Sunday, October 11, 2009

Jamuan raya

I loike jamuan!
I suka sangat tengok foods berderet2, tambah suka kalau foods tu bukan I yang masak, best woo makan masakan orang sebab jemu dah tiap2 hari jamah masakan sendiri, muhehehe... Lepas tu time jamuan ni boleh jumpa ramai orang, sembang2 dan bersosial. Dan boleh jugak pakai baju lawa2, hahaha...

Hari ni students Malaysia organized majlis jamuan raya, ramai laa jugak jemputannya. Buat kat dewan meriah sungguh. Majlis mula pukul 12 tapi biasa laa kan, pi mai pi mai nak siapkan 2 anak plus mak budak pun nak melaram, dekat2 pukul 1 baru kami sampai. Masa tu orang dah start makan dah, kami join je laa. Macam2 juadah ada, sate, nasi empit, kuah kacang, nasi tomato(kot), ayam masak merah, kari daging, ketupat, rendang ayam, kuih2 raya, kek2, huish banyak laa lagi, malas nak senarai dah aih. Tapi yang tak syoknya makan rasa tak puas, salah sendiri laa kan, hehe. Normal laa tu, bila dah ada anak ni, nak kontrol anak supaya behave memang mak-nya makan tak aman laa. Bagus laa jugak kot, tak ler rosak diet, hek!

Ni je yang kami bawa, hihi...

Awal2 sampai tu bila tengok orang punya laa ramai Rafiqh sentot laa sekejap. Dah habis "peghak"(=jakun) dia tu mula laa nak melasak, tapi still under control lagi laa. Sambil2 makan tu dia dok panjat stroller adik, dia dok ingat yang stroller tu milik dia lagi laa tu. Nasib baik dia tak kedekut, dia ok je bagi si adik duduk, cumanya bila adik tak duk dalam tu baru laa dia kalut "rabat"(=panjat) naik. Tak lama lepas tu bila kak Hanny sampai dengan 2heronya, hilang laa sopan santun si Rafiqh, mencalak laa bermain, lari sana sini dan mulut tu bising ja bercakap, apa dia cakap pun taktau laa. Happy laa dia dapat main dengan 2 abang tu, how I wish kak Hanny duk dekat2 sini je, boleh laa bagi depa main selalu, hehehe.



Pungpang2 pukul 5 kami balik rumah. Perghhh penat... Sampai je rumah rehat sekejap, lepas solat mandikan dua beradik ni then fikir2 nak masak apa untuk dinner. Tanya myLove nak makan nasi ker, dia kata tak kesah, apa2 pun ok, mula laa datang rasa malas nak masak, hehehe. Kebetulan pulak masa kemas2 barang tadi my junior-Nas tanya kami nak spagetti yang kak Hanny bawa tak, uish rezeki jangan ditolak, memang nak laa kan. Jawabnya tadi kami dinner spagetti je laa. Spagetti ni favourite food Rafiqh, sejak semalam lagi masa I dok kalut masak nasi dia dok keluarkan spagetti hulur kat I suruh masak, perasan orang putih laa tu, tak cukup siang makan spagetti malam pun nak jugak, cet! Lepas mandikan dia terus suap dia makan, 3kali tambah, amboi suka benor! Dah kenyang makan bagi dia susu sebotol, sambil2 baring tu dia pun pengsan laa. Hah penat sangat laa tu, seharian tak tidur, belum pulul 7 dah belayar dah, fuhhh lega ooo, dah laaaamaaa dia tak tidur seawal ni. Si adik pulak, lepas si abang tidur dia pun zzz. I pun masuk dapur masak tambah spagetti lagi (masak jugak huh!) dan panaskan spagetti yang dibawa balik tadi. Setelah sekian lama tak dinner berdua aje dengan myLove, hisashiburini kami dating makan berdua, ihiks...

Rafiqh sibuk sama nak menolong orang mengemas. Kalut laa tolak meja2 tu...


Ada banyak lagi gambar yang diambil guna kamera kohaitachi(=juniors), nanti bila dah dapat dari diorang I post kat sini okey...

Saturday, October 10, 2009

Fruit cake and choco muffin

Siap dah kek buah dan muffin coklat... Nasib baik laa menjadi, bab2 buat kek ni memang den lomah sikit, kadang2 jadi, kadang2 tak jadi, hehe...

