Friday, May 28, 2010

Hari yang sedih...

Entry ni telah diedit semula...

Hari ni rasa sedih, spoil habis mood, huhu...

Hari ni buat sample nasi daging untuk menu baru jualan Sakura Apron, tapi nasi tu tak jadi, huwaaaa. Ni 2nd time buat, 1st time dulu elok ja, tapi 2nd ni taktau kenapa boleh mentah nasi tu, bila re-cooked 2kali sah2 laa jadi lembik, sedih gila! Rasa terkilan yang amat sangat. Tu baru sample tu, kalau kena tak jadi time hari jualan, memang rasa nyutnyut sakit kepala 2-3hari tak lega2. Lepas ni mesti kena extra gambaru(ish, apa punya ayat daa)...

Tu sedih nombor 1, sedih nombor 2 ni lebih kepada sakit hati. Lusa birthday abah, so kami adik-beradik pakat2 laa nak buat surprise belikan coklat dan pos ke ofis abah. I yang uruskan hal ni, haa jenuhlah nak search dan memilih 'kedai'. Fikir punya fikir, at last I pilih company melayu-islam yang tengah berkembang produk coklat depa. 1st time tengok price coklat, mak datok mahainya, standard chocolate oversea! Gila hapa?! Ok fine tu takpa lagi. As for me, kalau kualitinya bagus tak kesahlah mahal pun. But to think about it again, kenapa mesti jual mahal sangat sedangkan coklat2 tu takdak kena cukai or whatsoever pun kan?! Hangpa pun baru nak 'menapak', agak2 laa nak letak price tu. Tapi atas dasar nak 'tolong' orang melayu islam yang selalu sangat claim depa tertindas dengan sikap mentaliti orang melayu kita yang lebih suka produk luar, I pun order laa dari depa. Depa ni ada COMPANY hokey, web lawa tapi adab layan customer HAMPEH! Tu point pertama...

2nd, depa charge postage coklat sekotak RM17! Sebab kononnnya takmau coklat cair, depa akan letak dalam 'sesuatu'. Ok takpa, I put high expectation that the performance should be great lah kan, I don't mind about the price, alang2 nak memberi so wth nak berkira pun kan. Tapi serius sakit hati bila I dapat tau they delivered it guna train saja, then they put the choc box in kotak polisterin yang orang selalu isi ikan tu, kotak tu gila punya besaq, padahal coklat tak seberapa pun. To make it worst, kotak ikan tu tak balut pun, main soletip ja! Oh tuhan, ianya amat memalukan buat my dad. What would you guys feel bila terima 'hadiah' yang buruk macam tu? Ianya sangat menjatuhkan maruah abah, he is somebody in his office, but yet dapat bungkusan bodoh tu. Nanti apa pulak staff2 dia sangka, silap2 haribulan depa ingat bungkusan ugutan pulak...

Tak cukup tu, depa langsung tak penuhi permintaan customer, mungkin pandang remeh ja kot, which lepas settle urusan pembelian, I did requested them to put 'sender name' on it, tapi haghammm hapa pun tarak! Damn stupid!!!

I sent complain email to that company just now. I know they won't do anything with it, takpa laa, tengok laa lama mana sangat pun hangpa nak meniaga. Jangan mimpi laa haku nak beli lagi!

Atas saranan my dear friend Ina, meh nak letak nama dan link company tersebut. This is the company -> Tasneem Malaysia Halal Chocolate. It's not my intention to do harm to them but seriously rasa tak berbaloi langsung niat nak bantu orang melayu islam kita ni berniaga. So next for my mom's surprise birthday present beli ja dari company cina yang jual coklat import tu, harga seratus pun takpa, sebab tau depa serve cantik dan delivery pun bagus!

Ni laa cara orang melayu islam kita berniaga, sebab tu susah nak maju dan kaya. Dengan kuat berdengki dan berburuk sangka, tak mahu belajar dari bangsa asing, servis hampeh, barang mahal-nak-cepat-kaya, menipu, you name it what else, semua ada! In next entry, rasa macam nak tulis 'tatacara berniaga' especially for those yang berniaga dalam internet ni, I tak kata I bagus sangat, tapi benda2 simple macam ni laa kita kena titik-beratkan kalau betul2 serius nak berjaya. Enough said, oh tuhan, I really hate this, benci betul bila membebel kat blog!

