Saturday, January 8, 2011

SK-II application guide

Disebabkan ramai customers yang bertanya tentang kaedah penggunaan produk2 SK2 ni makanya mai laa nak beri penerangan serba ringkas. As you guys sedia maklum, ada berpuluh2 produk yang SK2 keluarkan tapi of course I'm not going to explain all, pilih2 yang mana ada dalam package yang I dok jual ni saja ok, kalau ada sebarang pertanyaan, please feel free to email me at arukassfan@yahoo.com or inbox my FB...

(1) Facial treatment cleansing gel (make-up remover)
- letak gel pada kulit wajah yang masih kering dan ratakan dengan menggunakan hujung jari selama seminit untuk di'sebati'kan dengan foundation, bahan make-up dan kekotoran lainnya. Sapu muka dengan menggunakan facial tissue dan bilas bersih dengan air.


(1) Facial treatment cleansing oil (make-up remover)
- push 3-4kali oil ke atas tapak tangan yang kering dan ratakan ke dahi, pipi dan seluruh wajah. Sental lembut dengan menggunakan hujung jari dalam gerakan melingkar, dari dalam ke luar wajah. Emulsi wajah dengan sedikit air suam dan bilas bersih.

(2) Facial treatment cleanser (pencuci wajah)
- basahkan wajah kemudian buihkan cleanser foam dengan menggunakan sedikit air sehingga membentuk busa2 buih yang banyak, urut lembut ke wajah dan leher dan bilas bersih dengan air.
- disarankan guna 2kali sehari(pagi dan malam).
Note : dalam penggunaan apa jua produk pembersih wajah, kita sebenarnya perlu mencuci wajah dengan busa buih, bukan dengan pencuci itu semata, so make sure buihkan dulu pencuci wajah tersebut sebelum sapu pada wajah.


(3) Facial treatment clear lotion (membuang kekotoran dan sel2 mati)
- basahkan cotton pad dengan lotion dan usap lembut ke seluruh wajah dan leher. Elakkan kawasan mata.
- disarankan guna sekali sehari(siang/malam)



(4) Facial treatment essence
- selepas mencuci wajah, basahkan cotton pad dan usap lembut di sekitar wajah dan leher. Boleh juga digunakan pada kawasan mata.
- disarankan guna 2kali sehari (pagi dan malam).



(5) Facial treatment repair C (membaiki tekstur kulit wajah)
- ratakan pada seluruh wajah dan kawasan mata.
- disarankan guna sekali sehari.



(5) Whitening source derm-definition (removes dark spots)
- guna produk ini selepas menggunakan FT essence. Ambil beberapa titis dan ratakan ke seluruh wajah. Boleh jugak digunakan direct pada kawasan wajah yang berpigmen.
- disarankan guna 2kali sehari.

(5) Cellumination essence (mendedahkan aura kecantikan kulit anda yang tersembunyi)
- guna produk ini selepas menggunakan FT essence. Ratakan pada seluruh kulit wajah.
- disarankan guna sekali sehari.

(6) Skin signature (anti-aging moisturizer)
- ratakan pada seluruh wajah dan leher dalam gerakan spiral hingga diserap sebaiknya.
- disarankan guna 2kali sehari.


(6) Lift emulsion (anti-aging moisturising lotion)
- ratakan ke seluruh kulit wajah dan leher.
- disarankan guna 2kali sehari.


Kalau tengok pada nombor produk2 tu, I dah susun ikut turutan penggunaan, which is nombor yang sama tu memadai untuk guna salah satu produknya saja, tapi kalau nak guna semua pun boleh, silih gantikan pengunaannya. Harapnya penjelasan ringkas ni sedikit sebanyak membantu pengguna2 baru yang baru nak cuba pakai produk SK2 ni...

SK-II beauty set


RM380 sahaja! Free shipping from Japan to Malaysia...

Retail price for this set was around RM500(exclude postage), but now we sell this for only RM380!

1. FT essence 30ml
2. FT clear lotion 40ml
3. FT cleanser 20g
4. Skin signature 15g
5. FT mask 2 pieces

Stok adalah sangat terhad, siapa berminat cepat2 email ye, arukassfan@yahoo.com

Friday, January 7, 2011

Anak2 cinta hati

Seharian yang kalut, ni baru dapat duduk hadap blog. Nak update banyak2 tapi rasa macam tak sempat je, ni pun baru siap buat minum petang, anak2 belum mandi lagi, dinner tak masak lagi, ayah depa dah on the way balik dah kot. Kalau tak ada entry baru pun bukan ada sapa kesah pun kan, tapi sendiri yang rasa tak syok kalau sehari tak update blog, macam tak cukup syarat gitu, ecceh!

