His milestones so far so good, kalau refer baby's milestones kat babycenter.com dan lain2 web, tumbesaran dia on track, alhamdulillah. Jom tengok gambar2 terbaru dia dulu(diambil semalam)...
Ini saja yang terlintas, lain kali laa sambung lagi...
Jeruk ni makan selang sehari ja setakat ni, tu pun sekeping2, tu yang tak habis2 lagi. Bukan jimat hokey tapi risau kot2 ganggu susu badan pulak. Seronok kan kalau benda yang kita nak tu tiba2 gedebuk ada depan mata, hehe, alhamdulillah...
Untuk penyediaan lauk-pauk frozen pulak, base on pengalaman sendiri masa tinggalkan myLove ketika balik bersalin dulu, dalam 2bulan lebih jugak laa lauk-pauk ni boleh tahan(read: tak rosak/basi), tapi janji pengendaliaannya kena pada cara. Untuk buat lauk-pauk frozen ni kalau nak simpan dalam seminggu saja boleh laa pakai seafoods dan daging, tapi kalau nak simpan berbulan2 tu better guna ayam laa. Sebabnya untuk yang nak simpan lama tu kena cari resepi yang ayamnya digoreng terlebih dahulu. Ni untuk elakkan ayam resap kuah, nanti tak sedap. Selalunya I goreng ayam agak garing baru campur masuk kuah. Tapi kalau in case nak buat base lauk saja contoh macam sambal kosong, masak merah kosong, masak serai kosong dan yang ala2 gitu, takdak hal laa. Sebolehnya elakkan masak benda bersantan atau bersayur(paprik/tomyam/kari).
Pengendalian frozen lauk-pauk ni pulak, kita pack dalam bekas2 kecik agak2 untuk sekali makan saja. Hal ni penting supaya bila nak panaskan tu nanti kita tak perlulah keluarkan sebekas besar, cedok sikit lepas tu buh dalam freezer balik, nanti cepat basi masuk-keluar-masuk-keluar gitu kan. Kalau dah siap pack kecik2 senang sikit, kita keluarkan bahagian yang kita nak makan saja, hat lain tu tak usik.
Contoh lauk-pauk yang boleh di-frozen lama ialah ayam masak sambal, ayam masak merah, ayam masak serai, ayam 3rasa, ayam masak acar(macam sambal ayam tapi letak biji sawi dan cuka), tu ja kot yang I pernah buat.
Bagi ibu2 yang rajin dan nak memasak tapi selalu kesuntukan masa(especially for working mommies), the way kita manage bahan2 memasak ni pun boleh membantu mempermudahkan dan mempercepatkan proses memasak.
1. bawang merah dan bawang putih boleh dikupas siap2 untuk seminggu. Masukkan secara berasingan dalam tupperware kering yang bertutup dan simpan dalam fridge. Sila jangan basuh bawang2 tersebut, kupas dalam keadaan kering, nanti nak guna baru basuh.
2. bawang merah, bawang putih dan halia boleh di-blend siap2 untuk kegunaan seminggu. Simpan dalam bekas bertutup dan letak kat bahagian paling sejuk dalam fridge(bukan freezer ok, kalau peti ais jenis atas freezer tu, buh kat tingkat paling atas dalam fridge, errr faham ker tak ni? haha).
3. cili boh pun sama, rebus dan blend siap2, buh garam sikit untuk tahan lama. Simpan kat tempat yang sama dengan bawang blend.
4. ayam, ikan,udang, sotong, daging bla3 tu semua bila beli persiang siap2 dan pack-kan kecik2 agak2 untuk sekali masak. Nanti senang nak defrost, tak payah tunggu lama, tak payah terhegeh2 nak persiang, semua dah ready, main campak2 saja.
Kalau nak kira dari work management, I'm sure working mommies out there ramai lagi yang terer kan. So guys, anyone care to share any tips?!
Ada tambahan info:
- my sil - kaklong 'pesan' supaya lauk-pauk yang nak di-frozen tu kita kena sejukkan terlebih dulu baru masuk freezer ye, kalau tak buat gitu cepat ler rosak/basi
- untuk buat kuih-muih frozen, kebanyakan kuih kita kena masak half-cook terlebih dulu sebelum di-frozen, contoh macam donat, roti canai, pau, cek mek molek, murtabak, kuih bom, kuih kacang bla2, masak sikit saja sebagai 'ambil syarat', tapi ada jugak yang tak payah masak langsung, boleh terus bekukan macam karipap, keria dll. Kalau ikut my mom, lepas dah kelebek2 tu dia atur atas dulang/pinggan dan masukkan dalam freezer sekejap, agak2 dah keras dia keluarkan dan susun kuih dalam tupperware then bekukan semula. Masa nak goreng tu tak perlu tunggu kuih2 ni nyahbeku, boleh goreng terus masa tengah keras2, kalau tak boleh tanggal satu2 sebab lekat pun takpa, nanti kuih2 tu tertanggal sendiri.
Untuk lunch semalam, I masak special sikit, ayam panggang dengan nasi goreng tomyam seafood. Takdak idea nak masak apa sebenarnya, last minute baru decided. Ayam tu cadangnya nak masak seekor, jadi ala2 ayam golek tapi pikiaq2 balik satgi tak habis pulak sebab seekor tu sekilo lebih, tu yang potong setengah saja.
