Friday, September 6, 2013

Sekolah


Finally... After like 2months berjimba-ria, the kids(read: Rafiqh & Raziqh) will going to school starting this coming monday insyaAllah, alhamdulillah ala kulli hal...

Kami dapat tahu kena pindah Thai sekitar awal jun, my other half decided untuk pergi dulu then lepas dah settle down baru kami join, which is around after raya. Dia pergi end of june, so starting july 2R dah tak ke sekolah lagi. A week before ramadhan kami balik Ipoh, plan asalnya selama peninggalan myLove, I nak gerakkan bisnes ELKEN, nak buat tour ke utara untuk bisnes sharing and such tapi Allah ada perancangan lain untuk kami, ter-preggy lah pulak, so mulalah episod mabuk2 yang membataskan pergerakan. Tambah pulak puasa, memang flat terus. Makanya melepak je laa kat Ipoh sehingga raya...

Budak2 ni happy laa tak ke sekolah, awal2 tu I thought nak buat home-schooling je kat rumah till end of this year, lepas tu baru nak hantar both masuk sekolah kat sini. Silibus dan buku2 semua dah dapat dari teachers depa tapi nak mulakan tu alaaaahai, bercinta! I'm totally takdak bakat jadi cikgu, garang dan tak sabar, plus the kids sangat banyak auta, seriously rasa sangat down. Talked to mr husband and he said, no worry lah, hantar ja depa ke sekolah right after sampai sini nanti, ingatkan dia bergurau, rupanya tak, hahaha. Dia dah survey tentang persekolahan 2R, tak payah tunggu awal tahun depan, la ni dah boleh start dah. Phewwww lega laaa, tak boleh nak bayangkan life for another few months dengan depa ada kat rumah, tak buat apa2 hanya tengok tv-main-ipad-makan-tidur-bla3, fehning!

Selama kat sini, company akan tanggung kesemua yuran etc persekolahan anak2, bermula umur anak itu 4tahun. Luckily Raziqh dah 4tahun so bolehlah hantar both masuk sekolah yang sama. Kalau tak, haru laa jugak, risau Rafiqh refuses takmau pi sekolah sebab Raziqh takdak...

Alkisahnya 2 hari lepas, kami dah ke sekolah baru depa untuk urusan pendaftaran, melawat persekitaran sekolah dan beli baju2 sekolah. Alhamdulillah settled! Sejak lastweek lagi depa dah excited nak ke sekolah, dalam kereta ok lagi tapi elok sampai ja kat parking tu Rafiqh dah start buat drama, haha, nangis! Si Raziqh releks ja, dia pulak syahdu lebih2. Tapi lepas dah bawa melawat sekolah, tengok kelas dan kawan2nya, tengok padang dan swimming pool, dia nampak dah calm down dan kembali excited. Bila tanya2 pun nampak dia dah ok. Suasana baru kan, of course akan ambil sedikit masa untuk dia adapt dan belajar untuk selesa. Biasanya depa ni tak ambil masa yang lama untuk serasi, in 3 days dah boleh cope with the new environment insyaAllah. Moga Allah permudahkan, moga Allah beri laluan yang terbaik untuk anak2 ini...

So nama sekolah 2R adalah Garden International School (GIS). Ada yang tanya kenapa hantar ke sekolah international, tak hantar ke sekolah siam biasa saja. Hehe actually I pun taktau the reason. Maybe sebab Msian kat sini semua hantar anak2 ke situ kot, so mudah nak buat reference dan mudah 2R nak adapt. Then mungkin sebab nak depa bagus dalam english. Kalau hantar sekolah siam, semestinya depa akan mahir berbahasa Thai tapi memikirkan yang nanti balik Msia depa lebih memerlukan english so rasanya masuk internetional school ni pilihan yang tepat. Lagipun FREE kan, kalau sendiri yang nak hantar, ermmmm rasanya tak kot, tak mampu aih. Ambil je laa peluang ni untuk bagi depa involve dengan international environment, bergaul dengan pelbagai jenis manusia, insyaAllah didoakan GIS ni bakal menyumbang kepada pembentukan sikap2 positif dan pembangunan sahsiah terpuji dalam diri anak2 ini...

Monday, September 2, 2013



Tadi belek2 album di facebook, terjumpa gambar ni. Tersenyum2 mama sendirian...
Lukisan ni adalah hasil tangan Rafiqh bulan november tahun lepas...

