Sunday, July 24, 2011

Random pictures

Scheduled entries...

Antara gambar2 yang diambil sepanjang kat sini...

Raziqh dulu tak suka makan benda2 masam, tapi kebelakangan ni sangat suka. Seronok tengok dia makan, muka berkerut2 pun sungguh2 telan jugak. Gambar bawah ni dia tengah makan cherry...


Ni lah jadinya bila mama atau ayah tinggal laptop/ipad sekejap, terus tukar hak milik jadi depa punya. Tapi sebab I memang tak biar my laptop depa guna so sampai sekarang tak payah nak berebut2 dengan depa lagi. Kalau depa kacau pun, sat2 saja, lepas tu tinggal. Tapi ipad ni tak boleh buat apa, sebab si ayah dah install games and learning app dalam tu, so depa dah claimed tu depa punya, haha, ampeh!

Gambar kat bawah ni mama tinggal laptop tu sat saja atas sofa nak pi dapur, tengok2 eh dia dah angkat buh atas high chair dia, ewwah bergaya kemain lagi hang noo...



Budak2 memang kreatif kan? Macam2 benda depa boleh buat jadi mainan. Kerusi2 kat rumah ni depa susun buat train laa, kereta laa, lepas tu buh anak2 patung tu jadi penumpang, ambil tali pinggang ayah depa buat seat-belt, haha, layan~~~ Ni kat bawah ni depa buat panggung wayang, 1st class hokey, duk barisan paling depan sekali, kalau boleh nak tembus skrin tu terus. Tu ok lagi tu, kadang2 excited sangat tengok kartun, depa panjant naik atas tu, tapi memang kena piap laa kan, keh3...



Ni pulak excited tengok orang swimming atau naik boat kat tasik belakang rumah ni. Almost setiap petang kalau cuaca baik akan ada orang mandi, memancing dan naik boat sekitar tasik ni. Budak2 ni jakun, menjerit2 seronok tengok depa tu, depa tu pulak siap lambai2 lagi kat depa ni, haha, baguih2! Rafiqh kalau tengok orang berenang mesti ajak mama "mama, jom laa swimming!", ecewwah mama memang laa gaya jalan dah macam peguin tapi berenang tak jadi peguin laa, masuk2 terus tenggelam tak timbul2, haha tak reti!

Saturday, July 23, 2011

Bye2 Holland!

Scheduled entry...

InsyaAllah malam ni kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Flight pukul 8:50malam dari Schiphol Amsterdam Airport menaiki KLM airlines dan dijangka sampai KLIA jam 3petang keesokan harinya(ahad 24hb)...

Agak sedih dan terkilan bila rancangan kami nak bercuti beberapa hari ke Melaka tak kesampaian dek kerana myLove kena pulang segera ke Jepun malam tu jugak. Sampai Malaysia pukul 3petang, pukul 11malam naik flight balik Nihong pulak. Penat toksah cakap la kan, tapi kesian sebenarnya sebab dia tak sempat nak balik kampung berehat barang sehari dua. Takpa laa, nak buat macammana, dah tuntutan kerja, insyaAllah kalau ada peluang nanti boleh balik beraya bersama...

Me and kids insyaAllah akan balik Ipoh the next day. Bermula laa kehidupan cuti2 Malaysia lagi buat 2R, depa suka laa kot, dok asyik sebut nak balik rumah tokma, apa yang syok sangat kat rumah tokma depa tu pun taktau laa, tapi yang pasti, pening laa tokma hangpa lagi 4bulan, hehe...

Doakan perjalanan kami selamat sampai ke Malaysia. Harap2 2R boleh behave as usual dalam flight nanti, since flight ni malam so I tak risau sangat sebab surely depa akan habiskan masa dengan tidur, kalau masa mai sini dulu I pesan suruh tidur 10jam straight and they really did it, so kali ni I pesan benda yang sama. Kesian pulak nak pesan suruh tidur 12jam takpun 13jam terus, hahaha, gila kejam mak depa! Takpa laa, lagi 2-3jam tu boleh ja nak berkuntau melayan depa, jangan bising, bergurau dan bergaduh sudah!

Bye2 Holland, mungkin akan ke sini lagi, mungkin jugak tidak! Apapun, 2bulan di sini, banyak yang telah kami pelajari tentang kehidupan...

Now I realized that I do love Holland, nice country with nice people... Sayounara!

Thursday, July 21, 2011

Duhai hati, kenapa sememeh?!

I've mentioned in my previous entry yang kami akan balik ke Malaysia seminggu awal dari perancangan asal, our flight supposed to be on 30th july next saturday tapi tiba2 diperawalkan pulak, so this saturday dah kena balik Malaysia, huhu. Yer2, I tau I pernah kata takmau dengar tentang tarikh balik kena postpone, tapi tu bukan bermaksud I tak suka duk sini, sebenarnya kalau bukan sebab kita dah nak mula berpuasa tak lama lagi, I tak kesah pun kalau nak kena stay sini, berbulan lagi pun takpa. Tapi tu lah, mai sini bukannya sebab suka2 melancong, tapi meneman si suami yang datang bekerja, nak taknak kenalah ikut jadual kerja dia kan, dah bos suruh balik, balik je laa...