Hari ni rasa macam takdak buat apa sangat pun tapi terkocoh2 jugak menyiapkan kerja. Mungkin sebab kalau bukan musim sejuk house chores semuanya bermula pukul 7pagi sebaik myLove pi kerja tapi sekarang ni pukul 9 baru 'jalan', hehe. Sebelum2 ni lepas myLove pi ja kerja anak2 akan terus mandi, sarapan dan layan rancangan kanak2 sampai pukul 9. I pulak akan settle-kan basuh-sidai kain baju, mandi dan kemas dapur. Lepas tu boleh laa nak buat kuih ka, hadap laptop ka hapa ka. Tapi la ni lepas myLove pi kerja selalunya I terperap dalam bilik melayan anak2 dan sarapan sampai la pukul 9, baru terhegeh2 mandikan depa dan 'lepas' depa berkeliaran dalam rumah sementara mak depa baru tergedik2 nak settle-kan kerja rumah, time tu nak buat serba-serbi, sedar2 ja dah tengahari. Petang time Raziqh tidur baru sibuk nak buat kuih lah hapa lah memang laa rasa kelam-kelibut semacam kan, serupa lipas kudung pun ya jugak. Cuba dah start bekerja awal macam dulu2 tapi tak boleh laa, sejuk sangat, tak tahan nak duk dapur awal pagi. Ok2, cerita pasal hari ni, pagi tadi buat inti popia, petang lepas Raziqh tidur balut popia goreng banyak2 untuk frozen dan minum petang hari ni. Sempat jugak menebar roti canai untuk breakfast pagi esok, siap buat kari daging cincang dah pun. Malaih aih nak bangun awai2 bersejuk2 kat dapur menggodek roti canai dan kuah kari, baik buat siap2, esok just goreng bagi masak, kuah tu perhangat ja, senang!

Kat bawah ni gambar2 2R, bukan latest pic pun, ni sebulan lepas punya...

Macam ni laa tiap2 hari, melawak tak habis2, Rafiqh buat Raziqh tu macam anak patung ja kadang2. Suka angkat dukung adik, adik tu bukan ringan, terhuyung-hayang lepas tu dua2 pun tumbang. Suka nak pegang tangan adik konon2 macam pimpin ajar adik jalan, adik tu dah boleh lari dah tapi dia layan macam adik tu baru belajar bertatih, dah tu dia heret tangan adik jalan laju2, nanti dua2 tergolek. Nak tergelak tengok tapi kesian kat adik sebab last2 adik yang dapat sakit. Lumrah laa kan budak2 lelaki memang macam ni cara depa membesar, mesti mau berkuntau banyak2. Rafiqh sekarang kalau kuntau dengan Raziqh, dia akan sebut "onichan kamen ryder, adik ultraman", wahhh dua2 hero hokey, raksasa tu mama laa kot, haha...

Hobi Raziqh ialah punggah almari mama dan hangkut handbags mama bawa keluar buat main. Nanti si Rafiqh pun tiru laa, hadehhh...

tengok tang tangan Raziqh, memang tak boleh blah. Ooo macam tu yer orang bawa handbag?! hihi...

Sila abaikan permandangan rumah yang tonggang-langgang itu...

Thursday, January 6, 2011

Waktu subur wanita

Penting untuk setiap pasangan suami isteri itu tahu bilakah waktu subur si isteri(sebab lelaki memang sentiasa subur tetapi wanita subur hanya sekali dalam satu kitaran), pertamanya untuk mengelakkan kehamilan bagi mereka yang belum bersedia untuk hamil, kedua untuk memudahkan kehamilan bagi mereka yang mahukan zuriat dan ketiganya kerana hari subur itu adalah hari yang paling berahi untuk wanita. Selain dari 3 sebab tu agak2 ada lagi ker sebab lain? hehe, entah!

Kitaran haid bagi wanita normal berlaku setiap bulan dengan purata antara 28-30hari. Satu kitaran kita kira bermula dari hari pertama haid bermula hinggalah hari terakhir sebelum haid kitaran seterusnya datang. Contohnya kalau seseorang tu mula didatangi haid pada 3januari dan haid berhenti pada 7januari, kemudiannya haidnya datang balik pada 1februari makanya kitaran haid dia adalah selama 29hari...