Lepas ambil dia dari sekolah, teacher dia tanya :

"
Teacher 2R:fith,u expecting lg?
Mama:hah?!ish xde laa.nampak gemuk ek?
Teacher 2R:eh x!ni cuba tgk drawing rafiqh ni
Mama:hahaha.rafiqh,awat terlebih orang ni?!


No Rafiqh, just not yet!
"

"..." adalah apa yang mama tulis di facebook, ramai yang komen memberi telahan yang Rafiqh nak adik lagi, hihi.

Memang Rafiqh suka budak2, walaupun dia bukan reti nak layan main2 mengasuh sangat pun. Sejak baby lagi, obviously nampak dia berminat dengan budak2 especially baby. Masa duk Malaysia dulu banyak kali jugaklah my sis - alang hantar anaknya Suhayb untuk di-babysit. Depa memang happy sangat kalau Suhayb ada, Raisha ja yang unhappy, haha jeles you! Rafiqh selalu suruh mama riba/dukung both Raisha dan Suhayb, then dia requested nak adik 2 orang (=twins) phewww tak tertanggung rasanya masa tu bila dengar dia merepek gitu. At that time, kami langsung tak berhasrat nak tambah anak lagi, memang serius sungguh2 nak jarakkan Raisha dengan next anak pada jarak bertahun2, errr berapa tahun pun tak decide habis lagi, tuptup aiks lekat balik. Rezeki Rafiqh lah kot yer, doanya termakbul, hehehe...

Hello september!

Melangkah ke bulan baru...
Apa yang menariknya untuk bulan ini adalah 16hb nanti ulangtahun kelahiran anakanda Raisha. Itu sahaja rasanya. Tak decide lagi nak sambut macammana, niatnya nak buat simple birthday celebration tapi dok fikir2 pasal kek, kat mana nak cari pulak kan, hmmm...

Birthday Raziqh pun tak sambut lagi, sebab masa tu tengah ramadhan. So maybe kalau jadi birthday party tu nak buat untuk tiga2 orang sekaligus. Tengoklah dulu macammana yer anak2, kalau takde birthday party sekalipun nanti kita ajak ayah celebrate sama2 kita aja dulu. Then slowly mama makes a plan for something special okey...

Sebenarnya ada banyakkkk benda nak tulis kat blog ni, tapi kadang2 tu mood terganggu dek mabuk2 yang belum habis ini. Kat sini bila masuk tengahari dan petang je panasnya subhanallah membahang. Almost setiap hari akan rasa sakit kepala, so biasanya lepas lunch, masa dihabiskan untuk golek2 dalam bilik, on-off aircond sambil layan anak2 tengok tv. Lepas asar kena mandi bagi badan segar dulu then baru terkocoh2 nak sediakan dinner, angkat baju dari jemuran, lipat dan simpan baju2, kemas2 rumah dan tunggu ustaz ustazah datang untuk sesi iqra dan fardu ain Rafiqh dan Raziqh...

Oklah nanti sambung lagi...

Wednesday, August 28, 2013

Word by word


My little girl, Raisha Misaki...
Lagi few weeks saja nak genap 2tahun! Cepatnyaaa~~~

Hari ni nak cerita progress dia dalam bercakap saja. Lain2 milestones nanti lah update lain kali...

Kalau nak banding dengan onichan-tachi, rasanya Raisha lebih pandai cakap compare to Rafiqh. At her age, banyak dah words dia yang clearly kita boleh faham. Rafiqh dulu hancusss, umur 3tahun baru boleh bercakap, haha. But of course lah not fair buat comparison gitu kan, sebab Rafiqh anak sulong which has no one to imitate. Unlike her, ada ramaaiii tok guru haa, hehe... Pun begitu, bila compare dengan Raziqh, phewww Raisha memang ketinggalan keretapi lah! Raziqh dulu at 1year 6months nyanyi pun terer dah. Bukan nyanyi huhahuha ikut-dan je tau, tapi nyanyi lagu yang betul2, dia akan tiru sebijik macam apa yang dia dengar. Bercakap toksah cakap laa, sangat petah, takdak pelat2! Si Raisha ni dia masih dalam fasa malas nak "mengikut" orang. Kita ajar dia, dia lebih pandai lagi, siap ajar kita balik, huh! Dah tu malas juga nak sebut full, dia sort of pelat dan suka ambil part hujung2 ja bila sebut words dia, hmmmm apa2 je laa dik oii!