Kami baru je dapat tau tentang pertukaran tarikh balik ni isnin lepas, sangat terkejut dan amat sedih. Sebenarnya I masih lagi dalam proses membuat persediaan mental nak kena berpisah lagi dengan myLove, so budget2 dalam seminggu tu sempat laa pujuk hati untuk terima hakikat. Tup2 gedebuk dapat kejutan ni, memang both of us rasa tak ready sangat2. Makanya dikala ini hati dirasakan begitu sememeh, naik menyampah pulak dengan diri sendiri bila sedih2 macam ni. Adehhh how to get rid from all this bad feeling huh?! Seriously kali ni rasa parah sangat...

Ini bukanlah 1st time nak berpisah, sebelum ni dah 2kali dah pun pernah hidup berjauhan selama 3bulan, iaitu pada tahun 2007 dan 2009, kedua2nya sebab I balik bersalin dan berpantang di Malaysia. Tapi dulu perasaan sedih tak seperti apa yang dirasakan sekarang, sekarang ni rasa sungguh2 berat hati, sungguh2 serba-salah. Kalau dulu, rasanya masa nak berpisah untuk melahirkan Rafiqh tu I lebih sayu berbanding masa dengan Raziqh, lojik laa kan, sebab kena tinggal sendirian. Masa dah ada Rafiqh, dok sibuk dengan dia, ada peneman so somehow memang boleh survived dengan mudah tanpa banyak gangguan emosi. Yang paling penting, selama ni both of us selesa saja dengan perpisahan yang berlaku, sedih dan rindu itu perkara biasa lah, tapi memang steady je. Kali ni berbeza sangat, mungkin sebab dalam tahun ni saja, sebelum mai sini hari tu dah berbulan2 berpisah, bulan 3 selama sebulan myLove kat sini sorang2, then balik Malaysia few days dah kena balik Jepun semula, dekat 2bulan pulak tu, lepas tu baru laa boleh jumpa dan kembali bersama, tapi lepas ni nak tambah lagi dekat 4bulan nak berjauhan, urghhhh seksa!

Yang pasti kesedihan ni jadi makin mendalam apabila melihatkan myLove yang obvious sangat nampak sedih. Kalau dia releks, I mungkin tak segundah ini. Perpisahan kali ni besar cabarannya, dengan anak2 yang makin faham tentang kewujudan ayah mereka, asyiklah dok tanya, Rafiqh pun dah makin besar, dia macam boleh rasakan yang ayah akan balik Nihong, bila tanya dia nak ikut siapa, jawapannya kucar-kacir, I know he's trying to say dia nak ayah dan mama sama2 dengan dia, so lately dah mula buat perangai balik, alahaiii kesian anak mama. Besar jugak cabarannya untuk si ayah yang tinggal keseorangan di bulan puasa, sunyi tanpa isteri dan anak2, ditambah dengan kerjaya baru yang masih banyak in learning process, I tahu dia melalui saat2 getir sendirian di sana. I sedar ada bebanan perasaan yang sedang dia tanggung saat ini. Tapi tak ada apa yang boleh diubah buat masa sekarang, melainkan untuk redah saja apa yang bakal mendatang...

Sabarlah duhai hati, tabahlah...
Selama hari ini dah terlalu banyak nikmat rezeki Allah curahkan buat kita, dan sekarang tiba masanya untuk kita diuji, dengan ujian perpisahan sekecil ini dan ujian lainnya. Ada masanya bila menempuh kesukaran pada satu jalan yang kita sendiri memilihnya, kita sangka kita salah percaturan tapi percayalah, pastinya jalan ini Allah telah pilih untuk kita terlebih awal dari keputusan kita. Mungkin ada ketidakpuasan hati pada kesudahannya, tapi yakinilah bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Pasrah dan redha, moga terbentang jalan keluar untuk setiap kesulitan yang melintang, insyaAllah...

Online shopping - Part 2

Wokeh, jom sambung...

Kategori ketiga ialah shopping barang mama...
Barang no. 1 yang terbeli ialah 3-in-1 handbag. I've been searching for this type of handbag since past few months ago. Lastyear dapat hadiah handbag dari my sis-alang 2-in-1 handbag(shoulder bag+slingbag), sangat suka sebab rasa senang nak guna bila ada anak2 kecik ni, pada waktu2 biasa boleh galas kat bahu dan bila tak menang tangan nak handle anak2, boleh sling. Tapi beg tu cute sangat, kecik molek saja so bila nak keluar jalan2 yang makan masa lama tu beg ni jadi kurang praktikal, tak boleh nak sumbat banyak. Selama kat Malaysia hari tu, merata cari beg yang 3-in-1 ni, yang boleh galas di bahu, boleh di-sling dan boleh jugak dibuat backpack, tapi tak jumpa yang within budget, yang berkenan tu mahai2 sangat. Last2 sebab dah terdesak, masa pi Sogo 2days before fly sini tu I beli je handbag 2-in-1 tapi saiz besar gedabak, kira ok laa, best! Dah sampai sini baru terjumpa kat internet orang jual beg ni, sangat berkenan dengan beberapa designs but at last decided to purchase this because of the size, besaq! Ni 3-in-1 handbag, harga agak murah dan design cantik even though sedikit retro...