Rafiqh tengok mama godek ayam, dia tanya "mama, kore nani?!(=ni apa?)", bukannya taktau tu ayam, lagi mau tanya, so mama pun jawab "kore wa chikin(=ni ayam), nama dia chikin panggang terkangkang", hahaha tak senonoh sungguh mak dia...
Sekian, sambutan hari bapa peringkat keluarga kami...
Bukan takat tak obsess dengan characters, malah Rafiqh ni belum nampak dia berminat dengan sesuatu pada kadar yang over. Contohnya macam ada setengah budak suka sungguh main trains, cars, balls, books etc. kan, pantang nampak ja terus excited, Rafiqh ni main tu main jugak tapi tak sampai tahap suka sangat2, main gitu2 ja, lepas tu tinggal. Ermmm tapi kalau 'bawa' kereta pi mai pi mai, yang tu ja kot boleh kata dia paling suka, sejak kecik sampai sekarang tak jemu2 'drive' kereta dia tu...
Mungkinkah sebab dia belum jumpa lagi 'minat' dia?! At 2years 6months old, is this normal?!
Zaman teknologi sekarang ni ilmu dah berada kat hujung jari, kalau dulu orang baca buku untuk dapatkan ilmu tapi sekarang orang prefer akses kat internet saja, dulu nak akses internet kena ada komputer tapi sekarang pakai handphone pun boleh. Anytime anywhere boleh membaca tapi sungguh tak sangka masih ramai rupanya ibu2 yang tak faham 'konsep asas' penyusuan susu ibu ni, I tak kata I terer gila hokey but at least before kita buat sesuatu, kan lagi baik kalau kita persiapkan diri, paling tidak pun dengan perkara2 basic, barulah apa yang kita sasarkan(rata2 nak menyusu 2tahun) tu tercapai, atau paling takpun, bila kita hadapi cabaran2nya taklah kita gelabah macam jalan tak pijak tanah kan kan...
Apakah asas penyusuan susu ibu?
1. produk yang berkualiti dihasilkan oleh mesin yang diselenggara dengan baik, semua pun tau kan?! Badan kita ibarat mesin, susu tu adalah produk. Sejak sebelum hamil lagi kita dah kena jaga badan kita, jaga pemakanan kita, tapi orang kita ni pelik, dah preggy baru kalut nak jaga itu ini, baru sibuk nak makan supplements, baru nak belajar telan susu bla3. Bila badan dah sihat barulah susu yang terhasil baik mutunya. Multivitamin dan calcium kena ambil secara berterusan, maintenance badan perlu kita utamakan, kalau mesin selalu rosak, agak2 production-nya lancar tak? Sama laa dengan badan, kalau selalu sangat sakit, macammana susu nak terhasil dengan baik dan bermutu kan?! Jangan tunggu susu dah merudum baru kelam-kabut nak cari supplements lah milk booster lah hapa lah...
2. susu dah mula terhasil sejak kita masuk 2nd trimester lagi, awal kan?! By the time baby lahir insyaAllah memang dah ada dah susu tu cuma kita kena ransang untuk dia keluar. Dekat2 due tu picit laa, mesti keluar punya even takat setitik dua. Awal2 menyusu tu kena banyak sabar dan yakinkan diri, think positive, breast kita baru nak belajar mengeluarkan susu, janganlah expect susu akan keluar mencurah2, ingat paip air ka?! Slowly laa, tak payah over risau susu tak cukup, susu tak ada or whatnot, Allah ciptakan newborn baby boleh hidup dengan minum sikit2 ja selama 3hari, dan normally badan kita perlukan lebih kurang 3hari untuk hasilkan susu sampai breast engorge...
3. pengeluaran berkadar terus dengan permintaan - sebaik baby keluar tengok dunia, basicly menyusulah dia 2jam sekali. Hasil dari penyusuan yang kerap tu nanti otak kita akan dapat maklumat bahawa lebih susu perlu dihasilkan, nanti kilang susu akan bekerja lebih efektif untuk hasilkan susu bersesuaian dengan kadar keperluan. Most likely in 4-5days breasts akan engorge dah...
4. baby refuse breast's nipple sebab terbiasa minum botol masa kat hospital, wth?! Kalau baby tu refuse breast's nipple after more than 2weeks consistently on bottle feeding I rasa lojik laa, tapi kalau baru lahir dan baru 2-3kali minum guna botol but suddenly the mother claims anaknya taknak breast's nipple, I should say something is wrong with the mother, sorry...
5. ramai yang sangka bila nak menyusu kena sumbat nipple saja ke dalam mulut baby padahal ransangan susu berlaku pada areola(bahagian berwarna gelap di sekitar nipple), part ni jugak perlu dimasukkan dalam mulut baby.
Salah tanggapan terhadap bf-ing...
1. breast kecil tak mampu hasilkan susu yang cukup - susu bukan dihasilkan oleh saiz breast, ada kilang dalam badan kita yang bekerja memproses susu. So takdak kena mengena saiz breast dengan keupayaan menyusu anak.sushi...
donat, karipap dan kulit karipap frozen...