Friday, July 2, 2010

Resolusi musim panas 2010

Teman2, kok hari ini ibu mau cerita tentang musim panas di Jepang, dengar ya!

Hahaha tetiba bertukar jadi minah indon pulak! Ngak ada apa2 sih, benarnya kok tadi nyembang sama temannya dari Indonesia, terusan(bukan terusan wan mat saman ye) lidahnya udah gini aja jadinya. Ok2, dah2 tampo kang!

Eh perasan dak, awat ek bila kita orang melayu Malaysia ni sembang dengan orang Indonesia, la la tu jugak terus nak tukar slang cakap bahasa Indon, padahal orang Indon hagham sikit pun tak heran nak tukar cakap slang kita? Kan kan? Ermmm *menggaru kepala yang tak gatal*


Hokey, back to the title, suka sangat meraban...

Bagi sesiapa yang pernah datang/tinggal di Jepun pada musim panas, pasti tau bahangnya summer di sini macammana. Dari segi suhu sebenarnya tak banyak pun berbeza dengan Malaysia iaitu sekitar 40darjah celcius, tapi disebabkan kelembapan udara yang tinggi, badan kita mengeluarkan peluh yang banyak melekit2, jadinya kita akan rasa sangat tak selesa sepanjang musim panas kat Jepun ni berbanding musim panas kat Malaysia(entah sejak bila laa Malaysia ada musim panas!? Sila abaikan tatabahasa yang tunggang-langgang)...

Ketidakselesaan kepanasan kemelekitan kepeluhan dan ke-an lainnya ni selalu mencetuskan rungutan demi rungutan, huhu, haa ni yang nak dibuat resolusi ni, tapi tajuk entry memang tak boleh blah, sedikit over! Saya dengan ini berazam untuk mengurangkan kadar rungutan, kalau boleh takmau merungut langsung, mahu melatih diri jadi hamba yang bersyukur sentiasa, ecceh!

Kebelakangan ni Rafiqh selalu dok sebut2 "atsui ne, atsui ne"(=panas ek), dia bukan sebut saja2 but he really means it, memang dia nak cakap yang dia rasa panas. I don't know where he got that words, selalunya I sebut atsui tu refer to air/makanan panas, takpun pada benda2 macam kuali dan juga pada air paip toilet, tu je, tapi tu pun I sebut "atsui2, abunai!"(panas2, bahaya!), maybe he gets it from his sensei or friends at school. Nevermind! Pokok ceritanya sekarang ni bila dia kerap2 mention benda tu I rasa kurang selesa, seolah2 dia mula belajar merungut, huhu.

Kami adik-beradik memang tak diajar merungut tentang kehidupan apatah lagi perkara2 berkenaan ciptaan Allah, nanti tak pasal2 kena debik dengan mak. Walaupun sekarang ni pun kadang2 bila balik Malaysia terlepas jugak cakap aduhhh panasnya hari ni, haa siap laa kalau mak dengar, mesti kena marah. Panas pun bising, hujan pun bising, serba tak kena, sepatutnya dalam apa jua keadaan kita kena belajar menerima seadanya, Allah tak jadikan walau satu apapun dalam dunia ni dengan sia2, ada hikmah tersembunyi bagi hati2 yang ingin memahami...

Untuk lenyapkan terus atsui ne atsui ne itu, I bertekad untuk mengawal lidah sendiri dari menuturkannya ke arah yang berbaur rungutan. Susah ni, kadang2 terlepas cakap, adehhh dou shiyou?!(=macammana ni?!), takkan nak lempang muka sendiri kot bila terlepas cakap, hehe. Ermmm, tapi tak salah kot kalau sebut "ya Allah, panas sungguh hari ni" bila dalam hati turut mengingati panasnya neraka Allah nanti. Ataupun "atsui ne, best, cepat je baju2 dah kering, seronok dapat sidai futon dan bantal2", haa yang tu takpa kan?! hehehe...

Sejak beberapa hari lepas, bila Rafiqh sebut atsui ne, I akan kata "sou yo, atsui ne, syoganai2, datte natsu da mon"(=aah kan, panas ek, terpaksa laa dah nama pun summer), haha balas balik sebab hari tu dia kata kat I macam tu. Minggu lepas kami redah hujan ke parking kereta, elok masuk kereta Rafiqh ambil tisu lap badannya yang basah. I cakap kat dia, aduhhh basah habis baju mama, guess what he said to me, "datte ame da mon(=dah tu, hujan), basah laa", dush kena sebijik, tu pun taktau ka, hahaha... Tadi naik ja kereta dia sebut atsui ne, lepas tu sendiri sambung syoganai2, datte natsu da mon, hahaha, good! Takmau merungut2 lagi yer...

7 comments:

mysara said...

つよし君、日本語上手だね!

Fith said...

sket2 je my,klau compare budak lain seusia dia,budak lain lagiiii terer berckp!

Dinda Boutique said...

oohhh sgt jeles ok ank kak fith pkai ckp jepang :P!

ojasamid said...

akak pon "kanggeki" dgr (erk?baca?) rafiqh cakap jepun. pandai betul. hehe..ntah bila akak nk ajar 2A tu nihonggo...mmg dh berkarat habis ni :p

Fith said...

Faeeza,
haha,boleh laa sikit2,nanti hantar adam gi kelas bhs cina ka jepun ka arab ka,mesti dia pun pandai!hehe

Kak oja,
sejak pi sekolah laa fith nampak byk improvement,tu baru seminggu sekali tu,klau pi stp hari terus takmau ckp melayu agaknya.fith ni pun berkarat dah nihonggo,huhu.

2A pun nanti mesti fasih jugak insyaAllah,dah ayah mak dia pun sangatlah terer nihonggo,anak2 pun dpt tempias...

zura said...

comel la rafiqh ckp jepun.., baca entry fith nie.., zura pun boleh blajar ckp jepun.., patutlaa rafiqh terer kan.., mama dia rajin ajar..

abg amsyar nie belajar english pun tak past2 lagi.., lidah sambal belacan tul.., hahahahaha

Fith said...

zura,
haha terer hapanya zura,fith pun skrg dah berkarat sbb jarang guna berckp,dok mendgr ja.
rafiqh boleh sikit2 je,skrg 'musim' ajuk org ckp,hbs semua org dia ajuk,adehhh