Selain dari handbag ni, I dah lama bercadang nak beli purse jugak. I memang jenis orang yang pakai 2 purse - satu untuk kegunaan kat Nihong dan satu lagi untuk Malaysia. Kenapa asingkan? Salah satu sebabnya ialah kerana tak muat nak sumbat semuanya dalam 1 purse, banyak sangat kad(kad je, duit tarak, hakhak). Selain tu sebab I sangat takut kalau in case purse tu hilang either kat nihong atau Malaysia, rasa macam mesti sangat menyusahkan nak urus dokumen Malaysia kalau purse tu hilang kat nihong and vice versa. Sebagai langkah keselamatan, sejak dulu lagi memang asingkan, so I need 2 purses laa kan. Last time beli purse was almost 8years ago, lepas tu tak pernah beli dah, pakai je apa yang ada. Yang dok guna kat Nihong sekarang ni adalah hadiah which I memang dah berkenan sangat2 cuma harga mahai-sangat-tak-sanggup-nak-beli, tu yang boleh dapat as present tu, hihi. Dah guna for more than 5years, masih elok lagi, sayang sangat2. Cuma sekarang ni dok cari purse nak pakai kat Malaysia, sebab yang la ni tu cikai punya so tak berapa nak tahan, baru 3tahun guna dah koyak sana sini, cari punya cari yang baru tapi susah benor nak jumpa yang berkenan, I ni cerewet bab beli barang2 yang nak pakai lama ni. Tapi jumpa jugak akhirnya baru2 ni, dah order pun, akan sampai nextweek kot. Tak sabaq nak guna sebab warnanya hot pink, I loike! Gambar tarak!

Barang ke-3 ialah minuman kesihatan produk dari Shaklee ni, baru 1st time nak cuba selepas bertahun tahu mengenai produk ni. Tu pun yang buat I terbuka hati nak try ESP ni ialah sebab tengah heavily pregnant dan nak kena berkawad dengan 2R time puasa nanti, sebagai persediaan supaya mama FITH ni fit enough untuk handle this 2 little rangers, mama hadiahkan diri sendiri dengan minuman kesihatan ni, haha...



Next, barang no 4 ialah tungku moden/elektrik. Tungku ni boleh digunakan untuk ibu2 dalam pantang, tapi I beli bukan tujuan untuk berpantang, sebabnya masa pantang bertungku of course pakai batu/besi panas yang dibakar tu. Yang ni nak guna sekarang dan nanti2, bagus untuk pulihkan lenguh2...



Last sekali beli bengkung moden ni untuk kegunaan lepas berpantang nanti. Nak beli yang harga ratus2 tu rasa tak mampu sangat so beli je yang ni, sama jugak, ala2 korset gitu, senang nak pakai. Try test jenis ber-zip lah pulak, all this while dok pakai yang jenis kancing cakuk tu, best ka tak best, nanti boleh buat reviews, hehe...



Shopping kategori keempat(terakhir) ialah barangan ketika dalam pantang nanti...
Ada barang untuk mama dan semestinya untuk baby. Untuk mama ialah bengkung zigzag dan mandian herba. Bengkung ni sebenarnya dah ada dah, dulu beli yang leesa formula punya, pakai masa pantang Rafiqh dan Raziqh tapi hari tu tak bawa balik, ada kat Nihong, minta myLove carikan suruh bawa balik tapi tak jumpalah pulak, entah mana I letak entah, last2 kena beli lagi. Tapi takpa, tak rugi pun sebab lepas ni boleh pass kat adik2 pulak, especially alang yang bakal jadi ibu tak lama lagi tu, hehe. Mandian herba dalam pantang selalunya mak akan adun sendiri bahan2nya, reneh berjam2 dan ulang pakai untuk mandi selama seminggu. Nanti dah habis yang mak buat tu, boleh laa guna yang ni pulak. I suka mandi air daun2 ni sebab baunya yang best, boleh pulihkan tenaga(rasa segar lepas mandi), selain tu boleh bantu naikkan seri wajah yang pucat lesi jadi kemerah-merahan kembali...



Barang untuk baby pulak, belikan sehelai bedung, 1 set(5helai) barut dan tungku baby. Hari tu dah tempah bedung dan barut koleksi warna biru dari my friend-Tini, tapi kali ni beli yang pinkish pulak. Hah, campur dengan 2R punya, jadi berlambak2 dah bedung dan barut ni kat rumah mak. Pun sama jugak, no hal, anak menakan ramai lagi bakal menyusul, nanti pass bagi depa pulak pakai. Yang buatkan I beli lagi bedung+barut2 ni ialah sebab benda2 ni dah di-set dalam set bersalin. Ada 6barang dalam tu iaitu tungku elektrik+bengkung zigzag+mandian herba+tungku baby+bedung+barut, semuanya berharga RM135. Kalau ada yang berminat, boleh usha2 kat Facebook, cari ID Suhaila Hassan...



Last sekali ialah uterus blanket idaman kalbu, berjaya jugak beli sehelai walaupun harganya mak aih, mahai laa jugak. Bila tengok pada persiapan yang dok buat sekarang ni, alahaiii tak sabar nak tunggu baby lahir...


Settle dah cerita pasal online shopping. Lepas ni kena pulun cari duit lagi kalau nak shopping lagi, hahaha...