Pagi tadi buat kek buah dulu. Jangan tanya resepinya ok sebab I pakai tepung segera tu, hahaha. Sadis sungguh bila ingat2 balik kewujudan tepung ni kat rumah ni. Sebenarnya sejak kecil, I ni tak suka makan kek buah. Selalu time raya kalau orang jamu kek buah ni memang tak pandang sebelah mata pun sebab dah set dalam otak dah, kek buah ni mesti manis amat dan kadang2 tu pahit. Tapi alkisahnya masa pregnant-kan Rafiqh, tekak ni teringin amat nak telan kek buah. Berkebetulan family nak hantar barang ke sini, I pesan my sis belikan buah2an campuran tu. Seronok sungguh time terima bungkusan ada 2kotak mix fruits tu. Semangat habis laa nak buat, dah ready resepi dah, marjerin gula segala mak nenek bahan2 dah sedia, tup2 bila buka kotak tu tengok2 kat dalam tu bukannya mix fruits sebaliknya tepung segera nak buat fruit cake, hahaha. Nasib baik laa tak pukul bahan2 tu lagi, kalau tak, naya sungguh! Memang tak perasan langsung apa yang tertulis kat kotak tu. La2 tu jugak hilang terus mengidam, angkut simpan balik semua benda, langsung tak buat, makanya tepung tu terperam punya laa lama. Haa kalau nak tau I buat kek tu lepas Rafiqh dah pun berusia setahun, hehe. Ni buat lagi sebab nak perabih stok je, cemuih dah tengok dok dalam almari tu...


Dah sebab pakai tepung segera, sah2 laa kek tu menjadi kan, hihi...


Petangnya lepas lunch baru laa menggodek si muffin pulak. Pernah buat dah muffin ni dulu, sangatlah senang dan ringkas, kejap je dah siap...
Taraaa...
Ni resepi, seperti biasa cedok kat myResepi: http://www.myresipi.com/top/detail/430

Ada yang tanya, si double R ni tak mengacau ker time dok masak tu. Awat dak aih, harus ler mengacau, si abang ler, adiknya belum lagi, hihi... Rafiqh ni kalau boleh semua benda mak dia buat dia nak tengok, kalau tengok saja takpa laa jugak, ni tangan tu cepat je nak gagau segala-mala. Untuk kurangkan kadar penat nak kena berperang dengan dia, time dok sibuk2 tu kena laa bagi dia pun sibuk sama. Pandai2 laa bagi dia main dengan bahan yang I dok buat tu. Kalau bagi benda lain sah2 dia bolayan, dia pun cerdik jugak, nak main dengan apa yang mak dia dok "main". Time buat biskut I bagi dia besen, sudip dan choc chips, time buat kek buah bagi dia mix fruits tu dan time buat muffin bagi dia ratah coklat masakan, muhehehe... Jadinya, tak laa dia kalut nak tarik serba serbi. Aman laa sikit, sikit jer laa... Si Raziqh ni pulak, kalau time dia tidur memang lega laa, kalau time dia jaga takmau tidur, I buh dalam bouncer tu letak kat dapur, bagi dia tengok I dok buat kerja, selalunya dia ok laa... Kesimpulannya selagi ada anak kecik, jangan harap ler nak berdamai sentosa tengah2 buat kerja, memang tak laaa....

Friday, October 9, 2009

Chocolate chips cookies

Sebab awal2 lagi dah plan hari ni nak buat cookies, so celik2 mata pagi tadi lepas sediakan breakfast dan bento(=bekal) lunch myLove, I terus keluarkan bahan2 dan peralatan yang diperlukan. Dah lama tak pakai benda2 tu semua, kena laa basuh balik. Lepas myLove pergi kerja, sementara tunggu si kecik berdua tu bangun, I siapkan kerja2 lain dulu. Breakfast dulu, basuh baju, sidai siap2, basuh pinggan, lipat baju semalam yang tak sempat nak lipat, kemas bilik dan update blog, hehe. Selesai semua kerja tu 2budak ni pun bangun, mandikan Rafiqh dan bagi dia breakfast. Tuptap2 dah pukul 10pagi, terus laa menggodek biskut. Start buat pukul 10pagi, siap bakar semuanya pukul 3petang. Lama sungguh kan, padahal buat setengah adunan je. Biasa laa tu, bila dah ada anak, kalau nak buat benda2 yang take time macam ni banyak laa sesi kyuukei(=rehat)nya, buat sekejap kena stop, then sambung balik stop lagi, haa gitu laa sampai siap!

Resepi biskut ni resepi kuih raya sebenarnya tapi kalau buat kuih raya tu kena bentukkan bulat2 dan bagi nampak choc chips tapi sebab I malas dan nak siap cepat, I canai dan terap je, pakai acuan cookies yang besar2 tu, hihi.

Ni resepinya:
250gm marjerin
1 cawan brown sugar
2 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung jagung
250gm choc chips
200gm badam racik- dibakar sedikit

Caranya: Adun macam biskut biasa, bakar pada suhu 160darjah selama 15-20minit.

Cookies baru siap dibakar...

Cookies yang dah siap disusun dalam bekas. Tak kira laa pulak berapa ketul yang dapat.

Esok buat kek dan muffin pulak, harapnya menjadi laaa....

Kenapa saya mahu anak lagi?!

