Monday, May 17, 2010

Laksa dan kuih cara

Weekends baru2 ni kami tak ke mana pun, macam biasa laa, melepak kat rumah saja. Hujung minggu sangat sinonim sebagai hari yang meriah dengan masak2, pagi sabtu breakfast cucur manis, kemudiannya siapkan order fried chicken chops, sambil2 tu buat pulak nasi ayam untuk lunch sekaligus untuk makan malam, hish takdak kerja aih nak masak sikit2 lunch lain dinner lain, selalunya masak banyak terus sekali harung, kalau nak tukar atau tambah lauk pun sikit ja laa, hihi pemalas kan?! Tengahari sebelum lunch bawa 2R ni pi hantar order, kemudiannya petang tu I bawa 2R keluar ambil angin sambil minum petang kat luar ala2 piknik lah!

Semalam pulak breakfast donat dan cokodok, lunch buat laksa. Teringin sangat nak makan laksa, sejak bersalin ni rasanya baru sekali kot buat laksa. Laksa ni my favourite, kalau buat tu mesti ulang2 makan bermangkuk2. Sekarang Rafiqh pun dah join club suka laksa, hehe, syok sungguh tengok dia balun, good2! Tapi disebabkan dia tak makan pedas, kena cedok asingkan kuah untuk dia sikit sebelum tambah cili lagi dalam periuk besar...

Ini Rafiqh punya, lengkap dengan timun, salad dan bawang!



Petangnya buat kuih cara, yang ni pun lama dah tak buat. Buat 1 adunan dapat 1 pinggan tu, ada yang terlebih masak due to kelam kabut mengerah Rafiqh kemas toys dia.



Malamnya masak nasi untuk myLove tapi I dan Rafiqh mesti laa makan laksa kan, tu pun kuah berlambak2 lagi dalam peti ais, terbuat banyak laa pulak, nanti2 la beli udon(laksa Jepun) tu boleh buat minum petang...

Banyak lagi nak update foods tapi dah 4-5hari myR punya server asyik error ja, so tak boleh nak refer resepi2nya, nanti2 la yer...

3 comments:

Heartilyina said...

sedapnyaaa. kiter pn hantu laksa. masa kecik2 kalau mkn kt luar mesti order laksa. sblm2 ni kiter wat laksa guna sardine. tp skrg ni guna tuna. sedap! jgn harapla nk guna ikan fresh tu xrajin. kiter bab shortcut2 ni no 1! hihi. alamak dh la mmg teringin kuih cara lama dh. sejak ada ihsan ni xbuat2 lg kot. hmmm kena wat gak ni nnt2 hihi.

aisha said...

sama2, kite pung hantu laksa.hihi...nakk laksa!! sedapp ye fith laksa tu..teringin ye nak makan laksa lak..hihi..;)

Fith said...

Ina,
oh bleh ek pakai tuna tin tu je?hehe fith tak tau pun,haha,fith mmg pakai ikan fresh je.klau buat sikit2 takpe laa kan,klau buat byk2 jenuh nak persiang.kuih cara mmg syok buat minum petang...

Aisha,
oh hantu laksa jugak ek.haa kena buat laa tu dah teringin dah.taktau la sedap tak,fith belasah ja,haha...