Online shopping - Part 1

Tak ada mood nak update blog sebenarnya, tapi memandangkan dah dibuat draft since lastweek, so perabih sajalah apa yang perlu, ada beberapa entries lagi akan dipulun untuk disiapkan sehari dua ini insyaAllah. Sebabnya starting nextweek, maybe blog ni akan kembali terabai, yes, we're going back to Malaysia this saturday insyaAllah, awal seminggu dari yang dirancang. Bila ada kat Malaysia, I'll be busy with soo many things to do, ada banyak benda nak kena settle before bersalin ni, kat Malaysia mood nak hadap blog pun selalunya akan berkurang, so kebiasaannya blog ni akan sepi tanpa entry...

Berbalik kepada tajuk entry, rentetan dari entry Online shopping memang #"$%& !!!, I ada tulis nak senaraikan apa yang I dah ter-shopping online selama 2bulan kat sini kan, so meh laa nak cerita, kot2 boleh bagi idea untuk sesiapa yang suka shopping tapi dah taktau nak beli apa, hihi, boleh pulak gitu?! Eh betul laa, kadang2 kita tak terfikir pun nak membeli, mungkin sebab tak tau pun ada benda tu dalam pasaran kan, by reading blogs kita boleh jumpa banyak benda baru yang menarik untuk kegunaan seharian, betul dak?!

Shopping kali ni dibahagi kepada 4kategori, perghhh ada kategori2 lah pulak...

Kategori pertama ialah biskut raya...
Hari tu pulun cari orang jual biskut raya, setelah dikelih2 dipilih2, dapatlah tempah 4jenis biskut dari 2pihak - seorang kenalan lama dan seorang penjual biskut yang dikenali melalui blognya. Tahun ni terasa nak makan tart nenas(tak pernah2 teringin nak makan tart nenas, before ni tak suka langsung) dan tart blueberry. Yang ni beli dari kawan 1 batch masa kat AAJ dulu2, Syima. Nampak gebu je tart2 yang dia jual, so sesiapa nak tengok biskut yang dijual, boleh search namanya kat Facebook yer. ID FB : Syima Ul-husna Wan Khairil

Yang dibeli kat blog tu pulak ialah biskut almond london dan luscious choc hazel. Nama kedainya Ainaz Delights, jemput laa jamu2 mata tengok biskut2 yang dia jual yer. Sekarang ni dok cari orang jual biskut makmur yang sedap pulak, haa cukup laa kot beli 5 jenis, cadangnya nanti nak tambah buat lagi 3 jenis - choc chips, biskut arab/samperit dan cornflakes madu, settle bab biskut raya...


Kategori kedua ialah shopping barang anak2...
Untuk 2R belikan gyro bowl dan backpack Cars sorang satu. Depa dah lama tengok iklan gyro bowl ni, dah ter-bagitau depa yang mama dah beli, so setiap kali nampak gambar benda ni mesti cakap benda ni ada kat rumah tokma. Entah depa tau ka tak apa kebendanya kegunaan menatang ni, depa sangka mainan kot eh, padahal mangkuk saja pun, hakhak...



Sejak datang sini, 2R diperkenalkan dengan banyak channel baru, kat sini depa banyak tengok channel Nickelodean, ada jugak channel disney dan tele kids tapi depa prefer Nick tu lebih mungkin sebab banyak kartun kot, sah2 hagham sehabuk tak faham sebab semua rancangan in dutch tapi melihatkan ketekunan depa tengok tu uihhh macam laa depa faham, boleh siap gelak2 lagi, layan~~~. Makanya, antara kartun yang depa suka sekarang ialah Spongebob, Mr Bean dan apa2 yang ada unsur kereta. Lately depa macam obsess sangat dengan Cars, pantang tengok apa2 berkaitan cars, terus excited terlebih2. Kat sini pulak barangan Cars ni glamour sungguh, memang banyak dijual, 2R pun makin over-excited laa bila tengok benda2 tu semua depan mata. Luckily sampai sekarang both 2R tak reti lagi nak minta suruh belikan itu ini so ayah dan mama boleh buat bodoh je sambil gelak2 geleng2 kepala tengok gelagat depa berdua. Uish tapinya, kami ni tak laa kejam sangat kan, dah tau depa suka of course laa sebagai makpak kita akan cuba buat depa lebih happy, that's why si ayah belikan baju raya Cars tu, memang suka kemain. Ni mama belikan beg pulak, depa taktau lagi ni, nak buat surprise as birthday present Raziqh nanti...



Bila shopping untuk si abang2 ni, teringat pulak kat si adik(walaupun tak lahir lagi, hihi). Hari tu ingat nak beli set soft-books animal tapi belum jumpa harga yang betul2 menawan lagi, kebetulan pulak Lamaze caterpillar ni ada sale so mama order-kan sekali dengan beg2 si abang. Benda alah ni ada muzik, rasa2nya laa kan sebelum si adik yang main, si abang dah pelatu dulu dah kot...



Ok, next entry sambung part 2 pulak untuk kategori 3 dan 4...

Wednesday, July 20, 2011

Buah-buahan di Tiel

Tiel adalah nama 'daerah' tempat kami tinggal sekarang ni. Kawasan yang ala2 perkampungan, banyak ladang2 tanaman dan di kiri kanan jalan banyak tanah lapang seluas mata memandang yang dipenuhi binatang peliharaan macam kuda, lembu dan kambing biri2...

