
Bento untuk seminggu ini...
Bagi kanak2 yang masih under foundation classes (2-5tahun) dan primary year 1-3, diwajibkan mak bapak sediakan makanan dari rumah. Mereka akan makan di tempat khas di sekitar kelas sambil dipantau teachers dan teacher's assistants. Bagi students year 4 ke atas, boleh laa anak2 ini pi makan di kantin. Pun begitu, disebabkan kita muslim dan sekolah ni tak sediakan muslim foods, makanya nanti2 pun tetap juga 2R kena bawa foods sendiri dari rumah...
Disebabkan sesi persekolahan yang panjang, pihak sekolah minta bekalkan 3 bekas makanan untuk anak2, 2 sesi snacks dan 1 lunch. Pagi2 ada sesi snack pertama, setakat ni bagi depa bawa roti, nugget atau cucur saja, bekalkan juga freshmilk. Untuk lunch, sediakan makanan berat macam nasi, mee, spagetti etc. Menu lunch ni kena rotate ikut selera depa, supaya depa mau makan sampai habis. Snack yang kedua biasanya bagi yang ringan2 saja, kek/biskut dan selitkan buah2. Dalam menu harian ni diwajibkan untuk letak sayur dan buah, nak bagi seimbang nutrisinya. Soal depa nak makan atau tak, yang tu terpulang laa kan. Macam Rafiqh ni dia suka sayur tapi buah agak picky sikit, banyak songeh. Raziqh pulak suka almost semua jenis buah tapi sayur memang takmau, ikut mood dia, kadang2 ok ja makan carrot, potato dan timun tapi kadang2 takmau langsung. 2 selera yang berbeza, hehe. Kadang2 agak susah nak pujuk depa untuk makan sayur dan buah ni, tapi so far kat sekolah depa makan juga even tak suka, mungkin sebab tengok budak2 lain makan kot...
Nak sediakan foods ni tak susah sangat rasanya, sebab jumlahnya sikit2 je. Bangun pukul 5, pukul 5.45 dah settle siapkan semuanya. In between tu sempat mandi dan solat lagi, means tak ambil masa pun kan?! Tapi nak dapatkan idea untuk rotate makanan tu agak mencabar. Setakat ni dok survey kat internet ja contoh2 bento yang boleh ditiru untuk 2R bawa pi sekolah. Selebihnya dok dengar depa cerita kawan2 makan apa kat sekolah, selalunya depa akan request benda yang sama. Lebih mudah sebenarnya masak ikut apa yang depa minta, sebab for sure esoknya bangun pagi tu terus happy melompat2 tengok mama masak ikut request depa. Nampak gayanya lepas ni kena rajin laa tanya dan tengok orang buat bento anak2, kena kreatif lebih sikit. Tengah berkira2 juga nak merajinkan diri buat kuih frozen macam donat, karipap, keria etc, sebab depa ni suka sangat laa benda2 tu semua. Nanti ye anak2, minggu depan mama panaskan enjin, hihihi...