Waktu subur adalah lebih kurang 14hari sebelum hari pertama haid kitaran seterusnya datang. Jadi, untuk tentukan waktu subur ni kena laa tolak kitaran haid dengan 14hari. Kalau kitaran haid 28hari, 28 - 14 = 14, makanya waktu suburnya ialah pada hari ke-14. Katakanlah kitaran haid 32hari, 32 - 14 = 18, maknanya hari ke-18 tu adalah hari suburnya. Mengira waktu subur bagi wanita yang kitaran haidnya sekata setiap bulan adalah mudah, tapi bagi yang kitaran haid tak menentu, ada cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mengetahui atau mengesan waktu suburnya...

1. Terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari kemaluan.
2. Suhu badan yang meningkat sedikit dari kebiasaan.
3, LH ovulation predictor test kit.

Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini?
Waktu subur ialah waktu dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur(ovum) akan dikeluarkan oleh ovari disebabkan oleh peningkatan hormon LH(luteinizing hormone). Jika telur ini berjaya disenyawakan makanya proses kehamilan akan menyusul...

Pun begitu, ovum mempunyai jangka hayat yang sangat singkat, sekitar 36-48jam sahaja. Namun, jangka masa sesuai untuk persenyawaan adalah dalam tempoh 24jam selepas telur dikeluarkan dan ia perlu berlaku ketika telur bergerak dalam salur fallopian. Kerana itu kebarangkalian untuk hamil adalah agak terhad. Tetapi sperma diberi kelebihan dengan mampu hidup sehingga 7hari selepas air mani dipancutkan dalam faraj wanita. Sperma jugak dihasilkan dalam jumlah yang berjuta2 setiap hari. Makanya seandainya suami dan isteri itu bersama beberapa hari sebelum waktu subur sekalipun, peluang untuk hamil itu tetap ada kerana masih ada kemungkinan ovum disenyawakan oleh sperma yang masih hidup...

Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan zuriat, mereka boleh bersama setiap malam(siang pun no hal, haha). Ataupun selang sehari pada hari ke-10, 12, 14, 16, 18 dan 20, untuk kes kitaran haid si isteri yang tak stabil. Perlu diingatkan bahawa walaupun pada waktu subur hubungan suami isteri itu bukan setakat melepaskan air mani semata2 dan mengharapkan sperma bertemu ovum untuk disenyawakan. Untuk memaksimakan lagi peluang kehamilan, pasangan suami isteri itu perlu kepada berahi yang tinggi, dengan keberahian itulah akan meningkatkan kepuasan dan masing2 mencapai klimak atau orgasm yang tinggi kerana keberahian ini akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik akan dihasilkan, sekaligus membuatkan faraj dan rahim menarik masuk air mani dan sperma dengan denyutan2 yang mempercepatkan sperma untuk sampai ke sasarannya...

Ni cerita pasal waktu subur untuk orang yang nak pregnant saja tau, hat yang nak elak pregnant tu pi google sendiri, ceq malas nak ceghita...

Raziqh's 1st day at 'school'...

Hari ni 1st time hantar Raziqh ke hoikuen(=nursery). All this while, since he was born, I memang tak pernah tinggalkan dia pada orang lain more than an hour even dengan ayahnya pun paling lama sejam lebih gitu je. I rasa all mommies have this kind of feeling, "hard to trust anyone else to take care of their kids even that person is her own husband", errr ker haku sorang je gitu? hahaha. Masa dengan Rafiqh dulu memang I akui I sangsi nak bagi myLove jaga anak, yer laa, everything about Rafiqh from A to Z mamanya yang buat, kalau dengan suami pun I tak bagi, apatah lagi orang lain kan?! Tapi sekarang bila dah ada Raziqh ni lain dah rasa, macam dah makin boleh membina kepercayaan pada orang lain, myLove pun dah pandai handle anak2 so dah tak risau sangat bila tinggalkan the kids dengan dia. Tambahan pulak Raziqh sangat mesra alam, semua orang pun dia nak, makanya kerap jugaklah budak2 ni di-babysit oleh my juniors...