Kat sini memang meriah dengan ladang buah-buahan, banyak sungguh2, seronok tengok hasil tanaman yang depa komersialkan ni, subhanallah, subur! Sebenarnya kami suami isteri ni memang punya impian nak hidup sederhana di pinggir kampung saja, ada tanah yang luas, buat rumah separuh-batu-separuh-kayu, kat belakang rumah nak buat kebun buah, tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, betik, kelapa, ciku bla3, di satu penjuru kawasan rumah akan dibuat kebun sayur-sayuran, kat sebelah kanan rumah nak bela binatang ternakan ayam, itik, burung dll, dan kat sebelah kiri pulak nak dibuat padang futsal(ewwah) dan ada mini taman mainan, perghhh verangan! Sila bayangkan berapa luasnya rumah kami tu, muahahaha...

Ok dah, sambung balik cerita buah kat Tiel ni. Awal2 sampai sini dulu tengah musim strawberry, berlambak2 orang jual strawberry, alhamdulillah sempat merasa sebakul ni...



Tak lama lepas tu nampak signboard "kersen"(=cherry) di merata2 tempat, owhhh musim ceri laa pulak. Beli sebakul ni tapi tak puas makan, bila pi nak beli lagi dah tak banyak dah dijual, harga pun dah mahai. Teringin nak singgah kat sebuah ladang besar tak jauh dari company tempat myLove kerja tu, ada 'gerai' jual ceri hasil tanaman ladang tu, kami asyik dok lalu pi mai pi mai ja tang situ tapi singgah tak pernah pun, sebabnya selalu kesuntukan masa. Kalau ada rezeki, boleh beli dan makan lagi...



Kemudiannya dok usha ceri kecik2 ni, kebetulan jumpa orang jual murah mama2R pun beli laa, sekali rasa mak aih masam-piang, jenuh nak perabih. Raziqh suka tapi sebab masam sangat, mama limit jumlah yang dia boleh makan dalam sehari. Last2 memang tak habis pun, banyak sangat tak terdaya nak menelan, hehe...



Kat sini kami selalu beli epal dan pisang, hampir setiap minggu mesti beli stok epal dan pisang. Epal tu memang hasil tanaman kat Tiel ni tapi pisang tu taktau laa pulak, tak pernah nampak lagi pokok pisang kat sini, import lah kot...



Dan pagi tadi, masa pi morning walk tu nampak orang jual plum ni, urghhhh sebakul ni 1 euro saja, adehhhh awat murah sangat?! Tak payah fikir2 dah, terus rembat sebakul, hihi. Ballik rumah tak tunggu dah, Raziqh terus minta nak makan, basuh elok2 dan potong buang biji saja, manis, sedap! Lepas dah habis dekat 10biji, haa ni baru boleh nak snap gambar buahnya...



Dari pemerhatian I(yang jahil ilmu pertanian ni) laa kan, buah2 kat sini kecik2 comel saja, tak macam yang selalu dilihat kat Malaysia dan Jepun. Epal, pear, plum, tembikai, melon dll semuanya kecik2. Peliklah jugak, orangnya besaq tapi hasil tanaman depa memang kiut-miut gitu. Mungkin memang depa suka jenis yang macam tu kot. Berbeza dengan orang Jepun, orang Jepun ni pulak selagi boleh depa akan kaji macammana nak besarkan buah depa dengan mengekalkan kualiti yang baik. Sebesar2 mungkin depa boleh hasilkan, haa memang besar sungguh! Dari segi rupa pokok pun ada bezanya antara kat sini dengan Jepun. Contoh macam pokok epal, kat sini pokok2 buahnya tirus, kalau kat Jepun rendang. Pasti ada sebab kenapa berbeza kan, malas laa pulak nak sibuk2 buat kajian, mungkin ada kaitan dengan keadaan cuaca dan fenomena alam, pepandai ja, hehe...

Ok, jom layan gambar2 yang pernah diambil sebelum2 ni...

Ni pokok ceri liar, bukan tujuan komersial. Kalau yang komersial tu memang kecik2 rendah2 dan tirus. Yang ni yang macam kat Malaysia tu, tinggi melayut tapi meriah berbuah, maaf laa tak nampak kot buahnya dalam gambar ni. Teringat zaman kecik2 dulu selalu panjat pokok ceri belakang rumah pakwan, sedap woo buah ceri tapi ceri Malaysia mana sama dengan ceri sini kan...



Ni adalah pintu masuk ke kawasan perumahan kami. Haa nampak dak kiri kanan jalan tu adalah ladang. Depa tanam pear, plum, epal dan ceri, ish3 bestnya kalau ada ladang lagu ni, tiap2 hari boleh pi petik ja...



Ni permandangan dari dalam kawasan perumahan kami tinggal sekarang ni...



Ni pokok epal liar, agak rendang dan buahnya sangat kecil, taktau laa orang makan ka tak buah ni, nampak macam masam ja...


Rupa buah epal yang baru berputik...

Study market price!

Salah satu perkara penting yang mesti diambil kira apabila nak memulakan perniagaan ialah kita kena tau market price bagi barangan yang kita nak jual tu. Nak2 kalau barangan tu memang berlambak2 dalam pasaran, ramai sellers yang berlumba2 memasarkannya, tak boleh laa jual terlalu murah dengan alasan "I buat bisnes ni suka-suki, bukan nak untung sangat pun", kalau meniaga takmau untung baik tak payah meniaga langsung! Buat mengacau periuk nasi orang lain saja, depa tu sungguh2 meniaga dengan harga pasaran terkini, jangan pedajal depa, tak baik woo...