9 comments:

Ina said...

wah harus sakit hati 40 hari 40 mlm kan kalau jd mcm ni. yelakan elok2 nk bagi abah bangga ntah2 apa agaknya yg dia rasa kan. fith kiter cdgkan tulis je testimonial company ni kt blog. tulis tajuk skali company abc menyecewakan or i wont buy anymore at abc.com or i won't promote abc.com to my friends. cth jela. so that org lain xtertipu. ni bkn nk sekat pintu rezeki. andai kata owner company tu baca nnt dia xpatut marah in fact kalau dia rational dia patut minta maaf n janji utk baiki perkhidmatan. kiter slalu jmpa blogger buat mcm ni. kalau org tu ikhlas nk berbisnes dia takkan takut pembeli komen2 kt blog terbuka gini. bila owner tu dh say sorry pn blogger tu akan citer skali. agaknya next time if nk order online mcm ni lg kena carik kwn yg dh penah guna khidmat penjual tu utk tau service cmner kan. sabar ye.

Fith said...

Ina,
thanks.fith akan letak nama company tu jap lagi,nak kena edit entry ni lagi,then akan bagi link blog ni kat diorang suruh diorang baca.nak tengok macammana diorang respond nanti.
btw thanks ye bg cadangan.nice!

mysara said...

mcm ni la org2 melayu(yg xde ciri2 pandai meniaga)...lenkali fith, try company yg dah establish n dpt review yg baik dr customer.at least,we got what we paid for...mcm izmir anta bunga kat ofis aritu..sebakul bunga n sekotak coklat..servis mmg tip top... puas hati walaupon kena bayar mahal2 utk bunga dan coklat jer..tp lagi mahal perasaan penerima bila dpt surprise camtu.. mungkin kita dpt belajar sesuatu dpd kejadian ni...

Fith said...

My,
betul tu my,actually mmg fith ada jumpa kedai2 yg establish mcm yg my ckp tu,bila check owner semua cina,mmg bunga+choc+delivery tu cost cecah 100++ but surely puas hati kan.tp fith hari tu nak 'tolong' company melayu,ni fith order kat 2kedai ni,yg 1 lagi tu belum tgk lg camna,hmmm,sgt mengecewakan laa.
nway thanks,lain kali mmg tak beli dah kat kedai melayu ni...

Kaklong Nuzula said...

Thanx for sharing fith.. Betul tu, depa ni kena ajar. kaklong pernah tak puas hati dgn delivery satu syarikat kurier ni (sbb lambat sampai, 3 hari baru sampai padahal dr KL jugak).

Then kaklong complaint dlm email n fon diorg lg. Puas hati rasanya dapat tuntut hak kita sbg pengguna. Diorg bg alasan alamat tak lengkap (alamat kuaters), padahal dgn syarikat lain takde masalah pun, elok je sampai. Tp ok la sbb diorg cepat respond email kaklong tu.

p/s: Fith balik malaysia nanti nak keje ke nak jadi SAHM/ WAHM?? Saje nak survey..

Kaklong Nuzula said...

Aah, dah tgk website dia cantik n kemas apa. Ada kedai lagi tu tapi tak sangka yer servis mcm tu.. huhu. Ini la org kita, agaknya kalau org besar/ VIP yg beli dgn depa baru nak bg servis tiptop.. Tp kan bila tgk kesian plak. Should we give them another chance?

alang said...

smpai camtu sekali ke servis dia agh?teruk sungguh.abh tak habaq pape plk psl ni.nnt alg nak tanya.
alg cadangkan agh wat review psl kedai ni dlm blog agh n letak nama kedai tu sebagai tajuk so that next time kalo org google kedai ni,depa akn jumpa psl kedai ni dlm blog agh n bole baca review agh.
kena ajaq sket golongan yg tak reti berniaga ni.takdak berkat dlm rezki sbb wat naya kt customer.

Fith said...

Kaklong,
cara kaklong tu betul,mmg dlm hal camni kita tak boleh berdiam diri.kena bgtau kat diorg supaya diorg bljr perbaiki perkhidmatan.org kita ni mmg pandai bg alasan kan,hmmm...
mmg kesian pun,bangsa sndr islam plak tu,baru nak maju tp dah buat hal.sbb tu fith mula2 rahsiakn nama company.

btw,blk nanti insyaAllah klau ada rezeki nak buka biz sndr.bukan sahm dan bukan watm,lbh kpd bekerja sndr,but surely anak2 sndr jaga,hehe...mg Allah permudahkan,amin...

Fith said...

alang,
abh tak komplen apa2 kat agh,tp mak laa yg habaq semua tu.mmg memalukn gak laa,agh tak expect lgsg depa nak buh dlm kotak ikan tu,hadoiii tak boleh nak bayangkan laa.klau tau awai2 camtu,mmg agh beli kat kedai coklat export dah,bengang2