Antara perkataan yang dia pandai sebut dan difahami rakyat sekelilingnya:
- mama, ayah, tok abah
- air = susu
- nak, ha~nak = taknak
- dog, cat
- wak = berak @ nak mandi
- nanana = banana
- be = bear @ baby
- a~ta = Raisha
- a~ja = Syadza
- cuk = busuk
- pah = tumpah
- toh = jatuh
- yuck,tanai = yuck,kitanai(=kotor)
- tu wa ga = satu dua tiga
- wan tu ti = one two three
- o~pah = o~som

Aiks banyak ni je?! Hahaha...

Green Field Villas


Green Field Villas adalah nama taman perumahan yang kami diami sekarang ni. Alhamdulillah company myLove sewakan rumah yang fully furnished dan yang lebih utama ianya dalam kejiranan yang selamat insyaAllah. Villa ni adalah gated guarded area yang almost 90% penduduknya adalah foreigners, kebanyakannya mat saleh laa kan...

I'm not sure berapa biji rumah yang ada dalam kawasan ni, sebab keluasan perumahan ni taklah besar sangat pun, rasanya dalam 100 rumah gitu je kot, kalau takat nak pusing2 jalan kaki tu dalam setengah jam dah settle round. Sebabnya setiap 1 lorong hanya ada 5 biji rumah saja, kesemuanya banglo single storey yang kecik2 comel. Kemudiannya kalau tak silap hanya ada 4 saja bangunan rumah teres 2 tingkat dalam area ni...

Selain kami, ada ramai lagi keluarga melayu Msia kat sini, semuanya bekerja satu company dengan myLove. Kebanyakannya suamilah yang bekerja sementara isteri dan anak2 tu datang meneman saja, macam kami ni haa. Jiran selang serumah dengan kami pun family melayu dari Kelantan, juga ada anak 3 orang, meriah! Yang selebihnya tinggal kat lorong2 lain. Maknanya taklah kesunyian hidup merantau, anak2 ada kawan2 nak membesar dan main sama2. Seronok dapat berjiran dan berukhwah macam ni, memang takdak rasa macam duk luar negara pun, rasa macam duk Msia jugak sebab rutin dan lifestyle yang hampir sama alhamdulillah... 

Tuesday, August 27, 2013

2 minggu sudah ~~~

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 di sini. Life is getting better, walaupun masih terasa seperti dalam mode "bercuti". Sebenarnya tak berapa suka dengan mood releks begini sebab lama2 nanti akan mula disapa bosan. Makanya kena lah berusaha mencari "kerja" supaya hari2 terisi dengan perkara2 bermanfaat...

Cerita pasal anak2, sekarang tengah in process menguruskan persekolahan depa. Last weekends kami dah ke supermarket membeli barang2 keperluan persekolahan Rafiqh dan Raziqh. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang bulan depan ie nextweek lah depa berdua akan mula bersekolah. Tak membeli apa sangat pun, cuma kena sediakan beg sekolah, bekas bento(=lunch box), bekas air, kasut, socks dan swimming suit. Lain2 keperluan akan disediakan pihak sekolah nanti. Memang teruja sangat nak hantar depa pi sekolah sebabnya lepas ni mama kena bangun awal2 pagi untuk masakkan lunch bagi depa bawa bekal ke sekolah. Bukan takat lunch saja, kena prepare breakfast dan snack sekaligus, kat sekolah nanti akan ada 3 sesi rehat so banyak laa bekal yang nak kena bawa. Wahhh, dah lama dah tak bangun memasak pagi2, dulu masa duk Nihong memang tak miss laa buat bento untuk myLove tapi sejak balik Msia memang tak pernah dah menggagau periuk belanga pagi2 buta ni, hihi...

Regarding mabuk2 alahan pregnancy pulak, alhamdulillah rasanya dah makin beransur baik. Sejak beberapa hari lepas dah kurang muntah2, setakat sekali dua sehari, ok sangatlah tu, cuma rasa mual dan pahit mulut masih ada. Yer laa, dah 15minggu lebih dah baby oiii, tolong laa bagi mama kembali energetic, penat dah 2bulan dok terlepek mandom, mama nak aktif semula okey! InsyaAllah weekends ni nak pi klinik untuk check up. Selama pregnant ni baru 2 kali pergi klinik, routine check up pun belum start lagi, haiyaaa...


Tuesday, August 20, 2013

Of 4rd pregnancy

- Unplanned, rezeki mengejut Allah nak bagi...

- InsyaAllah due date pertengahan februari 2014...

- Alhamdulillah sekarang dah 14weeks, dah masuk 2nd trimester. Seriously looking forward untuk mengakhiri "all-day-long-sickness" ini...

Doakan pregnancy ini juga berjalan dengan baik dan selamat...

Thursday, August 15, 2013

Berhijrah lagi...