Tapi lain pulak halnya kalau kita berniaga sesuatu yang berbeza, yang jarang jumpa di pasaran, so kebergantungan pada market price adalah berkurang. Oleh itu, kalau nak kaya cepat, sila jadi kreatif dan inovatif, cari laa benda2 baru yang takdak lagi dalam pasaran untuk di-highlight dalam market semasa, kalau meletup sambutannya, in no time hang dah jadi jutawan!

Eh, awat pulak tiba2 masuk topik market price ni yer?! Ok, macam ni, most of my customers kata harga yang I tawarkan memang murah especially for those yang nak beli medium/mini size, memang berbaloi2. Tapi pernah jugak ada yang bertanya kenapa harga produk2 tertentu di SakuraBoutique lebih mahal compare to web lain. Aah, tak nafikan memang mahal, so lets me explain...

Sebelum start bisnes ni dulu I dah buat survey on market price for each product, termasuk harga pasaran di kaunter2 rasmi SK-II. Honestly memang terkejut tengok beberapa web yang boleh tawarkan harga murah gila2, hingga serendah belas2 ringgit untuk FT essence 30ml, believe me untuk 10ml tu je pun at least harganya dah cecah RM20. Memang rasa tak lojik, goyah jugak hasrat nak berniaga tapi bila I gamble je masukkan beberapa trial set kat sini(sebelum wujudnya web SB), ramai laa pengguna2 SK-II ni yang bagitau sebenarnya banyak je barang tiruan SK-II kat pasaran internet Malaysia. Owhhh patutlah!

I'm not saying yang depa tu jual barangan tipu tapi sendiri fikirlah, dengan nilai matawang yen sekarang yang melambung tinggi dan barangan SK-II di Jepun sendiri pun disenaraikan sebagai antara kosmetik termahal, lojik ka boleh dapat harga yang terlampau2 murah tu?! Kalau kat forum2 cosmetics pun ada yang komplen kata produk SK-II yang depa pakai buat muka jadi gatal2, kemerahan dan sebagainya, selain mungkin disebabkan oleh sensitiviti kulit wajah si pemakai, kaedah pemakaian yang tak betul and etc etc., kita kena tengok sumbernya jugak kan?!

Memandangkan kaunter2 SK-II kat Malaysia tak keluarkan katalog harga barangannya, ianya sedikit menyusahkan untuk I buat comparison price. Nak kena pi sendiri buat tinjauan, tu pun harga berubah2 ikut kaunter tempat. Makanya, I ambil solusi seandainya ada yang bertanya atau nak beli big size product dari SB, I'll always advice them to survey market price barang tersebut kat kaunter SK-II terlebih dahulu, just in case harganya lebih murah, beli je kat kaunter! Tapi kalau untuk mini/medium size, susah nak dapat kat kaunter, hanya boleh beli kat internet saja so pepandai pelanggan laa nak memilih web mana depa berkenan. Tiada paksaan dalam membeli, anda bebas buat pilihan...

Setakat yang I tahu, kat Jepun memang susah nak jumpa barangan tiruan, atau mungkin tak ada kot. Kalau barangan SK-II ni, bagi yang selalu survey harga online, memang boleh jumpa yang murah2 berbanding harga pasaran terkini tapi kena check company tu beroperasi dari mana, mostly dari Hong Kong, part ni I pernah 'terkena' dah dulu, so now lebih hati2 bila nak membeli. Boleh je nak beli yang Hong Kong ni then pasarkan kat Malaysia dengan harga yang lebih murah dari yang sekarang I dok jual tapi sebab SB dah tulis yang semua barangannya adalah dijamin 100% original from Japan, memang I tak beli laa yang lain2...

Seronok sangat dengan pencapaian SB sekarang, sebabnya dah ada ramai repeat customers, thank you so much for supporting SB! Walaupun tak dinafikan ada jugak segelintir customers bagi feedback mengatakan yang depa tak sesuai dengan SK-II, macam yang I selalu kata, yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita kan?! Apa yang penting, I tahu yang I jual benda yang bermutu dan tarak tipu2 punya...

IKLAN
SB ada 1 produk baru ie. Facial Treatment Gentle Cleanser, ni produk baru keluaran SK-II, akan dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal ogos nanti, kalau ada sesiapa nak test cleanser baru ni haa boleh beli medium size dengan harga promotion RM38 sahaja! Stok sangat terhad, cuma ada 3units sahaja, as usual, siapa cepat dia dapat!

Monday, July 18, 2011

Shopping @ Hoog Catharijne, Utrecht

Sabtu lepas kami ke Hoog Catharijne, sebuah shopping mall yang dikatakan antara yang terbesar di Eropah, perghhh memang besaq sungguh, mengah berjalan, tu pun tak habis pusing rasanya. Cuma I rasa mall ni macam pelik sikit, patent/design bangunan entah hapa2(tetiba budget pandai nak komen bangunan orang, hak3), bukan apa, banyak sangat section sampai naik pening kami dok pusing, hahaha, tu baru indoor tu, tak cerita lagi dia punya outdoor, rasanya kalau takat sehari nak pusing memang tak habis, kena tidoq kat situ 2malam kot baru selesai tawaf...