Back to the story, dah berminggu2 dok ulang bagitau Raziqh yang dia akan join Rafiqh ke hoikuen, cuma seminggu kebelakangan ni je mama detail-kan gambaran hoikuen tu ie nanti mama hantar mama balik, Raziqh duk sana baik2, main banyak2, makan banyak2 bla3. Selama ni takdak pulak apa2 perasaan 'aneh' bila cakap pasal hoikuen dengan dia tapi pagi tadi masa nak hantar dia masuk kelas tu tiba2 rasa sebak, hek, poyo! As usual, both 2R dah excited bila nampak mama keluarkan beg depa, settle brekafast dan pakai baju kami terus ke hoikuen. Macam biasa Rafiqh tanggalkan kasut dan letak kat rak, bila mama hulur kasut Raziqh dia tolong simpankan kat sebelah kasut dia. Masuk dalam kelas Rafiqh terus terkam sensei(=cikgu) dia, Raziqh pulak terkam toys, tu laa kerja dia setiap kali pi sana. Bila dah siap masukkan baju2 dan kelengkapan depa dalam bakul masing2, I ambil Raziqh dan buka baju sejuknya, salam and kiss both of them, Rafiqh bye2 mama dan Raziqh pun join sama, bila nampak mama nak keluar dia ikut sampai ke pintu, mama tutup pintu(pintu kaca) dan nampak dia dok bye2 mama lagi. Laa tak nangis pun, mama tunggu kejap intai2 nak tengok reaksi dia tapi dia terus blah masuk dalam sambung main, hahaha, hagham tak heran pun kat mama. Oh ok, fine! Mama balik pungpang2 buat kerja dan pi baito(=parttime), singgah supermarket beli barang sikit dan terus pi ambil depa, berdebar2 dan teruja nak dengar cerita pasal Raziqh. Sensei kata dia tak nangis pun, dia happy sungguh main tapi once in a while dia jengah luar dari pintu kaca tu, maybe teringatkan mama, dah jengah2 tu tengok mama takdak dia sambung main lagi, ulang2 macam tu je, cute! Bila mama sampai je kat kelas tu tadi, nampak sensei tengah dukung dodoikan budak, ingatkan Raziqh tapi budak lain. Bila nampak mama mula2 tu dia sambung main lagi tapi slowly bangun dan datang peluk mama, rindu eh? Mama pun rindu kat Raziqh. Sensei bagitau waktu makan dia laa paling happy, kemain lagi gelak, ok part tu mama tau dah, dan sensei kata dia makan banyak dari Rafiqh, ok yang ni pun mama sedia maklum, hahaha. Alhamdulillah nampak macam dia suka, so nanti boleh hantar lagi...

Ada banyak sebab kenapa kami decided bagi dia pi hoikuen, walaupun cuma sekali dalam 2minggu tapi I percaya kesannya tetap ada. Kalaulah yuran hoikuen/youchien ni murah memang dah lama dah hantar Rafiqh full day setiap hari, kesian tengok dia yang tiap2 hari minta nak pi sekolah. Raziqh pun kalau dia memang enjoy ke sekolah memang nakkkk hantar setiap hari, sabar ye anak2, doa laa ayah hangpa murah rezeki, hehe...

Sebab pertama hantar dia ialah sebab nampak dia sendiri yang minat. Setiap kali hantar dan ambil Rafiqh, Raziqh pun teruja, selalunya I kena spend masa untuk bagi dia main kat situ almost half an hour masa nak ambil Rafiqh. Tu pun dia meronta2 takmau balik, seronok sangat dapat main. Dia bukan saja main dengan segala tok-nek toys yang ada kat situ malah dia berkomunikasi dengan budak2 lain dan senseitachi kat situ jugak, hinggakan ramai sensei even dari kelas lain yang dah kenal dia. Dah banyak kali jugaklah sensei Rafiqh tanya bila pulak nak hantar Raziqh, depa kata nampak Raziqh ni easy going, macam mudah nak handle...

Sebab kedua ialah mama nak pi baito senang sikit. Selama ni hantar Rafiqh setiap selasa tapi sekarang tukar ke khamis sebab mama kerja hari khamis. Selama ni jugak mama bawa 2R ikut pi kerja tapi sekarang dah musim sejuk, salji dan hujan selalu turun, kerja mama pulak out-door so takmau bagi risiko anak2 sakit...