Memang ler nak tambah baby lagi tapi bukan laa sekarang atau dalam masa terdekat ni yer puan2, tunggu Raziqh besor sikit. Baru 2orang ni pun mamanya dah bersilat nak buat kerja rumah, bagi chance laa mama bernafas tenang "sekejap" sebelum ada yang nak mai lagi, hihi...

Baru2 ni masa myLove call dari ofis, dia terdengar anak2 dia melalak, dia tanya kenapa diorang nangis? I pun bagitau laa si Rafiqh ni seharian takmau tidur, dah dekat nak maghrib baru lelap, haa biasalah dah kalau tidur time2 tu bila bangun je mesti merengek2 meragam. Yang si Raziqh ni pulak dah mengantuk sangat tapi tak boleh nak tidur sebab si abang bising menangis, last2 dua2 orang melalak. Hadoi pening2, tapi mama releks je, ihiks. Lepas myLove balik kerja, masa dia dok mengasuh dan sembang dengan anak2 dia tu, dia kata "adik cepat laa besor, boleh lari2 main dengan onichan". I dengan tak puas hati pun jawab "uish, mada hayai yo!(=awal lagi ler). Adik biar laa lambat sikit besar ek, mama tak puas lagi nak cium bau baby, nak dukung baby, nak main2 dengan baby". MyLove jawab balik, "apa susah, kalau nak cium bau baby lagi, tambah ler lagi"... Hamboi2, ingat nasi ker boleh tambah2?!

InsyaAllah kalau ikutkan perancangan tu biar laa Raziqh cecah 2tahun dulu sebelum dia dapat adik. Selain dari sebab nak fully breastfeed for 2years, ada banyak faktor lain yang kami kena pertimbangkan, contohnya macam ekonomi keluarga, penjagaan/asuhan anak2 dan lain2... Lagipun kalau ikutkan myLove, dia nak 4orang je anak. Disebabkan I ni pun masih muda(hahaha perasan muda laa pulak, sila jangan muntah ok!), I tak nak laa beranak 4orang tu sebelum umur cecah 30. Nanti sabishi(=sunyi) pulak baru umur 30tahun dah stop beranak dan dah tak ada baby lagi, huhuhu... Lain laa kalau ikut kehendak I ni, I nak anak 6orang. Sebab tu laa I rasa bersyukur yang teramat sangat bila Allah izinkan I bersalin normal kali ni. Kalaulah ditakdirkan bersalin operate lagi, 3orang je laa, sikitnya anak kami. Kot bernasib baik, boleh laa dapat 4orang. Sebelum bersalin tu, ramai laa bising2 bila tau I pregnant lagi sebab takut I kena operate lagi, so nanti tak dapat laa bersalin ramai. Untuk sedapkan hati sendiri, I cakap "takper laa, Is(refer to myLove) bukan nak anak ramai pun, 4orang je." Konon2 lapang laa hati bila jawab macam tu, seolah2 meyakinkan diri bahawa I dah mampu bagi dia anak sepertimana yang dikehendaki, padahal dalam hati ni nak anak lebih dari tu, hehe... Apapun, soal rezeki dapat anak ni adalah rahsia Allah, berdoa je laa, even myLove nak sikit, kalau Allah takdirkan anak kami ramai, haa dia tak boleh cakap apa pun kan, tapi andai ditakdirkan anak kami sikit pun I terima dengan redha...

Apa bestnya ada anak?! I taktau laa baai(=situasi) orang lain kan. Kalau tanya I, I suka sebab rasa hidup ni sempurna dengan kehadiran anak2. Rasa damai dan bahagia bila tengok anak2 membesar especially bila tangan dan kudrat ni yang jaga diorang sepenuhnya. Jiwa rasa tenang bila tengok wajah anak2 masa diorang tidur(tapi serabai kepala otak bila depa bangun, lari2 panjat2 dan bising- in my case baru sorang laa, tapi tetap mencabar kesabaran, kahkahkah)...

Apa bestnya ada baby?! Best woo... Suka sangat dengan bau baby, bau masam2 tu lagi syok. I paling suka cium pipi baby time pipi dia panas2 baru bangun tidur atau baru habis nyusu. Kulit baby halus, best nak kiss. Suka tengok semua part badan dia yang kecil, main dengan tangan dan kakinya... Suka kemam2 gigit2 pipi, tangan, kaki dan badan dia yang tembam. Happy tengok dia punya development setiap hari, each day ada je benda2 baru yang dia discover. Ish banyak laa lagi, tak tersenarai!

Memang beranak tu sakit, teramatlah sakit, tak kira laa beranak normal atau c-sect. Tapi I tak pernah serik nak lalui semua tu lagi. Moga2 Allah izinkan I hamil dan bersalin lagi dan lagi... Amin.

Thursday, October 8, 2009

Cuoca

Semangat nak kelebek roti, biskut dan kuih-muih dah mai balik dah. Harapnya janganlah semangat je ada, tapi buatnya idak, sia2 laa jawabnya...