Kali ni tak jauh, ke negara sebelah saja. InsyaAllah untuk 3 tahun ini kami akan menetap di Pattaya, Thailand...
 
Bagi yang mungkin tertanya2 Pattaya ni kat mana, haaa boleh refer map kat bawah ni. Pattaya merupakan salah sebuah destinasi perlancongan di Thai. Kedudukannya yang berhampiran dengan pantai, sangat popular di kalangan pelancong asing, so ramai foreigners kat sini. Apa yang lebih penting bagi kami adalah kewujudan komuniti muslim yang ramai kat Pattaya ni, alhamdulillah memang totally tak ada masalah bab makanan halal, bersepah2 restauran atau kedai makan halal dan bekalan mentah berlabel halal pun mudah diperolehi, menjadikan life kat sini rasa lebih best, hehe...
 
Dari Msia, flight KLIA turun di Bangkok Airport ambil masa lebih kurang 2jam sahaja. Dari airport pulak boleh ambil teksi turun ke Pattaya, perjalanan lebih kurang sejam. Tak jauh pun dengan Msia, boleh laa balik selalu kan kan kan... 
 

Wednesday, August 14, 2013

Selepas setahun...

Aah dah lebih setahun blog ni tak ber-update, ditinggalkan sepi sendiri. Nak kata langsung tak jengah tu tak sebenarnya, kadang2 bila bosan saya bertandang juga ke sini, buka balik entries lama2 dulu, baca dan tersenyum2 keseorangan. Terlalu banyak kenangan indah yang tersimpan di sini, mana mungkin membuangnya jauh dari kehidupan, kan?!

Ermmm serasanya mulai hari ini, blog ni akan kembali aktif insyaAllah...

Kenapa? Sebabnya kami sekeluarga kini tidak lagi di Msia. Keluar dari kepongpong kesibukan di Msia selalu membuatkan blog jadi peneman. Sebetulnya kat Msia tu selain perihal masa, saya sebenarnya lack of idea, tak tau nak update cerita apa, pi mai pi mai tang tu jugak kan, almost setiap hari dengan rutin yang sama, yang semua orang kat Msia laluinya. Tapi bila dah tercampak di luar Msia, kehidupan dah kembali bertumpu kepada keluarga kecik ini saja, dan banyaklah perkara2 baru yang boleh dikongsikan di sini...

Moga2 semangat ber-blog ni bukanlah hangat2 tahi ayam yer, hihi...



Thursday, July 12, 2012

29 tahun sudahhh


Hari ni genaplah usia mama 3R 29tahun, alhamdulillah ala kulli hal...

Siangnya macam biasalah, sibuk dengan rutin harian, hal anak2, bisnes dan rumahtangga. Petangnya myLove balik awal dari kerja, malamnya dia bawa pergi makan kat satu restoran yang sangat best, romantik gitu. Kami ni jarang makan kat luar, memang banyak masak sendiri, cuma bila ada hari2 special je akan keluar ke tempat2 istimewa untuk raikannya...

Pada usia sekarang ni, walaupun pencapaian diri terasa hanya biasa2 saja, tapi sungguh hati ni rasa bersyukur. Hidup ni terasa indah dan bahagia, ada keluarga besar yang harmoni, ada suami dan anak2 yang mendamaikan, ada kawan2 yang baik, Allah melengkapkan kehidupan ini dengan limpahan kasih dan sayang, alhamdulillah...    

Cerita pasal hadiah pulak...
Bila anak2 makin besar, mereka makin bijak menghargi dan mempamerkan penghargaan. Part ni yang seronok sangat. Rafiqh dan Raziqh ni setiap hari kena request minta di-kiss baru depa mai kiss. Tapi pagi tadi tak semena-mena Raziqh datang dan kiss mama sambil peluk kuat2, wahhhh kandou yo! Terharu sungguh2! Bila Rafiqh tengok Raziqh hugs and kiss, dia pun terus datang tanpa disuruh, haiyaaaa mama rasa macam nak nangis. Thanks darlings, mama love u so so so much!

Raisha pulak, si kenit ni biasanya dia tidur awal setiap malam tapi malam tadi dia buat hal taknak tidur. Sampai pukul 1 lebih dia terkebil2 dan berborak ketawa sorang2, geramlah jugak tapi nak buat macammana kan, dah dia takmau tidur, biaq je laa. Akibatnya mama mamai sikit laa seharian ni. Bila fikir2 tu terhibur jugak hati ni, seolah2 dia nak jadi 1st person yang wish birthday kat mamanya, hihi, hokey, mama perasan...