Buat masa ni test dulu 2minggu sekali, minggu Raziqh tak pi tu Rafiqh akan duduk seharian hingga petang, minggu Raziqh pi depa duk halfday je. Tunggu Raziqh dah totally adapt dengan suasana tu nanti boleh hantar both full day everyweek. Seronok tengok Raziqh happy, Rafiqh pun nampak happy adik join sama, insyaAllah nanti pergi lagi yer...

Wednesday, January 5, 2011

Rafiqh dan Raziqh

Dah lama tak cerita pasal 2 budak ni kan, dah besar dah, si abang dah genap 3tahun 1bulan hari ni, si adik pulak dah 1tahun 5bulan pada 30hb disember yang lalu...

Raziqh dah big boy dah, Rafiqh dulu umur ni tengah tunggu si adik lahir tapi Raziqh belum ada rezeki nak jadi abang lagi, hehe. Raziqh ni walaupun umur dah setahun 5bulan tapi masih macam baby2 lagi, muka dan saiz badan pun macam baby, perangai tu apatah lagi, sangatlah manja meleweh2, kadang2 mama suka, kadang2 mama geram, grrr. Tapi dalam dok kata baby2 tu pun nakalnya ya Rabbi, volume mak depa dah naik 2kali ganda dah la ni. Punyalah panjang akai, setaraf dah dengan onichan, kadang2 lagi terer meligat dari si abang. Tapi tu lah, nakal2 pun tak sampai hati la pulak nak marah dan cubit, semuanya gara2 dok rasa macam dia tu kecik lagi, tu yang dia naik tocang tu kot ek, hmmm, tak boleh jadi ni...

Raziqh pun dah makin pandai bercakap, banyak dak words yang dia boleh sebut, mama suke! Tekun mama ajar dia menyebut setiap hari, suka dengar dia ulang sebut. So far, dia dah boleh sebut "itai(=sakit), abunai(=bahaya), samui(=sejuk), atsui(=panas), oishi(=sedap)", yang simple2 macam mama, kakak, ayah, ball, bird, wan2(=anjing) tu dah lama pandai sebut...

Raziqh semakin obses dengan bola, celik2 mata ja cari ball. Kalau jumpa buku mesti selak2 cari gambar ball, kecik tara mana pun dia boleh nampak. Kalau tengok tv ada gambar ball, menjerit2 suka. Pendek kata dia memang tak boleh nampak benda bulat atau bujur langsung, semuanya disangka ball, telur ka belon ka bawang pun ball jugak. Ayahnya kata dia ni kalau nampak bola terus naik syeikh, teruja habis. Ya la kan, anak sapa lah tu, dah ayahnya pun gila bola, anaknya pun sama naik laa...

Bab makan malas nak cerita, selera bertambah2 tapi badan tak naik2 pun, tak padan dengan jumlah makanan yang dok telan tu. Dia pantang tengok orang pegang foods, siap ligan tak menyempat2 suruh suap dia makan setiap kali tengok mama tadah pinggan. Kalau nak bagi dia makan tak payah panggil2 pun, dia mai sendiri. Macam budak2 lain jugak kadang2 tu nak main dan nak makan tu sama banyak, so dia mai nganga lepas tu dia pi sambung main, tapi yang bestnya I tak perlu ikut bontot dia untuk bagi makan, dia sendiri akan mai sendiri, so boleh laa mama suap dia makan sambil2 buat kerja lain seperti memasak...

InsyaAllah esok Raziqh akan mula ke hoikuen(=nursery). Sama macam Rafiqh jugak, hantar sekali je seminggu. Ada sebab kenapa kami nak hantar dia ke hoikuen, nanti2 cerita dalam entry lain. Tak sabar nak tengok reaksi dia, beg semua dah ready, agak2 dia nangis tak mama tinggalkan dia esok? hihi. Sejak minggu lepas tiap2 hari ulang pesan kat Raziqh yang mama akan hantar pi 'sekolah', main puas2, behave dan takmau nangis. Dengan Rafiqh pun pesan jugak, suruh dia jaga Raziqh dan main baik2...

Cerita pasal Rafiqh pulak, macam biasalah kadang2 baik kadang2 nakal. Kalau dulu dia sorang je kuat buat bising tapi sekarang dah ada geng, kuat sungguh bergurau melawak dan berkuntau, perghhh semput mak depa. Cakap makin petah, kadang2 tu geram nak tutup mulut dia, haha, penat mama dengar onichan potpet2. Menyakat adik pun makin menjadi2, suka usik bagi Raziqh nangis, kadang2 tu rasa lawak laa jugak, tapi selalunya rasa nak marah laa...

