Rafiqh), mama, duck tu ja laa dia boleh sebut...
So far setahun membesarkan Raziqh ni, tak banyak cabaran besar yang dihadapi. Alhamdulillah Allah beri kemudahan, moga2 berterusan mudahlah hingga dia meningkat dewasa...
Semalam mama dah buat kek, tapi sayangnya nak habaq mai, kek dah habis, hahaha. Tak sempat birthday lagi dah tinggal separuh dah, tengahari ni licin dah, hek! Sat lagi update entry kek yer, gambar belum masuk kom lagi. Dan insyaAllah ahad ni kami buat jamuan makan2 sempena birthday party Raziqh. Tapi kali ni buat simple saja,
kohaitachi(=juniors) semua dok kalut nak exam, so panggil mai makan ja, cuci2 pinggan lepas tu boleh laa balik study, hehe. Nak jemput viewers pun yang dekat2 ni saja laa kan, tapi kot kalau yang dok jauh2 tu nak mai jugak, mai laa, hiks...