Sebelum balik Malaysia hari tu I dah habiskan semua stok tepung dalam rumah ni. Licin habis tepung gandum, tepung roti, tepung kek dan segala-mala jenis tepung laa. Bila balik sini kena laa membeli balik bahan2 yang dah kehabisan tu. Kat sini senang jer, semua benda boleh beli melalui internet. Sangatlah memudahkan terutamanya bagi orang macam I ni yang dok ceruk kampung. Selama dok sini I memang taktau kat mana kedai borong barang2 bakery ni, dengan adanya online shop ni amatlah rasa bersyukur, selain jimat masa dan tenaga, jimat jugak duit sebab boleh compare2 price dari kedai berlainan.

Isnin lepas I dah order barang2nya dan pagi tadi dah pun sampai. Biasanya I akan order banyak2 terus untuk stok berbulan2. Senang sikit kan, boleh jugak jimat duit postage, sebab bila order banyak kedai akan potong atau bagi percuma terus bayaran shipping. Kali ni I order 10kg tepung berprotein tinggi untuk buat roti, 2.5kg tepung kek, 6ketul marjerin 500gm, 1 kotak shortening dan 1 pack skim milk.

Sebenarnya masa balik Malaysia hari tu I dah borong banyak giler barang nak buat kek/biskut/kuih ni. Kalau semua benda nak beli kat sini rabak laa kan. Mahal sangat kalau compare dengan Malaysia. I pulak beli barang2 tu kat kedai borong, memang untung sangatlah. Cukup laa kot untuk stok setahun lebih.

Rafiqh suka sangat makan cookies. Dalam sehari dia boleh makan lebih dari 15biji, itupun lepas di-limit, kalau ikutkan dia ermmm lagi banyak laa kot. Hari tu mak dah bagi 3balang biskut untuk dia, dah habis licin dia makan. So hajatnya esok nak buat choc chips cookies dan sabtu ni buat kek buah dan muffin coklat untuk dibawa ke jamuan raya ahad nanti. Minggu depan boleh start buat roti dll pulak...

Ni web kedai: http://www.cuoca.com/index.html

Wednesday, October 7, 2009

Rafiqh 1year 10months

Rafiqh reached 1year 10months 2days ago, in just 2months time he will turn 2 !

Ramai orang kat sini tegur that he looked different from the last time they met him. Yer laa kan, in 3months sesiapa pun boleh nampak lain, inikan pulak for a toddler yang sedang membesar. Budak2 seusia dia ni memang cepat nampak perubahannya, baik dari segi rupa mahupun capability in doing something, right?!

Sekarang ni dia selalu demand nak makan sendiri. Dulu2 pun I dah bagi dia makan sendiri tapi terhad laa pada jenis makanan. Of course untuk makanan berat macam nasi tu I still prefer to feed him. Kalau dia makan sendiri dah sah2 laa yang jatuh berterabur tu lagi banyak dari yang masuk mulut. But lately he wants to eat everything on his own. Kalau I tak bagi, dia akan mogok lapar, ces! Oleh itu, untuk mengurangkan bebanan kerja I, I set-kan 2 tempat untuk dia makan. Kalau nak makan nasi kena duduk dekat meja. Kalau nak makan breakfast atau oyatsu(=snack), boleh duduk dekat sofa. Setiap kali dia nak lunch/dinner, I'll accompany him, sit by his side, put some nasi in his plate and let him feeds himself, while at the same time I feed him from another plate. Secara tak langsung dia boleh makan banyak laa compare dengan kalau dia yang suap sendiri. Semestinya setiap petang sebelum ayahnya balik kerja, I'll make sure I dah vacuum both area, kalau tak buat macam ni alamatnya tiap2 petang I kena vacuum the whole house, pengsan!!!

Sejak ada adik, dia dah pandai throw tantrum. Actually this is so normal for kids at his age, bukan sebab ada adik dia jadi gitu. Kalau tak ada pun dia tetap akan lalui fasa tu. Cumanya disebabkan ada adik, it makes the situation more tough and challenging for me. Masa kat Malaysia hari tu, memang selalu laa I naik angin. Tapi sejak balik sini, I dah mula belajar banyakkan sabar, tu pun sebab kesian kat dia, kang marah2 sangat dia tension pulak, dah laa dia cuma ada mama dan ayahnya je. But still, sometimes I failed to tolerate with his tantrums. Most of the time I will just remain silent and ignore him in order to not making me crazy, karang ada pulak yang kena dera kan, hahaha. For me the best way untuk tak meluap2kan amarah ialah dengan diam. Ada 2 patents budak2 in throwing tantrums, sesetengahnya boleh dipujuk baik2, sesetengahnya pulak makin dipujuk makin menjadi2, so untuk golongan ni mak bapak kena buat derk je. Pantau dari jauh je kot2 dia buat sesuatu yang membahayakan diri. Bagi Rafiqh ni, kalau mengamuk dia cuma akan baringkan diri dan menangis. Sebab dia ni jenis tak makan pujuk, I akan cuba pujuk 2-3kali je, then lantak pi hang laa. Bila dia cemuih(=jemu), dia akan senyap dan datang menyendel balik. Lepas mood dia dah baik, baru cakap elok2 tentang "kejadian" tadi. Dari pemerhatian I, apa yang selalu buat dia mengamuk ialah disebabkan miss-communication. Apa dia nak tu I tak faham, alaaahai macammana nak faham, dia tak mau bercakap apa dia nak padahal dia boleh express keinginan dia melalui perkataan dah pun. Bila kehendak dia tak dipenuhi, mula la bergolek2, hish sabar je laa...