Gambar baru depa ada dalam laptop lagi satu, nantilah upload...

Kenapa isteri berubah selepas melahirkan anak?!

Hari ahad lepas ada tengok 1 rancangan tv ni(tak ingat namanya), panggil beberapa celebrities cerita pasal kegarangan isteri2 depa untuk tentukan sapa antara isteri2 tu paling 'kejam' dan 'hebat' untuk bagi si suami menang 'anugerah' ala2 kena queen control untuk tahun 2010. Rancangan ni memang tiap2 minggu ada tapi selalunya mengetengahkan kes2 tentang hak2 yang membolehkan seseorang itu menyaman atau disaman, sekali-sekala dibawakan kisah rumahtangga yang pelik2, suka jugak laa tengok bila takdak movie nak tengok...

Bila tengok kes2 suami kena 'dera' ni kadang2 terfikir jugak dahsyatnya isteri2 kat jepun ni tapi bila fikir2 balik rasanya tak banyak pun beza dengan orang Malaysia. Kat Malaysia pun bukan perkara janggal pun kan bila tengok ada isteri yang tengking, herdik, jerit2 dan maki suami in public, macam dah lumrah sangat dah, yang bantai belasah suami pun dah jadi benda kecik dah rasanya. In fact ramai je my friends yang cakap depa selamba ja menjerit2 bila bergaduh atau berselisih dengan suami masing2, perghhh. Ops no komen, I pun bukan baik sangat, bukannya tak pernah bergaduh atau buat myLove kecik hati tapi tak laa sampai tahap angkat suara melampau-lampau. Dah nak masuk 6tahun kahwin ni kalau berselisih pun semuanya perang dingin, lepas beberapa jam muhasabah diri kami berbaik semula. Kalau takat benda2 remeh tu selalulah pejam2kan mata, kalau benda yang rasa besar tu bawa2lah berbincang dan saling minta maaf. Apapun, selama kahwin ni I memang tak pernah lagi membebel kat suami, haa tu rekod yang sedang dan masih cuba dipertahankan, keh3...

Apa yang menariknya ialah dalam salah satu slot cerita oleh seorang penyanyi ni yang dah kahwin lebih 30tahun dengan isterinya. Katanya isterinya mula berubah dengan ketara bila bersalin anak kedua, anak kedua tu pulak twins. Bila ditanya pada si isteri kenapa keadaan berubah, dia cakap "si suami walaupun anak dah berderet2 life-nya masih sama macam masa belum ada anak. Balik rumah mengadap tv/komputer mengharapkan mahu berehat sepenuhnya. Si isteri pulak makin anak bertambah, beban kerjanya makin meningkat. Semua nak dibuat sendiri, stress dan bebanan kerja akan menjadikan isteri berubah sikap". Can't agree more, sangat betul! Ni kes bagi isteri di Jepun yang fulltime housewife, apatah lagi halnya dengan isteri2 yang bekerja kan. Selalu baca kisah rumahtangga kaum ibu yang bekerja di Malaysia, bagaimana tertekannya nak uruskan rumahtangga selepas seharian penat di tempat kerja. Suami pulak bila balik rumah tau nak mengangkang depan tv, anak2 dilantakkan saja, tapi mulut tak habis2 komplen isteri takmau masaklah, rumah tak kemaslah, anak2 tak teruruslah, ewwahhh macam tu laa kot ye mentaliti orang lelaki melayu kan, nak kahwin untuk ada isteri sebab nak dijadikan orang gaji yang tak payah bayar gaji, grrr. Golongan suami ni habis je kerja kat ofis balik rumah dah boleh goyang2 kaki tapi golongan isteri dan ibu ni 24/7 kerja mereka tak pernah selesai. Jadi janganlah sewenangnya nak salahkan si isteri kalau taring lentok manjanya dah hilang, kalau sifat lemah-lembut-gemalainya dah kurang, kalau lunak suaranya dah tak kedengaran...