Sabtu tu sepatutnya myLove kena pi kerja tapi maybe sebab kesiankan anak bini dia kot, dia sanggup stay up malam tu buat kerja sampai pagi semata2 nak bawa kami pi shopping. Thanks darl! Paginya tu kami bangun agak lewat, pi mai pi mai settle bersiap pukul 9lebih, naik train pukul 10.20 dan sampai kat Utrecht Station pukul 11. Mall ni betul2 sebelah station, tak payah keluar bangunan pun, jalan sikit ja terus tembus dari station masuk mall...


Niatnya nak shopping baju 2R, barang2 mak pesan dan nak beli souvenir saja. Agak pening2 lalat laa jugak nak decide nak masuk kedai mana, since kami ni tak familiar langsung dengan nama2 kedai ni, apatah lagi nampak semua macam mahal je kan. Tapi luckily masa pi tu tengah SALE merata2, up to 70% so agak teruja laa nak tengok barang. Alhamdulillah managed to grab sehelai kemeja dan 2helai seluar untuk 2R. Ni 1st time kami masuk shopping kat branded boutique nak beli barang untuk anak2, selalunya takat berani lalu ja, hehe. Kami selalunya sangat bersederhana dalam bab beli barang, pendek kata memang tak reti dan buta laa bab barang2 berjenama ni. Anak2 haku pakai baju cap nissen, nishimatsuya dan trial saja. Kalau nampak depa pakai brand mahal2 tu semestinya hadiah orang. Antara sebab tak beli baju2 berjenama ni ialah sebab kat kampung Ube tak ada butik2 tu semua dan dah jadi prinsip kami untuk tak mewahkan anak2 dengan benda2 gitu. Ops, jangan salah faham ye, kami tau kat Malaysia memang dah jadi trend untuk berlumba2 pakaikan anak2 dengan barang berjenama, orang kita dah ramai jadi brand-maniac, tak kesah laa, tu hal masing2, duit depa berkepuk sampai dah taktau nak beli apa kan, hahaha...

2R nampak happy sangat especially Rafiqh, dia dah mula pandai nak pilih2 barang sekarang. Apatah lagi bila ayah belikan kemeja Cars, amboi2 kemain lagi depa suka. So settle laa bab baju anak2, tu kira baju raya laa tu. Masa dah balik rumah, sambil2 belek barang yang dibeli tu myLove kata "ni laa 1st time sejak ada anak kita shopping baju raya yang proper untuk depa", aah memang pun, kalau dak, sebelum2 ni main taram ikut dan saja. So tahun ni beraya sakan laa hangpa noo, arigatou ne ayah!

Kemudiannya kami keluar ke outdoor pulak, tapi pusing2 sikit saja sebab takut sesat nanti(memang dah sesat pun, hihi) kami patah balik masuk indoor. Perut dah lapar tapi singgah toilet dulu salin diapers 2R sebelum pi cari makan, kali ni lunch simple saja, myLove makan salmon pasta, kami 3orang makan fruits pie. Sejak pregnant-kan Raziqh, I dah tak boleh nak telan salmon yang dimasak, kalau mentah tu no hal, sampai sekarang memang tak tahan dengan bau salmon goreng, mual! And since Rafiqh pilih nak makan "kek", fruits pie was absolutely the best! Memang sedap sungguh, kami beli yang 24cm tu tapi makan tak sampai separuh dah kenyang, gambar pun tak sempat nak snap sebab 2R berebut2 nak makan buah2 beri atas pie tu...

Habis makan kami sambung berjalan lagi, kali ni masuk satu kedai beli baju2 yang mak pesan. Tengok2 jugak kalau ada yang berkenan untuk diri sendiri tapi tak jumpa laa pulak. Last2 ayah dan mama memang tak beli apa pun untuk diri sendiri, tengoklah lepas ni kalau sempat pi shopping lagi, boleh laa beli untuk diri sendiri pulak kan. Sejam lebih jugak kot dok kat kedai tu memilih menge-test baju, then pi beberapa kedai lainnya, pukul 4.30 gitu kami dah ready nak balik, sebabnya pukul 5 mall dah nak tutup, cepat sunguh kan?!


2R terpaksa berkongsi stroller, habis orang pandang, tak pernah dibuat orang sumbat 2budak gini, hahaha. Penat woo kalau tak bawa menatang ni, mana dengan nak hangkut barang shopping yang berat2 tu lagi kan...



permandangan outdoor...
kali ni tak banyak snap gambar sebab sibuk shopping je lebih, hehehe...



hasil rembatan kain-baju...


ayah hadiahkan mad-man water slide ni untuk 2R, hah hangpa pulun laa slide sampai pengsan ka sampai muntah ka kat Malaysia nanti, lantak hangpa laa, dengan harapan hangpa boleh burn extra energy bulan posa dan masa mama dalam pantang nanti...
p/s: Syafiy&Sidqiy, mai balik Ipoh mai, boleh slide sama2, hehe...


Malam tu awal2 lagi semua dah tumbang kepenatan, esoknya(semalam) myLove kena pi kerja, kesian sungguh. Mesti penat kerja non-stop tiap2 hari, balik malam2 pun lewat, moga diberi kesihatan yang baik dan moga dipermudahkan urusan kerjanya...