So far, vocab dia dah banyak improve since balik Malaysia. He actually can speak lots of words already but I don't know why he still refuse to talk. Geram pun yer jugak sebab mulut tu potpet2 bercakap tapi bahasa planet mana pun taktau laa. Cuba laa cakap bahasa yang ayah dan mama faham, kan ker senang?! Both of us tak ambil hal pun kalau dia lambat nak bercakap, cumanya bila terjadi miss-communication tu yang sakit jiwa tu, I ni jenis tak boleh dengar budak menangis, rasa serabut. Sebolehnya nak minimumkan jumlah tangisan dia tu, so please dear, cakap laa apa yang kamu nak, okey?!


Macam kanak2 lain, dia makin nakal. Hadoi, mak dia dah jadi tarzan dah tiap2 hari. Semua benda dia nak explore, kalau tak membahayakan diri tu takper laa jugak, tapi selalunya dia suka buat benda2 yang pelik. Macammana laa mak dia tak terjerit2 kan, nasib laa takde sakit jantung, kalau tak, dah banyak kali kot koma...

Rafiqh sayang adiknya, tapi dalam sayang2 tu ada terselit cemburu jugak. Normal laa tu, sebelum ni mak ayah dia attend kehendak dia je, sekarang dah mula terbahagi 2, dia rasa tersisih laa agaknya. I ada tulis kat entry lepas tentang percubaan dia nak bagi si adik makan. Baru sekarang I faham kenapa dia selalu nangis bila nak minum susu, rupa2nya dia nak I bagi adiknya minum dulu. Terpaksa laa I pura2 minum dan pura2 bagi adik minum, then cakap kat dia yang adik taknak, adik nak oppai. Ni adik kecik lagi tak boleh makan lagi, dia sibuk nak suap, nanti adik nak share dengan dia, kalau tak bagi memang laa nak kena pelangkung arr...

Ni baby tua, hehe. Apa je barang2 lama dia yang dah jadi milik adik ni dia buat hak milik kekal dia. Bouncer ker walker ker hapa ker semua dia panjat naik. Tu belum masuk botol susu kecil isi air zam-zam adik pun dia sebat minum, hahaha. Macam2 hal laa, jangan nanti berebut dengan adik udah ler, ada yang nak kena debik sedas dua ni...

Kalau ikutkan planning, I nak dia stop bangun malam untuk minum susu since he reached 1year 8months, masa kat sini sebelum balik Malaysia tu dah berjaya dah tapi bila balik Malaysia dia nak minum pulak. Sekarang ni tengah train dia balik. I jugak plan untuk stop-kan bottle feeding before he turns 2, ermmm dah kena mula dari sekarang ni. Next is to potty training him. Waaa yang ni kalut sikit sebab dia masih tak reti nak bagitau bila nak pee apalagi nak poo. Takper2, maybe selepas dah 2tahun I boleh cuba...

That's all for now...

Tuesday, October 6, 2009

Misi mustahil Rafiqh

Hajat di hati nak post entry pasal perkembangan Rafiqh, dah siap taip dok dalam draft tapi tengah kumpul gambar lagi, nanti dah complete baru I post ok...

Ni nak cerita pasal Rafiqh jugak, hadoiii tensyen gue...
Selain dari sikapnya yang suka tiru apa orang buat kat adik dia, dia jugak suka jamu adiknya makan! Macammana laa mak dia tak bertukar hijau, adoi laa sentap beb!
Normal laa kan budak besar2 dia ni suka tiru perbuatan kita, I memang faham laa hal tu, so benda pelik2 atau merbahaya jangan laa buat depan dia, kang naya adik jadi bahan eksperimen. Contoh macam gunting kuku adik ker, cuci telinga adik ker, macam2 lagi laa, semua tu kena buat time dia tidur...

Yang buat mak dia hangin satu badan tu ialah percubaan demi percubaan nak bagi si adik makan. Walla weiii, nasib baik adik ni tak reti buka mulut lagi. Masa kat Malaysia hari tu, dia suap coco crunch dan kismis kat adik dia. Sekarang ni dia suka offer biskut raya kat si adik, bila dia makan jer mesti dia tanya adik dia, "nak? nak?" sambil2 suap kat mulut adik. Hari ni pulak dia sumbat mulut adik dengan botol susu dia, bila I cakap adik tak minum susu tu, pandai pulak dia jawab "oppai"(=breast), hahaha, nak marah pun ada, nak gelak pun yer jugak.