Yang menjadikan sesebuah rumahtangga tu indah atau buruk adalah terpulang pada usaha pemiliknya. Suami dan isteri tu masing2 berperanan membangkitkan keharmonian istana cinta yang terbina. Dalam setiap perhubungan pasti ada turun naiknya rasa cinta tu kan, time gaduh rasa benci menyampah dan macam nakkk je lari dari rumah, tapi bila time baik tu bercambah2 sayangnya dan rasa segalanya sanggup dikorbankan demi si dia. Ada orang kata semakin lama usia sesebuah perkahwinan tu semakin dalam laa cinta pasangannya, semakin setia dan semakin bahagia. Yer la kot kan, tapi pastinya semua tu tak wujud dengan sendirinya, tetap kita kena berusaha agar cinta yang ada tu terus mekar berbunga, janganlah pulak kita sia2kan dan abaikan hingga hubungan yang dulunya manis jadi hambar tak berperisa. Bercakap soal peranan menyemarakkan cinta ni teringat pulak I pun dah lama tak buat surprise untuk myLove, hihi(pandai ngata orang, keh3), anniversary kami pun dah tak lama lagi, tinggal sebulan lebih je, ermmm nak kena fikirkan something special ni...

Makan2 musim cuti

Antara masakan yang dimasak sepanjang minggu lepas. Dah sebab tak berapa rajin nak masak, nak ambil2 gambar ni lagi ler tak rajin kan?! Letak je laa mana2 gambar yang ada...

Nasi jagung ni 1st time test masak untuk hari jualan sabtu 2minggu lepas, 1st time jugak makan nasi jagung. Minggu lepas tak meniaga, cutikan diri sendiri sebab kampus tutup so students ramai yang pi travel, minggu ni pun rasa macam tak meniaga jugak kot. Minggu depan baru jalan balik bisnes insyaAllah. Nasi jagung ni gu-kan dengan ayam masak 3 rasa, daging black pepper dan acar timun, not bad laa, I memang suka jagung, 2R pun suka, myLove pun takdak complain apa2, kira ok laa tu kot, hiks...

Hari sabtu tu myLove kerja, salji turun agak lebat dan angin bertiup agak kuat, malas nak bawa 2R keluar tapi no choice, keluar jugaklah meredah salji. Lawak tengok muka dua2 budak kecik ni yang terkebil2 menahan sejuk, kesian pun ye jugak. Bila dah settle hantar order I bawa depa ke supermarket membeli barang sikit dan upah sorang sekotak choco ball, kemain suka lagi depa. Petangnya tak ke mana2 pun, plan nak pi Tokiwa Park pun cancel sebab tak tahan nak ber-out door lama2 tengah2 snowing ni. Bagi orang yang duk area yang salji turun melimpah-ruah tu memanglah tak kesah dan tak heran langsung dah takat salji2 ni tapi bagi kami yang salji turun sekali-sekala ni terasa hebat jugaklah nak meredah sejuk tu, malas semalas-malasnya! Makanya kami duk rumah layan drama sambil makan aiskrim, huishhh nikmat woo makan aiskrim time sejuk2 ni, rasa aiskrim tu double triple sedap! Kat rumah ni tak kira musim apa pun, stok aiskrim sentiasa available...



Buat moist chocolate cake atas 'permintaan' Rafiqh, tak nyempat2 tunggu sejuk, tengah panas2 tu terus decorate dan potong dan makan. Rupa asal kek ni huduh amat, dah tu pi potong masa tengah hangat lagi kan, siap ada budak kecik sorang tu tolong cucuk2 pulak time mama bagi izin tabur choc rice tu, perghhh hancus kek, tu yang ambil gambar kek yang dah dipotong, baik punya cover, hehe. Dan entah mana silapnya kali ni buat ter-tawaq sikit, haha, tapi sebab depa ni dah biasa makan tawar2 so no hal la, sehari ja balun licin sebiji kek, waduh2...



Sepanjang minggu lepas buat pau kari ayam ni berpuluh2 biji, untuk tempahan dan untuk disimpan buat breakfast masa cuti tu jugak...



Pau coklat pun buat jugak untuk 2R, suka sangat laa dapat makan pau yang keluar coklat meleleh2 tu kan, sekali hadap Rafiqh boleh habiskan 4biji, hebat aih bab makan, tapi badan cekeding situ jugak, haihhh. Pau ni tak berapa jadi sebenarnya, silap sukat tepung, supposed to add cocoa powder dalam timbangan tepung tapi I sukat tepung ngam2 sukatan asal then tambah serbuk koko asing pulak, makna kata terlebih 'tepung' terkurang air, jadi ler keras sikit. Lesson learned! Next time please take note yer mama 2R, sokmo2 hang loqlaq!