Friday, July 15, 2011

Saya mahu tag kamu, yer kamu!



To make the 1st move for this contest, let me tag you guys. Ermmm I nak tag semua follower this blog, keh3, lepas tu nak tag semua blogger yang ada dalam my friendlist ni, haa boleh?! Viewers pun I nak tag jugak, means sesiapa yang baca blog ni, jom2 join!

Tak susah pun, tak payah pening2 fikir sangat, buat 1 tagline iklan saja untuk SakuraBoutique, enough! Kalau terlebih rajin, boleh laa bercerita panjang-lebar pasal blog SB(nak komen blog buruk ka, nak bagi pandangan suruh buat macam ni macam tu ka, apa2 pun boleh laa) atau nak cerita pasal produk2 yang kami jual, pendek kata hentam sajalah! Haa senang kan?! Pi jengah blog sana untuk tahu lebih lanjut ok...



Weekends sudah tiba, yeay!

Tapi belum tau esok nak pi mana, tengah cari tempat menarik di Utrecht, myLove suruh survey zoo, nak bawa 2R pi melawat haiwan2 tapi tadi penat dah buka web sana-sini, tak jumpalah pulak, takpa satgi cari lagi. Nak pi shopping ja mama2R punya target sekarang ni, hehe. Ada lagi 2kali weekends saja lagi kami kat sini, harap sangat dapat pi Tiel-Centrum sekali lagi sebab nak pi beli baju2 dan beberapa barang lain, then teringin nak pi Amsterdam sekali lagi, nak pi flower market, haa kalau tak jumpa zoo kat Utrecht, maybe boleh suggest myLove pi Amsterdam, kat sana memang sah2 ada zoo, hihi...


Have a nice weekends everyone!

Jom join SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest!

Semalam seharian cuba cari ruang masa nak update blog tapi tak sempat2. Ecceh, macam laa sibuk sangat kan, eh taklah sibuk amat2, tapi agak kalut dengan beberapa urusan...

Pre-order SakuraBoutique(SB) yang sepatutnya tamat 17hb julai ni dah pun ditutup 5hari lebih awal. Ejen/reseller dah bagi full-order depa, customers pun ada yang dah buat full payment, rasa tak sedap hati la pulak nak pending orders orang lama2, stok yang diorder kali ni pun agak banyak, 2kali ganda dari biasa, risau pulak kalau kena tahan kastam ka hapa ka, so better proceed saja dengan apa yang ada, nanti before balik Malaysia ni kalau perlu, boleh buat final order dari sana, lepas tu awal ramadhan nak rest sekejap, nak habiskan ready stock yang ada. Alhamdulillah rabu lepas dah settle order barang dari Jepun, so semalam dok pulun kemaskini akaun dan fail2 SB, then transfer duit sana sini. Elok settle semua kerja tu, masak lunch dan makan, masa dok tengah reply email/msg customers laptop ni hang pulak, mata pun dah penat, terus shutdown lepas tu ajak the kids masuk bilik golek2 sampai tertidur, sedap aih layan mata sebab seharian hujan dan ribut. Tapi mama bangun awal untuk sambung kerja, haa part ni yang nak cerita sat lagi...

Oh ya, stok baru SB akan masuk Msia insyaAllah nextweek, I akan usahakan sapa2 yang dah buat full payment tu dapat pesanan cepat2. Selebihnya tu tunggu next stock yang I baru order rabu lepas ni pulak masuk Msia, insyaAllah 2minggu lagi. Bagi kawan2 yang nak minta survey barang atau nak order single bottle besar2/produk yang tak available kat SB, masih boleh insyaAllah, sila bagi order selewat2nya 25hb julai ni lah yer...

Ok, nak cerita pasal tajuk entry tu pulak...

Haa semalam dok 'bekerja' buat benda alah tu laa. Hari tu dalam entry pasal follower ke-77 tu I ada mentioned pasal fungsi/kebaikan contest/giveaway ni kan?! Tapi giveaway yang nak dibuat ni takdak kena mengena langsung dengan rating blog ni, SB yang punya, bertujuan untuk mengembangkan bisnes, mahu lebih ramai yang mengenali dan mengetahui tentang kewujudan SB. Selain tu nak berkongsi kegembiraan, rezeki yang Allah bagi mencurah2 ni dah buka laluan2 baru dalam risalah hidup I sebagai seorang working-at-home-mom, so I rasa tak salah kalau I nak kongsi kegembiraan ni dengan orang lain jugak. Atas dasar itu, wujudlah 3 contests ini - cabutan bertuah Syawal SakuraBoutique, SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for blogger) dan SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for Facebook)...

Cabutan bertuah tu terhad kepada para pelanggan set2 terbaru SK-II sahaja, anda beli, secara automatik anda join contest. Kalau bernasib baik, nama anda akan terpilih sebagai pemenang!

GiveAway for blogger tu khas buat semua yang ada blog, anyone can join! Sila refer blog SB untuk prasyarat penyertaan, mudah amat!

GiveAway for facebook pun ada, kalau anda takdak blog, come and join this contest, pun mudah sangat!

Ketiga2 peraduan ni akan ditutup pertengahan ramadhan, hadiah2nya lumayan, sudi2kanlah diri untuk join yer...