Ayahnya kata niat Rafiqh tu murni dah, nak berkongsi dengan si adik tapi belum masanya lagi... Sabo yer onichan(=abang)...

I plan nak breastfeed Raziqh eksklusif for at least 6months. Oh mampukah?! Ada tukang suap tak bergaji ni susah jugak, haiiihhh...

Sunday, October 4, 2009

Hujung minggu...

Hujung minggu yang dinanti, setelah seminggu dok terperap dalam rumah, semalam baru laa jengah dunia luar...

Sabtu lepas sepatutnya myLove tak kerja tapi disebabkan projek yang dikendalikan sekarang ni dah dekat dengan dateline, nak tak nak kena laa pi kilang jugak. Cumanya tak laa macam hari2 kerja biasa kena keluar rumah sebelum pukul 7, sabtu tu myLove keluar pukul 10pagi... Macam biasa lepas subuh I tidur balik, pukul 7 baru bangun sediakan breakfast dan bekal untuk myLove makan lunch, buat nasi goreng je, menu paling ringkas dan senang. Rafiqh ni awal2 pagi dah bangun, lepas mandikan dia, siapkan breakfast dan susu sebotol, sambil2 makan tu pandai pulak dia layan tv... Lepas myLove pi kerja baru laa melayan dua2 budak kecik ni...

Beberapa hari sebelumnya my junior, Pida ada message cakap nak datang rumah tengok baby. Lebih kurang pukul 3 rombongannya pun sampai. Tak sangka laa pulak kemain ramai lagi nak datang, I pun tak ada prepare apa2 hidangan sangat pun, sekadar buat minum petang je. Sorry laa yer adik2, tahun ni tak ada open house, insyaAllah kalau ada rezeki birthday Rafiqh bulan 12 nanti kita buat makan2 lagi... Diorang datang bawa taiyaki(sejenis kuih jepun yang isinya kacang/coklat/kastard dll) dan Fizah bawa agar2 buah. Selesai lepak2 makan2, diorang pun berangkat. Masa diorang ni nak balik, Rafiqh apalagi, nak ikut laa. Menangis2 sebab ditinggalkan, kesian anak mama...
Semalam students Malaysia kat sini ajak ke rumah kak Hanny kat KitaKyuushuu untuk beraya. Dah lama tak ke sana, last sekali pi masa I final year, tuh dia punya laa berzaman. Kalau boleh memang nak join tapi budak2 ni plan nak bertolak pun dah pukul 3petang, sampai sana sure pukul 4, sah2 laa balik malam. Jawabnya memang tak laa kan, hari ni myLove nak kerja, mesti penat tak sempat nak rehat... Takper laa, hujung minggu ni insyaAllah ada jamuan raya, boleh jumpa time tu nanti...

Seperti dijanjikan semalam kami bawa Rafiqh keluar jalan2. Pi shopping kat Daiki Homecenter dan Fuji Grand. Takde membeli apa sangat pun, barang2 keperluan rumah dan barang Rafiqh je. Kat rumah ni dah diperuntukkan satu corner untuk Rafiqh bermain. Senang sikit nak pantau dia, kalau takde corner ni mau bersepah satu rumah dengan mainan2 dia. Puas laa kot hati dia dapat keluar jalan2, nampak happy jer. Lepas ni every weekends mesti kena bawa dia keluar, kalau dulu ayahnya boleh skip hal ni, sekarang not anymore. Sebabnya dulu mama yang selalu bawa Rafiqh jalan2 even on weekdays tapi sekarang susah laa sikit. But actually I still consider samada nak bawa 2budak ni keluar petang2 atau tak. Bukan senang nak handle 2budak sorang2, Rafiqh ni kadang2 masih nak didukung, haru laa kalau naik tangga pun masih berdukung, kalau 1 atau 2 tingkat je takper laa, ni nak panjat tangga 5 tingkat, mampuih woo, mana dengan si adik lagi kan, tak cukup tangan haihhh...

Oh ya, hari ni Rafiqh berusia 1tahun 10bulan. Dah lama tak buat entry pasal Rafiqh kan, ermmm nanti laa...

Hadiah untuk Rafiqh... Arigatou ne aunties...

Hadiah untuk Raziqh, comel2 semuanya... Thanks yer...

Friday, October 2, 2009

Homesick

Ini laa padahnya kalau balik Malaysia lama2, mesti homesick rindukan family, huhu... Sejak kecil sampai laa habis SPM, I memang tak pernah berenggang dengan my parents dan adik2. I dah biasa dibesarkan dalam suasana "kekeluargaan" hinggakan masa zaman sekolah2 dulu, habis je waktu sekolah I akan terus cabut balik rumah. Tak ada laa nak melepak2 duk kat sekolah walaupun sekolah tu sepelaung je dari rumah. Bagi I, ketenangan dan kebahagiaan ada di rumah, meskipun kat rumah bukannya dapat layanan tuan puteri pun, malah tiap2 hari kena bebel dengan mak lagi ada laa, hehe. Mungkin ni laa pengertian "rumahku syurgaku" tu kan?!