Tiba2 mama2R rasa teringin nak makan puding karamel, buat puding karamel lapis coklat ni sebab 2R suka part coklat tu, mamanya makan yang plain tu saja...



Masa birthday party Rafiqh hari tu tak puas makan coffee mousse tu so buat lagi tapi kali ni layer2 dengan kek, ermmm tak suka sangatlah yang layer, I prefer yang bawah kek atas mousse tu, lagi terasa moussenya, nanti2lah buat lagi. Mana boleh buat kerap2, gemuk la mama...



Sempat jugak godek murtabak dan roti canai frozen ni. Murtabak buat untuk minum petang, dok ada lagi dalam freezer tu. Roti canai untuk breakfast laa sebab dah lama tak breakfast roti canai sampai myLove tanya lah, dan-dan tu terus buat. Pekena dengan kari daging, terangkat! Weekends ni nak buat lagi, dah licin dah stok frozen roti canai ni...



Seperti yang dirancang buat jugak nabe. Petang sabtu lepas pi beli bahan2 nak buat nabe, malamnya kami ber-nabe. Buat simple saja, tak beli pun periuk tembikar tu sebab yang target nak beli tu kecik sangat, tak muat pun nak isi semua bahan2, kalau nak beli yang besaq tu baik guna periuk nabe elektrik yang dah sedia ada ni, dok kerja angkut beli priuk belanga sampai tak dak tempat dah nak simpan. Rumah dah la sekangkang kera ja kan, nanti2 tunggu nak balik Malaysia baru laa nak beli kot...

ayam, udang, sotong, kaki, hotate...

hakusai, cendawan2, carrot, chikuwa dan fishcake...

makan dengan udon, sedap!

kimuchi sotong, hat ni paling heaven sekali!
Selama ni I tak suka makan kimuchi, pedas dan masam terlampau, not a good combination for me. But not to this kimuchi, enak sekali! Jiran yang bagi, memang sedang elok ja sehari before kami nak makan nabe dia mai bagi, macam tau2 ja nak pi beli. Yang ni best sebab pedas tapi tak masam sangat, kena dengan tekak I ni, dia bagi satu pek, ada lagi dalam fridge tu...


Ok, tu je gambar yang ada. Selain yang kat atas tu, buat jugak cucur2, donat, karipap, mee goreng udang, nasi lemak dan lain2. Minggu ni taktau nak try menu baru apa lagi, adehhh sejuk2 ni malasnya nak masak, rasa nak order2 je, hehe...

Tuesday, January 4, 2011

SK-II Travel Kit SALE !

1. FT cleanser 20g
2. FT cleansing gel 15g
3. FT lift emulsion 30g
4. FT clear lotion 40ml
5. FT essence 30ml

RM320 sahaja!
Free postage direct from Japan to Malaysia!

I baru plus minus sebulan guna produk sk2 ni and so far so good, alhamdulillah nampak macam serasi, setakat ni I memang puas hati even though kesannya masih belum ketara due to few weeks before start pakai sk2 ni dok tak dok muka ni banyak pulak naik jerawat, I rasa it was because of stress and hormone imbalance, but now jerawat dah takdak so nak kena rawat balik kulit wajah ni saja lah. Bercakap dari sudut 'kesan yang ketara' tu I maksudkan dari pandangan mata orang laa. Tapi kalau cakap dari apa yang I rasa memang dah boleh rasa bezanya. Musim sejuk ni selalunya kulit I agak kering dan tegang especially lepas cuci muka. Kulit yang kering dan mengelupas ni sangat leceh bila nak sapu foundation atau make up, nanti jadi tak rata laa kan. Tapi sekarang I dah tak ada masalah tu lagi, kulit muka dah tak kering dan paling penting tak mengelupas. Proses nak sapu foundation pun smooth je, best! Atas sebab tu I dah mula beli sk2 botol besar2, masih ambil basic product lagi, belum cuba yang lain2, tunggu ada peruntukan dulu, hehe...
So hari ni nak promote travel kit nya pulak, for those yang minat nak bertanya atau membeli, boleh email di arukassfan@yahoo.com...

Gambar birthday party(lagi)

Gambar2 ni dari lensa Nas, thanks ye bagi kakFith cilok, hihi...

2budak penyibuk...

birthday cake mama buat...