Masa kat UM dulu, awal2 tu homesick tahap gaban, orang tak pernah berpisah, sekali kena duk jauh, haa mana tak setiap hari menangis tapi pandai2 laa cover kan, haha. Bila datang sini 1st year tu pun homesick jugak, tapi sebab yakin setiap tahun boleh balik, jadinya tak laa merana sangat. Cumanya 2kali balik bersalin dan duk Malaysia 3bulan ni terasa teruk sungguh homesick-nya. Yang kali ni lagi teruk I rasa, sampai saat ni pun I masih teringat2kan Malaysia. Mungkin sebab I dah tak "nampak" kemungkinan untuk jumpa my family lagi dalam masa terdekat ni kot. Yer laa, masa bersalinkan Rafiqh dulu, I balik Jepun semula januari 2008, end of the year my family dah plan datang sini so I memang ternanti2 saat tu. Berbeza dengan kali ni yang mana memang tak tau lagi bila pulak dapat jumpa diorang, tu yang sedih sangat tu kot.

Tambahan pulak kasihan amat tengok si Rafiqh ni. Awal2 balik sini hari tu dia demam, rindukan orang Malaysia agaknya. Setiap kali nangis, sure panggil makteh dia, bila dia main sorang2 dia sebut tok abah, maktok, pakcik dan paksunya. Haiii laa, mamanya pulak yang terlebih emo... Rindu dan teringat sangat2 sampai buat dia mengigau. Bila I tunjuk gambar2 diorang kat dia, boleh pulak dia buat muka sedih ala2 nak menangis, sayu je tengok betapa dia dah mula sayang kat diorang. Beberapa hari awal tu dia tak aktif macam biasa, kadang2 nampak dia macam termenung, blur kot sebab rumah ni sunyi, tak macam kat rumah my family. Dia pun jadi tak reti nak main sendiri macam dulu2, sejak balik Malaysia ni dia dah ada geng untuk main so bila balik sini dok sorang2 dia jadi tak reti nak main sorang2. Mana je I pergi, dia asyik ikut je...

Kebetulan pulak sekarang ni myLove sibuk sangat kat ofis. Setiap hari balik lewat malam, kasihan Rafiqh kesunyian. Nak bawa turun main kat playground pun masih tak ada peluang. Lately selalu hujan, kalau cuaca elok pun biasanya petang2 I dah sibuk nak masak laa hapa laa. Semalam sebab kesian sangat kat dia yang asyik melangut tepi tingkap tu I bawa dia turun kejap untuk ambil surat2 kat peti surat bawah. Seronok bukan main lagi dia dapat pijak tanah, tapi sayangnya tak boleh nak lepas dia main lama2 sebab si adik dok tidur kat atas sorang2. Petang tu I bawa dia ke rumah jiran sekejap sebab nak bayar duit parking kereta. Nampak dia happy sangat dapat keluar rumah hinggakan malam semalam masa I pakai tudung nak baca quran, dia ingat I nak keluar agaknya terus dia meluru ke pintu rumah, ya Allah rasa nak menangis time tu, sedih amat tengok reaksi dia. Slowly I cakap esok kalau cuaca baik kita turun bawah yer. Deep inside my heart I rasa bersalah amat kalau2 tak dapat tunaikan janji tu. I hate making any promise when I know it's difficult to be done. Bila ayahnya balik, I cakap weekends ni kami mesti bawa Rafiqh keluar jalan2. MESTI !!!
I tahu semua emosi ni tak kekal lama, ianya akan terubat dengan berlalunya masa. Mungkin persekitaran sekarang kurang membantu mengubat hati2 yang kerinduan, walau apapun life must go on... Suka atau tidak, inilah laluan hidup yang kami pilih. Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua anak perantau, betul tak?!

Abah dan mak...

Makteh, pakcik dan paksu kesayangan Rafiqh...

Teman bermain dan bergaduh Rafiqh...

Buah hati Rafiqh... Rafiqh manja sangat dengan tok abahnya. Kalau tok abah balik, dia akan ikut tok abah ke hulu ke hilir sambil buat aksi2 comel dengan harapan tok abah akan dukung dia, haha. Pantang sangat tengok tok abah bersiap, dia mesti nak ikut...

Ni maktok Rafiqh yang garang tapi Rafiqh sikit pun tak heran. Tiap2 hari boleh dengar maktok membebel marahkan dia. Mesti maktok pun rindu Rafiqh, dah tak ada orang maktok nak marah dan gaduh setiap hari...

Thursday, October 1, 2009

Back to Nihong...

Setelah lebih 3bulan beronggeng kat Malaysia, at last kami pulang ke Jepun kembali... Puas laa kan dapat duk Malaysia lama2, lepas ni tak tau bila lagi boleh balik. MyLove kata sekarang ni kena berjimat, nak simpan duit banyak2 sebab nak bawa balik kereta sebijik lagi, plus sekarang kan dah berempat, sekali nak balik tu makan belanja banyak laa jugak kan... Kami pun bukan nak berlama2 lagi kat sini, insyaAllah 3tahun lagi dah nak balik for good. So pendamkan je laa rindu dendam pada keluarga di tanahair tu, huhu...

MyLove pulang ke Malaysia pada raya ke-3, flight sampai pukul 6.45petang sebab transit Kota Kinabalu. Pukul 3petang kami dah berangkat dari Ipoh ke KLIA, abah dan mak naik kereta lain sementara I pandu wish sambil ditemani ateh, achik dan adik. 3orang ni ditugaskan jadi bibik untuk jaga my sons, hehe. Kereta agak banyak, maklum laa masih dalam mood raya dan balik kampung. Kami tiba di KLIA sekitar pukul 6petang. Solat asar dulu sambil tunggu abang myLove sekeluarga sampai, then borak2 hingga laa myLove keluar. Lepas dinner kami anak beranak pulang ke Melaka, abah mak dan adik2 pulak balik Seremban(abah sekarang kerja kat Seremban). Dok Melaka tak lama pun, khamis petang kami dah balik Ipoh balik sebab flight kami the next day.

Khamis tu setiba kat rumah terus buat operasi membasuh baju2 dan mengemas. Sampai tengah malam dok mengemas, terasa banyak sangat barang nak dibawa balik. Tu pun nasib baik kotak2 foods dah siap di pack, tinggal pakaian2 je. Kalau tak sebab balik kampung, semuanya dah settle seminggu awal tapi since 1st hari raya tu setiap hari asyik berjalan je kerjanya, macammana laa nak mula mengemas kan. Jumaat tu bangun pagi2 sambung mengemas lagi. Gedebak gedebuk sampai last minute nak bertolak tu pun masih dok pulun susun barang lagi, hehe. MyLove dah geleng2 kepala sebab semua benda I nak angkut bawa balik, so awal2 lagi I dah bagi jelingan manja suruh dia jangan komen apa2, cause semua2 tu nak jamu dia makan jugak nanti, hahaha...

Kami bertolak ke KLIA pukul 5petang dan selamat sampai lebih kurang 8malam. Kat sana jumpa dengan mertua, alang dan Shahril yang datang dengan adik2nya dan keluarga pakcik Faisal. Selesai check in, I bawa Rafiqh dan Raziqh ke bilik salin baby, tukarkan diapers dan sediakan susu Rafiqh. Tak lama lepas tu kami berangkat masuk. As usual terjadi laa adegan airmata, syahdu sungguh...
Us with the pengantin baru... Terpaksa buh gambar depa kat sini sebagai penghargaan atas usaha murni dok snap pictures kami, hahaha...
Disebabkan bulan 8 dan 9 kebanyakan kampus kat Jepun ni cuti, akhir2 bulan 9 ni selalunya flight penuh laa, ramai nak balik. Seperti yang dijangka memang flight agak full. Kami tak dapat seat yang ada bassinet. Masa dah masuk plane, I tanya pramugari boleh tak tukarkan seat, dia cari2 seat depan dan suruh kami tunggu hingga pintu plane tutup. Dah tutup pintu plane, 2seats kat barisan kami tu kosong, pramugari tanya either kami still nak seat with bassinet or just ambil seat sekarang with 2 extra seats. I pilih untuk tak berpindah... Alhamdulillah Raziqh remained to be a good boy, he slept the whole journey. Rafiqh pulak awal2 tu dok hok-hek-hok-hek laa jugak, dia faham kot dia dah nak balik, plus mengantuk dan lapar. Dalam plane dia ok, tak nakal dan tak buat perangai cuma time tidur tu dia agak gelisah, tak selesa agaknya...
Sampai kat Kansai Airport, lepas settle semua urusan, I bawa the kids ke toilet untuk bersihkan diorang, lap badan, salin baju dan tukar diapers. While myLove ke kaunter sewa kereta untuk ambil kunci kereta yang dah di-booked. Lebih kurang pukul 9pagi kami berangkat balik ke Yamaguchi, beberapa kali stop kat service area sebab myLove mengantuk. Kesian kat Rafiqh, dia dah restless dok dalam child-seat lama2. Lately dia selalu refused duk dalam child-seat sebab sejak raya tu setiap hari travel long distance so dia penat agaknya, asyik merengek2 minta keluarkan dia... Pukul 4petang kami selamat sampai rumah, penat sungguh, pukul 9malam semua tumbang...
Ni gambar pertama kami 4 beranak...